Vous êtes sur la page 1sur 3

Definisi

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa


pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) -
pengotoran alam - perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan
sampah sarap .

Jenis-jenis pencemaran alam sekitar

Antara jenis pencemaran alam sekitar ialah pencemaran udara, pencemaran air,
pencemaran tanah dan sebagainya

Pencemaran udara

.Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan


sebarang bahan kimia, jirim zarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan
mudarat atau ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain, atau
merosakkan alam sekitar, ke dalam dalam atmosfera. Contoh pencemar udara ialah
seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon, bau-bauan, logam
toksik seperti plumbum dan tembaga dan sisa radioaktif.Pencemaran udara
antaranya berpunca dari pelepasan asap kotor oleh industri terus ke udara melalui
cerobong asap kilang, kenderaan motor di jalan raya dan letusan gunung berapi.
Antara kesan pencemaran udara adalah penipisan lapisan ozon, jerebu, hujan asid
dan pemanasan bumi. Pencemaran udara mungkin boleh memberi kesan terhadap
kesihatan, keselamatan dan keselesaan manusia ataupun harta benda.

Pencemaran air

Pencemaran air ialah pencemaran yang berlaku di sungai, tasik dan laut. Lokasi
berair sering disalah anggap sebagai tempat pembuangan sampah terutama
daripada aktiviti manusia. Punca utama pencemaran air antaranya ialah
pembuangan sampah dari kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan
laut. Penduduk membuang najis manusia dan najis binatang ternakan seperti
ayam,babi,lembu dan lain-lain ke dalam sungai. Kilang memproses getah dan
minyak kelapa sawit juga menjadi punca kepada pencemaran air di sungai-sungai di
Malaysia.Sisa toksik dibuang dan dialirkan ke dalam longkang, parit, terusan dan
seterusnya ke dalam sungai.

Pencemaran tanah

Pencemaran tanah atau pencemaran tanih bermaksud perbuatan yang berlaku


kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan
hakisan tanah. Ia disebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk air atau pepejal.
Bahan pencemar terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizik. Seriusnya
pencemaran tanah bergantung kepada kesuburan tanah. Pencemaran menunjukkan
tahap serius apabila kesuburan tanah sudah hilang. Tanah akan bertukar warna
menjadi kehitaman dan tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut akan menjadi layu.

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA PENCEMARAN

Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia adalah pencemaran yang


dilakukan oleh manusia samada sengaja atau tidak disengajakan . Antaranya adalah
Isu pencemaran yang merupakan isu global ini perlu dibincangkan, difikirkan dan
ditangani bersama-sama di peringkat antarabangsa . Ini adalah kerana masalah
pencemaran yang berlaku di seluruh dunia ini pernah, sedang dan akan dialami oleh
semua negara . Jadi langkah-langkah bijak perlu dirancangkan bagi mengatasi
masalah ini .

Antara punca pencemaran alam sekitar ialah pelepasan asap kilang yang
mengandungi gas-gas yang berbahaya. Terdapat kilng-kilang yang tidak memasang
alat penapisan dan menyebabkan pencemaran udara. Pelepasan asap kenderaan
yang menggunakan plumbum juga menyebabkan pencemaran udara. Pencemaran
Udara.Contohnya, gas-gas beracun, zarah-zarah yang terperangkap hasil dari asap
kenderaan, jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya.
Pencemaran Air . Contohnya, pembuangan air kumbahan, sisa-sisa kimia, haba,
pembuangan sampah dan sebagainya . Pencemaran Tanah Contohnya,
pemusnahan hutan akibat pembalakan, pembuangan sisa-sisa kimia dan sisa-sisa
pepejal

Selain itu, pembuangan sampah sarap oleh manusia yang tidak bertanggungjawab
dan pembuangan sisa-sisa toksik daripada kilang dan disalurkan ke sungai
menyebabkan sungai tercemar dan hidupan akuatik mati. Pertumpahan minyak yang
berleluasa di serata dunia menyebabkan laut tercemar dan hasil tangkapan hidupan
laut menurun.Seterusnya manusia-manusia yang tidak bertanggungjawab
membuang sampah sarap di merata-rata tempat menyebabkan pencemaran tanah.
Sikap tidak bertanggungjawab manusia ini menyebabkan berlakunya banjir kilat.

Penggunaan baja kimia yang meningkat menyebabkan pencemaran. Pembakaran


terbuka oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab menambah pencemaran
dunia ketika ini. Pengaliran bahan kimia ke dalam laut dan sungai menyebabkan
kurangnya bekalan air bersih kepada manusia dan haiwan.

Pencemaran bunyi (atau bunyi persekitaran) merupakan bunyi hasilan mesin,


haiwan atau manusia yang mengganggu aktiviti atau keseimbangan kehidupan
manusia atau haiwan. Sumber kebanyakan bunyi di luar rumah adalah sistem
pengangkutan, termasuk bunyi kenderaan, bunyi kapal terbang, dan bunyi kereta
api.Perancangan bandar yang lemah menimbulkan pencemaran bunyi, kerana
bangunan kilang dan rumah kediaman bersebelahan boleh menyebabkan
pencemaran bunyi dalam kawasan kediaman. Sumber lain bagi punca pencemaran
bunyi dalam dan luar rumah adalah penggera kereta, siren perkhidmatan
kecemasan, perkakasan pejabat, mesin pengilangan, kerja pembinaan, peralatan
penyenggaraan laman, salakan anjing, alatan, perkakasan bermotor, dengungan
lampu, sistem hiburan audio, pembesar suara, dan orang bising.

Vous aimerez peut-être aussi