Vous êtes sur la page 1sur 5

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM 2010/ 2011

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ROKAM


_____________________________________________

KERTAS KERJA:
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
KE PENJARA TAIPING

TARIKH:
10 JUN 2011

ANJURAN:
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM 2010/ 2011
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ROKAM
KERTAS KERJA
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PENJARA TAIPING
ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ROKAM

1.0 RASIONAL
1.1 Pendedahan kepada murid mengenai aktiviti yang dijalankan oleh warga penjara sepanjang mereka
berada di dalam tahanan.
1.2 Memberi pengalaman baru dan melihat sendiri kehidupan warga penjara dengan lebih dekat lagi.
1.3 Memberi kesedaran kepada murid tentang tingginya komitmen dan inspirasi negara bagi membangunkan
modal insan yang berkualiti dan bebas daripada masalah sosial.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Memberi peluang kepada murid untuk melihat dengan lebih dekat lagi corak kehidupan sebenar sebagai
penghuni penjara.
2.2 Menggalakkan dan mewujudkan keinsafan dalam diri murid untuk berkelakuan baik dan menjalankan
kehidupan seperti orang biasa serta bebas melakukan aktiviti dan menikmati kehidupan yang aman.

3.0 CADANGAN PROGRAM


Tarikh : 10 Jun 2011
Masa : 8.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat Lawatan : Sekitar kawasan Penjara Taiping

4.0 KUMPULAN SASARAN


Murid Tahap 2 iaitu Tahun 4, 5 dan 6.

5.0 BILANGAN PESERTA / GURU


Seramai 40 orang murid akan mengikuti lawatan ini dengan kebenaran ibubapa/
penjaga. Seramai 5 orang guru akan mengawasi pelajar sepanjang program ini
berjalan.

6.0 PENDAPATAN / PERBELANJAAN

PENDAPATAN
10.1 Peruntukan Unit Kokurikulum RM 520.00
10.2 Kutipan Murid ( RM 20.00 X 40 orang ) RM 800.00
Jumlah RM 1320.00

PERBELANJAAN
10.3 Bayaran Pengangkutan RM 350.00
10.4 Makanan ( RM 12 X 40 orang ) RM 480.00
10.5 Cenderahati Penjara RM 50.00
10.6 Topi dan T.shirt RM 400.00
10.7 Edaran RM 40.00
Jumlah RM 1320.00
7.0 PENUBUHAN JAWATANKUASA

Pengarah : Tn. Hj. Zulkifli b. Hj. Isa


Timbalan Pengarah : En. Halimon b. Suratman
Setiausaha : Pn. Faridah binti Majid
Timbalan Setiausaha : Pn. Maryam bt. Saad
Bendahari : Pn. Norazuwani bt. Mohd Arif
Timbalan Bendahari : En. Azrul bin Ramli
Fotografi : En. Najmudin b. Ya
Kuiz : Pn. Noor Anita Ishak
Kecemasan : En. Faris bin Salleh
Makanan : Pn. Sarimah bt. Jantan

7.0 SENARAI PENENTUAN TUGAS

BIL. JAWATAN TUGASAN NAMA


1. Pengarah Program i. Mengawal perlaksanaan projek dari segi Tn. Hj. Zulkifli b. Hj.
ketepatan masa, matlamat dan perancangan. Isa
ii. Memastikan seluruh jawatankuasa pelaksana
tugas masing- masing.
iii. Memastikan projek berjalan lancer.

2. Timbalan Pengarah Membantu Pengarah dalam memantau kelancaran En. Halimon b.


perjalanan projek. Suratman

3. Setiausaha i. Menyediakan kertas kerja projek. Pn. Faridah binti


ii. Menyediakan surat permohonan untuk Majid
mendapatkan kelulusan projek.
iii. Menyediakan dan mengedarkan notis panggilan
mesyuarat kepada Jawatankuasa Pelaksana
Projk.
iv. Membuat laporan sebelum, semasa dan selepas
projek dijalankan.

