Vous êtes sur la page 1sur 48

MU’AMALAT ISLAM

TUNTUTAN ‘AQIDAH
MANTAP
Zainudin Jaffar PhD
Penyelaras Pengajian Siswazah
Fakulti Perdagangan, Ekonomi dan
Dasar
Universiti Brunei Darussalam.
MAKNA ‘AQIDAH
 Sesungguhnya ‘aqidah dan keimanan
adalah “kepercayaan yang meresap ke
dalam hati, dengan penuh keyakinan,
tidak bercampur syak dan ragu, serta
memberi pengaruh kepada
pandangan hidup, tingkah laku dan
perbuatan sehari-hari.”
 (ms 2)
MASYARAKAT BER’AQIDAH
 Ia adalah batu asas kepada “binaan”
masyarakat Islam, yang mesti sentiasa
dipelihara, dilindungi dan diperkukuhkan
(tathbit) dan dikembangluaskan di dalam
ufuk kehidupan manusia. Masyarakat
beraqidah itu semestinya
“masyarakat yang penuh iltizam
(komitmen) terhadap ‘aqidahnya.
 (Ms 2)
Ramuan Kepada ‘Aqidah Mantap
 Tahap terbaik adalah tahap “yakin yang
teguh”, tidak dapat digugat oleh apa jua
faktor, menjadi kukuh kerana taat dan
runtuh kerana maksiat. Iman yang teguh
mesti dibaja dan disuburkan dengan ilmu
yang berguna (al-’ilm al-nafi’), iman
yang benar (al-iman al-sadiq),’ibadah
yang ikhlas (al-’ibadah al-khalisah),
peribadi yang mantap (al-khuluq al-
qawim) akan melahirkan “buah” yang
lumayan. (ms 4)
IMAN DAN NATIJAHNYA
 “….tidakkah engkau lihat (wahai Muhammad)
bagaimana Allah mengemukakan satu
perumpamaan iaitu kalimah yang baik (kalimah
tawhid) adalah seumpama sebatang pohon yang
baik, pangkalnya (akar tunjang) tetap teguh
(asluha thabit) dan cabang pucuknya
menjulang ke langit (wa far’uha fi ‘l-sama’).
Pokok itu mengeluarkan buahnya pada
setiap musim dengan izin Tuhannya. Allah
membuat perumpamaan itu untuk manusia,
supaya mereka beringat (mengambil
pengajaran).” (ms 4)
NATIJAH IMAN SEMPURNA
 Manusia mu’min yang mampu memiliki iman seumpama
“pokok yang sihat sejahtera” (shajarah tayyibah) akan
berpotensi meraih kedudukan (maqam) insan salih iaitu
“insan pemilik ‘aqidah kukuh bukannya yang liar dan lalai,
mengikut telunjuk hawa nafsu sehingga urusan hidupnya
menjadi melampau.”
 Imannya bukan sekadar “pemikiran dan teori atau
pernyataan kata-kata” tetapi ia dibuktikan dengan ‘amal
salih [setiap amal yang akan membawa kebaikan
kepada individu dan masyarakat, untuk urusan dunia
dan akhirat].
 Iman itu juga akan menjadi impetus kepada budaya
wasiat, dengan kebenaran (haqq) dan dengan kesabaran
(sabr).
 (Ms 4)
TASAWWUR ISLAMI -
KEMESTIAN
 Memahami Peranan ‘aqidah dalam kehidupan mesti
dimulakan dengan “usaha untuk memiliki gambaran
umum Islam” (tasawwur Islami) secara tuntas.

