Vous êtes sur la page 1sur 7

1.

0 PENGENALAN

Batuan atau batu adalah sejenis bahan yang terdiri daripada mineral dan dikelaskan menurut
komposisi mineral. Pengkelasan ini dibuat dengan berdasarkan kepada bahagian luar bumi yang
ditutupi oleh daratan dan lautan. Hal ini dimana bahagian lautan adalah lebih besar daripada
bahagian daratan. Namun begitu, daratan adalah bahagian luar bumi yang dapat kita dengan
lihat dengan jelas.
Salah satu diantaranya ialah kita dapat melihat bahawa daratan terdiri daripada beberapa
jenis batuan yang berbeza antara satu sama lain. Klasifikasi geologi atau batuan di dunia ini
dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu batuan igneus, batuan sedimen atau enapan dan batuan
metamorf atau jelmaan. Ketiga-tiga jenis batuan ini mempunyai perbezan sama ada dari segi
pembentukan, warna, kandungan mineral, struktur dan tekstur, keasidan, kekerasan dan
ketahanannya.

2.0 APAKAH PROSES METAMORFOSIS

Apakah proses metamorfosis?. Perkataan metamorfosis diambil daripada perkataan Greek, iaitu
metamorf. Dalam bahasa Greek “meta” bermaksud perubahan dan “morpho” bermaksud bentuk.
Dalam konteks ini proses metamofosis merujuk kepada proses batuan dan mineral berubah
kerana perubahan suhu, tekanan dan aktiviti cecair membentuk batauan atau mineral yang baru..
Perubahan ini meliputi perubahan dari aspek fizikal dan kimia sesuatu batuan mahupun mineral.
Perubahan batuan ini berlaku di kawasan dalam bumi. Perubahan yang berlaku menyebabkan
batuan dan mineral mengalami perubahan dari segi tekstur, pengumpulan mineral baru atau
penjelmaan semula batuan.

Batuan atau mineral yang baru terbentuk ini dikenali sebagai batu metamorfik. Batuan
metamorfik adalah salah satu kelompok utama batuan yang terhasil akibat tansformasi atau
perubahan dari suatu jenis batuan yang sebelumnys atau dikenali juga sebagai “porolith”.
Porolith terdiri daripada batuan sedimen, batuan igneus atau batuan metamorf yang lebih tua.
Porolith yang terkena panas, iaitu pada suhu yang lebih besar daripada 150 darjah celcius dan
tekanan yang ekstrim akan mengalami perubahan fizikal dan kimia yang amat besar.
Batuan atau porolith yang tersentuh dengan suhu panas itu akan menyusun sebahagian
besar dari kerak bumi dan kemudian digolongkan berdasarkan tekstur, susunan, komposisi kimia
dan mineral yang terbentuk. Proses metamorfosis berlaku jauh dalam kerak bumi. Batuan
metamorfosis akan terbentuk jauh di bawah permukaan bumi akibat tegasan yang besar dari
batuan di atasnya serta tekanan dan suhu yang tinggi. Batuan ini juga terbentuk akibat intrusi
batu lebur (magma) ke dalam batuan padat. Batuan ini juga terbentuk terutama pada kontak
antara magma dan batuan yang bersuhu tinggi.

Secara keseluruhannya, batuan metamorfosis brasal daripada batuan igneus dan batuan
enapan. Metamorfisme atau penjelmaan berlaku apabila kedua-dua jenis batuan tersebut
mengalami tekanan dan suhu yang tinggi. Kesan daripada tekanan dan suhu tinggi, batuan
berkenaan akan berubah bentuk, warna dan juga komposisi mineralnya menjadi bentuk baru.
Contohnya batu pasir akan bertukar menjadi kuarzit, batu kapur bertukar kepada batu marmar,
batu granit bertukar kepada gneiss, batu syal bertukar bertukar kepada slate dan batu basalt
bertukar batu serpentin serta lain-lain lagi.

