Vous êtes sur la page 1sur 10

Wanisah Gampalid 680302125688002

HBML1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu


Kelas : 3 Mutiara`
Tarikh : 02.03.2010
Masa : 60 minit
Tajuk : Faedah Bersukan
Tema : Memenuhi masa lapang
Objektif : Pada akhir pelajaran ini murid dapat:
i. Menyatakan faedah bersukan secara lisan.
ii. Membaca petikan “Faedah Bersukan” dengan sebutan dan
intonasi yang betul.
iii. Membina dan menulis lima ayat tentang mengisi masa
lapang berdasarkan gambar yang diperlihatkan.
Fokus Utama : 2.2. Melaporkan sesuatu perkara dengan menggunakan
bahasa yang sesuai dan tepat.
Aras 2 : i. Memberi penerangan tentang sesuatu perkara yang
diperolehi dengan menggunakan ayat yang jelas.
: ii. Memberi gambaran yang jelas mengenai maklumat
daripada petikan teks.
Fokus Sampingan : 9.3 Mengambil imlak teks yang diperdengarkan.
Aras 2 : i. Mengambil imlak frasa dan ayat dengan ejaan dan tanda
bacaan yang betul.
: ii. Mengambil petikan ayat dan mempersembahkan dengan
nada yang sesuai.
:iii. Mengambil perkataan penting dan membuat ayat baharu
daripada perkataan tersebut.
Kemahiran Bahasa : Mendengar dan bertutur, membaca dan menulis.
System Bahasa : Kosa kata > lapang, masa, berharga, emas
Ilmu : Pendidikan Moral
Nilai : Menghargai masa
Kemahiran Berfikir : Menghubungkaitkan, mencirikan, menilai, menjana idea.

1
Kecerdasan Pelbagai : Interpersonal, Intrapersonal, Verbal-linguistik
Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah mengisi aktiviti masa lapang.
Bahan Bantu Mengajar: Gambar-gambar kegiatan masa lapang, Komputer, movie
maker

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


LANGKAH AKTIVITI PENGAJARAN CATATAN
PEMBELAJARAN
Set Induksi 1. Guru menunjukkan video klip ‘Permainan KB;
(5 minit) Congkak’. Menghubungkaitkan,
2. Guru mengaitkan aktiviti dengan tajuk Mencirikan
pelajaran.
3. Bercerita mengenai aktiviti senaman. TEKNIK:
4. Bersoaljawab tentang video klip yang Bersoaljawab
ditunjukkan tadi.
Langkah 1 1. Guru minta murid duduk berpasangan. KB:
(15 minit) 2. Guru tunjukan alat permainan congkak. Mengimbas kembali
3. Guru minta murid bercerita tentang
pengalaman bermain congkak. TEKNIK:
4. Guru menerangkan secara ringkas syarat Bercerita
permainan congkak berdasarkan video klip. Berbincang
5. Guru minta semua murid membaca petikan
cara bermain congkak.

Langkah 2 1. Guru bahagikan murid dalam kumpulan.


(20 minit) 2. Setiap kumpulan membaca petikan dengan KB:
bacaan mekanis. Membanding beza
3. Ahli kumpulan lain akan merakam bacaan Menilai
murid tadi dengan movie maker.
4. Murid mainkan semula rakaman bacaan. TEKNIK:
5. Guru dan murid bersama-sama menilai Bacaan mekanis
bacaan dan sebutan murid.

Langkah 3 1. Murid membaca dan menghayati petikan.

2
(15minit) 2. Murid memberi tumpuan kepada pengertian KB:
perkataan berwarna merah dalam petikan. Menjana idea
3. Murid diminta menghasilkan ayat tentang
cara bermain congkak berdasarkan perkataan TEKNIK:
yang diberikan. Bacaan mentalis
4. Guru membetulkan ayat yang salah
5. Guru memberi pujian ayat yang terbaik.

