Vous êtes sur la page 1sur 8

KAJIAN TAFIR – Surah Al Baqarah ayat 29

– Surah Al A’raf ayat 54

Tugasan untuk – Mata Kuliah Tafsir


(Dr ADE NOVLI ELSULTANI)

Oleh

ROSLAN BIN SUIP


S1757919C

PROGRAM SARJANA (S1)


PENGURUSAN DAKWAH
KOLEJ ISLAM MUHAMMADIYAH/
INSTITUT AGAMA ISLAM NEGERI (IAIN) IMAM BONJOL PADANG
2004/2007 M

1
KAJIAN TAFSIR AYAT

Ayat 29 Surah Al Baqarah

ٍ ‫السماء فَس َّواه َّن سبع مَس او‬


‫ات َو ُه َو‬ ِ ‫ُه َو الَّ ِذي َخلَ َق لَ ُكم َّما يِف األ َْر‬
ِ ْ َّ‫ض مَجِ يعاً مُث‬
َ َ َ ْ َ ُ َ َ َّ ‫اسَت َوى إىَل‬
‫يم‬ ِ ٍ ِ
ٌ ‫ب ُك ِّل َش ْيء َعل‬
“Dia lah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu
dan Dia berkehendak menuju langit, lalu dijadikanNya tujuh langit. Dan
Dia Maha mengetahui segala sesuatu.”

Ayat 54 Surah Al A’raf

‫اسَت َوى َعلَى الْ َع ْر ِش يُ ْغ ِشي اللَّْي َل‬ ٍ ِ ِ َ ‫ات واألَر‬ ِ َّ ‫إِ َّن ربَّ ُكم اللّه الَّ ِذي خلَق‬
ْ َّ‫ض يِف ستَّة أَيَّام مُث‬ ْ َ ‫الس َم َاو‬ َ َ ُ ُ َ
ٍ ‫النَّهار يطْلُبه حثِيثًا والشَّمس والْ َقمر والنُّجوم مس َّخر‬
ُّ ‫ات بِأ َْم ِر ِه أَالَ لَهُ اخْلَْل ُق َواأل َْمُر َتبَ َار َك اللّهُ َر‬
‫ب‬ َ َ ُ َ ُ َ َ َ َ َ ْ َ َ ُُ َ َ َ
‫ني‬ ِ
َ ‫الْ َعالَم‬

“Sesungguhnya Tuhan kamu adalah Allah yang telah menciptakan langit


dan bumi dalam enam hari, lalu Dia bersemayam di atas Arys. Dia
menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat,
(diciptakanNya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-
masing) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, mencipta dan memerintah
hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah Tuhan semesta alam. ”

PENGENALAN

Di banyak tempat dalam Al Quran Allah mengajak manusia melihat penciptaan langit
dan bumi sebagai bukti kekuasaan dan kewujudan Allah. Langit dan bumi adalah ciptaan
Allah yang begitu ketara, terbentang luas sebagai bukti (ayat) kebesaran Allah. Manusia tidak
dapat lari dari menyaksikan kedua penciptaan ini tanpa merasakan ada kewujudan yang
mencipta dan memeliharanya. Pastinya akan tercetus persoalan mengapa manusia itu sendiri
wujud di dalam alam yang serba luas ini, dan apakah tujuan manusia wujud? Dengan itu
manusia seharusnya merasakan tidak ada sesuatu pun yang berlaku secara kebetulan, tetapi
telah diatur oleh Pencipta yang Maha Agung, yang disebut sebagai Tuhan. Maka seharusnya
manusia juga merasakan dirinya rendah, lemah dan perlu tunduk kepada aturan Pencipta ini.

Kesemua ayat-ayat (sebanyak 286 ayat) daripada surah Al Baqarah disepakati


diturunkan di Madinah, kecuali ayat 281 yang diturunkan di Mina semasa Hajjatul Wada. Ia
merupakan surah yang terpanjang dan terkandung sebahagian besar ayat-ayat hukum
syariah Islam.

2
Surah Al A’raf berjumlah 206 ayat dan termasuk kumpulan surah Makkiyah. Nama Al
A’raf diambil daripada ayat 46 yang mengisahkan keadaan orang-orang yang berada di
tempat yang tinggi (Al A’raf) yang membentingi antara syurga dan neraka.

