Vous êtes sur la page 1sur 2

ADAB MENUNTUT ILMU

1. Menjaga hubungan dengan Allah


 Tidak meninggalkan solat
 Menjauhi perkara mungkar

2. Menjaga hubungan dengan guru


 Ucapan salam
 Nyatakan pendapat secara berhemah dan bijaksana
 Jangan menengking/meninggikan suara terhadap guru
 Jangan mengumpat / mengutuk/memperli guru

3. Jauhi sifat hati yang tidak baik


 Sifat dengki/cemburu
 Bermegah-megah dengan kelebihan
 Suka memandang rendah terhadap keupayaan orang lain
 Sifat buruk merosakkan hati dan tidak mendapat keberkatan daripada tuhan

4. Sentiasa merendah diri, menghormati dan menurut nasihat gurunya.


 Guru ‘pelita’ buat pelajar
 Bila Berjaya ,usahlah lupa jasa dan pergorbanan guru.

5. Wujudkan kesungguhan diri untuk mencapai kecemerlangan


 Kesungguhan akan membezakan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal
 Kesungguhan menjadikan masalah mudah untuk ditangani

6. Niat Menuntut ilmu semata-mata kerana Allah


 Dalam Islam,niat amat penting dalam melakukan sesuatu perkara.
 Sekiranya seseorang belajar semata-mata untuk memperolehi kekayaan,maka
menuntut ilmu bukan lagi satu ibadat
 Menuntut ilmu adalah tuntutan dalam agama

7. Tidak kedekut ilmu terhadap kawan-kawan


 Membantu kawan belajar menjadikan ilmu bertambah lekat dalam ingatan
 Hadis riwayat Al-Thabrani dan Abu Naim,
“….dan tidak wajarlah bagi orang yang berilmu berdiam diri atas ilmunya.”

1
8. Mematuhi peraturan di tempat belajar
 Tempat menuntut ilmu merupakan tempat yang mulia. Perlu dijaga kemudahan yang
disediakan.
 Peraturan dibuat untuk mendidik pelajar berdisiplin dan bertanggungjawab

9. Tanamkan cita-cita untuk menggunakan ilmu yang diperolehi bagi kebaikan serta kesejahteraan
hidup di dunia dan akhirat
 Ilmu perlu dimanfaatkan
 Jangan menggunakan ilmu serta kecerdikan untuk kepentingan diri dan urusan
keduniaan semata-mata dengan melupakan akhirat

MUTIARA KATA

Hadis Riwayat Al-Thabrani Dan Abu Naim,

“Tidak wajarlah bagi orang yang bodoh, berdiam diri atas kebodohannya. Dan tidak
wajarlah bagi orang yang berilmu berdiam diri atas ilmunya.”

Daripada Imam Syafi’I ,

“Ilmu pengetahuan itu bagi kalangan kaum cendekiawan mempunyai fungsi sebagai
penghubung kasih sayang.”

Hadis Riwayat Ibn Haban,

“ Kebijaksanaan adalah tongkat yang hilang bagi seorang Mukmin. Dia harus
mengambilnya daripada siapa saja yang didengarinya tidak kira daripada sumber mana
pun datangnya.”

Vous aimerez peut-être aussi