Penutup 1. Guru menyoal murid tentang perkara yang


(5 minit) dipelajari.
2. Guru membuat rumusan dan refleksi
pelajaran.
3. Memberi peneguhan dan pengayaan

Berdasarkan rancangan pengajaran dan pembelajaran di atas, kaedah bacaan mekanis dan
mentalis digunakan. Saya suka memberi refleksi tentang penggunaan kaedah bacaan
mekanis dari segi kekuatan dan kelemahannya. Pengertian bacaan mekanis berdasarkan
modul adalah bacaan kuat yang mementingkan sebutan huruf dan bunyi dengan betul,
membaca mengikut intonasi, nada dan tekanan yang betul.bahan bacaannya pula terdiri
daripada perkara yang mudah difahami dan tidak membebankan fikiran.

KEKUATAN KAEDAH BACAAN MEKANIS:

1. Guru dapat mendengar bacaan murid daripada segi sebutan,intonasi dan nada
bacaan.
2. Memperbaiki kelemahan bacaan murid dari segi kecekapan dan kepantasan
membaca.
3. Murid tahu menggunakan tanda-tanda baca dan tahu pula berhenti pada
tempat-tempat berhenti yang betul.
4. Membolehkan murid membaca dengan irama membaca yang betul.

5. Murid dapat menggunakan kemahiran bahasa dalam mata-mata pelajaran


yang lain.
6. Murid dapat mengenal pasti laras bahasa yang pelbagai.

3
7. Murid dapat mengulas isi yang terdapat dalam bahan bacaan

KELEMAHAN KAEDAH BACAAN MEKANIS

1. Murid kurang jelas dengan makna perkataan dan rangkai kata yang disebut.
2. Perlu masa untuk menyediakan bahan bacaan.
3. Kurang menguji kefahaman murid tentang maklumat yang disampaikan dalam
petikan.
4. Kurang menilai dan mengulas tentang isi-isi yang diperolehi daripada bahan
bacaan.

CARA MENGATASI

Saya berpendapat bahawa cara mengatasi kelemahan yang tertera di atas adalah
dengan teknik membaca SQ3R.Teknik ini dapat menguji pemahaman murid
berdasarkan bahan atau teks yang dibaca untuk menyelesaikan tugasan. Teknik
membaca SQ3R dipelopori oleh Robinson (1941) yang bermaksud secara ringkasnya
dijelaskan.
S-survey (Tinjau) –Murid membaca pantas untuk mendapatkan gambaran awal
tentang isi bacaan.(Bacaan skimming dan scanning). Bacaan hanya memfokuskan
kepada bahan,tajuk,gambar,grafik,pemenggalan teks.
Q-question (penyoalan) – Murid menyenaraikan intipati yang terkandung dalam
teks, berdasarkan apa yang ingin diketahui oleh murid dengan tugasan yang diberi.
R-read(Baca) – Murid membaca dengan memberi tumpuan kepada teks yang dibaca
dan mencari jawapan kepada soalan yang diberi.
R-recite(Imbas kembali) – Setelah selesai membaca keseluruhan teks,murid
dikehendaki mengingat kembali maklumat yang terdapat dalam teks.Murid dapat
memberi jawapan kepada soalan asal sebelum membandingkan jawapan yang tepat.
R-review(Baca semula) – Murid membaca semula soalan dan jawapan yang ditulis
untuk pengesahan jawapan.Melalui teknik ini,murid memperolehi maklumat yang
tepat, cepat dan menyelesaikan tugasan secara berkesan.

Wanisah Gampalid 680302125688002


HBML1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

SOALAN 1. (b) :

4
BAHAN BACAAN MEKANIS BERDASARKAN TEORI BEHAVIORISME

Teori Behaviorisme mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses


pengajaran dan pembelajaran. Dalam aktiviti ini guru menyediakan grafik sebagai
rangsangan, murid akan menyebut nama grafik secara berulang-ulang.Teknik latih tubi
ini membantu murid mencapai taraf penguasaan kemaahiran menyebut perkataan, ayat-
ayat atau mengingati fakta penting.

CONTOH-CONTOH BAHAN BACAAN MEKANIS.

