Vous êtes sur la page 1sur 6

« MEMAHAMI KONTRAK SOSIAL DAN KEDUDUKANNYA MENURUT

PERLEMBAGAAN MALAYSIA
MENGIKIS MENTALITI “PAK TURUT” »

SEJARAH RINGKAS PERKEMBANGAN SISTEM


PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA
Posted by syafiqe on March 26, 2008

Apabila membicarakan tentang sistem


perbankan Islam, secara tidak langsung ia
akan melibatkan prinsip transaksi yang
berlandaskan Islam. Sejarah telah
membuktikan bahawa transaksi Islam telah
dipraktikkan di Tanah Melayu seawal abad
ke-16 lagi. Prinsip ini dapat dilihat di dalam
undang-undang Melaka.[i] Apa yang jelas,
kebanyakan negeri-negeri ketika zaman
sebelum kemerdekaan turut dipengaruhi oleh
undang-undang Melaka termasuklah yang
melibatkan aspek transaksi Islam sama ada
secara langsung atau tidak langsung.[ii]
Pelaksanaan undang-undang Islam di negeri-
negeri tersebut berterusan sehinggalah
campur tangan Inggeris.[iii]

Walaubagaimanapun, undang-undang
Melaka tidak banyak menyentuh perkara
berkaitan dengan muamalat. Ia hanya
dinyatakan dalam beberapa fasal sahaja iaitu
bermula daripada fasal 29 hingga fasal 34.2.
[iv] Namun apa yang menarik, ia ada
memperuntukkan dalam satu fasal tentang
larangan riba’ dalam soal jual-beli atau
pertukaran iaitu dalam fasal 30 yang
menyentuh undang-undang tentang penjualan dan larangan terhadap riba’ (usury) dalam
urusniaga.

Satu lagi bukti pemakaian prinsip transaksi Islam adalah amalan jual janji (conditional sale).
Salleh Buang menyifatkan jual janji menyerupai prinsip transaksi Islam yang dikenali sebagai
al-bay’ al-Wafa’[v] iaitu jualan dengan pilihan untuk membeli balik.[vi] Masyarakat Melayu
terutamanya kepada para petani di Kedah, Perlis, utara Perak dan Kelantan sebelum zaman
prapenjajah lagi telah mengamalkannya.[vii] Amalan tersebut diamalkan kerana mereka tidak
mahu terlibat dengan pembiayaan pinjaman yang berasaskan bunga yang diuruskan oleh institusi
ceti pada waktu berkenaan.[viii]
Budaya akad jual janji ini telah mendapat perhatian dalam perundangan oleh hakim-hakim
Inggeris dalam keputusan yang dibuat. Dalam kes Tengku Zaharah lwn. Che Yusuf[ix], Hakim
Briggs memutuskan bahawa tujuan transaksi jual janji ialah untuk mendapatkan kemudahan
kredit (hutang) dan memberikan kepada pemberi pinjaman (pemberi tanah) bayaran gantirugi
yang sepadan tanpa terlibat dengan amalan bunga (usury) yang mana orang Islam dilarang
terlibat dengannya.[x]

Manakala dalam kes Mohamed Isa lwn. Haji Ibrahim[xi], Hakim Azmi telah membuat kenyataan
yang sama dan amalan yang menjadi kebiasaan para petani Kedah pada dasarnya ialah transaksi
jual janji di mana penjual mempunyai hak untuk membeli semula hartanya dan untuk
membolehkan pembeli (peminjam wang) mengambil manfaat daripada transaksi yang sah
menurut undang-undang Islam. Apa yang jelas, amalan jual janji ini sehingga kini masih lagi
diterimapakai dan diiktiraf oleh undang-undang Malaysia dan diperuntukkan dalam Seksyen 4
(2) Kanun Tanah Negara.[xii]

Dapat dirumuskan bahawa ketika zaman sebelum kedatangan penjajah sememangnya tidak
wujud satu sistem perbankan Islam yang komprehensif. Malah sebuah institusi perbankan yang
khusus juga masih belum wujud. Masyarakat ketika itu hanyalah mempraktikkan transaksi-
transaksi ringkas dalam urusan harian mereka seperti jual beli, sistem tukar barang (barter), jual
janji dan lain-lain. Walaubagaimanapun, setelah kedatangan penjajah Barat pada abad ke-19,
barulah sistem perbankan mula diperkenalkan.

