Vous êtes sur la page 1sur 1

Laman Web Rasmi Lembaga Peperiksaan

SYARAT KELAYAKAN PENDAFTARAN SPM

SYARAT KELAYAKAN PENDAFTARAN PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA SIJIL PELAJARAN


MALAYSIA (SPM) 1 Calon Sekolah (a) Murid
tingkatan lima Sekolah Kerajaan/Sekolah Bantuan Kerajaan/Sekolah Agama Bantuan Kerajaan/Sekolah di bawah
agensi Kerajaan selain Kementerian Pelajaran Malaysia/Sekolah Menengah Agama Negeri/Sekolah Swasta yang
berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia /Sekolah Menengah Agama Rakyat, dan
(b) Telah mencapai umur 16 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan SPM. 2
Calon Persendirian (a) Pernah menduduki peperiksaan
SPM/SPM(V)/SPVM/MCE, atau (b) Telah menduduki PMR sekurang-kurangnya satu (1)
tahun sebelum mendaftar untuk menduduki Peperiksaan SPM, atau (c) Telah mencapai
umur 17 tahun pada 1Januari tahun peperiksaan SPM. (d) Calon yang pertama kali
menduduki peperiksaan SPM dan ingin mendaftar untuk mata pelajaran Bahasa Melayu sahaja hendaklah mendapat
kebenaran khas bertulis daripada Pengarah Peperiksaan.

http://apps2.moe.gov.my/lpm Powered by Joomla! Generated: 10 March, 2011, 18:34

Vous aimerez peut-être aussi