Vous êtes sur la page 1sur 13

KEBERKESANAN PENGGUNAAN MODUL NATURALISTIC INTELLIGENT

TERHADAP MISCONCEPTION PELAJAR DI DALAM MATA PELAJARAN

BIOLOGI

Oleh,

Ismail b. Mohamed Nor

Jabatan Sains dan Matematik


SMK.Sultan Abdullah,Chenderong Balai, 36600 Perak.
2

KEBERKESANAN PENGGUNAAN MODUL NATURALISTIC INTELLIGENT


TERHADAP MISCONCEPTION PELAJAR DI DALAM MATA PELAJARAN
BIOLOGI.

Oleh,

Ismail b. Mohamed Nor


SMK.Sultan Abdullah,Chenderong Balai, 36600 Perak.

ABSTRAK.

Tujuan kajian ini adalah untuk menguji keberkesanan pengajaran menggunakan modul
Naturalistic Intelligent (NI) terhadap pencapaian Biologi pelajar. Topik yang difokuskan
dalam kajian ini ialah The classification of microorganisms. Topik ini dipilih kerana
didapati lebih 40% pelajar Biologi pada setiap tahun menghadapi salah faham untuk
membuat pengkelasan terhadap kumpulan mikroorganisma dengan tepat.Seramai 30
pelajar dijadikan sampel kajian yang melibakan dua kelas pelajar tingkatan 5 yang sedia
ada di sekolah SMK.Sultan Abdullah.Satu kelas iaitu 5 As-syafie akan dijadikan
kumpulan eksperimen yang mana pelajarnya akan mengikuti P&P menggunakan modul
NI manakala satu kelas lagi iaitu 5 Sina dijadikan kumpulan pelajar kawalan . Peruntukan
masa kajian ini ialah 120 minit(60 minit x 2), masa ini seperti yang digunakan dalam
jadual waktu pelajar.Analisa data menunjukkan pelajar di dalam kumpulan eksperimen
mencapai keputusan pencapaian yang cemerlang iaitu min skor sebanyak 83%
berbanding hanya 60% skor min yang dicapai oleh pelajar kumpulan kawalan.Ini
menunjukkan modul P&P NI sangat sesuai digunakan untuk mengajar topik The
classification of microorganisms.

1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Di sepanjang penglibatan penyelidik sebagai guru Biologi selama 10 tahun, penyelidik

mendapati tidak kurang dari 40% pelajar yang mengambil mata pelajaran Biologi setiap

tahun menghadapi masalah salah faham(misconception) terhadap konsep dan pengelasan

mikrorganisma. Pelajar didapati keliru dan kurang menguasai aspek pengelasan jenis-

jenis kumpulan mikroorganisma dengan tepat. Disebabkan masalah ini, pelajar tidak
3

yakin untuk menjawap soalan yang berkaitan dengan mikroorganisma, lantaran itu telah

menyusutkan pencapaian Biologi di dalam ujian yang telah diadakan.

Paling ketara ialah pelajar yang mempunyai asas sains yang rendah semasa di

peringkat PMR.Mereka yang memperolehi gred C di dalam mata pelajaran Sains di

peringkat PMR menyumbang kepada kemerosotan yang ketara. Selain dari itu

misconception ini juga disebabkan oleh pegangan konsep sains lama yang salah

disebabkan oleh latar belakang budaya dan kepercayaan yang berbeza.Antara beberapa

contoh misconception konsep pelajar di dalam topik ini ialah:

 Kesukaran untuk membezakan antara virus, bakteria dan protozoa

 Kekeliruan di dalam pengelasan antara kumpulan fungi, alga dan lumut.

Penyelidik telah mencuba beberapa kaedah P&P sebelum ini untuk memberi

panduan terhadap pengelasan yang betul kumpulan mikroorganisma. Antaranya kaedah

pengajaran menggunakan CD courseware, mind mapping dan visual-ruang. Kesemuanya

telah berjaya memahami pelajar tetapi hanya dalam tempoh jangka masa yang singkat.

Bila diuji di dalam ujian selaras 2 pada bulan berikutnya, di dapati pencapaian pelajar

merosot. Setelah penyelidik membuat analisa, didapati kegagalan pelajar menjawap

soalan-soalan dari topik ini yang menyumbangkan kepada kemerosotan pencapaian

pelajar. Ini membuktikan bahawa kaedah yang telah dijalankan hanya boleh mendorong

pelajar mengingati fakta dalam tempoh yang singkat dan kemudian akan lupa.Apa yang

penyelidik inginkan ialah suatu kaedah pengajaran yang boleh menukarkan proses P&P
4

pelajar kepada suatu pengalaman pembelajaran yang akan mendorong pelajar menyimpan

ilmu dan input yang diperolehi secara kekal tanpa perlu menghafal.