4. Timbalan Setiausaha Pn. Maryam bt.


Membantu setiausaha menyediakan surat Saad
permohonan dan laporan projek.

5. Bendahari i. Mendapatkan sumber kewangan untuk Pn. Norazuwani bt.


pembiayaan projek. Mohd Arif
ii. Menyediakan penyata kira- kira projek.
6. Timbalan Bendahari Membantu Bendahari dalam memastikan En. Azrul bin Ramli
belanjawan projek mencukupi.

7. Ahli Jawatankuasa i. Menjalankan tugas masing- masing untuk En. Najmudin


memastikan projek berjalan lancar. b. Ya
ii. Memberikan sepenuh komitmen sebelum,
semasa dan selepas projek dijalankan. Pn. Noor Anita
iii. Mengikut arahan Pengarah untuk melicinkan Ishak
perjalanan projek.
En. Faris bin Salleh

Pn. Sarimah bt.


Jantan

9.0 ATUR CARA PROGRAM

Masa Aktiviti
7.30 pagi - Berkumpul di sekolah / pendaftaran
8.00 pagi - Bersedia untuk bertolak ke Penjara Taiping
8.40 pagi - Tiba di Penjara Taiping
- Diberi taklimat ringkas oleh Pegawai yang bertugas.
9.00 pagi - Menonton Tayangan Video
10.00 pagi - Rehat
10.30 pagi - Melawat sekitar kawasan penjara (tempat dijatuhkan hukuman,
bilik kurungan )
1.00 tengah hari - Makan tengah hari / solat
2.00 petang - Sesi Motivasi oleh penghuni penjara yang bakal keluar setelah
hampir tamat tempoh tahan yang dikenakan
- Penyampaian cenderahati
3.30 petang - Bertolak balik ke Ipoh
4.00 petang - Tiba di SKSR
4.45 petang

Keterangan Aturcara Lawatan

i. Pendaftaran
Guru memberi penerangan mengenai aturcara sepanjang lawatan. Tidak lupa guru memberi peringatan beberapa perkara
penting semasa lawatan seperti menjaga tingkahlaku, membuat catatan, mematuhi peraturan penjara dan tidak lupa
menjaga barangan peribadi supaya tidak tertinggal.

ii. Menonton Tayangan


Aktiviti menonton tayangan murid dingatkan supaya tidak membuat bising, menghayati dan membuat catatan perkara-
perkara penting. Mereka akan ditayangkan sejarah penubuhan, aktiviti-aktiviti yang dijalankan di penjara.

iii. Melawat Sekitar Kawasan Penjara


Murid-murid akan dibawa melawat kawasan sekitar kawasan penjara. Seperti bilik tahanan, tempat hukuman gantung
dijalankan dan aktiviti-aktiviti yang dijalani oleh pelatih penjara yang bakal keluar.

iv. Sesi Motivasi


Mereka juga diberi peluang mendengar sendiri luahan rasa penghuni penjara sepanjang mereka menjalani tahanan.
Keperitan mereka menghadapi hukuman, dapat memberi pengajaran kepada murid-murid.

10.0 PENUTUP

Diharap dengan menyertai lawatan ini, dapat membuka minda murid disamping memberi peluang kepada murid
untuk melihat dengan lebih dekat lagi corak kehidupan insan-insan yang kurang bernasib baik, sama ada kesilapan
mereka sendiri ataupun kesalahan yang tidak disengajakan.
Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………………. ……………………………………………..
(PN. FARIDAH BT MAJID) (TN. HJ. ZULKIFLI B HJ. ISA)
Setiausaha, Pengerusi,
Panitia Pendidikan Islam, Panitia Pendidikan Islam,
S.K Sungai Rokam S.K Sungai Rokam.

Disahkan oleh,

…………………………
(PN. HJH. KALSOM BT DOLAH)
Guru Besar,
S. K Sungai Rokam.

Vous aimerez peut-être aussi