Vous êtes sur la page 1sur 31

1.

0 Pendahuluan

Negara membangun merupakan satu istilah yang digunakan untuk menggambarkan


sebuah negara yang mempunyai satu aras yang menggambarkan keselesaan dari aspek
kebendaan atau meterial. Selain itu, negara membangun juga boleh diketegorikan melalui tahap
pembangunan sesebuah negara yang rendah. Walau bagaimanapun, terdapat juga perbezaan aras
pembangunan yang telah dicapai oleh sesebuah negara yang sedang membangun. Hal ini kerana,
terdapat juga negara membangun mempunyai prasarana yang baik. Sebagai contoh negara
Malaysia. Malaysia merupakan sebuah negara membangun yang mempunyai prasarana dan
tahap pembangunan yang baik berbanding negara membangun yang lain. Malaysia juga
mempunyai tahap ekonomi dan politik yang stabil berbanding negara-negara membangun yang
lain.

Manakala, negara yang mundur dan tidak maju digelar sebagai Negara Dunia Ketiga.
Negara Dunia Ketiga merupakan sebuah istilah yang dicipta oleh Alfred Sauvy ( 1952 ). Tujuan
beliau mengemukakan istilah ini adalah bertujuan untuk membezakan antara negara yang
bersekutu dengan barat dengan negara yang tidak bersekutu dengan barat semasa perang dingin
yang berlaku di negara-negara Eropah. Perkataan Negara Dunia Ketiga ini berasal daripada
perkataan Perancis “ le ties monde ”. Negara Dunia Ketiga telah diletakkan dalam golongan
negara yang mundur. Negara-negara berkenaan mempunyai pendapatan perkapitanya yang
rendah. Negara Dunia Ketiga bukan sahaja lemah daripada aspek pembangunan dan
infrastruktur, malah negara berkenaan juga lemah daripada aspek ekonomi , politik dan masalah
sosial.

Taraf hidup yang rendah dan tahap kemiskinan hidup yang tinggi menyebabkan negara-
negara Dunia Ketiga sering mendapat banyak masalah terutama sekali wabak penyakit
berjangkit. Namun, selepas tahun 1987, negara-negara Dunia Ketiga terutama sekali negara yang
berada di rantau Asia Pasifik mula mendapat perhatian daripada negara maju. Hal ini kerana,
negara-negara Dunia Ketiga mempunyai potensi yang besar untuk dimajukan terutama sekali
dalam aspek ekonomi. Aspek ekonomi yang lemah akan menyebabkan negara berkenaan
sentiasa berada dalam tahap yang kurang maju atau mundur.

1
1.1 Populasi Penduduk Dunia

Menurut Brown, Harrison, dan Hutchings 42, populasi penduduk dunia pada ketika ini
telah meningkat sebanyak dua peratus pada setiap tahun. Hal ini telah menyebabkan jumlah
populasi penduduk dunia meningkat dengan banyak. Negara yang mengalami pertumbuhan
populasi penduduk yang paling ramai adalah negara India, China, dan negara Afrika. Walau
bagaimanapun, pertumbuhan ini telah dicatatkan akan menurun pada masa yang akan datang. hal
ini kerana, terdapat pelbagai faktor yang akan menggangu dan akan mengakibatkan penurunan
dalam populasi penduduk dunia.

Gambar 1: Pertumbuhan penduduk dinia pada hri ini meningkat pada kadar 2% setiap tahun.
Sumber: Menghadapi Masa Depan, 1998 .

Penduduk di Dunia pada bulan Julai 2008 telah mencatatkan jumlah keseluruhan
penduduk sebanyak 6707035007 orang. Populasi penduduk terbesar adalah di negara China iaitu
sebanyak 1320 juta penduduk. selain itu, negara India juga mencatatkan jumlah penduduk yang
tinggi iaitu sebanyak 1130 juta penduduk.

Berikut adalah data jumlah penduduk teramai mengikut negara pada Julai 2008:

2
Populasi Penduduk
Negara Peratusan
(juta)
China 1.320 19.84%
India 1.130 16.96%
Amerika Serikat 304 4.56%
Indonesia 232 3.47%
Brazil 187 2.80%
Pakistan 163 2.44%
Bangladesh 159 2.38%
Nigeria 148 2.22%
Rusia 142 2.13%
Jepang 128 1.92%
Meksiko 107 1.60%
Filipina 89 1.33%
1.2 Vietnam 84 1.31%
Jerman 82 1.23%
Mesir 81 1.13%

Penyebab Pertumbuhan

Pelbagai faktor yang menyebabkan pertumbuhan penduduk dunia. Hal ini adalah
disebabkan oleh perkembangan dalam bidang perindustrian dan dalam bidang petanian.
Perkembangan ini telah menyebabkan tahap kemampuan penduduk yang tinggi dan mampu
membentuk keluarga yang ramai. Selain itu, peningkatan tahap kesihatan yang tinggi dan
bantuan perubatan yang mencukupi menyebabkan kesuburan wanita menjadi lebih tinggi.
Penciptaan vaksin dan ubat-ubatan yang canggih mampu untuk membantu manusia hidup
dengan sihat.

Faktor kesuburan wanita yang tinggi merupakan faktor utama yang menyebabkan
peningkatan kadar pertumbuhan penduduk dunia. Kesuburan wanita yang paling optimum
adalah semasa berusia lingkungan bawah 30 tahun. Hal ini menyebabkan waktu kesuburan
wanita adalah sebahagian besarnya waktu remaja dan awal dewasa. Kitaran haid bagi seseorang
wanita adalah kira-kira 30 hari. Hal ini telah menyebabkan kadar kehamilan yang tinggi kepada
wanita di dunia ini. Semakin subur seseorang wanita, semakin tinggi kadar kehamilan seseorang
wanita berkenaan. Pada pertengahan abad ke-20, masalah populasi  penduduk bukanlah suatu
masalah yang besar. Hal ini kerana penduduk boleh migran atau berpindah ke benua lain. Selain

3
itu, mereka juga boleh keluar dari bandar ke kawasan luar bandar sekiranya kawasan bandar
yang terhad. 

Populasi Penduduk Dunia: 1950 hingga 2050

Statistik Penduduk Malaysia dari Tahun 2005 hingga 2009

POPULASI 2007 2008 2009

DALAM JUTA ORANG 27.17 27.73 28.31

4
( Sumber Jabatan Perangkaan Malaysia dikemaskini
pada 31 Julai 2009(http://www.statistics.gov.my/ )

2.0 Masalah kependudukan

Masalah kebanjiran penduduk di dunia menyebabkan kebimbangan yang tinggi terutama


sekali kepada penyelidik dan ahli sejarah. Kebimbangan mula dirasani terhadap masalah
pertumbuhan penduduk yang berkembang dengan pesat di Asia dan Afrika. Hal ini kerana, gaya
hidup di negara-negara yang besar dan tinggi menjadi akar umbi kepada masalah penduduk
terutama sekali di negara maju. Di Amerika Syarikat dan negara-negara industri lain, negara
berkenaan mempunyai teknologi untuk menyokong lebih banyak anak, namun tingkat kesuburan
di sini berada di bawah kawalan kerana norma-norma budaya dan pembangunan ekonomi. Oleh,
itu bukan masalah teknologi yang telah menyebabkan angka kematian yang menjad lebih

rendah, ataupun peningkatan kesuburan manusia pada hari ini. 

Gambar 3: Peta penduduk dalam saiz pertumbuhan .

Sumber: Cartledge, 1995

Ada banyak alasan mengapa penduduk yang hidup dalam kemiskinan mempunyai anak
yang ramai. Hal ini kerana, jumlah anak yang ramai digunakan untuk mencari nafkah bagi
keluarga. Hal ini juga sering kali berlaku di negara mundur dan sebilangan besar berlaku di

5
negara maju. Terdapat masalah lain yang timbul kerana populasi anak yang ramai dan tidak
terkawal. Pendidikan yang formal tidak diberikan dengan sewajarnya menyebabkan ramai wanita
di negara mundur tidak dapat mengawal kelamilan mereka.

Selain itu, tanggungjawab untuk melahirkan anak yang ramai terpaksa dipikul oleh kaum
wanita kerana anak yang ramai akan menbantu keluarga kelak. Wanita di negara dunia ketiga
rata-rata terpaksa bekerja untuk mencari pendapatan bagi membantu suami mereka untuk
mencari pendapatan yang lebih untuk menampung perbelanjaan harian. Walau bagaimanapun,
tugas mencari rezeki tetap diletakkan dibahu lelaki kerana tugas asas lelaki adalah untuk bekerja.
Wanita yang mempunyai anak yang ramai mempunyai status sosial yang tinggi dan akan
dipandang mulia oleh masyarakat. Anak yang ramai akan memberikan keselamatan kepada
wanita dan juga dapat meningkatkan ekonomi wanita.

