Vous êtes sur la page 1sur 2

ADHD

Setiap bayi yang lahir mempunyai keistimewaan mereka tersendiri. Bagi kebanyakan ibu bapa
perkembangan intelek anak-anak amat diberi perhatian terutama apabila berada dalam
lingkungan 3 hingga 5 tahun. Dalam lingkungan usia 3 hingga 5 tahun inilah perkembangan atau
kecacatan mereka dapat dikenalpasti. Terdapat pelbagai kecacatan atau perkembangan intelek
yang lambat bagi sesetengah kanak-kanak. Dalam hal ini beberapa aspek diambil kira antaranya
faktor persekitaran, gaya hidup ibubapa dan baka.

Selain dari faktor diatas kanak-kanak yang mempunyai perkembangan yang lembab atau lambat
juga boleh disebabkan oleh beberapa faktor lain iaitu mengalami penyakit seperti autisme,
sindrom down, bayi pramatang atau lain-lain. Bayi pramatang atau dilahirkan dengan berat
badan yang kurang dari 2. 5kg, lemas semasa dilahirkan dan menghidap penyakit kuning yang
serius juga berisiko tinggi mengalami kelambatan dalam perkembangan mereka.

Antara Ciri-Ciri kanak-kanak Lembab

Diantara ciri-ciri penyakit atau masalah yang menyebakan kanak-kanak menghadapi


perkembangan yang lembab atau lambat.

Autisma

Biasanya kanak-kanak yang menghidap autisma mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

- sering bersendiri dan mudah menangis atau ketawa secara tiba-tiba.


- Boleh bertutur tetapi menggunakan perkataan yang berulang-ulang atau gagp.
- Tidak merasai kesakitan dan tidak mengendahkan bahaya.
- Tidak pandai menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain.
- Suka melakukan perkara yang merbahaya dan luarbiasa.
- Tiada perhubungan mata semasa berinteraksi dan kadangkala tidak mengendahkan sesiapa
yang bercakap dengannya (seolah-olah pekak).
- Keseimbangan fizikal yang sukar dikawal.
- Sukar menerima pelajaran.
- Suka mencederakan diri sendiri.
- Gemar menghisap jari dan menggigit kuku.

Ciri-ciri Sindrom Down:


- Tidak dapat menutup mulut dengan rapat dan sentiasa terbuka.
- Suka menjelir dan mempunyai lidah yang lebih tebal, kasar dan pendek.
- Mata yang sepet.
- Mempunyai bentuk muka yang kecil dan kepala yang leper.
- kanak-kanak ini mempunyai tangan yang agak lebar dan pendek.
- Kanak-kanaksindrom down kebanyakannya gempal dan rendah.
- Mereka mempunyai sikap yang manja dan ceria serta mudah bergaul.
- Sindrom down dapat dikesan seawal dilahirkan.

Ciri-ciri kanak-kanak hiperaktif:


- Mereka lebih agresif dan gemar melakukan aktiviti fizikal secara berlebihan.
- bertindak lebih agresif terhadap rangsangan sperti cahaya, bunyi dan warna.
- Mempunyai waktu tidur yang tidak teratur.
- Suka menangis atau ketawa tanpa sebab.
- Tidak dapat memberi tumpuan terhadap permainan atau kerja yang dilakukan.
- Dapat bertindak secara mengejut tanpa dijangka.
- Mudah meradang atau mengamuk.
- Tidak dapat menyesuaikan diri atau berinteraksi dengan orang lain atau rakan sebaya dengan
baik.

Ciri-ciri diatas adalah diantara ciri-ciri dan masalah yang dikenalpasti pada kanak-kanak yang
boleh menyebabkan perkembangan terganggu.

Cara Rawatan Perubatan Alternatif THE TOLE

THE TOLE NEURO AKUPUNKTUR DAN HERBA

Menurut kajian pengambilan ubat secara tidak teratur dan keterlaluan semasa hamil boleh
menyumbang kepada permasalahan ini. Hasil kajian menunjukkan kanak-kanak ini mempunyai
tahap glukosa asli yang rendah berbanding kanak-kanak normal.Di THE TOLE kami
menyediakan rawatan Akupunktur dan herba. Rawatan ini mengambil masa selama 1 jam bagi
setiap sesi dan mereka juga perlu mengambil ubat herba yang berbentuk serbuk halus. Tempoh
atau jangka masa rawatan yang perlu di ambil adalah bergantung kepada setiap individu itu.
Namun apa yang dapat di lihat pada setiap kali sesi akupunktur ialah perubahan pada
mereka.Kami telah membantu ramai kanak-kanak mengecapi hidup yang lebih bermakna.

Vous aimerez peut-être aussi