 Ramai lagi manusia termasuk yang Islam – yang


gagal memahami hakikat bahawa Islam adalah
“suatu carahidup (way of life) yang mengatur
kehidupan secara komprehensif menurut pedoman
Al-Qur’an dan Sunnah dan sumber-sumber Shari’ah
lainnya, demi kejayaan di dunia dan di akhirat
(hasanah fi ‘l-dunya wa hasanah fi ‘l-akhirah).
 (ms 5)
MA’NA ‘l-HAYAH
 Ertinya makna kehidupan.
 Manusia bermula dari mana, hendak ke mana,
memikul tugas apa, di mana kesudahannya
dan lain-lain.
 Hidup dengan segala “kelengkapan” termasuk
umur dan jasad, adalah untuk membolehkan
manusia memainkan peranan seabagai “hamba
dan khalifah”, menjadikan dunia tempat
menyediakan bekalan untuk akhirat,
menguruskan dunia tetapi tidak ditipu olehnya,
menjadi kaya dan berharta sehingga menjadi
wahana berbuat taat dan kebajikan.Tawhidic
Majlis Ilmu.doc (ms 5)
ERTI HAYAATAN TAYYIBAH
 : “…sesiapa yang beramal salih, dari
kalangan lelaki atau wanita, sedangkan ia
beriman (dengan sebenar-benarnya),
Kami (Allah) akan menghidupkannya
dengan kehidupan yang baik dan
sesungguhnya Kami akan membalas
mereka, dengan memberi pahala yang
lebih baik daripada apa yang mereka
kerjakan…” Al-Nahl (16) : 97. (ms 5)
IMPAK IMAN: SIKAP &
PENDIRIAN
 Firman Allah dalam surah an-Nur (24): 51 – “…
ucapan orang yang beriman itu, apabila mereka
dipanggil oleh Allah dan RasulNya untuk
diputuskan perkara di antara mereka, hanya
mengatakan : kami dengar dan kami patuh,
itulah orang yang beruntung.”
 Firman Allah dalam surah al-Ahzab (33): 36 –
“…dan bagi orang beriman lelaki dan wanita,
apabila Allah telah memutuskan seuatu perkara,
tiadalah boleh memilih kemahuan sendiri
dalam urusan mereka…” (ms 7)
SAMBUNGAN>>>>
 Firman Allah dalam surah an-Nisa’ (4): 65 – “..maka demi
Tuhanmu (wahai Muhammad) mereka tidaklah
(disifatkan) beriman sehingga mereka menjadikan engkau
hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di
antara mereka, kemudian mereka pula tidak berasa di
hati mereka rasa berat atas apa yang engkau
putuskan dan mereka menerima keputusan itu dengan
sepenuhnya.”
 Firman Allah dalam surah al-Hujurat (49):15 – “…
sesungguhnya orang yang beriman itu ialah mereka yang
beriman kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka
tidak ragu-ragu dan sentiasa berjuang (jihad)
dengan harta dan dirinya di jalan Allah. Itulah orang-
orang yang benar-benar beriman (al-sadiqun)
 (ms 7)
Sambungan>>>>
 Firman Allah dalam surah al-An’am (6):
125 – “…maka barangsiapa yang hendak
dipimpin oleh Allah, nescaya dibukakan
hatinya untuk (beramal dengan)
Islam dan siapa yang hendak dibiarkan
sesat oleh Allah, dijadikan Allah dadanya
sesak sempit, seperti orang yang naik ke
tempat tinggi…”
 (ms 7)
DINAMIKA
IMAN-ISLAM-IHSAN

ISLAM

IMAN Amalan
‘AQIDAH Sebagai
6 Rukun Bukti Iman TAQWA
IHSAN
ImaN •Nilai Insaniah
(dan
Makhafatullah)
5 Rukun •Pemantauan
•Sifat Termulia
•Asas Islam Allah •Kawalan
•Dasar
•Matlamat Tazkiyyah
100%
‘UBUDIYYAH & KEPATUHAN
(
DIMENSI-DIMENSI IHSAN
 Ihsan dalam konteks nilai insaniah
 Ihsan tahap tinggi adalah kualiti diri
 Salahlaku akan di balas di dunia dan
akhirat
 Kesalahan Terhadap Anak Adam mesti ada
penyelesaian langsung.
 Ms 8-9
MAKNA MU’AMALAT (ms 10)
 Mu’amalat adalah kata jamak dari perkataan
mu’amalah yang bermaksud : interaksi,
hubungan antara dua pihak, transaksi, kira
bicara dan sebagainya. Jika digunakan makna
literal, istilah ini sangat luas kerana segala
macam hubungan dan interaksi adalah termasuk
di bawah kategorinya. Namun begitu istilah ini
telah digunakan secara khusus untuk aspek
ekonomi, bisnes dan urusniaga dengan
spektrum yang begitu luas.
[1] Antara maknanya: “treatment, procedure;
social intercourse; social life; association with one
another; behavior; conduct (toward others);
business; transaction; mutual relations,; business
relations.”
MU’AMALAT ISLAMIYYAH
 Mu’amalat pula telah diberikan sifat dan
cirinya dengan istilah Islamiyyah atau
Shar’iyyah yang menandakan urusniaga
itu mempunyai titikmula, proses,
amalan dan matlamat yang patuh-
Shari’ah (Shari’ah Compliant)
mengikut sumber dan tradisi jurisprudens
Islam sepertimana yang dibahaskan
’ulama’ sepanjang zaman
 Ms 10
EMPAT KOMPONEN
 Professor al-Qaradawi dalam Dawr al-
Qiyam wa ’l-Akhlaq fi ’l-Iqtisad al-Islami
(Peranan Nilai dan Akhlaq Dalam Ekonomi
Islam) telah mengutarakan empat
komponen ekonomi Islam (termasuklah
mu`amalat) iaitu rabbani (berteraskan
ketuhanan), akhlaqi (berteraskan nilai
dan etika), insani(berteraskan faktor
manusia) dan wasati (seimbang dan
equilibrium). (ms 11)
KOMPONEN 4 QARADAWI
RABBANI
(Berteraskan
Ketuhanan)

