Vous êtes sur la page 1sur 3

Abdul Ghani Minhat

Abdul Ghani Minhat


Maklumat peribadi
Nama penuh Abdul Ghani Bin Minhat
Tarikh lahir 23 Disember 1935 (umur 74)
Tempat lahir    Kampung Solok, Rantau, Negeri Sembilan, Malaysia
Posisi Penyerang
Kelab senior 1
Tahun Kelab App (Gol)*
1955-1968 Selangor FA    
Pasukan kebangsaan
1956-1963 Malaysia
Pasukan
1969 Malaysia
1970-1973 Selangor FA
1983-1985 Selangor FA

1
Penampilan dan gol kelab senior
dikira untuk liga domestik sahaja.
* Penampilan (Gol)

Datuk Abdul Ghani Minhat (Jawi: ‫ اﺑدﻭل ﻏﺍﻧﻲ ﻣﻳﻧﻫﺍت‬lahir pada 23 Disember 1935)
merupakan bekas pemain bola sepak Malaysia yang pernah mewakili pasukan Piala
Malaysia Selangor pada tahun 1950-an sehinggalah penghujung 1960-an. Beliau beraksi
sebagai penyerang dan sayap ketika mewakili Selangor dan Malaysia. Beliau pernah
dihantar FAM untuk menjalani sesi latihan di Eintracht Frankfurt, Jerman. Beliau digelar
sebagai Raja Bola di atas kehebatannya di padang dan merupakan salah seorang lagenda
bola sepak Malaysia.

[sunting] Kerjaya

Kerjaya Datuk Ghani Minhat bermula pada tahun 1945 di sekolah Princess Road (kini
Sekolah Kebangsaan Raja Muda) ketika berusia 10 tahun. Ketika mewakili sekolah
Princess Road, dia beraksi dengan berkaki ayam. Dua tahun selepas itu, Ghani mewakili
Sekolah St John Kuala Lumpur. Pada tahun 1951, bakat beliau dilihat oleh beberapa
orang pegawai polis yang kemudiannay menghadiahkan but pertama beliau.

Ketika berusia 17 tahun, beliau terpilih untuk beraksi bersama pasukan Depot Polis yang
beraksi dalam Liga Selangor. Beliau beraksi di posisi sayap kiri walaupun berkaki kanan.
Peluang ini digunakan beliau untuk menggilap kemahiran menyepak menggunakan
kedua-dua belah kaki. Pada tahun 1955, Ghani Minhat terpilih untuk bersama skuad
Selangor dan membantu Selangor memenangi Piala Malaysia pada tahun berikutnya buat
kali pertama selepas 6 tahun setelah menewaskan Singapura 2-1.
Pada tahun 1956, Ghani beraksi buat kali pertama bersama Malaysia. Penampilan
pertamanya bersama Malaysia sangat menakjubkan apabila menjaringkan tujuh gol
ketika membantu Malaysia menewaskan Kemboja 9-2. Tahun berikutnya, beliau
menjaringkan gol pertama skuad negara dalam kejohanan sulung Pestabola Merdeka hasil
sepakan dari 40 meter menentang Vietnam dalam perlawanan yang berlangsung di
Padang TPCA, Princess Road. Namun skuad negara pulang hampa apabila gagal
membawa pulang piala Pestabola Merdeka. Kehampaan itu berjaya ditebus pada tahun
1958 apabila membantu skuad negara menjuarai Pestabola Merdeka menewaskan Hong
Kong 2-1 dalam perlawanan akhir.

Ghani kemudian membantu skuad negara mengekalkan kejuaraan Pestabola Merdeka


pada 1959. Beliau kemudian mendapat gelaran Raja Bola dari Persatuan Bola Sepak
Selangor (FAS), gelaran yang kemudiannya digunakan oleh sesiapa sahaja merujuk
kepada beliau. Beliau melengkapkan hatrik kejuaraan Pestabola Merdeka skuad negara
setelah berkongsi kejuaraan bersama Korea Selatan pada 1960. Pada tahun ini juga,
Ghani mencipta rekod jaringan yang kekal sehingga ke hari ini apabila menjaringkan 9
gol menentang Negeri Sembilan menjadikan jumlah jaringan beliau 34 gol dalam 9
perlawanan. Setahun selepas itu, Ghani bersama skuad negara meraih pingat emas Sukan
SEAP di Rangoon, Burma (kini Myanmar). Dia juga membantu skuad negara memenangi
pingat gangsa Sukan Asia 1962.