Dalam kajian ini, penyelidik akan cuba menjalankan P&P bagi topik The

classification of microorganisms menggunakan kaedah modul NI bagi satu kumpulan

pelajar, manakala satu kumpulan pelajar lagi akan diajar menggunakan kaedah tradisional

sebagai bandingan. Keputusan ujian post test bagi kedua-dua kumpulan nanti akan

menunjukkan kesan perlaksanaan kaedah yang dipraktikkan.

2.0 Fokus Kajian

Kaedah penggunan modul NI sangat sesuai untuk diaplikasikan di dalam P & P Biologi

yang melibatkan proses pengecaman, pengkelasan dan membanding bezakan morfologi

dan fisiologi kumpulan mikroorganisma(Meyer,1998). Di dalam kajian ini penyelidik

hanya menfokuskan kepada satu sub-topik di dalam Biologi tingkatan 4 iaitu The

Classification of microorganisms.

Penyelidik berharap melalui perlaksanaan P & P menggunakan modul NI, pelajar

akan lebih mudah untuk mengecam dan mengelaskan kelima-lima kumpulan

mikroorganisma ini seterusnya meningkatkan efikasi kendiri terhadap mata pelajaran

Biologi.
5

2.1 Modul Naturalistic Intelligence (NI)

Naturalistic Intelligence adalah Kecerdasan Naturalis yang dimiliki oleh setiap pelajar,

Cuma tahap kecerdasanya mungkin berbeza-beza(Gardner,1996).Kecerdasan ini adalah

berkaitan dengan kepekaan, kejituan dan kepakaran seseorang terhadap alam sekitar serta

perubahan yang berlaku di dalamnya. Seseorang yang mempunyai tahap Kecerdasan

Naturalis yang tinggi berupaya dan bijak di dalam membuat pengelasan, pengecaman dan

membanding-beza antara kelompok organisma dengan betul.

Modul NI dibangun khas sebagai satu modul P&P yang membolehkan pelajar

berinteraksi secara lebih dekat dengan alam sekitar untuk mendalami dan meneliti apa

yang dipelajari di dalam ilmu Biologi. Proses penginteraksian ini akan menjadikan

agenda pembelajaran sebagai satu pengalaman yang akan kekal lama di dalam memori

pelajar. Dengan demikian pelajar tidak takut lagi menghafal sesuatu istilah dan

mekanisme yang rumit, sekaligus akan meningkatkan self efication dan self regulated

learning. Antara contoh modul pembelajaran Naturalis ialah seperti lawatan sambil

belajar perkhemahan, tresure hunt,ekpidisi sains dan kerja lapangan.

3.0 Objektif Kajian

Secara umumnya kajian ini bertujuan untuk menyiasat keberkesanan P & P mengunakan

modul NI bagi topik The Classification of microorganism. Selepas kajian ini, diharapkan

pelajar-pelajar dapat mencapai objektif berikut;


6

3.1 Objektif Umum

Meningkatkan pencapaian mata pelajaran Biologi dari segi kualiti (gred A) dan

kuantiti (lulus) di dalam peperiksaan SPM 2009.

3.2 Objektif Khusus

Dijangkakan melalui kaedah ini, akan dapat meningkatkan lagi bilangan pelajar

yang menjawap dengan tepat soalan-soalan yang berkaitan dengan sub-topik

seperti :

 Classification of microorganism

 Compare and contrast of microorganisms

 Special features among the microorganisms.

 The harmful and benefit of microorganism

4.0 Kumpulan Sasaran

Kajian ini melibatkan 30 orang pelajar tingkatan 5 yang mengambil mata pelajaran

Biologi. 15 pelajar dari kelas 5 Assyafie dan 15 pelajar dari kelas 5 Ibnu Sina. Satu

kumpulan pelajar akan mengikuti P&P menggunakan modul NI dan mereka dipanggil

kumpulan eksperimen, manakala sekumpulan pelajar lagi akan mengikuti P&P secara

tradisional(rutin harian) dan mereka ini dipanggil kumpulan kawalan.


7

5.0 PERLAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan Masalah

Penyelidik telah mengajar mata pelajaran Biologi selama 10 tahun. Pada setiap tahun,

penyelidik mendapati 40% pelajar yang mengambil mata pelajaran Biologi menghadapai

masalah untuk mengklasifikasikan kumpulan mikroorganisma fungi, alga dan lumut.