AKHLAQI INSANI
(Berteraskan
Akhlaq Islam (Manusiawi,
MU’AMALAT
dan Etika ISLAMIYYAH ambil kira profil
manusia dan
kemaslahatan)

WASATI
(Seimbang
Saksama dan adil)
Rabbani
 Ertinya berteraskan ’aqidah dan di mana ianya menjadi
faktor yang dominan. Ia adalah faktor pemula, ia
adalah matlamat akhir dan cara dan kaedah
mu’amalat tersebut mestilah mengikut Shari’ah
seperti diperintahkan Allah.
 Mu’amalat mesti menjadi khadam kepada ’aqidah.
Setiap pengamal mu’amalat mesti berdiri dalam
lingkungan yang diizinkan oleh batas-batas hukum
Allah dalam semua urusniaga yang dijalankannya.
 Dia mesti sentiasa konsisten (istiqamah) berada di daerah
kehalalan dan mengawal diri dari daerah keharaman. Dia
juga mesti menguruskan soal yang samar (shubhah)
dengan tindakan tegas – menjauhi (ittiqa’ al-shubuhat)
 Ms 11
Kuasa Kawalan Diri
 Daya kawalan dalaman (al-wazi’ al-dakhili)
akan berfungsi dengan berkesan dalam
mempastikan seseorang itu sentiasa menjaga
batasan hukum dalam mu’amalatnya.
 keperluan pendidikan keimanan (tarbiyyah
imaniyyah) yang ”hidup” dan efektif sehingga
melahirkan orang yang wara’ dan zuhd dalam
ertikata ”sangat teliti dan cermat” dalam
menjaga batas Shari’ah bukan yang
menolak dunia dan kejayaan bisnes, seperti
yang disalahfahami ramai orang.
 Ms 11-12
Kuasa Kawalan Diri (2)
 Juga yang ditekankan ialah konsep
istikhlaf (manusia adalah pemegang
amanah, harta tetap milik mutlak Allah)
yang akan menyebabkan manusia tidak
mempunyai kebebasan tanpa had dalam
mentadbir hartanya.
 Disiplin ”pancaran” iman mengatasi
disiplin kerana penguatkuasaan otoriti.
Akhlaqi
 Berteraskan nilai akhlak dan etika sehingga setiap aktiviti
mu’amalat akan sentiasa mengambil kira aspek
”kawalan”.
 Soal nilai ini tidak pernah dipisahkan dari ekonomi dan
bisnes malah akan terus ”terikat” dengannya.
 Prinsip nilai dan akhlak ini mencerminkan pendidikan
Islam terhadap manusia mu’min sehingga melahirkan
sense of justice and fairness (perasaan adil dan
saksama), disiplin dan etika serta kejujuran dan ketelusan
yang maksimum dalam sebarang transaksi.
 Mereka bukan sahaja melihat kepada kejayaan tetapi
juga nilai kemanusiaan, keberkatan dan juga kepatuhan
(compliance) terhadap ajaran Islam secara keseluruhan.
 (ms 12)
Insani
 Berkisar dalam isu-isu manusiawi.
Manusia adalah makhluk Allah yang
banyak kelebihan dan banyak
kekurangan dan mereka mesti menjaga
diri agar tertonjol sebagi insan yang baik,
bukan sebaliknya. Kemaslahatan
manusia adalah fokus tetapi dengan
mengambilkira agar tiada pertentangan
dengan Shari’ah
 (ms 12)
SHARI’AH IKTIRAF ‘URF
 ’Urf atau amalan lazim manusia di pelbagai
lokaliti dan budaya telah diberikan posisi
yang selayaknya sebagai sumber hukum
sehingga zahirnya kaedah fiqh yang berbunyi :
al-’adah muhakkamah.
 Ia bermaksud, amalan lazim atau customary
practices telah diiktiraf sebagai suumber hukum
selama mana ia tidak bertentangan dengan
prinsip dasar dan ruh Shari’ah itu sendiri.
 Dengan cara ini, Shari’ah telah meraikan
kemaslahatan manusia tanpa merongkaikan
prinsip teras dalam perundangan Islam.
Wasati
 Ciri yang mewakili keseimbangan atau
equilibrium. Ini sangat bertepatan dengan
fitrah manusia, yang terbina atas gabungan
jasad dan ruh sekaligus mengesahkan bahawa
mesti ada keseimbangan antara kedua-dua
unsur.
 Keseimbangan antara aspek material
-spiritual, antara kejayaan duniawi -
ukhrawi, antara kepentingan diri
-masyarakat (atau jama’ah), antara
kecemerlangan bisnes -keberkatan hidup,
antara pematuhan hukum - economic
viability dan sebagainya. (ms 12-13)
