Vous êtes sur la page 1sur 6

PEPERIKSAAN OUM

MAKLUMAT AM DAN ARAHAN KEPADA CALON


(Calon dikehendaki membaca dan mematuhi maklumat dan arahan berikut)

Jadual Peperiksaan

1. Semak dan muatturunkan Jadual Peperiksaan Semester yang dipaparkan dalam laman web OUM.
Pastikan tarikh, waktu dan lokasi peperiksaan bagi kursus berkenaan selewat-lewatnya sehari
sebelum tarikh peperiksaan. Calon yang menghadiri peperiksaan bagi sesuatu kursus berkenaan
tersilap membaca jadual waktu akan diberi markah sifar bagi kursus berkenaan.

Dokumen Yang Perlu

2. Bawa bersama Kad Pengenalan, Kad Matrikulasi dan Slip Kebenaran Menduduki Peperiksaan ke
dewan peperiksaan.

[Perhatian: Pelajar tanpa Kad Pengenalan/Kad Matrikulasi/Slip Kebenaran Menduduki Peperiksaan


tidak akan dibenarkan mengambil peperiksaan kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Ketua
Pengawas Peperiksaan.]

PERINGATAN: Jangan tulis apa-apa nota pada kedua-dua muka Slip Kebenaran Menduduki
Peperiksaan. Calon yang berbuat demikian akan dianggap telah melanggar peraturan peperiksaan
OUM dan tindakan tatatertib keras akan dikenakan di atas pelajar berkenaan .

Penyelewengan

3. Calon tidak boleh melakukan mana-mana penyelewengan seperti berikut :

(1) Memberi atau menerima atau memiliki sebarang maklumat yang ada hubungan dengan soalan
peperiksaan sebelum atau semasa peperiksaan untuk kursus tersebut; atau

(2) Mengambil, mengubah, menyembunyikan, merosak, atau memusnahkan sebarang bahan yang
ada kaitan dengan persediaan atau penyempurnaan tugasan kursus atau peperiksaan.

LARANGAN

4. Calon TIDAK DIBENARKAN sama sekali :

(a) Membawa masuk ke dalam dewan/bilik peperiksaan,


 apa-apa buku, kertas, gambar, nota,
 kotak atau beg pensil (lain daripada jenis kotak atau beg pensil buatan plastik transparen
yang mana alattulis didalamnya boleh dilihat dengan jelas ),
 sampul mesin pengira,
 barang makanan/minuman,
 telefon bimbit, ipod, personal digital assistan) (pda), pager, kamera, komputer, kad magnetik,
modul dengan memori, komputer dan kamus kecuali buku, kertas, dokumen, gambar atau
alat lain yang dibenarkan oleh Ketua Pengawas Peperiksaan berdasarkan keperluan yang
ditetapkan oleh pihak OUM bagi sesuatu kertas peperiksaan berkenaan.

(b) Mesin pengira yang boleh diprogramkan iaitu berkeupayaan mengimput, menyimpan dan
menunjukkan teks melebihi satu baris, simbol, matematik expressions, teks equation atau
alphabetic formulae.

KIT KP - MAKLUMAT AM DAN ARAHAN KEPADA CALON 1/6


(c) Makan, minum atau merokok semasa di dalam Dewan/Bilik Peperiksaan;

(d) Berhubung dengan mana-mana calon lain dengan apa cara sekalipun semasa di dalam
Dewan/Bilik Peperiksaan; dan

(e) Menulis apa-apa nota pada kedua-dua muka Slip Kebenaran Menduduki Peperiksaan, sampul
mesin pengira, pemadam getah, pembaris, tangan, jari, lengan, kain baju, dsb.

NOTA PENTING : HUKUMAN BERAT AKAN DIKENAKAN BAGI PELANGGARAN


PERENGGAN 3 DI ATAS.

Alat Tulis

5. Pinjaman alat tulis dan mesin pengira daripada calon lain atau pengawas tidak dibenarkan
semasa peperiksaan. Calon yang meminjam alat tulis atau mesin pengira daripada calon lain semasa
peperiksaan akan dianggap sebagai telah melanggarkan peraturan peperiksaan dan akan dijatuhkan
hukuman tatatertib menurut peraturan yang sedia ada.