Pada tahun 1963, Ghani bersama skuad lagenda Merah Kuning (Selangor) menjaringkan
106 gol dalam hanya 15 perlawanan termasuk rekod jaringan bola sepak Malaysia yang
kekal ke hari ini iaitu menang 18-0 menewaskan Terengganu (Rekod sebelumnya
dipegang Kelantan yang menewaskan Pahang 16-1 pada 1962 hasil 8 jaringan Mohamad
Che Su). Dia kemudiannya menjaringkan 4 gol dalam perlawanan akhir Piala Malaysia
menewaskan Pulau Pinang 6-2.

Pada tahun 1967, Ghani membantu Selangor layak beraksi di perlawanan akhir Kejuaraan
Kelab Asia tetapi tewas kepada kelab Israel Hapoel Tel Aviv dengan jaringan 2-1. Beliau
Bersara dari bola sepak pada tahun 1968 setelah membantu Selangor buat kali kelapan
dalam kariernya menjuarai Piala Malaysia. Tambah menarik Selangor berjaya
membenam Pulau Pinang 8-1 dalam perlawanan akhir. Beliau menamatkan karier sebagai
pemain dengan nota cemerlang apabila berjaya menjaringkan lebih 100 gol dalam
peringkat kebangsaan dan negara.

Beliau kemudian dihantar ke Jepun oleh Persatuan Bolasepak Malaysia untuk menghadiri
kursus kejurulatihan. Selepas itu, dia dilantik untuk menjadi jurulatih sementara skuad
kebangsaan dalam satu kejohanan di Tokyo. Ghani menamatkan zaman bujangnya
dengan Tengku Aishah Tengku Ibrahim dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu
Nik Abdul Halim, Nik Salwani, Nik Sarina dan Nik Mohd Hanif. Beliau kemudian
menjadi jurulatih pasukan kesayangannya Selangor pada tahun 1970 dan pada 1971
beliau menjadi orang pertama yang menjuarai Piala Malaysia dalam dua gelanggang
berbeza iaitu sebagai pemain dan jurulatih. Beliau sekali lagi membawa Selangor
menjuarai Piala Malaysia menewaskan Perak 3-1 pada 1972. Beliau kemudian meletak
jawatan sebagai jurulatih kerana ingin menumpukan perhatian dalam bidang perniagaan.
10 tahun kemudian, Ghani kembali menjadi jurulatih Selangor menggantikan Chow Kwai
Lam namun hanya bertahan selama tiga musim selepas gagal membantu pasukan
menjuarai Piala Malaysia pada musim 1985 meskipun berjaya membawa Selangor
menjuarai Piala Malaysia menewaskan Pahang 3-1 pada musim 1984 dan kembali ke
bidang perniagaan. Pada tahun 2004, beliau kembali menabur bakti kepada Selangor.
Kali ini sebagai Penasihat Kejurulatihan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS). Beliau
kemudian mengundurkan diri dari bola sepak Selangor dan beralih ke negeri
kelahirannya sebagai Penasihat Kejurulatihan Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan.

[sunting] Anugerah
[sunting] Sebagai Pemain

[sunting] Antarbangsa

 Juara Pesta Bola Merdeka 1958, 1959, 1960


 Pingat Emas Sukan SEAP 1961
 Pingat Gangsa Sukan Asia 1962
 Tempat ke-2 Kejohanan Kelab Asia 1967

[sunting] Kebangsaan

 Juara Piala Malaysia sebanyak 8 kali


 Gelaran Raja Bola oleh Persatuan Bola Sepak Selangor

[sunting] Sebagai Jurulatih

 Juara Piala Malaysia 1971, 1972, 1984

[sunting] Individu

 Pingat DSSA, DIMP, AMN dan PJK

[sunting] Pautan Luar


 Abdul Ghani Minhat di selangorfc.com

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Ghani_Minhat"


Kategori: Pemain bola sepak Malaysia

Vous aimerez peut-être aussi