CIRI PASAR ISLAM
 Ciri unggul pasar-pasar masyarakat Islam adalah
kepatuhan mutlak mereka kepada hukum-
hakam yang telah digariskan oleh Shari’ah,
menjaga batas-batas (hudud) agar tidak
dilanggar atau dilimpasi dan sentiasa
mengimbangi antara usaha mencari keuntungan
duniawi dan ukhrawi.
 Fokus juga diberikan kepada tanggungjawab
memberikan ruang yang seluas mungkin untuk
keaktifan pasaran dan kemampuan setiap
peserta pasaran dalam perniagaannya dengan
syarat hukum dan etika Islam dipatuhi dengan
sempurna. (ms 14-15)
MU’AMALAT & IJTIHAD
 Rasulullah SAW telah menyampaikan
garis-garis panduan hukum mu’amalat
yang Allah sampaikan lewat al-Qur’an –
walaupun dalam jumlah firman yang tidak
besar kuantitinya, demi memberikan
ruang kepada prasarana ijtihad untuk
berperanan dalam menangani dan
meladeni keperluan bisnes yang
sentiasa berubah dengan begitu dinamik
sekali. (ms 15)
TUNTUTAN MU’AMALAT
ISLAMIYYAH [ms 15-18]
 (1)Tuntutan mematuhi hukum teras
halalnya jual beli (bay’) dan haramnya
riba
 (2)Tuntutan mematuhi rukun dan syarat
transaksi termasuk kesaksian
 (3)Tuntutan mencari untung ruhani dan
tidak hanyut dengan pencarian untung
bisnes dan duniawi semata-mata
SAMBUNGAN>>>
 (4)Tuntutan agar mu’amalah berlaku
dengan cara yang betul dan sah
 (5)Tuntutan agar gerun akan balasan
Allah bagi salahlaku
 (6)Tuntutan menghormati kontrak yang
dimetrai
 (7)Tuntutan mematuhi garis panduan
mengenai hutang (termasuk al-rahn dan
dokumentasi kontrak)
SAMBUNGAN>>>
 (8)Tuntutan agar taat Kepada Hukum
dan Beretika Dalam Semua Keadaan
 (9)Tuntutan agar sedar kutukan Allah
terhadap mereka yang menipu dalam
urusniaga khasnya soal timbangan dan
sukatan
 (10)Tuntutan agar menginsafi bahawa
harta adalah milik Allah (konsep istikhlaf)
dan manusia hanyalah pemegang amanah
SAMBUNGAN>>>
 (11)Melahirkan keberanian dan
keyakinan
 (12) Technical know how (kepakaran
dalam sesuatu) tidak dapat diasingkan
dari keperluan technical know who
(dalam konteks ini bermaksud jaringan
atau network bukannya bergantung
kepada faktor “connection” atau “cable”
FAHAMI AWLAWIYYAT[ms 17-18]
 Konsep tawakkal yang tepat (tambat
unta sebelum berharap doa agar ia
selamat) mesti difahami kerana ramai
orang masuk bisnes dengan melebihkan
“majlis doa selamat” dan “menggantung
ayat seribu dinar” dari aspek persiapan
fizikal, keilmuan, pelan bisnes,
khidmat nasihat pakar dan
sebagainya.
HADAMKAN AYAT SERIBU
DINAR [ms 17-18]
 Orang yang memiliki ‘aqidah dan memahami
prinsip awlawiyyat (priority) mesti tahu bahawa
adalah lebih utama “menghadamkan” mesej
dan makna ayat seribu dinar (surat al-Talaq (65):
2-3) dan mengambil faedah dari luas dan
mendalamnya gagasan ajaran yang di
datangkannya.
 Jika difahami dengan baik, ia akan menjadi
“bekalan kekuatan” dalam menghadapi
“gelombang bisnes”, menyumbang kepada daya
tahan (endurance dan resilience), upaya
membaca pasaran, mengatur strategi dan
menguruskan risiko – kejayaan pasti dicapai..
IMPAK TAQWA DALAM HIDUP
 Firman Allah – “Barangsiapa bertaqwa kepada
Allah (dengan mematuhi segala perintahNya
dan menjauhi laranganNya) nescaya Allah
akan mendorong baginya jalan keluar dari
kesulitan (makhrajan) dan Dia (Allah) akan
menganugerahkan rezeki kepadanya dari
(sumber) yang tiada diduga. Barangsiapa
bertawakkal kepada Allah, nescaya Dia
akan menghapuskan kesalahan-
kesalahannya dan akan melipatgandakan
pahala baginya.
 ms17
KESAN LAIN TAQWA [ms 18]
 Al-Talaq (65) : 2-3. Allah juga menjanjikan banyak kelebihan lain
bagi orang yang bertaqwa dan memperkasakan sifat ini dalam
hidup mereka –

