Vous êtes sur la page 1sur 5

PENGENALAN

Ukur aras ialah satu kaedah kerja ukur yang dijalankan untuk menentukan ketinggian/aras
titik-titik di permukaan tanah. Pada asasnya, ia merupakan satu proses pengukuran asas secara
relatif, iaitu, mengukur beza-beza di antara titik-titik. Jika, aras mutlak satu titik diketahui, maka,
aras mutlak titik-titik yang lain boleh dihitungkan daripada bacaan-bacaan beza-aras yang diukur.
Aras mutlak biasanya disebut sebagai Aras Laras, dan ia ditentukan berdasarkan jenis-jenis
garisan berikut : garisan tegak, garis aras, garis ufuk,dan garis kolimatan. Ukur aras mempunyai
banyak kegunaan dan ia biasanya digunakan dalam hampir setiap peringkat pembinaan
termasuklah daripada ukur tapak sebelum pembinaan, pemancangan tapak dan kawalan semasa
pembinaan.

OBJEKTIF

1) Memahami konsep ukur aras.

2) Menjalankan kerja luar bagi mendapatkan beza tinggi ( ∆h ) bagi setiap titik pindah (TP)
yang disediakan.

3) Membuat perhitungan dan pembetulan bagi selisih aras yang diperolehi.

4) Mendapatkan nilai Aras Laras bagi setiap titik pindah (TP) yang disediakan.

UKUR KEJURUTERAAN 1
PERALATAN DIGUNAKAN

1) ALAT ARAS

2) SETAF ARAS

3) TRIPOD

4) BUBBLE

UKUR KEJURUTERAAN 2
PROSEDUR

1) Dirikan alat aras dan lakukan pelarasan pertama sementara

2) Cerap ke setaf belakang ( Batu Aras sementara ) dan catat bacaan pandangan belakang

3) Cerap ke setaf hadapan dan catat bacaan pandangan hadapan

4) Pindah alat aras ke hadapan, setaf tidak diubah kedudukannya kerana akan dicerap
semula sebagai pandangan belakang setelah alat dipindahkan

5) Ulangi langkah (1) – (4) sehingga selesai kerja ukur

6) Kerja berakhir dititik permulaan ( Batu Aras sementara )

Hasil Kerja

Alatan mengukur dapat didirikan dengan sempurna dan betul.

Pelarasan dapat dilakukan dengan sempurna seperti melaras gelembung ufuk.

Ukuran dapat diambil dengan tepat tanpa sebarang gangguan kestabilan alat ukur
serta keadaan sekeliling.

Kerja ukur dapat di sempurnakan dengan kerja berpasukan daripada ahli


kumpulan.

Alat Aras

1. Alat Aras

kita dapat mengetahui ukuran beza aras atau ketinggian dua titik dengan tepat.

2. Tripod

kita dapat mengetahui kegunaan tripod iaitu menunjang teodolit dan ukur aras dalam keadaan
stabil dan selesa untuk kegunaan ukuran.

ANALISIS
UKUR KEJURUTERAAN 3
Terdapat banyak analisis yang dapat kita perolehi sepanjang proses amali ini. Kumpulan
kami telah membuat analisis dan hasil dapatan mengenai alat ukur yang telah digunakan. Antara
analisis yang diperolehi adalah seperti dapat mengenali alat ukur aras dengan lebih terperinci.

Kita juga dapat mengetahui cara memasang alat ukur aras dengan betul dan sempurna
serta mengikut kaedah yang betul. Selain itu, kita dapat mengetahui cara yang betul
menggunakan alat ukur aras.

Setiap alat-alat yang digunakan ini mempunyai ralat. Ralat terjadi kerana faktor-faktor
persekitaran, alat yang digunakan tidak diuji sebelum melakukan kerja dan lain- lain. Ralat ini
dapat dielak dengan mengambil ukuran dengan teliti atau mengulangi kerja-kerja ini melebihi
daripada 2 kali.

Untuk menentukan bahawa kiraan yang diambil itu betul atau salah, semua jumlah
Pandangan Belakang ditolakan dengan jumlah Pandangan Hadapan.

Contoh :
PB -PH =∆h
9.841 – 9.835 = 0.006
Tiada banyak perbezaan dan ini menunjukkan ukuran yang dicatit itu betul.

KESIMPULAN

UKUR KEJURUTERAAN 4
Kesimpulan yang dapat kita perolehi daripada amali ini antaranya adalah bagaimana cara
menggunakan, cara pemasangan, cara mencari dan menghitung ukuran alat ukur aras.

Alat aras merupakan satu proses pengukuran beza aras atau ketinggian dua titik atau
beberapa titik. Dalam bidangkejuruteraan awan atau senibina, ukur aras mempunyai banyak
kegunaan dan digunakan hampir setiap peringkat pembinaan. Antaranya ukur tapak sebelum
pembinaan, pemancangan tapak dan kawalan semasa pembinaan.

Maklumat yang diperolehi perlulah diukur dengan teliti dan dicatat untuk kegunaan dalam
sesuatu projek. Jika terdapat ralat, proses tersebut harus diluang beberapa kali untuk mendapat
ukuran yang betul.

Selain itu kerja ini harus dilakukan secara berkumpulan kerana ia melibatkan banyak kerja
dan juga mengelakkan daripada terjadinya ralat yang sama. Kerjasama antara kumpulan amat
penting dalam menjayakan amali ini.

UKUR KEJURUTERAAN 5

Vous aimerez peut-être aussi