Vous êtes sur la page 1sur 2

Setiausaha,

PISMP Sains 2,

Semester 3 Ambilan Januari 2009,

Institut Pendidikan Guru Malaysia,

Kampus Sultan Mizan,

22200, Besut,

Terengganu.

Pegawai Kemas Daerah Besut,

22200, Besut,

Terengganu 29 MAC 2010

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN MENJALANKAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT


KEPADA KOMUNITI PENDIDIKAN DI DUN KOTA PUTRA

Merujuk perkara di atas, saya setiausaha unit 3PISMP Sains 2 ambilan Jan/2009
mewakili unit ini untuk memohon kebenaran dari pihak tuan bagi menjalankan Program
Khidmat Masyarakat kepada Komuniti Pendidikan di Dun Kota Putra. Program ini
dilaksanakan bagi memenuhi takwin Program Bina Insan Guru siri ke-3 pada kali ini.

2. Kami telah memilih tadika di Dun Kota Putra untuk menjalankan Program Khidmat
Masyarakat ini kerana sebagai seorang bakal guru kami ingin merapatkan lagi
hubungan dengan masyarakat setempat. Secara tidak langsung, kami dapat menimba
pengalaman baru serta dapat memahami dengan lebih jelas dan mendalam suasana
persekitaran dan pembelajaran di tadika ini.
3. Berikut merupakan butir-butir mengenai Program Khidmat Masyarakat:

Tarikh : 03 APRIL 2010 (SABTU)

Masa : 9.00 pagi – 5.30 petang

Bilangan Guru Pelatih : 19 orang

Pensyarah Pembimbing : 01 orang

4. Sehubungan dengan itu, kami juga ingin meminta kebenaran dari pihak tuan untuk
melibatkan murid-murid tadika bagi menjayakan program ini. Diharap pihak tuan dapat
menyediakan anggaran bilangan pelajar dan guru yang dapat menghadirkan diri untuk
sama-sama menjayakan program ini.

5. Bersama surat pemohonan ini, saya sertakan kertas kerja Program Khidmat
Masyarakat yang akan dijalankan sebagai rujukan pihak tuan.

6. Segala kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

…………………………….

(SHAFIQAH BINTI FAUZI)


Setiausaha,
PISMP Sains 2,
Semester 3, Ambilan Januari 2009,
Institut Pendidikan Guru Malaysia,
Kampus Sultan Mizan,
22200, Besut,
Terengganu.

Vous aimerez peut-être aussi