 Allah sentiasa menyertai mereka (al-Baqarah(2) : 194);


 Orang bertaqwa akan dianugerahi ilmu oleh Allah (al-
Baqarah(2) : 282);
 Orang bertaqwa mampu membezakan antara kebenaran dan
kesesatan dan ditebus/disucikan dosanya (al-Anfal (8) :29;
dijamin keselamatan dari api neraka (Maryam (19) : 71-72);
 Dipermudahkan Allah segala urusan (al-Talaq (65) : 4);
dijanjikan ganjaran yang besar termasuklah syurga (al-
Talaw (65) : 5; Maryam (19) : 63; Muhammad (47) : 15) dan
diisytiharkan Allah sebagai orang paling mulia di sisinya
melalui ayat 13 SUrah al-Hujurat : “Sesungguhnya orang yang
amat mulia di antara kamu pada pandangan Allah ialah orang
yang paling bertaqwa.”
APPLIKASI MU’AMALAT BARU
 Dalam rekod jurisprudens, kita temui mereka telah
menggunakan teknik fiqh al-mu’amalat untuk memudah
dan melancarkan bisnes mereka – Ibn ‘Abidin misalnya
orang yang mula-mula memperkenalkan konsep takaful
buat melindungi risiko mereka yang belayar membawa
barang dagangan, jauh lebih awal sebelum marine
insurance dikembangkan di Barat
 Dalam konteks menjalankan bisnes di tanah asing, para
fuqaha’ juga mengembangkan amalan “mencari penjamin
tempatan” melalui konsep daman al-wajh atau mencari
“rakan kongsi setempat” dengan mengapplikasikan apa jua
kaedah mu’amalat yang sesuai – mudarabah, musharakah,
musaqah dan sebagainya.
 Ms 18.
Tuntutan Al-Sunnah : Mu’amalat
Adil dan Beretika [ms 20]
 (1)Memperkasakan satu piawai dalam
etika dan seruan agar manusia beretika
dalam semua situasi.
 (2) Sentiasa berusaha membersihkan niat
dan meluruskannya.
 (3) Menjaga, Membersih dan Menguruskan
hati.
 (4) Agama adalah berbudayakan Nasihat.
Tuntutan Al-Sunnah : Mu’amalat
Adil dan Beretika [ms 20]
 (5)Mengukayahkan ketaatan semaksima
dan sebaik mungkin.
 (6) Mencari keberkatan dalam bisnes dan
dalam hidup.
 (7) Amaran baginda mengenai peserta
pasaran (market participants).
 (8) Rasulullah prihatin dan memeriksa
pasar, memberi amaran dan pendidikan.
SAMBUNGAN>>>
 Rasulullah prihatin dan memeriksa pasar,
memberi amaran dan pendidikan.
 Motivasi bagi peniaga yang jujur dan amanah
 ‘Aqidah dan Shari’ah Mendorong
Kecemerlangan
 Rasulullah dan tanda aras (benchmark) dalam
aspek business acumen, integriti, kejujuran dan
kerja gigih dlm operasi bisnes.
KEWANGAN ISLAM KINI
 Tidak syak lagi adalah tuntutan ‘aqidah.
 Migrasi atau usaha kembali kepada
Shari’ah dalam bidang kewangan
adalah tanggungjawab besar.
 Kewangan (dan perbankan Islam) ini
jangan ditangani secara mekanikal tetapi
secara holistik dan mempunyai ruh dan
semangat bersendikan motivasi ’aqidah.
 Ms 23
KEWANGAN ISLAM
 Pakej perkhidmatan lengkap sebagai satu
sistem, bukan lagi semata-mata produk.
 Berasaskan anjakan paradigma bukan
setakat pemakaian istilah fiqh Islami
berbahasa ‘Arab.
 Kewangan Islam yang merangkumi
Perbankan Islam, Takaful, Pasaran
Modal Islam dan Pasaran Wang Islam,
satu prasarana lengkap. [ms 23]
SISTEM KEWANGAN ISLAM