Oleh kerana gaya hidup yang rendah dan miskin, mereka menggunakan anak yang ramai
sebagai lambang untuk mencapai status sosial yang tinggi. Hal ini digambarkan melalui andaian
bahawa memiliki anak yang ramai akan menyebabkan masa tua para ibu bapa akan lebih
terjamin berbanding dengan memiliki anak yang sedikit. Walau bagaimanapun, tahap ekonomi
yang mundur di negara Dunia Ketiga menyebabkan anak-anak terpaksa untuk bekerja dalam
bidang pertanian sahaja. Faktor kemiskinan juga menyebabkan ramai wanita tidak mendapat
pendidikan sewajarnya dan nasib mereka tidak terbela. Walaupun mempunyai anak yang ramai,
faktor ekonomi dan politik di negara mundurlah yang menyebabkan rakyat negara mundur
berkenaan masih lagi berada dibawah tahap kemiskinan yang tinggi.

2.1 Air

Hakisan tanah merupakan punca kepada berlakunya pelbagai masalah seperti banjir,
kerosakan terumbu karang dan sebagainya. Kegiatan ini akan mendedahkan permukaan bumi
kepada hakisan air. Apabila berlaku hujan lebat, ketiadaan cengkaman akar dan litupan pokok
akan melemahkan struktur tanah. Keadaan ini akan mempercepatkan proses hakisan.
Tanah yang dihakis akan dibawa oleh aliran air hujan dan dimendapkan di permukaan sungai.
Akibatnya dasar sungai menjadi cetek dan banjir mudah berlaku semasa hujan lebat. Bahan-
bahan terhakis ini akan menyebabkan pencemaran air yang boleh mengancam hidupan akuatik.

6
Penebangan pokok yang dilakukan dengan giat di kawasan pembalakan telah menyebabkan
kepupusan spesies pokok-pokok yang berharga. Contohnya, cengal, jelutong, meranti, dan balau.

Penebangan hutan di kawasan tanah tinggi akan mengurangkan kawasan tadahan air dan
seterusnya dan menimbulkan masalah krisis air. Kesan penebangan hutan tanpa kawalan
menyebabkan pelbagai hidupan liar diancam kepupusan kerana kehilangan habitat semula jadi
dan sumber makanan. Air memainkan pelbagai peranan kepada manusia, haiwan dan tumbuhan
yang ada di dunia. Antara yang paling penting ialah untuk di minum, oleh itu ia memberi
kehidupan kepada kita. Selain itu, ianya juga menjadi habitat kepada pelbagai termasuk spesis
tumbuh-tumbuhan. Di sesetengah kawasan, air digunakan sebagai kaedah pengangkutan utama.

Sebagai contoh, Afrika yang tergolong dalam senarai negara dunia ketiga dilimpahi
dengan sumber air yang banyak, terdapat banyak sungai besar di Afrika termasuklah Congo,
Sungai Nil, Zambezi, Niger dan Tasik Victoria merupakan tasik kedua terbesar di dunia. Walau
bagaimanapun Afrika adalah benua kedua terkering di dunia selepas Australia, dan jutaan
masyarakat di Afrika masih menderita kerana kekurangan air sepanjang tahun. Bekalan air
sering terputus disebabkan oleh masalah pembahagian air yang tidak sempurna dan sistematik.
Bekalan air yang disalurkan, kadang-kadang tidak selaras dengan keadaan. Sebagai contoh,
terdapat banyak bekalan air di mana terdapat hanya sedikit masyarakat yang mendiami kawasan
tersebut. Pengurusan bekalan yang ada masih boleh diperbaiki sekiranya pihak kerajaan lebih
peka dengan keadaan yang dihadapi oleh rakyat Afrika.

Hampir setengah daripada penduduk Afrika iaitu sebanyak 778 juta pada tahun 1997
menderita sekurang-kurangnya salah satu daripada enam penyakit berbahaya yang berkaitan
dengan air. Kurangnya langkah pencegahan dan rawatan air merupakan faktor utama di
Mozambique yang menyebabkan lebih daripada 1 juta orang terlantar akibat banjir yang berlaku
pada 1999 - 2000 dan terdapat ramai orang yang telah meningal dunia dan jumlahnya tidak
dapat diberikan dengan tepat. Setiap hari, 650 orang meninggal kerana taun di Afrika, terutama
sekali kepada kanak-kanak di bawah usia lima tahun. Lebih dari 10,000 orang telah dikesan
menghidap wabak kolera di Afrika Selatan pada tahun 2001. Hal ini menyebabkan ramai
penduduk di Afrika meninggal dunia akibat sumber air yang kotor dan menggunakan air yang
tidak dirawat.

7
Malaysia merupakan antara negara yang tersenarai dalam negara-negara yang
membangun yang kaya dengan sumber air. Sosio ekonomi telah menjadi asas dalam
pembangunan negara sejak beberapa dekad yang lalu. Akhir-akhir ini, bekalan air untuk negara
telah berubah, daripada tiada masalah tentang putusnya bekalan air kepada masalah bekalan air
yang semakin meruncing. Pertumbuhan penduduk dan urbanisasi, kemajuan sektor industri dan
peluasan sektor pertanian yang berkembang dengan cepat meyebabkan permintaan terhadap
penggunaan sumber air semakin meningkat, hal ini juga menyebakan berlakunya pencemaran
air. Alternatif menuju kepada pembangunan yang mapan dan makmur di masa hadapan adalah
melalui pembangunan yang menggunakan sumber dari alam seperti sungai tetapi tetap menjaga
dan memelihara kembali alam sekitar. Perkembangan dalam penyelidikan sumber air telah
menjadi pemangkin dalam pembangunan sosio-ekonomi negara sejak beberapa dekad yang lalu.
Empangan dan beberapa kilometer saluran paip telah digunakan untuk mengalihkan air dari
sungai untuk disalurkan kepada manusia untuk keperluan domestik, industri dan sektor
pertanian. Pengurusan air menjadi semakin komprehensif dan rumit kerana peningkatan
penduduk yang begitu pesat, kegiatan komersil dan industri di sekitar bandar.

2.2 Kepupusan flora dan fauna

Pada masa kini manusia masih lagi terkejar-kejar kemewahan yang berlandaskan
teknologi dan kecanggihan cara hidup. Tetapi harga yang perlu dibayar untuk mencapai semua
itu adalah sangat tinggi. Pelbagai khazanah bumi terpaksa dikorbankan untuk memenuhi nafsu
manusia kini. Kealpaan manusia telah menjerut leher sendiri di mana angka flora dan fauna yang
pupus semakin meningkat. Kepupusan flora dan fauna telah berada dalam zon kritikal dan ia
perlu diambil serius selagi masih ada masa. Seperti yang dinyatakan tadi, aktiviti-aktiviti
manusia adalah punca utama kepupusan haiwan. Contoh aktiviti pemusnahan manusia yang
paling jelas ialah pembalakan dan penerokaan kawasan baru untuk pembangunan. Aktiviti-
aktiviti ini akan memusnahkan sesuatu habitat dan spesies haiwan dalam sesuatu jangka masa
tertentu.

Penerokaan kawasan-kawasan hutan boleh memusnah atau mengecilkan habitat haiwan


tertentu seperti harimau dan gajah yang memerlukan kawasan yang luas untuk aktiviti-aktiviti
hidup. Kawasan hutan yang kecil akan mengurangkan kemampuan haiwan-haiwan ini mencari

8
makanan dan juga mencari pasangan untuk tujuan pembiakan. Kematian dan pengurangan
bilangan adalah kesan utama yang akan berlaku disebabkan masalah ini. Pembakaran hutan
secara terbuka menyebabkan spesies-spesies yang terancam yang ada di kawasan tersebut akan
musnah. Lebih menyedihkan, kebakaran hutan yang besar dan tidak dapat dikawal akan
memusnahkan sesuatu spesies haiwan selama-lamanya. Pemburuan secara haram yang berleluasa
di hutan-hutan negara ini juga adalah faktor kemusnahan habitat dan spesies haiwan.

Pemburuan haram berlaku akibat permintaan tinggi daripada negara-negara luar seperti
Amerika Syarikat, Britian dan Eropah terhadap haiwan-haiwan eksotik yang hanya terdapat di
negara ini. Sukarnya menyeludup haiwan ini daripada dihidu oleh pihak berkuasa menyebabkan
haiwan-haiwan ini sering disembunyikan dalam keadaan yang amat menyedihkan.Menurut
kajian yang pernah dilakukan, daripada 10 haiwan yang diseludup, biasanya hanya seekor sahaja
yang sampai ke tangan pembeli dalam keadaan selamat. Hal ini menyebabkan nilai haiwan
tersebut sangat tinggi dan ini menggalakkan lagi pemburuan haram.Menyedihkan juga kerana
haiwan-haiwan dijual kepada institusi-institusi tertentu untuk tujuan penyelidikan. Dianggarkan
hampir 200,000 primat digunakan setiap tahun untuk tujuan penyelidikan sehingga menyebabkan
beberapa jenis primat hampir pupus kini. Gaya hidup manusia turut menjurus kepada
kemusnahan haiwan. Semua sedia maklum, walaupun pelbagai undang-undang dan peraturan
diperkenalkan, masalah memburu binatang untuk mendapatkan kulit, gading dan bahagian-
bahagian badan binatang yang dikatakan memberi kekuatan pada manusia terus berleluasa.

