Vous êtes sur la page 1sur 2

Abstrak

Sistem pengairan secara automatik ini merupakan satu kaedah pengairan masa

kini yang ringkas dan mudah dikendalikan. Ia memerlukan pemeriksaan minimum

terhadap litar kawalan. System ini menggabungkan dua litar ringkas untuk bahagian

penyiraman tanaman dan bahagian pengesan paras air. Kedua-dua litar ini akan

bergabung system kawalan pada bahagian tangki system pengairan. Litar untuk

penyiraman akan mengawal bahagian tanaman iaitu mengesan kelembapan tanah supaya

tanah tidak kekeringan yang menyebabkan tanaman kekeringan. Sebuah sensor

digunakan untuk mengesan tahap kekeringan air. Sensor mudah ini menggunakan dua

wayar kuprum yang di tanam ke dalam tanah sedalam 2 cm dan jarak antara kedua-dua

wayar tersebut adalah 3 cm. Litar ini akan berfungsi apabila tanah tidak mendapat

kelembapan yang mencukupi. LED akan menyala menunjukkan tanah dalam keadaan

kering dan pam akan menyedut air dari tangki untuk disalirkan ke tanaman. Apabila

tanaman telah mendapat air yang mencukupi, litar ini akan off. Litar pengesan paras air

pula digunakan untuk mengesan paras air pada tangki simpanan air. Ia menggunakan

reed switch sebagai sensor dan suis tekan hidup untuk kaedah manual jika reed switch

tidak dapat digunakan. Pada paras minimum air dalam tangki, reed switch minimum

akan menjadi litar tutup apabila pelampung magnet mendekati paras tersebut dan buzzer

akan berbunyi menandakan air perlu dimasukkan ke dalam tangki. Injap solenoid akan

terbuka sejurus buzzer berbunyi dan air akan dimasukkan ke dalam tangki simpanan.
Injap solenoid adalah sebagai kepala paip yang mengawal kemasukan air ke tangki.

Setelah air mencapai tahap maksimum, reed switch maksimum akan mengesan magnet

yang terapung dan akan memutuskan bekalan pada buzzer dan injap solenoid, air akan

berhenti disalirkan.

Vous aimerez peut-être aussi