Vous êtes sur la page 1sur 7

PENDAHULUAN

Menurut The American Heritage Medical Dictionary of the English Language 4th
edition (2010), tetrachloride bermaksud sejenis sebatian kimia yang mengandungi
empat atom klorin bagi setiap molekulnya. Terdapat banyak sebatian tetrachloride
yang wujud misalnya carbon tetrachloride, titanium tetrachloride, silicon
tetrachloride, vanadium tetrachloride, uranium tetrachloride, germanium
tetrachloride, telurium tetrachloride, selenium tetrachloride, tin tetrachloride,
molybdenum tetrachloride dan zirconium tetrachloride. Di antara sebatian-sebatian
tersebut, carbon tetrachloride adalah sebatian tetrachloride yang penting di dalam
toksikologi (Gerbending,2005).

CARBON TETRACHLORIDE

CIRI-CIRI

Carbon tetrachloride ialah suatu sebatian yang mengandungi 1 atom carbon yang
terikat dengan empat atom klorin (Garbending, 2005). Formula molekulnya ialah CCl 4
sementara formula strukturnya adalah seperti yang ditunjukkan oleh gambarajah 1:

Gambarajah 1 : Formula struktur carbon tetrachloride

Carbon tetrachloride mempunyai berat molekul 153.8 g/mol. Ketumpatannya ialah


1.59 g/cm3 pada 20°C. Takat didihnya ialah 76.7°C sementara takat bekunya -23°C.
Tekanan wap (vapour pressure) nya ialah pressure 91.3 torr @ 20°C. Toksikan ini
bersifat larut di dalam acetone, ethanol, benzene, carbon Disulfide dan mempunyai
keterlarutan yang sedikit di dalam air (Fouw, 1999).

Carbon tetrachloride ialah cecair jernih buatan dengan bau ‘manis’ ( sweet odour)
yang kuat seperti bau chloroform. Manusia akan terhidu bau sebatian ini apabila
kepekatannya di dalam udara mencapai 10 ppm. Sabatian kimia ini tidak wujud

1
secara semulajadi. Sebatian ini juga tidak mudah terbakar. Ia merupakan sebatian
yang tergolong di dalam kumpulan volatile organic compound (VOC) yang mudah
meruap. Ia juga dikategorikan di dalam kumpulan alipathic halogenated
hydrocarbons (Robjohns S, 2009).

Nama dagangan carbon tetrachloride adalah seperti Carbon tetra Perchloromethane,


Methane tetrachloride, Benzinoform Univerm Necatorina, Facsiolin, Flukoids, R10
(refrigerant), Tetraform, Tetraso,l Freon 10 dan Halon 104.

Carbon tetrachloride dihasilkan melalui tindakbalas klorin dan karbon dengan


kehadiran Iodin sebagai mangkin. Tindakbalas tersebut boleh ditunjukkan di dalam
gambarajah 2 (Hodgson E. 2000).

CS2 + Cl2 ==> CCl4 + S2Cl2

Gambarajah 2 : Tindakbalas penghasilan carbon tetrachloride 1

Carbon tetrachloride juga boleh dihasilkan melalui tindakbalas penggantian radikal


bebas atom-atom hidrogen pada metana oleh klorin sebagaimana ditunjukkan di
dalam gambarajah 3.(Hodgson E. 2000).

CH4 + 4 Cl2 ==> CCl4 + 4 HCl

Gambarajah 3 : Tindakbalas penghasilan carbon tetrachloride 2

SUMBER CARBON TETRACHLORIDE

Carbon tetrachloride digunakan untuk menghasilkan bahan kimia lain. Carbon


tetrachloride digunakan untuk menghasilkan bahan penyejuk, bahan penyembur
(aerosol propellant) seperti chlorofluorocarbon (CFC), bahan pencuci gris, racun
makhluk perosak dan alat pemadam api. Kilang membebaskan carbon tetrachloride
sama ada di dalam bentuk gas ke udara dan dalam bentuk cecair ke tanah atau

2
jasad air. Walau bagaimanapun, penggunaan sebatian ini di dalam pembuatan
produk-produk tersebut dihentikan semenjak tahun-tahun lewat 80-an akibat
kesannya yang boleh memudaratkan persekitaran dan kesihatan manusia (USEPA,
2000).

Sifat carbon tetrachloride yang mudah meruap menyebabkannya sering dikesan di


dalam udara di dalam bentuk gas atau wap. Sebatian ini akan berada di dalam udara
dalam tempoh yang lama sebelum terurai. Sebatian ini juga tidak melekat pada
partikel-partikel tanah atau air sebaliknya akan meruap atau meresap ke dalam air
bawah tanah (Robjohns S, 2009).

