Vous êtes sur la page 1sur 28

SALAM SEJAHTERA

PELAJAR-PELAJAR PENDIDIKAN
MORAL SPM 2008
SMK TRUSAN
Teknik Belajar Dan
Menjawab Soalan Pendidikan
Moral SPM
SIKAP PELAJAR
MESTI POSITIF
 SUKA BELAJAR.

 INGIN TAHU.

 INGIN MENJADI PANDAI.

 INGIN LULUS DENGAN CEMERLANG.

 INGIN MEMBALAS JASA IBU BAPA DAN GURU.

* INGIN MENOLONG DAN MEMBERI


PERKHIDMATAN KEPADA ORANG LAIN.
ANALISIS
A B C D E F G H I J
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
ANALISIS
K L M N O P Q R S T

11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
CARI JAWAPAN
U V W X Y Z

21 22 23 24 25 26
CUBA KIRA
1.ATTITUDE = ?
2.HARDWORKING =?
3. CLEVER =?
4. GOOD =?
JAWAPAN

 1. GOOD =7+15+15+4 =41


 2.HARDWORK =65
 3. CLEVER =65

 4. ATTITUDE =100
Mengapa Perlu Belajar
Pendidikan Moral?
1. Ingin menjadi orang baik?
2. Dipaksa belajar?
3. Supaya sijil saya lebih cantik?
4. Tidak tahu?
Mengapa Pendidikan Moral
Penting?
1. Perlu menjadi orang baik.
2. Dapatkan Gred Laporan Sahsiah yang baik
untuk masa depan.
a. lanjutkan pelajaran.
b. mendapatkan biasiswa.
c. memohon kerja.
3.Syarat utama (PM mesti 1A) untuk
mendapat biasiswa JPA untuk lanjutkan
pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi
selepas SPM.
TEKNIK BELAJAR
 APA YANG PERLU DIBELAJARI?
 BAGAIMANA BELAJAR
PENDIDIKAN MORAL?
 BAGAIMANA MENJAWAB
SOALAN PEPERIKSAAN?
APA YANG PERLU DIBELAJARI
1. 7 bidang pembelajaran.
2. Hafal 36 nilai.
3. Hafal definisi bagi setiap nilai.
4. Hafal kata kunci bagi setiap nilai.
5. Mesti belajar skop pembelajaran, isu-isu
yang dibincangkan dalam buku teks
tingkatan empat dan lima.
6. Isu-isu yang berkaitan tentang persekitaran
sekolah dan keluarga.
FORMAT SOALAN PEPERIKSAAN
PENDIDIKAN MORAL

1. BAHAGIAN A :
8 soalan struktur = 80 MARKAH
2. BAHAGIAN B :
3 soalan esei / JAWAB 2 SOALAN =
20 MARKAH
Soalan struktur
1. Huraikan nilai = paling penting
2. definisi
3. Strategi
4. Cara
5. Tindakan Jawapan adalah
6. Kesan umum, asalkan logik
7. Bukti
boleh diterima.
8. Contoh
9. Langkah
10. Sifat
11. Ciri
12. Faktor
13. Tujuan
14. Kriteria
15. Sebab
16. perasaan
Teknik Menjawab Soalan
1. Semua ejaan bagi nilai mesti tepat.
contoh : kesederhanaan = betul
sederhana = salah
2. Semua susunan perkataan bagi nilai mesti tepat.
contoh : cinta akan negara = betul
cinta kepada negara = salah
3.Semua jawapan mesti dalam bentuk ayat lengkap.
contoh: Ali mengamalkan nilai rasional. (Betul)
Rasional . (salah)
Teknik Menjawab
Soalan Peperiksaan