Pada masa ini aktiviti pemburuan di negara-negara seperti Amerika Syarikat dan Kanada
dikawal dengan ketat dan orang yang melakukan perburuan tanpa lesen yang sah akan dikenakan
denda yang sangat berat. Bagaimanapun ancaman aktiviti perburuan ini masih merupakan
masalah yang serius di beberapa buah negara di Afrika khususnya. Ini adalah kerana negara-
negara terbabit mempunyai bilangan penduduk yang sangat ramai tetapi mempunyai sumber
makanan yang tidak mencukupi. Kegiatan ekonomi di negara-negara berkenaan juga tidak
mantap. Binatang-binatang seperti harimau, badak sumbu dan gajah sama ada yang ditangkap
hidup ataupun bahagian-bahagian binatang ini seperti gading atau kulit boleh dijual dengan harga
yang tinggi. Pendapatan yang diperolehi daripada penjualan binatang-binatang ini atau bahagian-
bahagian badan yang tertentu boleh menampung keperluan beberapa buah keluarga untuk
beberapa bulan. Oleh itu penduduk-penduduk di negara-negara yang terlibat sanggup memburu

9
binatang-binatang berkenaan walaupun mereka tahu perbuatan itu salah dan boleh dikenakan
hukuman yang berat.

Di Malaysia, aktiviti berburu tidak lagi menjadi ancaman serius kepada kehidupan
haiwan kerana kerajaan telah menggubal beberapa undang-undang untuk mengawal aktiviti
tersebut dan beberapa jabatan kerajaan dibentuk untuk memastikan undang-undang tersebut
dipatuhi. Bagaimanapun masih terdapat haiwan-haiwan seperti harimau dan gajah yang diburu
dan dibunuh bukan untuk tujuan komersil tetapi kemungkinan haiwan-haiwan tersebut telah
memasuki pertempatan manusia dan mengancam nyawa atau tanaman penduduk-penduduk di
situ. Hal ini banyak berlaku di kawasan pertempatan berdekatan dengan hutan yang baru dibuka.
Walaupun hal ini agak jarang berlaku, memandangkan spesis harimau dan gajah ini kian
berkurangan di Malaysia, pembunuhan seekor harimau atau seekor gajah boleh meninggalkan
kesan yang mendalam kepada bilangan spesies tersebut.

2.3 Sumber Tenaga

Penggunaan pelbagai sumber tenaga adalah masalah utama yang berlaku zaman ini yang
disebabkan oleh pertumbuhan penduduk manusia. Pertumbuhan penduduk telah menyebabkan
lebih banyak penggunaan dan eksploitasi tenaga, bahan kimia, dan sumber tenaga yang tidak
dapat diperbaharui seperti arang batu, petroleum, dan gas asli. Jika kita terus menggunakan tiga
sumber tersebut seiringan dengan tahap pertambahan penduduk, maka kita akan kehabisan
sumber tenaga dalam tempoh beberapa tahun lagi. Dengan pertambahan penduduk yang semakin
meningkat, permintaan yang tinggi terhadap penggunaan kenderaan dan mesin-mesin juga turut
meningkat.

Hal ini menyebabkan berlakunya masalah yang tidak dapat dielakkan seperti kesan
rumah hijau dan penipisan lapisan ozon. Kesan ini membawa kepada kekeringan tanah dan
penurunan hasil pertanian serta percubaan untuk mencari sumber air yang baru, yang mana akan
menyebabkan peningkatan yang ketara terhadap keperluan manusia dalam penggunaan tenaga
dan teknologi. Kesemua masalah ini akan meningkatkan lagi jumlah penduduk dimana lebih
banyak tenaga, dan sumber air yang diperlukan bagi menampung keseluruhan penduduk.

10
Di Afrika, rakyatnya menderita dengan kekurangan sumber-sumber tenaga seperti
bekalan elektrik. Beberapa kemudahan kuasa solar adalah masih di bawah pembinaan seperti
projek di Afrika Selatan dan Algeria. Walaupun teknologi kuasa solar mempunyai potensi untuk
membekalkan tenaga kepada penduduk yang ramai, dan telah dibuktikan dengan membekalkan
kuasa kepada Amerika Syarikat dan negara-negara maju yang lain dalam skala yang amat besar.
Hal yang sama boleh berlaku di Afrika, pemasangan kuasa solar ini walaupun dalam skala yang
kecil tetapi dapat digunakan bagi membantu rakyat di Afrika menjalankan kehidupan seharian
mereka dengan lebih selesa, contohnya bekalan elektrik, pengepaman air, pembersihan air dan
sebagainya.

Malaysia kaya dengan sumber tenaga konvensional (tidak boleh diperbaharui) dan bukan
konvensional.  Sumber tenaga konvensional terbesar yang boleh didapati di negara ini adalah
petroleum. Usaha berterusan sedang giat dijalankan bagi mempelbagaikan sumber tenaga,
terutamanya meneroka potensi penghasilan tenaga daripada sumber yang boleh diperbaharui.
Sumber petroleum terbahagi kepada minyak dan gas. Aspek penyeliaan dan pengurusan sumber
ini terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri dan anak syarikat milik kerajaan
iaitu Petroliam Nasional Berhad. Di Malaysia terdapat pelbagai sumber tenaga alternatif dari
bahan yang diperbaharui (renewable resources) seperti bahan sisa hutan, biojisim kelapa sawit,
tenaga suria, tenaga hidro dan barang buangan. Sumber-sumber tersebut berpotensi untuk
digembleng bagi menjana tenaga serta mampu mengatasi pencemaran alam sekitar. Walaupun
dengan pertambahan penduduk, sumber tenaga yang terdapat di Malaysia masih mampu
bertahan.

2.4 Masalah Akses kepada Perkhidmatan Kesihatan

Akses kepada perkhidmatan kesihatan ditakrifkan sebagai kemampuan untuk mencapai


kesihatan tempatan sesuai dengan perkhidmatan yang perlu disediakan oleh kerajaan kepada
rakyatnya. Sejak ditubuhkan pada Perhimpunan Kesihatan Dunia 1977, "Kesihatan Untuk
Semua" merupakan strategi yang telah menyediakan suatu rangka tindakan untuk perumusan
dasar kesihatan di kedua-dua peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Hal ini telah diterima
pakai oleh semua negara di dunia yang menyatakan bahawa setiap negara berperanan dalam
menjadikan perkhidmatan kesihatan sebagai agenda pembangunan.

11
Dalam pada itu, akses dan perkhidmatan kesihatan amatlah penting bagi setiap penduduk
sesebuah negara. Hal ini kerana tahap kesihatan penduduk yang baik akan menjamin produktiviti
kerja serta dapat mengurangkan kadar kematian. Bagi negara membangun dan negara dunia ke-3
mendapatkan akses dan perkhidmatan kesihatan yang asas tidak menjadi suatu masalah.
Terutamanya negara membangun. Namun, untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan bagi
penyakit-penyakit kronik yang memerlukan alatan dan kelengkapan adalah menjadi masalah
terutamanya bagi negara dunia ketiga. Hal ini berlaku disebabkan ketiadaan dan kurangnya
kelengkapan dan kecanggihan dalam teknologi perubatan di negara-negara tersebut.

Hal ini berlaku disebabkan pihak kerajaan tidak mempunyai sumber kewangan yang
mencukupi bagi memenuhi keperluan, menyediakan peralatan-peralatan perubatan yang canggih,
disebabkan keadaaan kewangan dan ekonomi negara tersebut yang lembap. Terutamanya bagi
Negara dunia ketiga. Akibatnya banyak masalah kesihatan tidak dapat diatasi dan akan
menyebabkan jangkitan penyakit berjangkit serta kematian. Antara masalah kesihatan yang
sering dihadapi seperti obesiti, penyakit berjangkit HIV/AIDS, kanser, taun dan kurang nutrisi /
zat

Sebagai contoh, obesiti dianggap satu penyakit di mana terdapat lebihan lemak yang
terkumpul pada tubuh seseorang sehingga boleh membahayakan kesihatan.Ketua Jabatan
Pemakanan dan Dietitik Hospital Universiti Kebangsaan (HUKM), Prof. Dr. Mohd. Ismail Noor
berkata, masalah obesiti kini tidak hanya berlaku di negara-negara maju seperti Amerika
Syarikat sebaliknya turut menular ke negara-negara membangun seperti Malaysia. Berdasarkan
kepada kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan, baru-baru ini kadar kegemukan dan
obesiti di Malaysia adalah tinggi berbanding negara-negara lain di rantau ini.