PENDEDAHAN TERHADAP CARBON TETRACHLORIDE

Kepekatan carbon tetrachloride pada paras 0.1 ppb di dalam udara merupakan paras
biasa di seluruh dunia (IPCS, 2010). Kadangkala kepekatan ini lebih tinggi iaitu 0.2
hingga 0.6 ppb di dalam udara di kawasan bandar. Carbon tetrachloride juga
dijumpai di dalam sesetengah bekalan air minum awam iaitu biasanya ditemui pada
kepekatan 0.5 ppb. Pendedahan yang lebih tinggi daripada paras-paras biasa
tersebut wujud di kawasan yang berhampiran dengan kawasan perindustrian
tertentu yang secara langsung menghasilkan carbon tetrachloride, yang masih
mengunakannya sebagai bahan utama industri ataupun industri tanpa sistem
pelupusan sisa yang sempurna. Pendedahan di kawasan sedemikian boleh berlaku
melalui pernafasan iaitu menyedut udara tercemar dengannya, meminum air yang
tercemar atau bersentuhan dengan tanah yang dicemari sebatian tersebut. Pekerja-
pekerja industri yang mempunyai kontek langsung dengan sebatian tersebut pula
akan menerima pendedahan dalam kuantiti yang lebih tinggi. The National Institute
for Occupational Safety and Health (NIOSH) menganggarkan seramai 58,208 pekerja
berpotensi terdedah dengan carbon tetrachloride di Amerika Syarikat. Purata
pengambilan harian carbon tetrachloride melalui pernafasan bagi masyarakat umum
di Amerika Syarikat dianggarkan sebanyak 0.1 microgram (μg per kg berat badan).
Anggaran pengambilan sebatian kimia itu melalui air minuman tercemar pula ialah
0.01 μg per kg berat badan.

3
MEKANISMA TINDAKAN CARBON TETRACHLORIDE DI DALAM TUBUH

MEKANISMA FARMAKOKINETIK

Penyerapan (Absorption)

Oleh kerana carbon tetrachloride merupakan sejenis volatile haloalkane, sebatian ini
tersebar secara pasif melalui membran sel menyebabkan berlaku penyerapan yang
cepat daripada paru-paru dan saluran gastrousus ke sistemperedaran arah (Clark J.
2004).

Pengagihan (Distribution)

Carbon tetrachloride bersifat lipofilik (Hodgson E. 2000). Oleh itu, carbon


tetrachloride disebarkan daripada darah ke hati, ginjal, otak dan organ-organ lain
serta terakumulasi di dalam tisu lemak. Carbon tetrachloride yang diserap melalui
saluran gastrousus pula, akan dikesan di hati dimana ia mengalami biotransformasi
dan membentuk produk (adducts) daripada metabolit yang reaktif yang terikat
dengan makromolekul sel. Penyingkiran carbon tetrachloride yang tidak mengalami
metabolisma pula berlaku secara passive diffusion dimana kadar penyingkiran
berlaku sangat perlahan pada tisu lemak berbanding organ dalaman. Pengambilan
carbon tetrachloride secara perlahan-lahan melalui saluran pencernaan (mulut)
contohnya minum air yang tercemar dengan sebatian tersebut adalah kurang kesan
hepatotoksisitinya berbanding dengan pengambilan secara ‘bolus dosing’ ataupun
melalui pernafasan (Timbrell J. 2000).

Metabolisma.

Carbon tetrachloride mengalami metabolisme utama di dalam tisu yang mempunyai


protin gen CYP2E1 seperti hati (Clark J. 2004).

4
Penyingkiran (Excretion)

Di dalam badan manusia dan haiwan, carbon tetrachloride disingkirkan secara pasif
terutamanya melalui pernafasan. Penyingkiran melalui urin dan najis juga berlaku
tetapi dalam jumlah yang lebih kecil (Timbrell J. 2000). .