Waktu Melaporkan Diri Di Dewan/Bilik Peperiksaan

6. Calon hendaklah berada di luar Dewan/Bilik Peperiksaan berkenaan sekurang-kurangnya tiga puluh
(30) minit sebelum peperiksaan bermula. Ketua Pengawas Peperiksaan akan membenarkan calon
masuk ke dalam Dewan/Bilik Peperiksaan kira-kira dua puluh (20) minit sebelum peperiksaan
bermula. Apabila dibenarkan, calon hendaklah masuk dengan tertib melalui pintu masuk dan
mengikut cara yang diarahkan oleh Ketua Pengawas Peperiksaan.

Pakaian

7. Semasa di dalam dewan/bilik peperiksaan, calon hendaklah berpakaian kemas. Selipar dan pakaian
yang menjolok mata tidak dibenarkan. Perhatian: Ketua Pengawas boleh menghalang mana-mana
calon yang tidak berpakaian kemas, masuk ke dalam dewan /bilik peperiksaan.

Hadir Lewat Peperiksaan

8. Calon yang hadir peperiksaan sesuatu kertas tidak lebih tiga puluh (30) minit daripada waktu
bermula peperiksaan kertas itu boleh dibenarkan mengambil peperiksaan berkenaan tetapi tidak akan
diberikan masa tambahan.

Calon yang hadir peperiksaan bagi sesuatu kertas lebih tiga puluh (30) minit daripada waktu
bermula peperiksaan kertas itu tidak akan dibenarkan masuk ke Bilik/Dewan Peperiksaan dan
seterusnya tidak boleh menduduki peperiksaan berkenaan.

Arahan Semasa Dalam Dewan/Bilik Peperiksaan

9. Calon dikehendaki :

(1) SENTIASA mematuhi segala arahan peperiksaan Ketua Pengawas dan Penolong Ketua
Pengawas. Dalam hal ini, jika Ketua Pengawas mengesyaki bahawa calon telah membawa
masuk nota atau barang larangan ke dalam dewan/bilik peperiksaan serta cuba
menyembunyikannya dengan cara yang menimbulkan syak wasangka, Ketua Pengawas
berkuasa melakukan pemeriksaan fizikal di atas calon dan/atau mengarah calon menyerahkan
nota atau barang larangan berkenaan. Apabila diarahkan berbuat demikian, calon dikehendaki
memberi kerjasamanya jika tidak, Ketua Pengawas akan membuat laporan dan tindakan
tatatertib akan diambil terhadap calon berkenaan;

(2) Mengambil tempat duduk di kawasan yang disediakan bagi kertas peperiksaan masing-
masing;

KIT KP - MAKLUMAT AM DAN ARAHAN KEPADA CALON 2/6


(3) Meletak Kad Pengenalan, Kad Matrikulasi dan Slip Kebenaran Menduduki Peperiksaan di
bahagian atas sebelah kanan meja untuk pemeriksaan pengawas;

(4) Mengisi Slip Kehadiran Peperiksaan pada muka hadapan buku jawapan yang diedarkan
dengan maklumat yang perlu, menandatangani dan menceraikan Slip Kehadiran Peperiksaan
dari buku jawapan kemudian meletakkan Slip itu di bahagian atas sebelah kanan meja;

(5) Membaca dan mematuhi arahan tercetak pada muka hadapan buku jawapan dan kertas
jawapan objektif (jika dibekalkan);
.
(6) Menulis nombor matrikulasi (bukan nama), kod dan tajuk kursus serta maklumat lain yang
perlu di muka hadapan buku jawapan.

(7) Menulis nombor siri kursus yang betul bagi kursus berkenaan dalam ruang kosong di atas
kotak untuk pengisian nombor matrikulasi ( bertanda X dalam contoh ) pada buku jawapan.
Nombor siri bagi setiap kursus yang diambil oleh pelajar telah dicatatkan setentang kursus
berkenaan dalam Slip Kebenaran Menduduki Peperiksaan. ( bertanda dengan panah dalam
contoh )

Contoh buku jawapan 12 muka surat:

Contoh slip kebenaran menduduki peperiksaan :

(8) Mengguna PENSIL 2B SAHAJA untuk menulis maklumat yang perlu dan menghitamkan kotak
berkenaan dalam kertas jawapan objektif (jika dibekalkan).