Kegagalan ini menyebabkan mereka tidak mendapat skor A di dalam ujian yang

berkaitan seterusnya membawa kesan kemerosotan di dalam pencapaian SPM yang lalu.

Pada tahun ini(2009), penyelidik telah mencungkil pengetahuan sedia ada pelajar

tentang topik yang sama melalui ujian pre-test terhadap kedua-dua kelas . Hasilnya

didapati 45% daripada 30 pelajar tidak boleh membezakan antara alga, kulat dan lumut

serta bakteria, virus dan protozoa. Paling ketara aspek yang mereka tidak boleh

mengklasifikasikan ialah :

 Ciri-ciri morfologi dan fisiologi

 Pengklasifikasi kumpulan mengikut habitat

 Penamaan spesies

 Corak aplikasi seharian


8

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

Daripada analisis data ujian pre-test didapati min skor yang diperolehi oleh pelajar

tingkatan 5 ialah 48% dengan catatan skor maksimum ialah 64% manakala skor

minimum ialah 32%. Kumpulan pelajar eksperimen memperolehi skor min sebanyak

49% manakala kumpulan pelajar kawalan memperolehi skor min 46%. Ini menunjukkan

tahap PSA pelajar terhadap topik The Classification of microorganisms adalah hampir

sama kerana kesemua mereka adalah datang dari keluarga yang mempunyai corak sosio-

ekonomi(SPS) yang hampir sama iaitu golongan petani luar bandar. Jadual 5.2.1

menunjukkan pencapaian min skor oleh kedua-dua kumpulan pelajar.

Jadual 5.2.1: Pencapaian skor min kedua-dua kumpulan pelajar.

Kump. pelajar Min skor(%) Skor maksimum(%) Skor minimum(%)


Eksperimen 49 60 30
Kawalan 46 58 33
Keseluruhan pelajar 48 64 32

Hasil analisis data, penyelidik telah menyenaraikan aspek-aspek yang menjadi salah

faham(misconception) pelajar di dalam topik ini.Jadual 5.2.2 di bawah mengemukakan

kategori dan kekerapan kegagalan pelajar di dalam ujian pre test.

Jadual 5.2.2: Kategori dan kekerapan kegagalan pelajar

Bil. Kategori item Bil.pelajar salah faham Peratus


1. Pengkelasan ciri morfologi 35
9

2. Korelasi habitat dan fisiologi 40


3. Penamaan spesies 30
4. Corak aplikasi seharian 20

5.3 Prosedur kajian

Dalam kajian ini, penyelidik telah menyenaraikan 30 orang pelajar tingkatan 5 yang

mengambil mata pelajaran Biologi sebagai sampel kajian.Pemilihan sampel ini adalah

dibuat secara purposive sampling random. Ini adalah bertujuan untuk memenuhi bilangan

sampel yang mencukupi serta menggunakan kelas-kelas yang telah sedia ada di sekolah.

Topik yang dikaji dalam kajian ini ialah The classification of microorganism iaitu

satu topik yang menjadi misconception di kalangan pelajar Biologi tingkatan 5 di

SMK.Sultan Abdullah.

Kelas 5 As-syafie yang terdiri daripada 15 pelajar dijadikan sebagai kumpulan

eksperimen (intervensi) di mana mereka akan mengikuti P&P menggunakan modul

NI(lampiran B). Kelas 5 Ibnu Sina dijadikan sebagai kumpulan kawalan, yang mana

mereka akan mengikuti P&P secara tradisional. Dalam kajian ini penyelidik sendiri akan

bertindak sebagai tenaga pengajar kepada ke dua-dua kumpulan pelajar ini menggunakan

kaedah yang berlainan.

Kedua-dua kumpulan ini terlebih dahulu ditadbirkan dengan ujian pre test

berkenaan topik tersebut. Ini bertujuan untuk menilai pencapaian pelajar terhadap topic

ini berdasarkan PSA yang mereka miliki.Selain itu juga penyelidik ingin melihat setakat

manakah seriusnya tahap misconception yang mereka hadapi di dalam proses

pengecaman dan pengkelasan kumpulan mikroorganisma.Skor dari ujian pre test ini akan
10

bandingkan dengan ujian post test untuk melihat prestasi pelajar hasil dari kaedah

pengajaran yang berbeza.