Proses pemendapan dan timbun-tambah bahan mendak menyebabkan serpihan batuan


tersebut tersimen dan termampat seterusnya bertukar menjadi batuan mendak. Batuan mendak ini
pula akan terus tertimbus jauh ke dalam bumi akibat pemendapan yang berlanjutan sehingga
batuan mendak ini mengalami tekanan dan suhu yang tinggi. Akibat tekanan dan suhu yang
tinggi ini, maka batuan mendak akan bertukar menjadi batuan metamorf melalui proses
metamorfosis. Gambar rajah di bawah menunjukkan bagaimana batuan porolith mengalami
proses metamorfisme dan sebaliknya batuan tersebut berkitar.
Gambar rajah di bawah menunjukkan contoh jenis batuan metamorfik yang terbentuk
daripada proses metamorfosis:

Hornfel Gneis Marble Slate

Schist kuarza Kuarza Slate

3.0 AGEN METAMORFOSIS

3.1 SUHU

Suhu penting untuk meningkatkan kadar tindak balas kimia yang boleh menghasilkan mineral
baru. Suhu yang tinggi dihasilkan oleh rejahan magma, kawasan zon subduksi dan peningkatan
kedalaman dari permukaan bumi. Purata 3radient geothermal bumi ialah antara 25-30 darjah
celcius. Suhu berkadar langsung dengan kedalaman, iaitu semakin jauh ke dalam dasar kerak
bumi suhu semakin meningkat.

Selain itu, haba juga boleh didapati daripada magma yang panas. Suhu yang
menyumbang kepada pembentukan magma berasal daripada teras bumi yang dianggarkan
melebihi 5000 darjah celcius. Suhu yang tinggi menyebabkan batuan bertukar bentuk daripada
bentuk pepejal kepada bentuk separa pepejal atau lembut apabila susunan mineral di dalam
batuan tersebut akan berubah dan tindakan kimia juga boleh berlaku. Suhu yang diperlukan
untuk membolehkan proses metamorfosis berlaku ialah antara 100-800 darjah celcius.

3.2 TEKANAN

Tekanan disebabkan oleh beban. Batuan yang tertanam di dalam kerak bumi akan mengalami
peningkatan tekanan litostatik yang menghasilkan tekanan perbezaan (differential pressure).
Tekanan pembezaan ini menghasilkan keadaan tekanan yang seragam daripada kesemua arah
menyebabkan mineral mengalami pengaturan. Mineral dalam batuan akan mengalami
penyusunan semula, semakin padat atau ada yang mengalami penghabluran semula
(recrystallize), iaitu membentuk mineral baru yang lebih kecil dan lebih padat.Sesetengah batuan
metamorfosis termampat dan menjadi lebih padat akibat tekanan yang sangat tinggi yang
dialaminya.

Pemadatan batuan menyebabkan molekulnya menjadi lebih rapat dan isipadu batuan
lebih kecil. Sesetengah batuan metamorfosis yang berjalur mempunyai mineral yang tersusun
dalam lapisan-lapisan yang selari. Batuan metamorfosis berjalur ini terjadi apabila mineral dalam
batuan itu mengalami penghabluran semula atau terhimpit akibat tekanan. Tekanan tinggi juga
menghimpit hablur batuan sehingga menyebabkan batuan menjadi bujur dan leper. Batuan baru yang
terbentuk sangat berbeza bentuk fizikalnya dengan batuan asal

3.3 AKTIVITI CECAIR

Setiap kawasan metamorfisme selalunya mengandungi air dan gas karbon dioksida terutama
sekali diantara butiran mineral dan ruang pori. Asalan cecair merujuk kepada air yang
terperangkap di dalam ruang pori terutama batuan sedimen, cecair bersama volatile magma dan
penghidratan mineral. Contahnya batuan seperti batuan gypsum dan juga mineral lempung.

Bahan-bahan cecair ini terdiri daripada bahan kimia yang terlarut yang bolehg
menoingkatkan tindakbalas kimia. Walaupun kandungan cecair itu hanya sedikit sahaja tetapi ia
boleh mempengaruhi tindak balas kerana ion-ion yang terlarut boleh bergerak sepanjang
bahagian yang mengandungi cecair. Semasa batuan mengalami tekanan, pori akan memanjang
mengikut bentuk tekanan.

4.0 GRED METAMORFISME

Keamatan metamorfisme yang membentuk batuan dan factor penting yang membentuk keamatan ini
ialah suhu dan juga tekanan. Jadual di bawah menunjukkan beberapa imbangan metamorf jenis batuan
primer yang mengiringi longgokan sulfide massif yang bergabung dengan batuan volcano.