Arahan Semasa Kertas Soalan Diedarkan

[Perhatian: kertas soalan akan diedarkan oleh pengawas kira-kira sepuluh (10) minit
sebelum waktu bermula peperiksaan bagi sesi pagi dan sesi petang.

KIT KP - MAKLUMAT AM DAN ARAHAN KEPADA CALON 3/6


10. (1) Semasa kertas soalan diedarkan, calon tidak boleh membuka kertas soalan atau memulakan
apa-apa jawapan dalam buku jawapan sehingga diarahkan oleh Ketua Pengawas;

(2) Apabila Ketua Pengawas telah memberi arahan untuk membuka kertas soalan, calon
hendaklah:

(a) Memastikan kod kertas soalan yang diterima adalah betul dan bilangan muka surat kertas
soalan adalah lengkap;

(b) Memberitahu Pengawas dengan serta merta, sekiranya kertas soalan salah diterima atau
bilangan muka surat tidak lengkap; dan

(c) Menunggu pengumuman Ketua Pengawas untuk mula menjawab kertas soalan.

Keluar/Masuk Dewan/Bilik Peperiksaan Semasa Peperiksaan

11. Calon tidak boleh meninggalkan Dewan/Bilik Peperiksaan dalam masa:

(a) tiga puluh (30) minit yang pertama dari waktu bermula peperiksaan bagi sesi pagi atau sesi
petang; dan

(b) lima belas (15) minit sebelum peperiksaan berakhir.

12. Jika calon ingin keluar sebentar (tidak melebihi lima (5) minit) daripada Dewan/BilikPeperiksaan,
beliau hendaklah mengangkat tangan dan mendapat bantuan pengawas peperiksaan untuk sentiasa
mengiringi beliau (calon).

Arahan Semasa Peperiksaan Sedang Berjalan

13. Semasa peperiksaan sedang berjalan, calon TIDAK DIBENARKAN sama sekali :

(1) Mempunyai, menggunakan dan/atau merujuk kepada apa-apa bahan rujukan atau nota yang
tidak dibenarkan di dalam Dewan/Bilik peperiksaan atau semasa dibenarkan keluar sebentar
dari Dewan/Bilik peperiksaan;

(2) Menerima apa-apa buku, kertas, gambar, nota, kotak pensil, telefon bimbit, personal digital
assistant, programmable calculator atau sebarang alat dari mana-mana orang lain kecuali buku,
kertas, dokumen, gambar atau alat-alat lain yang dibenarkan oleh Ketua Pengawas Peperiksaan
berdasarkan keperluan yang ditetapkan oleh pihak OUM bagi sesuatu kertas peperiksaan;

(3) Berhubung dengan mana-mana calon lain semasa peperiksaan berlangsung dengan apa cara
sekalipun;

(4) Memberi atau menerima sebarang bantuan daripada calon atau pihak lain yang berkaitan
dengan peperiksaan.

(5) Menceraikan sebarang muka jawapan daripada buku jawapan peperiksaan OUM. Calon
dinasihatkan menyediakan semua rangka atau draf jawapan yang mana perlu, dalam muka surat
kosong pada kertas soalan berkenaan.

NOTA PENTING : HUKUMAN BERAT AKAN DIKENAKAN BAGI


PERENGGAN 13 (1) - 13(5) DI ATAS.

KIT KP - MAKLUMAT AM DAN ARAHAN KEPADA CALON 4/6


Arahan Selepas Tamat Peperiksaan Sesuatu Kertas

14. Selepas tamat peperiksaan, calon hendaklah :

(1) Berhenti menulis apabila diarahkan berbuat demikian oleh Ketua Pengawas;
(2) Memastikan kertas graf, buku jawapan tambahan serta kertas jawapan lain (selain daripada
kertas jawapan objektif), jika dibekalkan atau digunakan, diletakkan di dalam buku jawapan dan
diikat kuat dengan benang yang dibekalkan;
(3) Memastikan nombor matrikulasi, nombor siri kursus, kod/tajuk kursus dan nombor soalan
yang dijawab, ditulis dengan betul dalam ruang berkenaan pada muka hadapan buku jawapan
dan juga ditandakan dengan tepat pada kertas jawapan objektif (jika dibekalkan).

