Vous êtes sur la page 1sur 4

PERANAN SEKOLAH DALAM MEREALISASIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN

KEBANGSAAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah tonggak kepada semua pendidik


untuk mendidik anak bangsa tidak kira dari segi agama ataupun bangsa. Matlamat
FPK adalah untuk melahirkan anak bangsa yang sihat, berilmu, berketrampilan,
sempurna dan baik dengan minda yang positif supaya menjadi warganegara
Malaysia yang boleh dibanggakan dan boleh berkhidmat untuk masyarakat.

Dalam proses untuk merealisasikan FPK ini, semua pihak perlu memainkan
peranan masing-masing secara optimum bagi memastikan matlamatnya tidak tinggal
matlamat sahaja. Di sini akan dibincangkan peranan salah satu pihak untuk
merealisasikan FPK. Pihak yang dimaksudkan ialah sekolah. Seperti yang telah kita
sedia maklum, sekolah adalah sumber ilmu anak-anak selain daripada di rumah
bersama ibu bapa masing-masing. Oleh itu, sekolah memainkan peranan penting
dalam merealisasikan FPK kerana sekolah adalah tempat pemupukan minat setiap
pelajar untuk terus mencari ilmu dan seterusnya memberi sumbangan kepada
negara. Di sekolah jugalah nilai-nilai murni harus diterapkan dalam diri murid-murid
untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari pelbagai aspek JERIS iaitu,
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan matlamat dan objektif
FPK.

Aspek pertama dalam merealisasikan FPK ialah kepimpinan sekolah.


Kepimpinan sekolah terdiri daripada Guru Besar, Guru Penolong Kanan 1, Guru
Penolong Kanan HEM dan Guru Penolong Kanan Ko. Pemimpin utama sekolah iaitu
Guru besar merupakan orang penting dalam memajukan institusi pelajaran di
Malaysia. Mereka perlu berfikiran kreatif dalam pengurusan dan berhubungan
dengan guru dan juga murid. Peranan guru besar merupakan antara faktor utama
yang akan menentukan kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah kerana
mereka mampu mengubah keadaan sesebuah sekolah menjadi cemerlang. Mereka
jugalah yang bertanggungjawab menetapkan falsafah sekolah, membentuk
wawasan sekolah, membentuk visi dan misi sekolah yang berlandaskan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Pihak pentadbiran hendaklah memastikan misi, visi dan
segala yang telah dirancang berjalan dengan lancar yakni menepati dan
merealisasikan FPK. Tugas pihak pentadbiran sekolah tidak terhenti setakat itu
sahaja, mereka juga perlu memastikan aspek-aspek seperti budaya sekolah, aktiviti
ko-kurikulum, peranan guru dan juga disiplin murid diberi penekanan dan perhatian
yang sewajarnya.

Menurut kata Wilson dan Corcoran (1988), segala kejayaan dan kegagalan
murid terletak kepada pihak sekolah, iaitu guru besar dan guru-guru. Manakala
menurut Rutter et al (1979) kepemimpinan guru besar pula dikenal pasti sebagai
pemboleh ubah yang penting sekali, yang mempengaruhi kualiti dan kuantiti hasil
sekolah walaupun proses dalaman dan persekitaran sosial (iklim), atau budaya
sekolah juga merupakan pemboleh ubah yang mempengaruhi dan menyebabkan
perbezaan dalam pencapaian akademik murid.

Aspek yang kedua ialah Budaya Sekolah. Apa yang dimaksudkan disini
ialah, interaksi antara guru dan pelajar, pleajar dan pelajar serta penglibatan dalam
pelbagai aktiviti amatlah digalakkan bagi merealisasikan FPK. Hubungan antara
guru dan pelajar sentiasa mesra dan baik dengan ini, tugas pengajaran dan
pembelajaran dapat berlangsung dengan lancar dan berkesan. Dalam suasana yang
harmoni ini akan dapat membantu sekolah mencapai misi dan visinya dalam
membentuk pelajar yang lebih berdedikasi, lebih berinisiatif, lebih rela bekerjasama,
lebih ramah dan mesra, lebih spontan dan berkreativiti serta lebih bermotivasi tinggi.