Jenis batuan primer Metamorfisme gred sedarhana Metamorfisme gred tinggi


Cert Kuarzit Kuarzit
FBB pirit Syis pirit-porhotit-mika Gneis-pirit-pirhotit-mika
Riolit
Riolit-tuf Syis muskovi-feldspar kuarza Gneis granit
Riolit-breksia
Riolit-aglomerat
Andesit Syis muskovi-feldsfar-plogioklas Amfibolit dengan klinopiroksen
Volkanoklistik
andesit Amfibolit oligoklas atau andesin Amfibolit andesine atau labradorit
basalt

5.0 CIRI-CIRI BATUAN METAMORFIK


Batuan metamorfosis dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu jenis batuan berfoliasi atau
batuan berjalur dan batuan tidak berfoliasi atau tidak berjalur. Batuan berjalur mempunyai
susunan mineral yang berlapis-lapis secara selari manakala batuan tidak berjalur pula
adalahbatuan yang tidak mempunyai lapisan. Rajah di bawah menunjukkan contoh-contoh
batuan berfoliasi dan batuan tidak berfoliasi.

Tekstur Batu metamorfis Jenis mineral


Slat Clays, mica, chrolite
Phyllite Fine-grained quartz, micas, chlorite
schist Micas, chlorite, quartz, talc,
hornblende, garnet, staurolite,
graphite
Gneis Quartz, feldsfers, hornblende, micas
Berfoliasi Amphibolite Hornblende
Migmatite Quartz, feldsfers, hornblende, micas
Marble Calcite, dolomite
Quartzite Quartz
Greenstone Chrolite, epidate, hornblende
Tidak berfoliasi Hornfeis Micas, garnets, andalusite,
cordierite, quartz
Antharacite Carbon

Batuan metamorf mempunyai lapisan yang tidak sama dimana batuan ini mempunyai
urat-urat sempadan yang gelap dan seakan-akan berkanta. Batuan metamorf juga mempunyai
petanda yang sebahagiannya adalah lebur. Antara mineral utama yang terdapat dalam batuan
yang mempunyai lapisan tidak sama ini adalah seperti Feldsfer, kuarza, hornblende, permata dan
mika.

Batuan yang telah mengalami proses metamorfosis juga mempunyai ciri-ciri seperti
berbutir halus. Batuan yang mempunyai ciri ini adalah terbentuk daripada proses metamorfosis
batuan enapan. Batuan ini mempunyai rekahan dan ira-ira batuan diantara sempadan perikatan
dan antara hablur-hablur mineral yang membentuk batuan tersebut. Antara mineral utama dalam
batuan yang mempunyai ciri batuan yang berbutir halus ialah seperti kuarza, muskovit, klorit dan
feldsfer.
Di samping itu, batuan ini juga mempunyai ciri-ciri rekahan yang sedarhana dan baik.
Batuan ini mempunyai permukaan yang tidak rata serta mempunyai serpihan-serpihan yang
kelihatan agak kesat. Ciri batuan ini tergolong dalam batuan yang tidak berfoliasi. Antara
mineral utama yang terkandung dalam ciri batuan tersebut adalah seperti feldsfer, kuarza,
andalusite, cordierite, biotite, hornblende dan pyoxene.

Batuan yang telah mengalami proses metamorfosis juga merupakan batuan yang berkilat
dan berwarna kelabu-kehijauan. Ciri-ciri ini menunjukkan bahawa batuan tersebut mempunyai
ira atau rekahan yang sedarhana dan baik. Batuan yang mempunyai ciri ini adalah batuan yang
mepunyai tahap foliasi yang agak baik. Ciri batuan ini terdapat dalam batuan yang terbentuk
melalui metamorfosis batuan enapan. Antara mineral utama yang terkandung dalam batuan
tersebut adalah seperti kuarza, hijau klorit, muskovit dan feldsfer.

Malah batuan metamorf juga mempunyai ciri yang lain seperti berwarna hijau, kelabu
ataupun hitam. Batuan yang mempunyai ciri seperti ini mempunyai rekahan atau ira batuan yang
sedarhana dan baik. Batuan yang mempunyai ciri ini adalah batuan yang telah mengalami proses
metamorfosis ultrabes batuan igneus. Antara mineral utama yang terkandung di dalam batuan ini
adalah seperti klorit, talcum, kalsit dan bijih besi.

Selain itu, batuan yang telah mengalami proses metamorfosis juga mempunyai cir-ciri
seperti memiliki butiran-butiran yang kasar pada batuan. Batuan tersebut secara khususnya
mempunyai saiz bijian butiran yang sama. Batuan yang memiliki ciri ini tergolong dalam jenis
batuan yang tidak berfoliasi. Batuan ini kebiasaannya terbentuk di kawasan yang lazimnya
besuhu tinggi. Antara mineral utama yang terkandung dalam batuan metamorf yang mempunyai
ciri ini ialah seperti pyroxene, plagioklas, kuarza dan permata.

Vous aimerez peut-être aussi