No. Bentuk soalan pertama Jawapan


1 Berikan/nyatakan satu 1N 1 M
nilai…………..[1m] Ali mengamalkan nilai
berdikari.
2 Berikan /nyatakan dua 2N 2 M
nilai …………….[2m] Ali mengamalkan nilai
berdikari dan kerajinan.
3 Berikan /nyatakan tiga 3N 3M
nilai……………..[3m] Ali mengamalkan nilai
berdikari, kerajinan dan
kasih sayang .
Jawapan yang lebih baik
i. Ali mengamalkan nilai berdikari.
ii. Ali juga mengamalkan nilai kerajinan.
iii. Ali juga mengamalkan nilai kasih
sayang.
Bentuk soalan 2
1. Huraikan satu nilai ……………….[2m]
Jawapan : Ali mengamalkan nilai
bertanggungjawab. [1m]
Ali memikul kewajipan yang
diberikan oleh gurunya dalam
menyiapkan kerja kursus
Pendidikan Moral. [1m]
(1N1H) = 1N = [1M]
+ 1H = [1M]
Komponen huraian
Ayat huraian terdiri daripada
 subjek + kata kunci + situasi soalan.
1. Subjek = Ali
2. Kata kunci = memikul kewajipan yang
diberikan.
3. Situasi soalan = kerja kursus
Pendidikan Moral.
Bentuk soalan 3
1. Huraikan dua nilai……………………[4m]
1N1H + 1N1H
Ali mengamalkan nilai bertanggungjawab.
Dia memikul kewajipan yang diberikan oleh
gurunya dalam menyiapkan kerja kursus
Pendidikan Moral. Dia juga mengamalkan
nilai kerajinan. Dia mempunyai semangat
tekun, cekal, gigih, dedikasi, dan berdaya
maju dalam melakukan kerja kursus itu
dengan sempurna.
Bentuk soalan 4
Huraikan dua nilai ……………………….[6m]
1N1H1C + 1N1H1C
Siti mengamalkan nilai kerajinan. Dia
mempunyai semangat tekun, cekal, gigih,
dedikasi, dan berdaya maju dalam
pelajarannya. Dia sentiasa menyiapkan
latihan yang diberikan oleh gurunya. Dia juga
mengamalkan nilai bertanggungjawab. Dia
melaksanakan tugas sebagai pelajar dengan
sempurna. Dia sentiasa membuat ulangkaji
berdasarkan jadual waktu belajar sendiri.
Bentuk soalan 4
Huraikan 3 nilai …………………….[6m]
1N1H + IN1H + 1N1H
Soalan esei
1. 1 soalan 10 markah.
2. Semua soalan mesti berdasarkan nilai.
3. 3 nilai harus diberikan walaupun
soalan minta 2 nilai sahaja
4. Setiap nilai mesti diikuti 2 huraikan
dan 2 contoh.
1N+2H +2C
1N + 2H+2C
CONTOH SOALAN ESEI
Andakan anda ialah pegawai kebajikan
masyarakat yang dijemput untuk
memberi ceramah kepada para ibu
bapa tentang penganiayaan kanak-
kanak.
Tuliskan nilai-nilai yang ingin anda
terapkan dalam teks ceramah anda.
[10m]
JAWAPAN
NILAI 1
N1 = Kita harus mengamalkan nilai
melindungi hak kanak-kanak.
H1 = Kita harus membela hak kanak- kanak daripada
dianiayai.
C1 = Kita harus memberi perlindungan
terhadap kanak-kanak supaya
mereka hidup sempurna.
H2 = Kita harus memberi naungan kepada
kanak-kanak .
C2 = Kita memberi perlindungan , peluang,
kemudahan dan keselamatan sosial
kepada kanak-kanak.
JAWAPAN
NILAI 2
N1 = Kita harus mempunyai kasih sayang
terhadap keluarga.
H1 = Kita perlu mempunyai perasaan cinta
yang mendalam terhadap anak-anak kita.
C1 = Kita harus mengelakkan kanak-kanak
daripada segala bentuk penderaan.
H2 = Kita perlu mempunyai perasaan
sayang yang mendalam terhadap kanak-
kanak.
C2 = Kita harus memastikan kanak-kanak hidup
dalam keluarga yang bahagia.
JAWAPAN
NILAI 3
N1 = Kita harus mengamalkan nilai
tanggungjawab terhadap keluarga.
H1 = Kita harus melaksanakan
kewajipan menjaga keharmonian
keluarga.
C1 = Kita harus menjamin keselamatan
kanak-kanak supaya mereka hidup
bahagia.
H2 = Kita harus memikul dan melaksanakan
tugas sebagai ibu bapa dengan
sempurna.
C2 = Kita harus memberi layanan yang baik dan
kasih sayang kepada kanak-kanak.
Jawapan Lengkap
Kita harus mengamalkan nilai melindungi hak kanak-kanak.Kita
harus membela hak kanak- kanak daripada dianiayai. Kita harus
memberi perlindungan terhadap kanak-kanak supaya mereka hidup
sempurna. Kita harus memberi naungan kepada kanak-kanak.Kita
memberi perlindungan , peluang, kemudahan dan keselamatan sosial
kepada kanak-kanak. Kita harus mempunyai kasih sayang terhadap
keluarga. Kita perlu mempunyai perasaan cinta yang mendalam
terhadap anak-anak kita.Kita harus mengelakkan kanak-kanak daripada
segala bentuk penderaan. Kita perlu mempunyai perasaan sayang yang
mendalam terhadap kanak-kanak.Kita harus memastikan kanak-kanak
hidup dalam keluarga yang bahagia. Kita harus mengamalkan nilai
tanggungjawab terhadap keluarga.Kita harus melaksanakan kewajipan
menjaga keharmonian keluarga.Kita harus menjamin keselamatan
kanak-kanak supaya mereka hidup bahagia.
Kita harus memikul dan melaksanakan tugas sebagai ibu bapa dengan
sempurna.Kita harus memberi layanan yang baik dan kasih sayang
kepada kanak-kanak.
SEKIAN TERIMA KASIH
 SEMOGA ANDA SEMUA BERJAYA
DALAM SPM

Vous aimerez peut-être aussi