Tempoh pengajaran ini ialah selama dua minggu persekolahan. Menggunakan

jadual yang sedia ada, setiap kumpulan pelajar akan mengikuti P&P selama 120 minit (60

x 2) bagi setiap kumpulan pelajar.Ujian post test akan ditadbirkan ke atas kedua-dua

kumpulan setelah seminggu mereka selesai menjalani P&P masing-masing.Perbandingan

skor pencapaian antara pre-test dan post test akan diambil di analisis untuk melihat

keberkesanan kaedah pembelajaran yang digunakan.Ringkasan rajah prosedur kajian

ditunjukkan dalam lampiran A.

5.4 Keputusan Kajian

Hasil dari analisis data, didapati pelajar kumpulan eksperimen menunjukkan pencapaian

skor yang tinggi berbanding pelajar kumpulan kawalan. Pencapaian ini meliputi skor

min, skor maksimum, skor minimum serta peratus pencapaian gred A. Jadual 5.4.1

menunjukkan hasil analisis secara terperinci.

Jadual 5.4.1 : Analisis min skor, skor maksimum dan skor minimum kedua-dua
kumpulan pelajar.

Kump.eksperimen Kump. kawalan


Pre test Post test Pencapaian Pre test Post test Pencapaian
Item analisis
Min skor 43 83 40 37 60 23
Skor maksimum 63 97 34 60 73 13
Skor minimum 33 57 24 33 43 10
11

Analisis mendapati min skor yang diperolehi oleh kumpulan pelajar eksperimen selepas

mengikuti P&P menggunakan modul NI ialah 83% berbanding kumpulan kawalan hanya

memperolehi 60%. Perbezaan min skor ialah sebanyak 23%. Dari segi pencapaian skor

perbandingan antara post test dan pre test , didapati kumpulan eksperimen meningkat

sebanyak 40% berbanding hanya 23% oleh kumpulan kawalan.Ini menunjukkan

pencapaian skor oleh kumpulan eksperimen adalah lebih baik berbanding kumpulan

kawalan.

Skor maksimum yang dicapai oleh kumpulan eksperimen ialah 97%

berbanding hanya 73% oleh kumpulan kawalan, manakala skor minimum bagi kumpulan

eksperimen ialah 57% berbanding kumpulan kawalan yang terendah iaitu 43%.Ini

menunjukkan kaedah pengajaran menggunakan modul NI adalah sangat berkesan untuk

meningkatkan pencapaian pelajar bagi topik The classification of microorganism.

5.5 Refleksi Kajian

Kaedah P&P menggunakan modul NI didapati berkesan untuk menukarkan proses

pembelajaran pelajar kepada suatu pengalaman pembelajaran. Apabila pelajar belajar dari

suatu pengalaman, maka sesuatu teori, fakta dan mekanisme di dalam Biologi akan kekal

dalam ingatan pelajar untuk tempoh jangka masa yang panjang. Dengan ini proses,

pembelajaran Biologi menjadi mudah dan meningkatkan efikasi pelajar terhadap mata
12

pelajaran ini. Makna kata, pelajar tidak lagi fobia kepada Biologi hanya disebabkan oleh

penghafalan.

6.0 Cadangan Kajian Lanjutan.

Kajian ini berpotensi untuk perinci dan dilanjutkan lagi kepada skop sampel yang lebih

besar serta melibatkan pelbagai bangsa. Saranan penyelidik ialah kajian seterusnya nanti

mestilah mengikut prosedur penyelidikan yang lebih terperinci. Ini adalah untuk

memastikan hasilnya nanti adalah sah dan boleh dipercayai, seterusnya oleh di modulkan

sebagai satu kaedah P&P yang baru di Malaysia khusus untuk mata pelajaran Biologi.

BIBLIOGRAFI

Gardner, H.(1999). Intelligence Refrained. New York: Basic book.

Ismail Mohamed Nor(2008). Kesan Penggunaan Modul Kecerdasan Naturalis Terhadap

Pencapaian Biologi Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Laporan Projek


13

Sarjana Pendidikan Biologi (tidak diterbitkan). Tanjong Malim: UPSI.

Jariah Khalib (2008). Memahami Konsep Sains Melalui Pembelajaran Analog.Kajian

tindakan (tidak diterbitkan). Sungkai :SMK. Sungai Kruit.

Meyer, M.(1998). Learning and Teaching Through the Naturalistic Intelligence.New


Horizontal For Learning : North Thurston School District, Lacey, WA. Diperolehi pada
5.8.2007 dari http:// www.newhorizons.org

Vous aimerez peut-être aussi