Kajian menunjukkan sebanyak 21 peratus rakyat di Malaysia mengalami kegemukan


manakala 6.2 lagi menghadapi masalah obesiti. Berbanding dengan negara Thailand yang
mempunyai kadar kegemukan sebanyak 16 peratus manakala obesiti sebanyak 4 peratus.Ini
diikuti oleh China cuma sebanyak 13.3 peratus bagi kegemukan dan kadar obesiti kurang
daripada 2 peratus. Antara penyebab utama berlakunya obesiti ialah banyak dipengaruhi oleh
gaya hidup yang diamalkan oleh individu tersebut akibat selalu mengambil makanan segera
secara beleluasa seperti KFC, Pizza Hut dan Mcdonalds. Masalah berat badan berlebihan ini
berlaku dalam kalangan mereka yang tidak langsung mengambil berat soal pengambilan

12
makanan dengan aktiviti yang dijalankan. Sebaliknya mereka mengambil makanan dalam jumlah
yang agak berlebihan tanpa cuba menyeimbangkan antara tenaga yang diambil dengan tenaga
yang digunakan. Dalam hal ini masalah obesiti ini juga dapat dikaitkan dengan arus kemodenan
dan pembangunan yang sedang melanda negara-negara sedang menbangun ini.

2.5 Masalah Kemiskinan

Ekonomi bagi negara dunia ke-3 selalunya bergantung kepada pengeluaran produk
primer untuk memenuhi keperluan negara maju dengan menjadi tempat di mana negara maju
membina kilang-kilang bagi mengeluarkan produk mereka. Seterusnya negara-negara
membangun dan negara dunia ketiga ini selalunya akan menjadi pasaran bagi produk siap dari
negara maju. Maka hal ini akan memberikan keuntungan kepada negara-negara maju, sebaliknya
negara membangun dan negara dunia ketiga tidak dapat membangunkan ekonominya kerana
kebergantungan terhadap produk dari negara maju semata-mata dan hal ini juga dapat dikaitkan
dengan kemiskinan yang melanda negara dunia ketiga terutamanya. Selain itu, negara-negara
dunia ketiga ini juga selalunya menyediakan keperluan bahan mentah dan tenaga buruh yang
murah kepada negara maju yang akan menyebabkan rakyatnya sekadar memperoleh pendapatan
yang rendah.

Dalam pada itu, ekonomi negara dunia ketiga juga selalunya bergantung kepada pertanian
semata-mata yang dilakukan untuk keperluan makanan mereka. Bagi kegiatan perindustrian
hanya dijalankan oleh syarikat-syarikat asing di negara mereka yang mana syarikat asing ini
akan mengaut keuntungan untuk syarikatnya sahaja. Hal ini menyebabkan wujudnya jurang
perbezaan yang luas antara negara membangun dan dunia ketiga itu sendiri dalam aspek
pembangunan dan taraf hidup. Contoh antara Malaysia dengan sebahagian negara dari Afrika
Pendapatan per kapita bagi negara mundur adalah kurang dari US$ 400.00 manakala bagi
negara membangun sebanyak US$ 400.00 sehingga US$ 1700.00

2.6 Pencemaran alam sekitar

Antara 1960 dan 1999, penduduk bumi telah meningkat dua kali ganda daripada tiga
bilion kepada enam bilion orang. Dalam hal, ini digambarkan sebagai berita baik untuk manusia
di mana jumlah kematian anak turun secara drastik, dengan harapan kehidupan akan meningkat,
dan semua orang akan mendapat makanan yang sihat dan lebih baik daripada masa dalam

13
sejarah. Namun, selama tempoh yang sama, perubahan dalam persekitaran dunia mulai
bertambah iaitu pencemaran meningkat, kesusutan sumber berlanjutan, dan ancaman kenaikan
paras laut meningkat. Dinamika demografi lain, termasuk perubahan dalam arus dan kepadatan
penduduk, juga boleh menimbulkan masalah persekitaran yang mencabar.
 
Kini di negara membangun dan negara dunia ketiga, pertumbuhan penduduk
menyebabkan banyak masalah terutama terhadap persekitaran. Seperti yang dikatakan oleh
Zuckerman "adanya pertumbuhan penduduk, dan pada masa ini akan terus mempunyai, kesan
yang teruk pada persekitaran kita" Bahkan, telah dikatakan bahawa kadar pertumbuhan ini
adalah cabaran persekitaran utama yang kita hadapi, meskipun banyak diabaikan. Pencemaran
udara adalah salah satu kesan daripada pertumbuhan penduduk terutama di negara membangun
dan negara-negara dunia ketiga.
Pencemaran udara terjadi apabila pembakaran hutan secara besar-besaran berlaku untuk
dijadikan kawasan pertanian. Pembebasan debu, asap dan pelbagai gas lain member impak yang
negative kepada udara. Selain itu, pencemaran udara ini juga berlaku apabila pembakaran
terbuka terutamanya daripada perumahan dan pembinaan serta pembakaran sampah secara
terbuka. Kesemua aktiviti ini memyebabkan berlakunya pembebasan gas ke udara seperti gas
karbon dioksida, Kloroflourocarbon, gas karbon monoksida gas beracun dan sebagainya.

Pencemaran udara ini dapat dilihat berdasarkan jumlah gas rumah hijau di atmosfera
yang kemungkinan akan mengakibatkan pengeringan kepada tanah semasa musim panas. Proses
ini umumnya merujuk kepada maklum balas proses dimana konsumsi dan pencemaraan daripada
sumber ini boleh mengakibatkan kedua-dua kesan langsung dan juga kesan tidak langsung.
Penggunaan bahan bakar misalnya, secara langsung akan menyebabkan pemanasan global dan
secara tidak langsungnya penggunaan bahan bakar fosil digunakan untuk menyejukan rumah di
kawasan yang mempunyai suhu yang panas. Proses ini dilihat saling berkaitan dengan
pertumbuhan penduduk.

14
Berdasarkan gambar di atas, yang dikenali sebagai model sirkulasi umum, ia menunjukan
bagaimana konsumsi tenaga menyebabkan kepada kedua-dua iaitu kehangatan atmosfera dan
peningkatan penggunaan alat pendingin udara dalam kalangan penduduk. Penggunaan pendingin
udara ini akan menimbulkan masalah terhadap persekitaran. Masalah-masalah ini termasuklah
hujan asid yang disebabkan oleh pemcemaran bahan bakar fosil, penipisan lapisan ozon akibat
penggunaan chloroflurocarbon ( CFC) daripada pendingin udara, pemanasan global akibat
kebocoran lapisan ozon dan menyebabkan masalah di hutan-hutan di negara-negara membangun.

Selain itu, pertumbuhan penduduk juga menyebabkan pencemaran air. di negara


membangun dan negara-negara dunia ketiga, pertanian adalah pencemar terbesar, bahkan lebih
daripada industri dan kawasan perbandaran. Hampir setiap negara di mana pertanian diamalkan
penggunaan racun perosak dan pestesid, telah mengotorkan sumber air bawah tanah dan air
permukaan. Kumbahan daripada haiwan lain juga terus-menerus menjadi sumber pencemaran
di beberapa kawasan . Air yang kembali ke sungai dan aliran selepas digunakan untuk pengairan
sering berkurangan disebabkan oleh kelebihan nutrisi, salinitas, patogen, dan enapan yang sering
membuat hal itu tidak layak dan tidak dapat digunakan untuk kegunaan selanjutnya dalam
kehidupan manusia.

Biasanya di negara membangun, pencemaran air merupakan masalah menjengkelkan di


mana negara-negara ini penduduknya bertambah dengan cepat, tuntutan pembangunan yang
besar, dan kerajaan mempunyai keutamaan pelaburan lain. Di negara-negara membangun, rata-
rata, 90% hingga 95% daripada semua kumbahan domestik dan 75% daripada semua limpahan
industri yang dibuang ke permukaan air tanpa sebarang rawatan dilakukan. Sebagai contoh, di

15
Malaysia pencemaran air sungai yang begitu tinggi sehingga sering mengandungi 30 hingga 100
kali lebih patogen, logam berat, dan racun dari industri dan pertanian berbanding daripada yang
dibenarkan oleh piawaian kesihatan kerajaan. Pencemaran air terutamanya disebabkan oleh
hakisan dan hujan asid yang turun di mana-mana Negara di muka bumi dan biasanya sangat
tertumpu kepada kawasan pertanian dan menyebabkan tanaman rosak, membunuh hidupan laut
bahkan memusnahkan hutan.. Empangan merupakan salah pilihan yang digunakan sebagai
tempat penyimpanan bekalan air tawar namun ianya juga mungkin akan tercemar dan penduduk
yang ramai akan mengalami masalah untuk mendapatkan bekalan air bersih kerana gangguan
aliran sungai.

