Vous êtes sur la page 1sur 2

AKADEMI KULINARI KEMAS MALAYSIA.

Bahagian Pendidikan Masyarkat, Jabatan Kemajuan Masyarakat


(KEMAS) terus melangkah setapak kehadapan dalam menyokong pelaksanaan
RMK 10 di bawah sub bidang pengarusperdanan latihan kemahiran dan
vokasional dengan kewujudan Akademi Kulinari KEMAS Malaysia. Akademi ini
yang berpusat di Pusat Kegiatan Masyarakat Gopeng, Perak ini menawarkan
Bidang Penyediaan Makanan di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
bermula Tahap 1,2,3, Tahap 4 (Diploma) dan Tahap 5 (Diploma Lanjutan).
Program ini merupakan usahasama antara Jabatan Kemajuan Masyarakat
(KEMAS) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian
Sumber Manusia.

Di bawah program Akademi Kulinari KEMAS Malaysia ini, belia dan beliawanis
yang terpilih adalah di antara umur 19-30 tahun yang terdiri dikalangan peserta
Pusat Masakan KEMAS seluruh Malaysia. Kelayakan bagi kemasukan akademi
ini adalah bujang dan peserta telah melalui ujian teori masakan sebagai syarat
bagi kemasukan ke akademi ini.

Tenaga pengajar adalah terdiri daripada Pegawai dan Pemaju Masyarakat


KEMAS yang telah memiliki kelulusan pengajian Kulinari dari UiTM, Sijil
Kemahiran Malaysia Tahap 1-3 dan Sijil VTO dari Jabatan Pembangunan
Kemahiran. Modul yang telah dibangunkan bagi tahap 1-3 bagi Bidang
Penyediaan Makanan telah dikawalselia dan diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan
Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.

Pengambilan sesi pertama bagi tahun 2010 telah bermula pada bulan Julai 2010
yang melibatkan pengambilan pelajar seramai 25 orang. Antara tujuan program
persijlan ini dilaksanakan adalah bagi meningkat dan meluaskan kemahiran
masyarakat luar bandar dalam bidang masakan, penyajian makanan serta
katering di kalangan masyarakat luar bandar. Ia juga turut bertujuan melahirkan
masyarakat yang berfikiran kreatif, inovatif, bermaklumat serta aktif di pasaran
terbuka.

Di bawah RMK10 (Teras Strategik 4.2: Pengarusperdanaan Pendidikan Teknik


dan Latihan Vokasional), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah dilantik
sebagai agensi tunggal dalam pembangunan dan pengesahan kualiti kurikulum
pendidikan teknikal dan latihan vokasional. Program Sijil Kemahiran Malaysia
pula akan dijadikan persijilan kebangsaan yang diiktiraf bagi kemasukan dalam
perkhidmatan awam dan Institut Pengajian Tinggi. Adalah diharapkan kerjasama
erat antara Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan Jabatan
Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia ini akan terus
membuahkan hasil yang baik demi manfaat pendidikan yang berterusan kepada
belia dan beliawanis luar bandar dalam meningkatkan kemahiran diri dalam
pelbagai bidang seterusnya memajukan diri dan menyumbang kepada
pembangunan negara menuju wawasan 2020.

Vous aimerez peut-être aussi