TOKSISITI CARBON TETRACHLORIDE

Carbon tetrachloride lebih mudah diserap melalui saluran pencernaan dan saluran
pernafasan manusia dan haiwan (Robjohns S 2009). Penyerapan melalui kulit boleh
berlaku bagi carbon tetrachloride yang berada di dalam bentuk cecair tetapi agak
perlahan apabila ia berada di dalam bentuk gas atau wap. Apabila memasuki tubuh
manusia, carbon tetrachloride boleh disebarkan ke seluruh bahagian tubuh. Di
dalam tubuh, kepekatan sebatian ini paling tinggi di hati, otak, buah pinggang, otot,
lemak dan darah. Sebatian utamanya boleh disingkirkan sebahagian besar
kuantitinya dari tubuh melalui pernafasan dan hanya sedikit sahaja melalui urin dan
feses. Peringkat pertama proses biotransformation carbon tetrachloride ialah
pembentukan radikal trichloromethyl yang reaktif yang dijana dengan
bermangkinkan enzim cytochrome P-450. Oxidative biotransformation adalah laluan
utama bagi penyingkiran radikal-radikal dengan membentuk radikal
trichloromethylperoxyl yang lebih reaktifakan bertindakbalas melalui proses
seterusnya bagi membentuk phosgene. Phosgene akan dinyaktoksik melalui
tindakbalas dengan air bagi menghasilkan karbon dioksida atau dengan glutathione
atau cysteine. Pembentukan chloroform dan dichlorocarbene berlaku di bawah
keadaan anaerobic (Matsumura F, 1995).

KESAN KESIHATAN

Secara akut atau jangka pendek, pendedahan kepada carbon tetrachloride dalam
dos yang tinggi melalui air minum menyebabkan kerosakan pada hati dan ginjal
(IPCS, 2010). Gejala lain yang boleh berlaku adalah seperti sakit kepala, pening,
kelesuan dan gangguan penglihatan. Dos yang terlalu tinggi pula boleh
menyebabkan muntah, sakit perut malah kematian. Kesan sama juga diperolehi
akibat pengambilan carbon tetrachloide melalui pernafasan. Pendedahan jangka

5
panjang pula dibuktikan boleh mengakibatkan kanser pada haiwan walaupun data
kajian kesan kanser ke atas manusia agak terhad (IPCS, 2010).

KESIMPULAN
Secara keseluruhannya dapatlah dikatakan bahawa carbon tetrachloride merupakan
sebatian buatan yang toksik. Kesan toksisitinya boleh dilihat secara akut mahupun
kronik. Walaupun penggunaan bahan-bahan yang mengandungi sebatian ini telah
berkurangan pada zaman ini tidak dinafikan ia masih wujud khususnya di negara-
negara yang sedang membangun yang masih menggunakan teknologi lama yang
menggunakan sebatian tersebut.

6
RUJUKAN

1. The American Heritage Medical Dictionary of the English Language (2010). 4th
edition. Houghton Mifflin Harcourt Publishing Company.
2. Gerbending (2005).Toxicological Profile For Carbon Tetrachloride. Agency For
Toxic Substances And Disease Registry Division Of Toxicology/Toxicology
Information Branch. Public Health Service. U.S. DEPARTMENT OF HEALTH AND
HUMAN SERVICES . Georgia U.S.A
3. Fouw (1999) . Carbon Tetrachloride. Environmental Health Criteria 208. National
Institute of Public Health and the Environment, Bilthoven, the Netherlands
Published under the joint sponsorship of the United Nations Environment
Programme, the International Labour Organisation, and the World Health
Organization, and produced within the framework of the Inter-Organization
Programme for the Sound Management of Chemicals.
4. Hodgson E. et al (2000). A Textbook of Modern Toxicology. McGraw-Hill
International Edition. Singapore
5. Timbrell J. (2000). Principles of Biochemical Toxicology. Third Edition. Taylor and
Francis Ltd. UK
6. Robjohns S (2009 ). Carbon Tetrachloride General Information Version 1. Health
Protection Agency CHAPD HQ, USA.
7. USEPA (2000). Carbon tetrachloride. Air Tozic Network. Technology Transfer
Network. http://www.epa.gov/ (dalam talian pada 30 Ogos, 2010)
8. Clark J. (2004). THE CHLORIDES OF CARBON, SILICON AND LEAD.
Chemguide. http://www.chemguide.co.uk/inorganic/group4/chlorides.html
(dalam talian pada 30 Ogos, 2010)
9. IPCS (2010). Carbon tetrachloride. Monographs - analytical and toxicological
data. Basic Analytical Toxicology. International Programme on Chemical Safety.
http://www.who.int/ipcs/publications/training_poisons/basic_analytical_tox/en/in
dex8.html (dalam talian pada 5 September, 2010)
10. Matsumura F (1995). Toksikologi Insektisid. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala
Lumpur

Vous aimerez peut-être aussi