Pertumbuhan penduduk terutamanya di negara membangun dan negara dunia ketiga juga
menggalakkan penggunaan tanah. Bagi memenuhi keperluan sumber akhirnya penduduk
berkembang turut memerlukan suatu bentuk perubahan bagi menyediakan produksi dengan
melalui pembukaan hutan, memperhebat produksi , dan untuk membangunkan infrastruktur
untuk menyokong peningkatan keperluan utama manusia. Selama tiga abad, jumlah Bumi
dijadikan kawasan tanaman menjadi 15 juta kilometer persegi. Proses yang nyata, penggundulan
hutan juga jelas. Sebuah penurunan bersih litupan hutan daripada 180 juta hektar terjadi selama
selang waktu 15-tahun dari tahun 1989-1995, walaupun perubahan pada litupan hutan sangat
bervariasi antara wilayah. Dimana negara-negara membangun mengalami kerugian bersih 200
juta hektar, berbanding dengani negara-negara maju yang benar-benar, bersih meningkat,
daripada 20 juta hektar.

Jenis kegunaan tanah yang mengalami pertukaran fungsi juga mempunyai beberapa
kesan terhadap ekologi. Penukaran fungsi kepada tanah pertanian boleh menyebabkan hakisan
tanah, dan penggunaan baja pestesid serta bahan kimia baja juga boleh menurunkan kadar
kesuburan tanah. Perhutanan juga adalah mempunyi kaitan dengan hakisan tanah dan boleh
mengurangkan keupayaan tanah untuk menahan air, sehingga meningkatkan frekuensi dan
tingkat keparahan banjir. Aktiviti Manusia terhasil disebabkan perubahan dalam kegunaan tanah
sering mengakibatkan fragmentasi habitat dan kerugian, yang menjadi punca utama penurunan
spesis. Bahkan, pada masa sekarang ini tingkat penebangan hutan terus berlanjutan, satu
perempat daripada semua spesis di Bumi mungkin akan hilang dalam 50 tahun akan datang.

16
Perubahan iklim global juga disebabkan oleh pertumbuhan penduduk. Beberapa tahun
terakhir telah mencatatakan antara rekod terpanas. Kajian menunjukkan bahawa suhu telah
dipengaruhi oleh meningkatnya konsentrasi gas rumah kaca, yang menyerap sinaran matahari
dan menghangatkan bumi. Penelitian juga menunjukkan bahawa banyak perubahan dalam gas
atmosfera yang disebabkan manusia. Pengaruh penduduk ini muncul terutama di tiga bidang.
Pertama, sumbangan industri yang berkaitan dengan produksi dan konsumsi tenaga
menyebabkan pelepasan karbon dioksida daripada penggunaan bahan bakar fosil, kedua,
pertukaran kegunaan tanah, seperti penggondolan hutan, mempengaruhi pertukaran karbon
dioksida antara Bumi dan atmosfera; dan ketiga, beberapa proses pertanian , seperti penanaman
padi-padi dan pengeluaran ternakan, bertanggungjawab untuk melepaskan gas rumah hijau ke
atmosfera, terutamanya metana.

Menurut satu kajian, akan pertumbuhan penduduk untuk 35 peratus daripada kenaikan
global gas CO2 antara tahun 1985 dan 2100 dan 48 peratus peningkatan di negara-negara
berkembang selama tempoh itu. Dengan demikian, baik perhatian terhadap masalah-masalah
demografi dan perkembangan produksi dan konsumsi yang berterusan muat tanggapan pusat
kepada proses yang terlibat dalam pemanasan global.

3.0 FAKTOR MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN PENDUDUK

3.1Taburan Penduduk

Taburan penduduk merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi pertumbuhan


penduduk di negara membangun dan juga negara dunia ketiga. Kebiasaanya dalam menentukan
punca masalah ini berlaku, taburan penduduk hanya dilihat dari segi kepadatan penduduk di
sesuatu kawasan sahaja tetapi tidak dilihat dari sudut bilangan penduduk mengikut struktur umur
dan juga jantina. Keterangan ini menerangkan tentang pengaruh bilangan relatif manusia bagi
setiap jantina dan kumpulan umur dalam menunjukkan kepadatan penduduk. Sebagai contoh di
sebahagian besar negara-negara industri, terdapat ramai penduduk yang berumur diperingkat
pertengahan dan terdapat sedikit golongan muda dan golongan tua. Secara jelasnya, pada
peringkat umur ini, kepadatan penduduk dapat dikawal oleh kerana negara maju iaitu mengambil
contoh Amerika Syarikat tidak mempunyai ramai golongan yang produktif yang mana golongan
yang dapat melahirkan ramai anak. Situasi ini menerangkan tentang kekurangan golongan

17
produktif iaitu golongan muda yang mana mempunyai tahap kesuburan yang tinggi bagi
mendapatkan anak berbanding dengan golongan pertengahan. Justeru, oleh kerana negara-negara
maju tidak mempunyai ramai golongan produktif ini, kedaan ini dapat mempengaruhi kadar
pertumbuhan penduduk di negara-negara ini dan secara tidak langsung tidak wujud masalah
berkaitan dengan kepadatan penduduk di negara-negara berkenaan.

Situasi yang berlaku di negara maju adalah sangat berbeza dengan negara-negara
membangun dan negara-negara dunia ketiga. Berpandukan piramid penduduk di negara-negara
membangun menunjukkan dasar atau tapak piramid lebih besar yang mana ia menggambarkan
kepada golongan muda. Bilangan golongan muda yang besar ini bererti bahawa ramai yang akan
melahirkan anak dalam jangka masa terdekat dan secara relatifnya akan meningkatkan kadar
kelahiran yang terlalu tinggi. Ini menyebabkan berlakunya kepadatan penduduk yang terlalu
pesat dan sekaligus memberikan impak seperti kekurangan makanan, pengangguran, kemiskinan
dan sebagainya. Rajah di bawah menunjukkan jenis serta ciri-ciri piramid di negara-negara
membangun.

Rajah
Piramid Penduduk di Negara Membangun

Berdasarkan piramid ini menunjukkan bahawa tapak piramid yang lebar yang mana
menggambarkan bahawa golongan muda adalah lebih ramai dan golongan ini sangat produktif
untuk menambahkan kadar kelahiran di negara membangun. Jelas ditunjukkan dalam gambar
rajah piramid di atas bahawa golongan muda iaitu pada peringkat umur 19 tahun ke bawah

18
adalah tinggi. Golongan muda yang ramai inilah yang mendorong berlakunya kepadatan
penduduk yang pesat di negara berkenaan di samping kurang amalan perancangan keluarga.
Antara negara-negara yang menunjukkan bentuk piramid penduduk seperti rajah piramid di atas
adalah negara membangun seperti Malaysia, Brazil, India dan juga negara Asia yang lain.
Piramid ini juga turut menunjukkan bahawa golongan dewasa yang sedikit di mana ia tidak dapat
menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara di samping kadar kematian yang tinggi
dalam kalangan golongan tua iaitu pada peringkat umur 75 tahun ke atas.

Bagi negara Malaysia, kadar kelahiran yang tinggi dalam peringkat umur muda ini telah
meningkatkan kadar pertumbuhan penduduk. Sejak negara mencapai kemerdekaan, kadar
pertumbuhan penduduk di negara ini amat positif. Mengikut perangkaan dalam tempoh 30 tahun
yang lalu, kadar pertumbuhan penduduk di Malaysia adalah melebihi 2.5 peratus setahun.
Sekiranya kadar ini berterusan dalam tempoh masa yang tertentu, tidak mustahil Malaysia dapat
menggandakan jumlah penduduknya adalah setiap 28 tahun. Pada masa ini, Malaysia yang
merupakan sebuah negara membangun yang masih mempunyai jumlah penduduk 0-14 tahun
yang tinggi. Berdasarkan bancian pada tahun 2000, jumlah penduduk di negara ini adalah
sebanyak 33.3 peratus iaitu mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia tahun 2003.

Mengikut laporan terbaru pada tahun 2005 pula, jumlah kanak-kanak adalah sebanyak
32.6 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia iaitu sebanyak 26.13 juta yang
mana angka ini mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2005.Jumlah yang ramai ini
bermakna lebih daripada empat juta kanak-kanak perempuan yang akan memasuki umur yang
membolehkan mereka melahirkan anak secara berperingkat dalam tempoh masa yang terdekat
bagi yang berumur belasan tahun. Jangkaan ini adalah sehingga tahun 2020 ke atas yang mana
berdasarkan kanak-kanak perempuan yang dilahirkan pada tahun 2005.

19
Rajah Piramid Penduduk di Negara Dunia Ketiga

Rajah piramid di atas menunjukkan jenis piramid bagi negara mundur. Bagi negara yang
mempunyai jenis piramid ini, dapat dilihat bahawa tapak piramid adalah lebar berbanding
dengan puncak yang mana ia menunjukkan kadar kelahiran yang sangat tinggi serta peringkat
umur muda yang ramai. Hal ini menunjukkan pertumbuhan penduduk yang sangat pesat tetapi
mempunyai sumber yang terhad. Rajah piramid jenis ini dapat digambarkan kepada negara
Bangladesh yang merupakan salah satu negara dunia ketiga atau negara mundur yang
mempunyai penduduk yang ramai. Rajah piramid ini adalah berdasarkan taburan penduduk
mengikut peringkat umur pada tahun 2010 yang mana piramid ini mempunyai tapak yang lebar
yang menunjukkan golongan bayi yang ramai dan semakin berkurangan sehingga peringkat
umur 19 tahun tetapi meningkat pada umur 20 tahun hingga 29 tahun. Piramid jenis ini
digambarkan sebagai piramid terganggu oleh kerana bilangan penduduk mengikut peringkat
umur adalah tidak stabil. Ini kerana banyak masalah yang wujud di negara-negara mundur ini.

