Vous êtes sur la page 1sur 19

AKU , KRIS DAN KRISTAL

Sinopsis
• Hana Hashim, pelajar dari Malaysia yang belajar di
Universiti College Cardiff di Britain. Dia berkenalan
dengan Kris dan Kristal lalu mereka menjadi
sahabat baik. Secara kebetulan pula , Kris dan
Kristal fasih berbahasa Melayu kerana Kris pernah
tinggal di Malaysia ketika ayahnya menjadi duta.
Kristal pula pernah mengikuti program pertukaran
pelajar di Malaysia. Buat beberapa ketika , Hana
tinggal bersama keluarga Kris.
• Hana, gadis Melayu yang teguh imannya. Dia
berpegang teguh kepada ciri-ciri wanita
Melayu Islam dan tidak terpengaruh dengan
budaya Barat. Misalnya, dia tidak pernah
menghabiskan waktu dengan berfoya-foya.
Ke mana-mana sahaja, Hana, Kris dan
Kristal akan bersama-sama. Namun
demikian, pada suatu masa, Kris
mengajak Hana ke Luxembourg. Kristal
tidak dapat ikut serta kerana menziarahi
datuknya di Isle of Sheppy.
ISLE OF SHEPPY
• Dalam diam-diam Kris jatuh cinta terhadap
Hana dan berhasrat untuk mengambil Hana
sebagai isterinya. Apabila Kris meluahkan
perasaannya, Hana menolaknya dengan
baik. Hana memberikan alasan bahawa
banyak halangan yang perlu ditempuh
terutamanya perbeezaan agama dan budaya
mereka. Hana menyedarkan Kris bahawa
Kristal amat menyintainya namaun Kris
menerangkan bahawa dia lansung tidak
menyintai Kristal dan hanya menganggap
Kristal sebagai rakan sahaja.
• Selepas cintanya ditolak, Kris dan
ibunya berpindah ke Jerman. Kristal
yang terlalu kecewa akan pemergian
Kris telah membunuh diri dengan
menelan pil tidur dalam kuantiti yang
banyak. Beberapa tahun kemudia Kris
datang ke apartment Hana sebagai
seorang Muslim.
TEMA
• Kekentalan prinsip hidup dan kekukuhan iman
anak muda ketika merantau untuk menuntut
ilmu.
PERSOALAN
• Persahabatan yang terjalin antara golongan yang
berlainan agama , adat resam dan budaya
• Sikap berani menempuh kehidupan di rantau orang
dalam usia yang muda
• Didikan agama sempurna yang mampu mengawal
perilaku seseorang
• Pentingnya peranan ibu bapa dalam memberi nasihat
• Keruntuhan moral palajar yang tiada pegangan agama
PLOT
• Permulaan – pengenalan watak Hana yang 3 tahun belajar di
Cardiff. Cerita seterusnya digarapkan dalam imbas kembali
• Perkembangan- Hana berkenalan dengan Kris dan Kristal lalu
bersahabat baik
• Perumitan- Kris menyatakan rasa cintanya kepada Hana
• Klimaks- Hana menolak cinta Kris. Kris membawa diri ke
Jerman. Kristal membunuh diri akibat kecewa dengan
pemergian Kris
• Peleraian- lamuan Hana terhenti dengan kedatangan Kris
sebagai seorang Muslim.
Teknik plot
• Dialog- “ ini Kristal dan ini Hana dari Malaysia”.
• Pemerian – Hampir 3 tahun aku di sini. Jauh dari
tanah air dan keluarga tercinta. Selama 3 tahun
ini, aku tidak pernah pasti apakah perasaan aku.
• Imbas kembali- Hana terkenang peristiwa
perkenalannya dengan Kris dan Kristal.
• Kejutan- peristiwa pembunuhan diri oleh Kristal
dan kedatangan Kris sebagai seorang Islam.
Watak dan Perwatakan
• Aku(Hana)
- Gadis Malaysia yang melanjutkan pelajaran di
University College Cardiff
- Berkulit sawo matang dan berwajah cantik
- Sahabat baik Kris, Kristal dan Samantha
- Berhemah tinggi dan berpegang teguh dengan
ajaran agama.
- Bersikap tegas dan tidak terpengaruh dengan
budaya hidup sosial di Barat.
• Kris
- Sahabat baik Hana dan Kristal.
- Berbangsa Inggeris
- Bermabut ikal dan matanya berwarna hazel
- Pemuda yang tampan dan fasih berbahasa
Melayu
- Suka menolong atau membantu orang lain.
- Berhati terbuka –sedia menerima Islam
• Kristal
- Kawan baik Kris dan hana
- Berbangsa Inggeris
- Cantik dan tinggi lampai.
- Fasih berbahasa Melayu
- Gemar memendamkan perasaan
- Cepat berasa cemburu
- Tidak mempunyai pegangan agama
yang kukuh
LATAR
• Latar tempat
- Cardiff
- Britain
- Barry Island
- -Jambatan Pulteney di Bath
- Luxembourg
- Rumah Mrs. Doogan
- Apartment Hana
• Latar Masa
- Mengambil tempoh 3 tahun
- malam- ketiak Kris mengajak Hana ke
majlis jamuan makan malam di
rumah seorang kawan
- Petang- Hana menerima surat
daripada Acik di kampung
• Latar masyarakat
-Masyarakat Malaysia yang belajar di luar negara
- Masyarakat luar yang memahami adat resam
dan budaya orang lain
- Masyarakat yang mementingkan pelajaran
- Masayarakat yang penyayang
GAYA BAHASA
• Bahasa asing ( bahasa Inggeris)
- Not even once, Well , Oh! That blonde
handsome guy.
• Pengulangan
- Susungguhnya saat itu amat manis, amat
indah.
NILAI

• Kasih sayang
• Berani
• Hormat-menghormati
• Peramah
• Rajin
PENGAJARAN
• Kita haruslah pandai menjaga jati diri ketika
berada di rantau orang
• Janganlah kita terpengaruh dengan adab dan
budaya liar di negara lain
• Hendaklah kita sentiasa mendengar akan
nasihat ibu bapa kita.
• Janganlah kita bertindak mengikut emosi
sehingga hilang pertimbangan diri.

Vous aimerez peut-être aussi