Institusi perbankan pertama sekali di Malaysia ialah ‘The Chartered Merchant Bank of India,
London and China‘ yang telah ditubuhkan oleh penjajah Inggeris pada tahun 1859. Bank ini
diwujudkan untuk membiayai aktiviti perlombongan dan perindustrian serta menawarkan
beberapa kemudahan kewangan bagi perdagangan antarabangsa serta kemudahan lain pada masa
itu.[xiii] Namun, ketika itu masih belum wujud satu institusi yang khusus mengaplikasikan
konsep sistem perbankan Islam di Malaysia.

Idea penubuhan perbankan Islam di Malaysia berlangsung secara beransur-ansur. Penubuhannya


adalah hasil daripada pengalaman yang dilalui oleh beberapa institusi kewangan Islam lain di
Malaysia.[xiv] Institusi yang pertama sekali yang mengamalkan konsep transaksi Islam ialah
Lembaga Tabung Haji (LTH) atau sebelum ini dikenali sebagai Perbadanan Wang Simpanan
Bakal-Bakal Haji.[xv] Ia ditubuhkan pada tahun 1969 dan berfungsi untuk membolehkan orang-
orang Islam menyimpan wang secara beransur-ansur bagi memenuhi perbelanjaan menunaikan
fardhu haji dan melibatkan diri dalam bidang penanaman modal dalam lapangan perusahaan,
perdagangan, perladangan dan hartanah melalui cara yang halal di sisi Islam.[xvi]

Seterusnya, ekoran daripada kejayaan penubuhan bank-bank Islam di beberapa buah negara
seperti di Qatar, Mesir, Pakistan dan Iran, umat Islam di Malaysia juga telah menyuarakan hasrat
supaya bank Islam ditubuhkan di negara ini.[xvii] Malah penulis berpandangan perkembangan
perbankan Islam pada akhir kurun ke-19 dan awal kurun ke-20 adalah kesan daripada proses
islamisasi yang berlaku hasil daripada tokoh-tokoh reformis Islam[xviii] ketika itu yang memberi
impak kepada masyarakat Islam untuk mengamalkan ajaran Islam secara total dalam kehidupan
mereka meliputi soal politik, sosial dan ekonomi.[xix] Maka kerana itulah juga wujud
gelombang pembaharuan dikalangan umat Islam untuk menubuhkan satu sistem perbankan
Islam.

Oleh itu di Malaysia, beberapa pihak telah menyeru kerajaan menubuhkan sebuah bank Islam
dan meminta kerajaan mengambil tindakan segera menggubal undang-undang bagi
membolehkan penubuhan bank dan institusi kewangan yang beroperasi berlandaskan prinsip
Islam.[xx] Maka pada 30 Julai 1981, kerajaan telah melantik Jawatankuasa Pemandu
Kebangsaan Bank Islam (National Steering Committee) yang dipengerusikan oleh YM Raja Tan
Sri Mohar bin Raja Badiozaman dan LTH dilantik sebagai urusetia.[xxi]

Pada bulan Julai 1982, Jawatankuasa tersebut telah menyerahkan laporan mereka kepada
kerajaan. Disamping mencadangkan satu kerangka asas untuk sistem perbankan Islam di
Malaysia, ia juga membuat beberapa cadangan untuk pelesenan dan penyeliaan serta pengawasan
sebuah bank Islam.[xxii] Akhirnya bagi membuka jalan untuk penubuhan bank Islam di
Malaysia, kerajaan telah meluluskan Akta Bank Islam 1983 (ABI)[xxiii] dan mula berkuatkuasa
pada 7 April 1983.[xxiv]

Dengan penggubalan Akta Bank Islam 1983, maka Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) telah
ditubuhkan pada Julai 1983 sebagai bank Islam pertama di Malaysia dan diperbadankan di
bawah Akta Syarikat 1965.[xxv] Objektif utama penubuhannya ialah untuk berusaha
menjalankan operasi sebagai bank perdagangan berlandaskan hukum Syarak dan menyediakan
kemudahan kepada semua rakyat negara ini.[xxvi] Seperti bank-bank lain, Bank Negara
Malaysia (BNM) diberi kuasa di bawah Akta Bank Islam untuk mengawal selia bank Islam.