Namun, dalam menentukan masalah penduduk di negara membangun dan negara-negara


dunia ketiga, taburan penduduk tidaklah diambil kira sepenuhnya. Teknologi juga turut

20
mempengaruhi dalam menganalisis kadar pertumbuhan penduduk dunia. Seperti yang diketahui,
salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya pertumbuhan penduduk yang pesat di negara
membangun dan negara-negara dunia ketiga ini adalah disebabkan oleh tahap penggunaan
teknologi yang rendah dalam mengawal kadar pertumbuhan penduduk. Hal ini akan
menyebabkan wujudnya kebergantungan teknologi daripada negara-negara maju seperti Amerika
Syarikat dalam membantu negara-negara ini mengawal kadar pertumbuhan penduduk di negara
berkenaan.

Penggunaan teknologi ini bermaksud, penggunaan teknik yang cepat dan berkesan dalam
mengawal kadar kelahiran dalam kalangan penduduk dari terus meningkat. Hal ini memerlukan
tingkat teknologi perubatan serta kepakaran yang tinggi dalam mengatasinya. Di samping itu,
banyak usaha yang perlu dilakukan bagi mengurangkan kadar kelahiran dan juga kadar kematian
supaya populasi penduduk berada dalam keadaan stabil.

3.2 Isu kependudukan

Kontroversi dalam Menyelesaikan Masalah Penduduk

Jelas bahawa penyelesaian yang cepat diperlukan untuk memperlambatkan serta


mengurangkan kadar pertumbuhan penduduk bukan sahaja di negara membangun dan negara
dunia ketiga malahan di seluruh dunia. Namun disebalik penyelesaian yang ingin dilakukan iaitu
mengarah kepada sudut pandangan yang bertentangan iaitu merujuk kepada penggunaan teori
yang berbeza mengenai kaedah pengawalan pertumbuhan penduduk. Di kebanyakan negara-
negara membangun, rakyat yang terdiri dalam golongan tidak miskin atau taraf hidupnya tinggi,
agama dapat memainkan peranan yang aktif. Golongan-golongan ini mempunyai sensitiviti yang
tinggi terhadap pendekatan yang dilakukan. Salah satu penyelesaian terkini atau langkah yang
telah diguna pakai untuk mengurangkan kadar kelahiran adalah dengan menggalakkan
perancangan kadar kelahiran. Walau bagaimanapun, daripada pendekatan yang telah digunakan
ini telah menimbulkan permasalahan atau isu bagi sesetengah masyarakat yang tidak setuju
dengan inisiatif tersebut atau pun bertentangan dengan pegangan agama mereka.

Sesetengah penduduk termasuk kaum yang beragama Katolik menentang kaedah kawalan
kelahiran yang mana pegangan penganut agama Katolik ini adalah bertepatan dengan sikap
penduduk sebenar yang inginkan anak yang ramai. Keyakinan penduduk-penduduk ini terhadap

21
pegangan mereka adalah penyebab kepada berlakunya kontroversi disebalik terdapat banyak
penyelesaian yang boleh dilakukan. Kadang-kadang golongan ini berpendapat bahawa
pertumbuhan penduduk yang ekstrem pada hari adalah sebahagian daripada perkembangan
dunia. Menurut (Zuckerman 89) dianggarkan bahawa penduduk yang ramai akan menyebabkan
berlaku perkembangan teknologi yang akan mengurangkan kemiskinan penduduk, masalah
ekonomi dan sosial. Sekiranya masyarakat terlalu memberikan banyak sokongan kepada amalan
perancangan keluarga, masyarakat akan lebih cenderung kepada usaha yang dilakukan oleh
kerajaan bagi mengurangkan tahap kesuburan. Yang paling penting sekali, kebanyakan
masyarakat menganggap pengguguran anak dan kawalan kelahiran tidak boleh diterima dan
sekiranya populasi penduduk perlu dikawal, ianya perlu dilakukan dengan menggunakan kaedah
yang lain. Persoalannya di sini adakah ada cara atau pendekatan lain yang lebih cekap boleh
digunakan untuk mengendalikan atau mengawal pertumbuhan penduduk yang tidak bertentangan
dengan perspeksi masyarakat.

4.0 LANGKAH MENGATASI MASALAH PERTUMBUHAN PENDUDUK

4.1 Bantuan Luar

Negara-negara maju seperti Amerika Syarikat serta negara-negara industri yang lain yang
sudah lama mengamalkan kaedah pengawalan kadar pertumbuhan penduduk di negara-negara
mereka bagi mengawal pertumbuhan populasi di negara mereka tanpa kawalan. Pengawalan
kadar populasi di negara-negara maju ini adalah disebabkan negara tersebut mempunyai
teknologi dan kepakaran yang tinggi. Oleh kerana negara-negara maju ini mempunyai kepakaran
serta teknologi yang tinggi dalam mengawal kadar pertumbuhan penduduk di negara tersebut,
secara tidak langsung wujud kebergantungan negara-negara membangun serta negara-negara
dunia ketiga dalam mendapat bantuan daripada negara tersebut kerana negara ini tidak
mempunyai pengetahuan serta kepakaran atau tahap pengetahuan dan kepakaran yang rendah.
Bantuan daripada negara-negara ini misalnya dari segi pembiayaan kos bagi membangunkan
ekonomi di negara-negara yang mempunyai masalah kependudukan ini secara tidak langsung
akan mengurangkan bebanan masalah mereka ekoran daripada pertumbuhan penduduk yang
pesat di negara-negara ini. Antara masalah-masalah yang wujud kesan daripada kepesatan
penduduk ialah masalah kemiskinan, pendidikan, masalah dari segi mendapatkan makanan dan
sebagainya.

22
Mengambil contoh negara Indonesia yang merupakan atau termasuk dalam negara
membangun, isu kemiskinan tidak dapat lari daripada melanda negara ini. Mengikut perangkaan,
kepadatan penduduk di Indonesia menjangka 239.9 million pada tahun 2008 dan dijangka akan
meningkat pada tahun 2050 sebanyak 343.1 million. Hal ini menunjukkan bahawa Indonesia
mempunyai jumlah penduduk yang sangat padat yang menyebabkan wujudnya masalah
kemiskinan ini oleh kerana sesetengah penduduk tidak dapat memenuhi sumber-sumber yang
ada. Bantuan luar seperti negara maju misalnya Amerika Syarikat amatlah diperlukan bagi
membantu Indonesia dalam membangunkan ekonomi di negara tersebut agar masalah
kemiskinan dapat diatasi. Masalah kemiskinan di negara ini bukan lagi merupakan isu baru
malahan ia telah lama wujud. Pada abad 1990-an, negara-negara maju telah menyalurkan ratusan
million dolar bagi membiayai pelbagai projek pembangunan di negara tersebut yang sekaligus
dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk di negara berkenaan.

Program bantuan yang dilakukan atau diberikan oleh negara-negara maju ini khusunya
Amerika Syarikat yang merupakan salah sebuah negara anggota Generation 8 (G-8) yang telah
menunjukkan keberhasilannya apabila berlaku kenaikan dalam ekonomi negara tersebut yang
mana dapat dilihat meningkatnya kegiatan perdagangan dan industri disamping wujud kenaikan
pendapatan per kapita masyarakat di Indonesia melebihi 1000 dolar AS per tahun malahan ada
segelintir masyarakat Indonesia yang mempunyai kekayaan melebihi orang Amerika Syarikat.

Selain bantuan dalam pembangunan ekonomi di negara-negara yang mempunyai masalah


kepadatan penduduk, bantuan yang diberikan juga adalah meliputi aspek pendidikan, penyediaan
kaedah kawalan kelahiran dan lain-lain turut membantu negara yang bermasalah dalam
menanganinya. Sebagai contoh, bantuan dari segi pendidikan seperti penyediaan kemudahan
pendidikan secara tidak langsung akan membantu mengurangkan kadar pertumbuhan penduduk
di negara-negara membangun dan negara-negara dunia ketiga. Melalui bantuan dalam
pendidikan seperti menghantar guru-guru yang pakar ke negara ini ataupun bantuan dari segi
pembinaan institusi pendidikan bagi menggalakkan rakyat di negara yang bermasalah dapat
memperolehi ilmu serta dapat memajukan diri mereka. Apabila masyarakat mempunyai ilmu
pengetahuan yang tinggi, kadar kelahiran di negara tersebut dapat di atasi oleh kerana
peningkatan taraf hidup yang tinggi dalam kalangan golongan muda. Hal ini kerana, apabila
mereka mempunyai tingkat pengetahuan yang lebih, kecenderungan untuk mereka berkahwin

23
pada usia muda adalah rendah kerana mereka akan mengejar cita-cita mereka terlebih dahulu di
samping mereka akan lebih bergiat dalam sektor ekonomi dan pembangunan negara. Situasi ini
akan mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan penduduk di negara berkenaan di
samping mengurangkan masa mereka untuk memikirkan soal perkahwinan pada usia yang muda
dan kadar pertumbuhan penduduk dapat diatasi walaupun tidak sepenuhnya.