Wanisah Gampalid 680302125688002


HBML1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

SOALAN 2 :

5
GENRE : CERPEN

Amir tidak mahu bercerita lagi tentang dirinya kecuali didesak. Entah mengapa, banyak
orang yang ingin tahu tentang cerita dirinya. Pada Amir, perjalanan hidupnya yang begitu
sukar seolah-olah tidak diterima akal. Orang sekarang tidak begitu percaya akan
ceritanya. Mana tidaknya, budak-budak sekarang senang. Lahir sahaja ke dunia, segala-
galanya telah tersedia. Kini, ungkapan makan ubi rebus atau bubur nasi, pergi ke sekolah
berkaki ayam dan tidak cukup makan jarang-jarang berlaku.
Masih segar dalam ingatannya, bangun pagi, ibu dan bapanya sudah berada di
kebun getah. Mereka mengambil upah menorah di kebun Pak Dolah. Pukul satu nanti
baru ibu dan bapanya balik. Tiada wang belanja dibekalkan. Kalau ibu sempat
membekalkan ubi rebus, itulah yang akan dibawanya. Biarpun terasa jemu makan ubi
rebus, namun apakan daya.
Sekiranyaa ada kelapangan, dia akan turut ke kebun. Ringanlah sedikit beban ibu
dan bapanya. Walaupun tidak menorah, Amir akan menolong mereka memungut susu
getah. Hatinya berasa puas kerana dapat membantu mereka.
“Hidup ini mesti kuubah. Hanya aku yang mampu mengubah nasibku sendiri.
Nasib emak dan abah mesti kubela. Aku tidak rela kesusahan ini membelenggu mereka
sampai ke tua,” Amir berjanji kepada dirinya sendiri.
Usaha tangga kejayaan. Amir berpegang teguh kepada prinsip ini. Satu demi satu
rintangan dihadapi sehinggalah dia berjaya ke universiti. Kesusahan yang dialami semasa
belajar di universiti tidak perlu diceritakan. Pantang ada cuti, dia akan membanting
tulang mencari wang untuk menyara diri. Ibu dan bapanya masih ada tanggungan yang
perlu disara. Lima orang adiknya masih bersekolah. Pengalaman seperti bekerja di
restoran, menjadi buruh binaan, memotong rumput, mencuci kereta dan menjaga kuda
bukanlah asing baginya. Semangat Amir kental sekali.
“Dato’ Seri, Pengerusi Rumah Anak Yatim Damai yang Dato’ Seri hendak jumpa
itu sudah sampai,” kata Salina,pembantu khasnya. Amir tersedar daripada lamunan.
Dengan lembut, Amir memberikan respons.
( Petikan Teks Cerpen Oleh DBP,Kuala Lumpur,2006 )

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHAN SASTERA

6
Sebagai seorang guru seharusnya bijak memilih, merancang dan mengelolakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahan sastera.Ini kerana bahan sastera lebih
menekankan penggunaan bahasa, penggarapan nilai dan struktur bahan yang
digunakan.Bahasa yang digunakan seperti bahasa kiasan dapat membandingkan
fenomina kehidupan masyarakat masa kini.

Teknik sangat penting untuk pengajaran pembelajaran bahan sastera yang


berkesan.Aktiviti bagi setiap teknik tersebut akan menghidupkan suasana pengajaran
dalam bilik darjah. Berikut pemilihan aktiviti pengajaran pembelajaran cerpen di atas.

1. LAKONAN

Lakonan ialah alat atau medium yang mampu mengembangkan aspek sosial, fizikal,
intelek dan bahasa murid, yang memberi peluang kepada murid menggunakan watak dan
personaliti tersendiri. Lakonan merupakan gabungan aksi dan gerak dengan dialog yang
memainkan peranan. Berdasarkan cerpen di atas, murid menghayati watak Amir sebagai
budak yang serba kekurangan.

ASPEK BAHASA
1. Mempastikan sebutan bahasa Melayu baku seperti dalam ejaan fonemik.
2. Intonsi sederhana, tinggi dan nyaring.

2. TEATER PEMBACA

Teknik ini melibatkan sekumpulan murid menghayati dan membaca skrip cerita dengan
sebutan, nada dan intonasi yang betul bagi menggambarkan sesuatu cerita yang
dipersembahkan. Namun seorang murid akan membaca cerita dengan lancar dan nada
serta serta intonasi yang betul. Juga melakukan gerak aksi yang sesuai dengan isi atau
suasana cerita. Penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka paling
diutamakan bagi membantu pelajar-penonton memahami dan menghayati cerita tersebut.
Langkah pelaksanaan :
2.1 Memilih cerita yang sesuai dengan kebolehan.
2.2 Plot diperbanyakkan untuk dibahagi kepada pelakon-pelakon.
2.3 Pelakon memahami watak supaya dapat membaca dan beraksi mengikut dialog.
2.4 Pembaca dapat membaca dengan baik, nada dan intonasi yang sesuai.

