Vous êtes sur la page 1sur 2

ASSIGNMENT 1

write a short description of how you currently deliver

one of your lessons in school.

Model inkuiri merupakan satu model pengajaran yang sangat menarik minat pelajar
apabila ianya dilaksanakan. Saya adalah seorang guru sains, bagi saya model ini merupakan
pilihan saya ,setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dalam makmal
sains , model ini menjadi pilihan saya.
Bagi memenuhi tugasan ini, saya telah memilih satu tajuk dari mata pelajaran sains
Tahun 5. Tajuk pilihan saya ialah “ Bahan Konduktor dan Bahan Penebat “.Di bawah ini saya
sediakan satu rancangan pelajaran harian yang digunakan bagi tujuan kajian ini.

Di antara objektif kajian ialah untuk memberikan pengetahuan dan pembelajaran kepada
murid mengenai jenis bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik dan yang tidak boleh
mengalirkan arus elektrik.

Pada awal penerangan mengenai tajuk, ada pelajar yang tidak dapat memahami apakah
yang dimaksudkan bahan konduktor dan bahan penebat. Melalui aktiviti kumpulan, setiap ahli
akan menyiasat dan mencari maklumat serta mengumpulkan bahan-bahan yang diuji mengikut
dua kumpulan iaitu yang boleh mengalirkan arus elektrik dan yang tidak boleh mengalirkan arus
elektrik. Setiap kumpulan akan memberikan persembahan mengikut cara masing-masing. Ini
bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk memperbaiki kemahiran komunikasi
mereka.
Apa yang dapat saya perhatikan sewaktu sesi pemantauan saya dengan setiap kumpulan ,
semua ahli memberikan kerjasama sepenuhnya. Mereka telah membahagikan tugas secara adil ,
sentiasa memberikan bantuan apabila diperlukan rakan. Kebanyakkan kumpulan yang ditemui
melahirkan rasa seronok kerana dapat menjalankan aktiviti ini. Keadaan ini secara tidak
langsung memberikan peluang kepada murid untuk menjalankan aktiviti pembelajaran secara
bersungguh-sungguh.
Model ini telah memberikan satu pengalaman dan pemahaman kepada semua pelajar.
Pengalaman dan pemahaman ini akan kekal lama dalam ingatan pelajar. Model ini juga berjaya
menimbulkan rasa ingin tahu pelajar serta berupaya membentuk minat pelajar terhadap pelajaran
sains.
Kejayaan dalam melaksanakan model ini banyak bergantung kepada disiplin diri pada
setiap pelajar. Faktor ketepatan masa dan juga keinginan untuk mengatasi kumpulan lain perlu
dipupuk dalam diri.
Model pengajaran Inkuiri ini merupakan suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang
cukup menarik minat pelajar. Pelajar di sekolah rendah khususnya memerlukan satu kaedah dan
cara yang paling berkesan bagi menarik minat mereka untuk terus belajar. Banyak faedah dan
kebaikan yang dapat diperolehi oleh pelajar menjalankan aktiviti.

Kesesuaian tajuk dengan aktiviti yang dijalankan adalah penting bagi memastikan
objektif dan matlamat yang ditetapkan akan tercapai. Kesungguhan dan kecekapan guru dalam
melaksanakan proses pengajaran amat perlu agar pelaksanaannya dapat berjalan dengan lancar
dan sistematik. Justeru itu, proses pengajaran menggunakan model inkuiri merupakan suatu
bentuk pengajaran yang boleh dijayakan oleh setiap guru dalam menyampaikan pengajaran
mereka sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.

Vous aimerez peut-être aussi