Selain itu, bagi mengawal populasi di negara miskin dan negara membangun ini juga,
mengambil contoh Amerika Syarikat telah memberikan bantuan perkhidmatan perancangan
keluarga kepada negara-negara ini. Umum mengetahui bahawa Amerika Syarikat adalah negara
maju yang mempunyai pelbagai kemudahan serta hasil kekayaan yang mampu membantu
negara-negara lain atau di bawah negara-negara anggotanya yang mana dalam memberikan
perkhidmatan perancangan keluarga ini, Amerika Syarikat telah memberikan perkhidmatan serta
kepakarannya selama 30 tahun kepada negara-negara lain. Bantuan yang diberikan ini
menunjukkan hasil yang amat memberangsangkan. Manakala di negara membangun yang
menggunakan konsep pencegahan kehamilan telah menunjukkan hasilnya apabila kadar purata
tingkat kesuburan telah menurun daripada enam hingga kurang daripada empat pada masa
sekarang. Tingkat kesuburan yang berkurangan ini akan mengurangkan kebarangkalian
seseorang itu untuk melahirkan anak dalam masa terdekat.Selain itu, sekiranya berlaku sebarang
bencana alam di kawasan penduduk miskin ini, negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun,
Britain dan negara-negara maju lain akan menghulurkan bantuan kewangan, makanan, pakaian
dan juga pendidikan kepada negara mundur. Keadaan ini adalah ekoran daripada negara miskin
ini tidak mempunyai kemampuan yang baik dari segi fasiliti untuk rakyatnya. Sebagai contoh
gempa bumi yang berlaku negara Haiti baru-baru ini telah mendapat perhatian dari negara-
negara maju.

4.2 Pendidikan

Seperti yang telah diketahui umum, negara dunia Ketiga masih lagi mempunyai tahap
kemiskinan dan kadar kelahiran yang tinggi. Hal ini kerana, terdapat banyak kekurangan yang
terpaksa mereka tempuhi saban hari, termasuklah aspek pendidikan, kesihatan, kewangan dan
sebagainya. Oleh yang demikian, pendidikan dilihat salah satu elemen penting dalam
menyelesaikan masalah di negara dunia Ketiga terutamanya dalam aspek kadar kelahiran. Kita
sudah sedia maklum, Negara-negara dunia Ketiga seperti Bangladesh, Pakistan, dan Negara-

24
negara Afrika mempunyai penduduk yang ramai kerana kaum wanita hanya memberi tumpuan
kepada keluarga dan tidak berkerjaya disebabkan tidak mempunyai taraf pendidikan yang tinggi
berbanding dengan wanita berkerjaya di negara – negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun,
Singapura dan sebagainya.

Dalam dunia yang semakin canggih dan pantas ini, pendidikan amat penting supaya
setiap individu tidak ketinggalan dalam arus semasa lebih- lebih lagi kaum wanita. Kaum wanita
sangat memerlukan pendidikan untuk menguasai era globalisasi masa kini. Oleh itu, peluang
pendidikan harus diberikan kepada wanita khususnya di negara dunia ketiga ini bagi membantu
negara tersebut mengurangkan kepadatan penduduk seterusnya meningkatkan ekonomi negara
mereka, di samping dapat menjana pembangunan negara tersebut. Dalam hal ini, wanita-wanita
yang berpendidikan dan berkerjaya cenderung untuk berkahwin lambat menyebabkan bilangan
melahirkan anak adalah sedikit kerana tahap kesuburan telah menurun.

Di samping itu, pendidikan juga dapat memberikan kesedaran untuk meningkatkan


amalan perancangan keluarga demi mengurangkan saiz keluarga, menggemari saiz keluarga
yang kecil dan memahami bahawa keperluan ahli keluarga dapat dipenuhi dengan lebih
sempurna terutamanya dari aspek kasih sayang dapat diberikan sama rata kepada setiap ahli
keluarga. Di negara-negara di mana kaum wanita tidak mempunyai pendidikan khususnya
pendidikan menengah akan menyebabkan kadar kelahiran sentiasa meningkat di mana rata-rata
mereka mempunyai tujuh orang anak atau lebih berbanding dengan wanita yang berpendidikan
menengah yang biasanya hanya mempunyai dua atau tiga orang anak. Justeru, kerajaan dan
pihak yang bertanggungjawab perlu memberi peluang kepada kaum wanita untuk terlibat secara
langsung dalam dunia pendidikan dan mempunyai kerjaya yang tetap agar kaum wanita juga
boleh bergerak lebih jauh setanding dengan kaum lelaki.

4.2 Kawalan kelahiran

Kawalan kelahiran juga merupakan salah satu elemen yang boleh digunakan dalam
mengatasi masalah kepadatan penduduk. Mengawal kadar kelahiran bermaksud mencegah
kehamilan untuk menurunkan kadar kelahiran seterusnya dapat mengurangkan bilangan
penduduk di sesebuah negara dunia ketiga. Dalam mengatasi masalah kependudukan ini,
kerajaan di negara dunia ketiga ini harus mengawal pertumbuhan penduduk dari segi kawalan

25
kadar kelahiran. Mengawal kadar kelahiran ini bermaksud mencegah kehamilan untuk
mengurangkan bilangan penduduk di sesebuah negara dunia ketiga. Kerajaan yang telah
melaksanakan program kawalan kelahiran biasanya menggunakan kawalan perubatan, suntikan,
penggunaan kondom dan sebagainya untuk mengawal kelahiran di negara mereka.

Di Amerika Syarikat contohnya, bagi mengatasi lebihan penduduknya bilangan anak-


anak dihadkan kepada dua orang untuk seorang perempuan. Ini bermakna di Amerika Syarikat
seorang perempuan digalakkan melahirkan dua orang anak sahaja bagi mengatasi masalah
lebihan penduduknya. Selain itu, menurunkan kadar kesuburan (TFR) juga merupakan salah satu
langkah di Amerika Syarikat dalam mengatasi masalah lebihan penduduknya. Di samping itu,
pemberian pelbagai bentuk insentif kepada dua orang anak pertama dalam keluarga seperti
program perumahan, pendidikan percuma dan lain-lain bentuk insentif turut menggalakkan
program kawalan kelahiran di Amerika Syarikat. Justeru, negara-negara di dunia ketiga boleh
mengamalkan kawalan kelahiran seperti yang diamalkan di Amerika Syarikat dalam mengatasi
masalah kepadatan penduduknya.

Dalam mengatasi masalah lebihan penduduk, pendidikan dalam hal perancangan keluarga
juga haruslah diberikan kepada kedua belah pihak sama ada lelaki dan perempuan di negara-
negara dunia ketiga. Menerusi pendidikan perancangan keluarga, kadar kelahiran dapat
dikurangkan di negara-negara dunia ketiga dengan memberi kesedaran kepada mereka betapa
pentingnya kawalan kelahiran dalam sesebuah keluarga demi kehidupan anak-anak yang lebih
sempurna apabila memiliki saiz keluarga yang kecil. Bagi mengatasi masalah lebihan penduduk
di negara-negara dunia ketiga hendaklah memberikan pendidikan mengenai masalah
kependudukan kepada rakyatnya selain meningkatkan pengambilan wanita dalam sektor
pekerjaan sama ada dalam sektor kerajaan ataupun swasta kerana kebiasaanya wanita yang
berkerjaya akan berkahwin lewat dan berkencenderungan melahirkan anak-anak dalam jumlah
yang sedikit.

4.3 Kawalan kerajaan

Kawalan kerajaan juga memainkan peranan penting untuk memastikan masalah


kependudukan dapat ditangani dengan berkesan dalam jangka masa yang panjang. Apabila krisis
ekonomi berlaku, kuasa beli masyarakat akan menurun menyebabkan kanak-kanak kekurangan

26
gizi makanan yang boleh menyebabkan peningkatan risiko kematian bayi dan kanak-kanak di
negara dunia ketiga ini. Oleh kerana, negara ini mundur dan miskin serta pendapatan ekonomi
negara yang rendah, menyebabkan penduduk terutamanya bayi dan kanak-kanak yang ramai
kekurangan bahan makanan. Hal ini akan menimbulkan lagi masalah kepada kerajaan dalam
menangani masalah kekurangan sumber dalam negara mereka. Oleh itu, satu pendekatan yang
boleh diambil oleh kerajaan adalah dengan mengurangkan pertambahan penduduk.