7
2.5 Pelakon berbincang untuk mencari penyelarasan semasa persembahan.
2.6 Guru membimbing pelakon menjayakan lakonan.
2.7 Pelakon melakonkan watak mengikut skrip yang dibaca.
2.8 Pelajar-pelajar lain diberi tugas tertentu.

ASPEK BAHASA

1. Sebutan bahasa Melayu baku seperti ejaan fonemik.


2. Intonasi dan nada suara yang sesuai.

3. IMPROVISASI

Teknik menghayati suatu cerita dan melakonkannya dengan menggunakan kreativiti


sendiri serta dapat memperlihatkan pemikiran kritis dan kreatif. Ia merupakan lakonan
secara spontan dalam kumpulan kecil yang mengisahkan kejadian, keadaan atau situasi
kehidupan seharian. Aksi dan dialog dibina sendiri oleh murid sebagai pelakon dengan
mencipta satu idea baru melalui kreativiti murid.
Langkah pelaksanaan :
3.1 Membaca skrip drama dengan teliti sambil melakar graf atau Rajah plot teks
tersebut.
3.2 Ahli Kumpulan memilih satu senario yang menarik perhatian pada peringkat
permulaan, pertengahan, klimak atau peleraian cerita.
3.3 Kumpulan melakonkan secara aksi kaku berdasarkan senario yang dipilih dan
ketua kumpulan diminta menerangkan kepada pelajar lain tentang gambaran
tersebut.

KEMAHIRAN BAHASA
1. Penggunaan tanda-tanda baca yang betul.
2. Membina ayat aktif dan ayat pasif

4. MAIN PERANAN

8
Teknik melakonkan dan menjiwai sesuatu watak cerita darpada teks sastera yang dikaji.
Ia memberi peluang kepada pelajar memegang peranan sama ada sebagai dirinya atau
orang lain, kemudian beraksi sebagaiman yang dikehendaki oleh watak tersebut.
Langkah pelaksanaan :
4.1 Menjelaskan objektif dan tujuan.
4.2 Menentukan latihan itu saling berkaitan.
4.3 Menjelaskan main peranan adalah sebagai alat untuk membantu menyelesaikan
masalah pengajaran pembelajaran.

ASPEK BAHASA
1. Penggunaan kosa kata
2. Menambah perbendaharaan kata.

RUMUSAN

Penggunaan bahan sastera dalam pengajaran pembelajaran seharusnya menimbulkan


keseronokan dalam kalangan pelajar untuk menguasai bahasa Melayu di bilik darjah.
Sebagai seorang guru seharusnya bijak memilih, merancang aktiviti dan menentukan
teknik yang sesuai dalam pengajaran pembelajaran bahasa.
Penekanan terhadap system ejaan, sebutan, intonasi, tata bahasa, kosa kata, peribahasa
dan seumpamanya adalah prinsip pengajaran bahasa.

RUJUKAN

9
Abdul Hamid Mahmood. (1993).Guru dan Bahasa Melayu.Kuala Lumpur: Media
Printex (M) Sdn.Bhd.

Abdullah Hassan (1980). Linguistik am untuk guru Bahasa Malaysia


.Petaling Jaya:Penerbit Fajar Bakti

Juriah Long, dll. (1992).Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur:


Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Kamarudin bin Hj.Husin. (1988). Pedagogi Bahasa.Petaling Jaya: Longman Malaysia


Sdn.Bhd.

Kamarudin bin Hj.Husin (1986).Kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa.


Selangor: Sarjana (M) Sdn.Bhd.

Mangantar Simanjuntak.(1982).Aspek bahasa dan pengajaran. Kuala Lumpur:


Sarjana Enterprise

Hashim Awang. (1984). Teman pelajar kesusasteraan.Petaling Jaya: Fajar Bakti

Kok Boh Boon. (1981). Pengajaran bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan
Publication and Distributors Sdn.Bhd.

Abd. Aziz abd. Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu-prinsip, kaedah dan teknik.
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.

10

Vous aimerez peut-être aussi