Budaya sekolah bukan sahaja setakat hubungan antara guru dan pelajar
sahaja, ianya juga merangkumi kebersihan, keharmonian dan keselamatan sekolah.
Kesemua infrastuktur serta kemudahan sekolah mempengaruhi budaya sesebuah
sekolah itu.

Aspek budaya sekolah juga merangkumi perkembangan intelek. Apa yang


dimaksudkan dengan perkembangan intelek ialah budaya ilmu seperti mahu belajar
di dalam kelas mahupun di perpustakaan sekolah. Pihak sekolah telah melancarkan
program NILAM bagi menggalakkan perkembangan intelek menerusi pembacaan
kepada para pelajarnya. Menurut Ee (1994), tamadun atau bangsa hanya dapat
dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama membina
budaya ilmu ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan.
Aspek ketiga bagi merealisasikan FPK ialah aspek Ko-kurikulum sekolah.
Gerak kerja ko-kurikulum dapat menyemai sifat-sifat kepemimpinan, kerjasama,
tolong-menolong dan sedia berkhidmat di kalangan murid. Aktiviti kokurikulum juga
penting bagi perkembangan mental dan fizikal yang sihat selain daripada dapat
membentuk perkembangan sosial, jasmani dan rohani. Ianya juga dapat mengasah
bakat pelajar dalam bidang sukan samada aktiviti luar (outdoor) atau gelanggang
(indoor).

Dari aspek pendidikan, pelaksanaan gerak kerja ko-kurikulum di sekolah


diharap akan dapat membina dan menyuburkan sahsiah yang seimbang di kalangan
murid; memupuk nilai-nilai ahklak dan pendidikan yang diingini; memajukan
kemahiran, minat dan bakat murid; meningkatkan disiplin dan kepemimpinan diri;
mengukuhkan dan memperkayakan lagi pengetahuan dan kemahiran; menjadi asas
kerjaya pada masa akan datang dan mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah
dan menyeronokkan.

Aspek yang seterusnya dalam merealisasikan FPK ialah Peranan Guru.


sebagaimana yang telah kita ketahui, peranan guru memang tidak dapat disangkal
lagi kerana gurulah yang bertanggungjawab memperkembangkan potensi murid
secara menyeluruh dan bersepadu yakni insan yang seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani. Tugas guru adalah menjadi pengajar, pengurus,
fasilitator, pembimbing, penggalak, penyelaras dan juga sebagai innovator kepada
pelajar. Penting bagi seorang guru untuk mempelbagaikan teknik pengajarannya
bagi menarik perhatian dan memudahkan pemahaman para pelajarnya. Selain itu,
guru mestilah pandai untuk menggerakkan pemikiran pelajar supaya pembentukan
otak mereka dapat berkembang dengan pesat.

Ringkasnya, guru memikul amanah yang amat besar untuk melahirkan insan
berilmu dan bersahsiah tinggi dan berperanan untuk merealisasikan matlamat
kenegaraan yang akan menentukan jatuh bangun bangsa dan negara di masa
hadapan.

Aspek yang kelima adalah Disiplin. Budaya dan persekitaran sekolah yang
kondusif perlu diwujudkan bagi merangsang perkembangan murid dari aspek
jasmani, emosi, rohani dan intelek sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Sekolah merupakan institusi yang penting dalam membentuk disiplin murid-murid.
Masalah disiplin murid akan menjejaskan tumpuan mereka terhadap pelajaran.

Peranan guru bimbingan dan kaunseling penting dalam membentuk dan


membina semula sahsiah dan disiplin murid yang bermasalah. Antara tugas utama
guru bimbingan dan kaunseling ialah menjalankan bimbingan dan kaunseling
dengan murid-murid yang mempunyai masalah disiplin dengan tujuan mewujudkan
tingkah laku yang diingini. Selain itu, guru bimbingan dan kaunseling juga berfungsi
untuk membina perhubungan dengan ibu bapa atau penjaga murid-murid yang
mempunyai masalah disiplin, pegawai kebajikan masyarakat atau pihak polis.

Masalah disiplin perlu ditangani dengan sebaik mungkin. Sesungguhnya


persekitaran sekolah yang kondusif dan selamat amat penting dalam membentuk
imej dan keyakinan diri murid ke arah kecemerlangan dan kegemilangan, selaras
dengan hasrat negara yang menekankan usaha pembentukan modal insan yang
cemerlang,gemilang dan terbilang.

Vous aimerez peut-être aussi