Sejajar prinsip dan matlamat BNM untuk merealisasikan sistem perbankan Islam di seluruh
Malaysia, Skim Perbankan Tanpa Faedah (SPTF) telah diperkenalkan pada Mac 1993. Melalui
skim ini, institusi perbankan konvensional dibenar menawarkan produk dan perkhidmatan
perbankan Islam dengan menggunakan prasarana yang sedia ada termasuk kakitangan dan
cawangan.[xxvii] Buat permulaan, skim ini dianggap satu perintis yang melibatkan tiga buah
bank.[xxviii]

Pada tahun 1998, BNM telah menjalankan satu kajian semula terhadap perbankan Islam dan
mendapati penggunaan istilah “SPTF” tidak mencerminkan penampilan sebenar operasi
perbankan Islam yang dilaksanakan oleh institusi perbankan. Oleh itu BNM telah menggantikan
istilah “SPTF” dengan “Skim Perbankan Islam (SPI)” berkuatkuasa 1 Disember 1998.[xxix]
Perkembangan sistem perbankan Islam semakin berkembang apabila pada 1 Oktober 1999,
sebuah lagi bank Islam bernama Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB)[xxx] ditubuhkan. Ia
dianggap sebagai bank Islam kedua di Malaysia muncul setelah adanya usaha kerajaan untuk
memperkukuhkan sektor perbankan Islam bagi memenuhi pertambahan permintaan masyarakat
terhadap perkhidmatan perbankan Islam.[xxxi]

Dapatlah dirumuskan di sini bahawa perkembangan sistem perbankan Islam di Malaysia adalah
berdasarkan dua bentuk utama iaitu institusi perbankan Islam secara total seperti BIMB dan
BMMB dan yang kedua ialah institusi perbankan konvensional yang menyertai SPI yang
diperkenalkan kerajaan.[xxxii] Apa yang jelas, sistem perbankan Islam di Malaysia semakin
berkembang daripada masa ke semasa. Ini juga selaraskan dengan aspirasi kerajaan bagi
menjadikan Malaysia sebagai hub perbankan dan kewangan Islam yang terulung di dunia.

[i] Mahmood Zuhdi Abdul Majid (1997), Undang-Undang Islam di Malaysia, Kuala Lumpur :
Universiti Malaya, hal. 48

[ii] Antara undang-undang tersebut ialah seperti undang-undang Johor, Undang-Undang Kedah,
Undang-undang Pahang dan Undang-undang Sembilan Puluh Sembilan. [M.B Hooker (ed.)
(1998), The Law of South East Asia, Vol. 1, Butterworth & Co (Asia), hal. 81; Abu Hassan
Mohd Adam (1973), Adakah Hukum Kanun Melaka Mempengaruhi Undang-Undang Melayu
Lama, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Pustaka, hal 149-150]

[iii] Abu Bakar Abdullah (1986), Ke arah Pelaksanaan Undang-Undang Islam di Malaysia :
Masalah dan Penyelesaiannya, Kuala Lumpur : Pustaka Damai, hal. 58

[iv] Hamid Jusoh (1992), Kedudukan Undang-undang Islam Dalam Perlembagaan Malaysia,
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Pustaka, hlm. 52

[v] Dari sudut bahasa al-bay’ ialah jual beli dan al-Wafa’ beerti pelunasan atau penunaian
hutang. Ulama’ mentakrifkan ia sebagai jual beli yang dilakukan oleh dua pihak yang terdapat
syarat bahawa barangan yang diakadkan itu boleh dibeli semula oleh penjual apabila tamat
tempoh masa tertentu yang dipersetujui bersama. Dalam tempoh itu juga, pembeli boleh
mengguna barang tersebut (misalnya tanah). Jika tempoh yang dijanjikan penjual gagal untuk
membeli semula hartanya, ia akan berpindah milik kepada pembeli. [Joni Tamkin Borhan
(2001), op. cit., hal. 138-139]

[vi] Salleh Buang (1989), The Law of Property in Malaysia : Prospect For Islamisation,
International Islamic University Malaysia Journal, Vol. 1(1), hal. 98

[vii] Norhasyimah Mohd Yassin (1996), Islamisation / Malaynisation : A Study in the Roles of
Islamic Law in the Economic Development of Malaysia 1963-1993, Kuala Lumpur : A.S
Noordeen, hal. 264

[viii] Joni Tamkin Borhan (2005), Pelaksanaan Prinsip-Prinsip Syariah Dalam Amalan
Perbankan Islam di Malaysia, dlm Abdullah Alwi Hj Hassan (Ed.), Teori dan Aplikasi
Kontemporari Sistem Ekonomi Islam di Malaysia, Kuala Lumpur : Utusan Publication, hal. 42

[ix] (1951) 1 MLJ

[x] Norhasyimah Mohd Yasin, op. cit., hal. 265

[xi] (1968) 1 MLJ 186

[xii] Norhasyimah Mohd Yasin, op. cit., hal. 264


[xiii] Maysami, R.C & Valarie Low (1998), One Country Two System : Banking in Malaysia,
Journal in Business Law, hal. 233