(4) Meletakkan (bukan ikat) kertas jawapan objektif (jika dibekalkan), di dalam buku jawapan;

(5) Memastikan buku jawapan dan kertas jawapan objektif (jika dibekalkan) telah dikutip daripada
mejanya oleh pengawas;

(6) Duduk di meja masing-masing dan JANGAN KELUAR dari Dewan/Bilik Peperiksaan sehingga
diarahkan berbuat demikian oleh Ketua Pengawas Peperiksaan; dan

(7) Memastikan tidak terbawa keluar dari Dewan/Bilik Peperiksaan, buku jawapan/kertas lain yang
telah digunakan dan/atau buku jawapan/ kertas yang tidak digunakan atau rosak.

Jatuh Sakit Semasa Peperiksaan

15. Calon yang tiba-tiba jatuh sakit atau mengalami masalah kesihatan kemudian tidak berupaya
mengambil atau meneruskan dengan peperiksaan bagi kertas peperiksaan berkenaan, hendaklah
melaporkan keadaannya kepada pengawas dengan segera. Selepas peperiksaan, calon dinasihatkan
berjumpa doktor dengan seberapa segera.

Laporan perubatan hendaklah dihantarkan kepada Timbalan Pengurus Besar, Unit Penilaian &
Peperiksaan dengan seberapa segera tetapi tidak lewat daripada satu minggu selepas tarikh akhir
peperiksaan semester berkenaan.

Penarikan Diri Daripada Peperiksaan

16. Pelajar yang tidak ingin menduduki peperiksaan mana-mana kursus dalam sesuatu semester atas
sebab-sebab tertentu, dinasihatkan menarik diri daripada peperiksaan kursus berkenaan dengan
mengemukakan permohonan bertulis kepada Unit Peperiksaan tidak lewat tiga minggu daripada
tarikh mula peperiksaan berkenaan. Calon yang tidak menarik diri secara rasmi daripada peperiksaan
atau tidak menduduki peperiksaan sesuatu kursus yang didaftarkan akan diberikan gred F bagi kursus
berkenaan.

Tidak Menduduki Peperiksaan Semester Dengan Alasan

17. Calon yang tidak dapat menduduki peperiksaan atas sebab yang boleh diterima seperti perubatan,
urusan rasmi, bencana dan sebagainya, hendaklah memberitahu Unit Penilaian & Peperiksaan secara
rasmi dengan seberapa segera. Dokumen sokongan seperti sijil sakit bersama laporan doktor, surat
pengesahan majikan, laporan polis dan sebagainya yang mana berkenaan, hendaklah dikemukakan
bersama.

Bagi permohonan yang telah diluluskan oleh pihak berkuasa OUM, calon akan di diberikan gred I –
Incomplete untuk kursus berkenaan. Bagi mana-mana kursus yang diluluskan gred I - Incomplete,
calon hendaklah menduduki peperiksaan ulangan dalam tempoh setahun.

KIT KP - MAKLUMAT AM DAN ARAHAN KEPADA CALON 5/6


Pelanggaran Peraturan Peperiksaan OUM - HUKUMAN

18. Calon yang didapati telah melanggar mana-mana daripada Peraturan Peperiksaan OUM, akan
dibicarakan dan jika sabit kesalahannya, maka Jawatankuasa Tatatertib dan Disiplin Pelajar OUM
boleh mengenakan mana-mana satu, atau apa-apa kombinasi hukuman-hukuman berikut :

(a) Surat amaran;


(b) Markah sifar (0) bagi kursus berkenaan (termasuk kerja kursus);
(c) Dibatalkan keputusan bagi keseluruhan peperiksaan semester yang terbabit;
(d) Dibatalkan keputusan bagi keseluruhan peperiksaan dan diberhentikan daripada pengajian; atau
(e) Digantung pengajian selama satu tempoh yang difikirkan patut;
(f) Disingkirkan daripada Universiti.
(g) Hukuman-hukuman lain yang setimpal.

UNIT PENILAIAN & PEPERIKSAAN


REGISTRI, OPEN UNIVERSITY MALAYSIA
(Disemak 19 Oktober 2009)

KIT KP - MAKLUMAT AM DAN ARAHAN KEPADA CALON 6/6

Vous aimerez peut-être aussi