Dalam hal ini, kerajaan boleh melaksanakan pelbagai kaedah atau polisi yang berkaitan
dengan kawalan kelahiran yang boleh mengurangkan kadar pertumbuhan penduduk khususnya di
negara dunia ketiga ini. Kaedah atau polisi yang efektif boleh dilakukan oleh kerajaan untuk
mengatasi masalah kependudukan ini. Hal ini dapat dilihat dalam polisi yang dilaksanakan di
negara China yang mana kerajaan negara tersebut telah memperkenalkan Polisi Satu Keluarga
Satu Anak. Polisi ini dilaksanakan di negara China bagi mengatasi masalah penduduknya yang
terlalu ramai. Polisi ini juga dilaksanakan di negara-negara yang terlalu ramai penduduk seperti
Afrika, Bangladesh, Pakistan dan sebagainya.

Di samping itu, program berencana yang dilaksanakan oleh kerajaan Indonesia yang
bertujuan untuk menurunkan angka kelahiran sebelum tahun 2000 adalah bagi mengatasi
masalah penduduknya yang terlalu ramai. Selain itu, bagi mengatasi masalah taburan penduduk
yang tidak seimbang pula, program transmigrasi boleh dilaksanakan sebagaimana yang telah
dilaksanakan oleh kerajaan Indonesia ( Penjajahan Menyang Seberang 1905 dan Program
Transmigrasi 1950 ). Selain berperanan mengatasi masalah taburan penduduk, program ini juga
berperanan untuk mengurangkan masalah kemiskinan dan kepadatan penduduk di Pulau Jawa
dengan memindahkan penduduk – penduduknya ke Papua, Kalimantan, Sumatera dan Sulawesi.

4.4 Peranan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu

Terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah di negara
membangun dan negara dunia ketiga ini. Dalam memelihara keamanan dunia, Persatuan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB) tidak seharusnya lupa pada peranannya dalam membantu negara-negara
membangun dan miskin supaya mereka dapat memperbaiki taraf ekonomi dan hidup penduduk
dunia. Organisasi PBB seperti Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) memainkan peranan
yang penting dalam memperbaiki mutu produk makanan dan pertanian supaya ianya mencukupi

27
sekaligus menaikkan taraf pembangunan sektor industri terutamanya dalam kalangan negara
membangun dan negara dunia ketiga. Masalah kebuluran di Afrika umpamanya adalah contoh
yang mana PBB haruslah bijak menanganinya supaya ia tidak berlarutan sehingga menjejaskan
pengeluaran makanan sedunia. Sekaligus masalah pemberontakan dan ketidakpuasan hati
pelbagai golongan terutamanya di benua Afrika dapat diatasi. Keadaan ini secara tidak langsung
dapat menstabilkan keadaan dunia. Menurut FAO, terdapat hampir satu billion manusia sedang
mengalami kekurangan zat makanan. Pada separuh abad ke-20, bekalan makanan jauh melebihi
permintaan. Harga bijirin turun hampir 75%. Oleh kerana bijirin merupakan 60% daripada diet
manusia sedunia, semua penduduk membayar harga yang jauh lebih rendah untuk makanan.
Kini, pertambahan populasi dunia telah menjadi lebih rendah tetapi permintaan terhadap
makanan meningkat antara 60% hingga 100%. Peningkatan global permintaan makanan yang
dialami bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Hanya 15% perdagangan negara-negara Afrika
berlaku dalam benua Afrika sendiri. Tarif yang dikenakan oleh negara-negara termiskin terhadap
perdagangan barang makanan secara umumnya lebih tinggi daripada tarif yang dikenakan oleh
negara maju.

Selain itu, peranan UNESCO ( Pertubuhan Pendidikan, Sains, dan Kebudayaan PBB)
juga penting dalam memelihara kestabilan dunia. Bantuan pendidikan serta pembangunan sains
contohnya mampu untuk meningkatkan lagi mutu pendidikan sedunia di samping dapat
mewujudkan satu garis panduan berkaitan pendidikan, komunikasi sedunia dan kemajuan sains.
Contohnya isu pengklonan manusia, peranan UNESCO adalah penting supaya fenomena sains
yang melampaui moral dan etika manusia sejagat dapat dikawal supaya ia tidak menjadi satu
polemik yang mampu menggugat keamanan dunia sejagat.

Di samping itu, peranan UNICEF atau Tabung Kanak-Kanak PBB juga penting dalam
menyelesaikan masalah-masalah di negara membangun dan negara dunia ketiga. Fungsi
UNICEF ialah memberi bantuan kemanusiaan dan perkembangan kanak-kanak di seluruh dunia.
Ia bergantung kepada sumbangan kewangan daripada kerajaan dan penderma peribadi. Program-
programnya menekankan perkhidmatan menjaga kesihatan dan kebajikan kanak-kanak. UNICEF
mempunyai lima matlamat iaitu Kehidupan dan Perkembangan Kanak-Kanak, Pendidikan Asas
dan Kesamaan Jantina, Perlindungan Kanak-kanak daripada Keganasan, Eksploitasi dan
Penderaan, Pencegahan HIV/AIDS dalam kalangan kanak-kanak dan Penyokongan Dasar

28
Melindungi Hak Kanak-kanak serta kerjasama dalam usaha-usaha sedemikian. Ia juga membantu
dalam perkembangan kanak-kanak dari kecil, remaja dan kemahiran-kemahiran yang berasaskan
pendidikan.

Kesimpulan

Pertumbuhan penduduk pada masa kini merupakan salah satu masalah terbesar yang
dihadapi oleh penduduk bumi ini. Ia bukan hanya masalah kepadatan penduduk secara umum,
tetapi terdapat juga masalah lain. Banyak sumber daya tenaga yang sedang berkurang dan telah
tercemar. Sebagai contoh, kita telah kehabisan tanah untuk melakukan aktiviti pertanian seperti
menanam sumber makanan, dan tanah itu sendiri menjadi kurang produktif. Selain itu, hakisan
juga menyebabkan pencemaran bekalan air yang bersih. Sumber daya tenaga juga digunakan
dengan cepat. Akhirnya, ketika kita menggalakkan lebih banyak kehidupan di atas planet ini, kita
akan meninggalkan sedikit ruang untuk tanaman lain dan haiwan yang berguna bagi gizi dan
tujuan rawatan serta hanya menjadi sebahagian daripada komuniti yang pelbagai.

Kadar pertumbuhan penduduk yang tinggi sejak lebih 30 tahun yang lalu telah
memberikan impak yang besar terhadap negara-negara membangun dan Negara Dunia Ketiga.
Pendekatan yang baik haruslah dicari untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul. Selain
daripada memberikan peruntukan yang besar dalam bidang pendidikan, kerajaan bagi negara-
negara tersebut mestilah melihat masalah sosio-demografi itu daripada pelbagai bahagian.
Bahagian paling penting bagi semua kerosakan ini adalah sebahagian besarnya saling berkaitan
iaitu kerosakan tanah, kekurangan makanan dan air yang tercemar. Guna tenaga yang berlebihan
menyebabkan tanah menjadi kering dan berlaku pemanasan global. Tanpa mencari penyelesaian
kepada peningkatan jumlah penduduk, kita tidak akan mampu mengelakkan masalah dari
berlanjutan dan bumi akan mengalami kehancuran. Terdapat banyak pandangan yang berbeza
tentang kaedah yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini.

Namun, sebahagian besar di antara para penyelidik dan kumpulan-kumpulan alam


sekitar bersepakat mengatakan bahawa beberapa tindakan tidak perlu dilakukan. Hal ini kerana
mustahil untuk meningkatkan angka kematian bagi mengurangkan jumlah penduduk. Segala
tindakan yang kita lakukan akan menentukan dengan tepat berapa banyak kita mengurangkan
kesuburan. Adakah ini dilakukan melalui pendidikan mengenai kaedah kawalan kelahiran atau

29
penggunaan teknologi untuk menentukan cara-cara baru bagi menggunakan sumber daya yang
kita miliki.

30
Bibliografi

United Nation (2002) World Population Ageing: 1950-2050.Population Division, Department of


Economic and Social Affairs (DESA), United Nation: New York

Cartledge, Bryan (1995). Population and the Environment. Oxford: Oxford University Press,

Zuckerman, Ben and David Jefferson, ed ( 1996). Human Population and the Environmental
Crisis. Sudbury: Jones and Bartlett Publishers.

Diperolehi pada 8 March 2010 daripada http://www.unicef.org/

Diperolehi pada 9 March 2010 daripada http://www.unesco.org/new/en/unesco

Diperolehi pada 9 March 2010 daripada http://en.wikipedia.org/wiki/World_population

Diperolehi pada 10 March 2010 daripada http://geohraphy.about.com/library/


faq/blqzworldpop.htm.

31

Vous aimerez peut-être aussi