[xiv] Zamri bin Hassan (2002), Islamic Banking : Its Legal Impediments and Reformation
With Special reference to Malaysia, Law Majalla, Jil. 1, hal. 96

[xv] Ia merupakan usaha kerajaan yang menerima kertas kerja yang bertajuk ‘Rancangan
membaiki ekonomi bakal-bakal haji’ oleh Prof. Diraja Ungku Aziz. Ia mengandungi cadangan
supaya menubuhkan institusi kewangan untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi
bakal haji dan operasinya berdasarkan kepada konsep pelaburan dan keuntungan berlandaskan
Islam. [Mohd Lokman Abdul Mutalip (2006), Islamic Banking : Growth and Institutional
Framework, dlm M. Fazilah Abdul Samad (Ed.), The Malaysian Financial System An Overview,
Kuala Lumpur : Universiti Malaya, hal. 6]

[xvi] Joni Tamkin Borhan (2005), op. cit., hal. 44

[xvii] Ibid.

[xviii] Antara tokoh reformis yang mengislamisasikan dunia ialah seperti Hamaluddin al-
Afghani (1839-1897), Muhammad Abduh (1849-1905), Rashid Rida (1865-1935), Muhamad
Iqbal (1875-1938), Hassan al-Banna (1906-1949), Sayid Qutb (1906-1966) dan Abu A’la al-
Maududi (1903-1979)

[xix] Mohd Lokman Abdul Mutalip, op. cit.

[xx] Seruan tersebut hasil daripada resolusi yang diluluskan daripada Kongres Ekonomi
Bumiputera pada 1980 dan satu seminar bertajuk ‘Seminar Kebangsaan Konsep Pembangunan
Dalam Islam’ yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia pada Mac 1981 [Joni Tamkin
Borhan (2001), op. cit., hal. 141; BIMB, op. cit., hal. 3 ; Sudin Haron, op. cit., hal. 20]

[xxi] BIMB, op. cit., hal. 4

[xxii] Zamri bin Hassan, op. cit., hal. 97

[xxiii] Akta 276 [Dalam bahasa Inggeris disebut Islamic Banking Act 1983 (IBA) ]

[xxiv] Sudin Haron, op. cit., hal. 21

[xxv] Ibid. ; Hussin Salamon (2004), The Islamic Banking System in Malaysia : Concept,
Operation, Challenges and Prospects, dlm Bala Shanmugam & Vignesen Perumal & Alfieya
Hanuum Ridzwa, Islamic Banking : An Internatinal Perspective, Selangor : Universiti Putra
Malaysia Press, hal. 76 ; al-Omar, Fuad & Mohamed Abdel Haq, op. cit., hal. 85 ; BNM (1984),
Money and Banking in Malaysia, Kuala Lumpur : Bank Negara Malaysia, hal. 191 ; Zainal
Amin Ayub, Mohammad Azam Hussain, Nurretina Ahmad Shariff & Hassan Ali, op. cit., hal. x
[xxvi] BNB (1999), Bank Negara Malaysia dan Sistem Kewangan di Malaysia Perubahan
Sedekad 1989-1999, Kuala Lumpur : Bank Negara Malaysia, , hal. 5 ; Sudin Haron, op. cit., hal.
22

[xxvii] BNM (1999), op. cit., hal. 275 ; al-Omar, Fuad & Mohamed Abdel Haq, op. cit., hal. 86 ;
Ab. Mumin Ab. Ghani, op. cit., hal. 335-340

[xxviii] Bank tersebut ialah Bank Bumiputera Malaysia Berhad (BBMB), United Malayan
Banking Corporation (UMBC) dan Malayan Banking (Maybank). Bagi menyertai skim ini, bank
tersebut perlu mematuhi keperluan skim ini seperti menubuhkan Unit Perbankan Islam yang
diketuai seorang pegawai kanan bank beragama Islam, mewujudkan Dana Perbankan Islam,
membuka akaun semasa atau penyelesaian yang berasingan bagi operasi perbankan Islam di
BNM, mendaftar sebagai ahli tidak langsung di dalam sistem pembayaran SPEEDS (RENTAS)
dan mematuhi sistem penjelasan cek yang berasingan bagi perbankan Islam. Bank juga perlu
menyediakan lejar am yang berasingan bagi perbankan Islam.

Vous aimerez peut-être aussi