Instrumen dan Produk Kewangan

 Pertumbuhan berperingkat dengan memperkukuh budaya ilmu


dan ruh kepatuhan kepada Shari’ah.
 Produk dan perkhidmatan yang sentiasa dipertingkat serta diberi
nilai tambah (added value).
 Bukan lagi di pinggiran, tetapi satu sistem dan engine of economic
growth.
KEWANGAN ISLAM -
PEMANGKIN
 Pertumbuhan bidang mu’amalat
maliyyah(kadangkala dipanggil mu’amalat
masrafiyyah) telah menjadi ”pemangkin”
usaha mengembalikan kegemilangan
tamaddun Islam khasnya dalam
mempergunakan kembali khazanah
ilmu fiqh dan jurisprudens

 Ms 23
PENDIDIKAN KEWANGAN
ISLAM
 Fiqh al-mu’amalat hanya dipelajari secara
teori (atau jika diamalkan, agak terhad
skopnya).
 Kini ia dipelajari dengan menggabungkan
teori dan amalan. Pendekatan ini juga
telah mengubah kurikulum pengajaran di
sekolah dan universiti demi memberikan
pelajar-pelajar nilai tambah dalam
memahami ”peranan baru” bidang ini
masakini – ms2
FIQH MU’AMALAT UNTUK
SEMUA
 Fiqh al-Mu’amalat (bersama Usul al-Fiqh
dan Qawa’id Fiqhiyyah) juga telah menjadi
satu ”kemestian” khususnya bagi
pengamal kewangan Islam, para
pengawalselia (regulators), pengamal
undang-undang, para akuantan dan
auditors dan sebagainya
 Disiplin ini juga mesti dimasyarakatkan
kerana kejayaan Kewangan Islam terletak
di atas sokongan umat yang berilmu.
KEWANGAN ISLAM

 Kejayaan bergantung kepada faktor


kawal selia (regulation & supervision),
etika dan urustadbir korporat (corporate
governance), pengurusan risiko dan
sebagainya.
 Ketelusan (transparency) – reporting,
piawai akaun, Shari’ah audit dsb.
 Perkhidmatan cemerlang, kerana Islam
adalah itu budaya sebenar dalam sistem
Islam. [ms 24]
BRUNEI DARUSSALAM
[ms 25-26]
 Penyertaan yang serius dan bermakna.
 Faktor utama Kepimpinan Raja di samping
faktor lain – MIB, Islam Ugama Rasmi
(art.3 Perlembagaan 1959), msy kuat
ugama dsb.
 “Jadi, atas asas inilah Beta sangat-
sangat berhasrat untuk menaikkan
satu tanggungjawab kerajaan di
dalam urusan kewangan Islam…”
7. 1.
PENDIRIAN ASAS-
TREN &
PATUH
SENARIO

6.
JARINGAN & 2.MENJAGA
BATAS HUKUM
RANGKAIAN ‘AQIDAH-
MU’AMALAT

5. 3.
KOMPETENSI JATI DIRI
KEMANUSIAN
4.
KOMPETENSI
TEKNIKAL

Vous aimerez peut-être aussi