Kedua-dua ayat di atas untuk kajian tafsir ini tiada catitan riwayat tentang sebab
turunnya (asbabul nuzul)
Kaitan ayat 29 Surah Al Baqarah dengan ayat-ayat sebelum dan sesudahnya

Allah menyatakan bahawasanya, Allah tidak malu untuk mengambil penciptaan sekecil
nyamuk sebagai contoh bahkan yang lebih rendah daripada itu. Maka respons orang yang
beriman adalah yang penting, keyakinan keterangan itu datang dari Allah. Manakala respons
orang kafir adalah meremehkan contoh penciptaan nyamuk itu. Adakah patut manusia boleh
kufur sedangkan manusia yang asalnya tiada (mati) kemudian wujud (hidup) dan pasti akan
mati (tidak kekal) selepas kehidupan di dunia. Adakah mustahil ia tidak boleh dibangkitkan
semula?

Manusia diajak befikir, tidakkah semua keperluan manusia tersedia di muka bumi yang
sangat secocok dengan keperluannya?

Seterusnya, Allah mengisah peristiwa manusia pertama, iaitu Nabi Adam a.s. dan
peranan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini.

Kaitan ayat 54 Surah Al A’raf dengan ayat-ayat sebelum dan sesudahnya

Kumpulan ayat-ayat sebelumnya mengisahkan keadaan orang-orang beriman dan


yang kafir sebagai penduduk syurga dan neraka. Dan juga golongan yang berada di atas
pertengahan, antara syurga dan neraka. Kemudian penjelaskan Allah mencipta langit dan
bumi dalam enam hari, begitu juga dengan malam dang siang, matahari, bulan dan bintang-
bintang. Kesemuanya tunduk dan patuh dengan ketentuan Allah. Maka dengan itu
sewajarnya manusia berdoa, memohon kepada Allah dengan tunduk dan rendah hati.

MAKNA-MAKNA PERKATAAN

ٍ ‫سبع مَس ـو‬


‫ات‬ - istilah khusus tujuh langit, alam cakrawala
ََ َ َْ
ِ ‫السم‬
‫آء‬ - langit di atas, yang berada di atas
َ َّ
‫أَيَّ ٍام‬ - jamak hari (masa)

‫اسَت َوى‬ ْ
- menuju (berkehendak), naik/duduk, menguasai

‫ِطبَاقًا‬ - bertingkat-tingkat, berlapis-lapis, setiap lapisan bertindih dengan yang


lain
‫َتبَ َار َك‬ - keberkatan untuk kesuburan dan pertambahan sma ada segi fizikal atau
abstrak.
Maha berkah Allah, maksudnya zat, sifat dan perbuatan Allah ialah
selalu Maha Tinggi Maha Agung.

3
TAFSIR - IBN KATSIR

Kedua-dua ayat 29 daripada surah Al Baqarah dan ayat 54 surah Al A’raf boleh
diperincikan dengan ayat-ayat lain seperti berikut;

i) Ayat 4 – 6 surah As Sajdah


ii) Ayat 9 – 12 surah Fushilat

Ayat 4 – 6 Surah As Sajdah

‫اسَت َوى َعلَى الْ َع ْر ِش َما لَ ُكم ِّمن ُدونِِه‬ ِِ ِ َّ ‫اللَّه الَّ ِذي خلَق‬
ْ َّ‫ض َو َما َبْيَن ُه َما يِف ستَّة أَيَّ ٍام مُث‬َ ‫الس َم َاوات َواأْل َْر‬ َ َ ُ
‫ِمن َويِل ٍّ َواَل َش ِفي ٍع أَفَاَل َتتَ َذ َّكُرو َن‬
4

‫ف َسنَ ٍة مِّمَّا َتعُدُّو َن‬ ِ ٍ ِ َّ ‫يُ َد ِّبُر اأْل َْمَر ِم َن‬


5
َ ْ‫ض مُثَّ َي ْعُر ُج إِلَْيه يِف َي ْوم َكا َن م ْق َد ُارهُ أَل‬
ِ ‫الس َماء إِىَل اأْل َْر‬
ِ َّ ‫ب والشَّهاد ِة الْع ِزيز‬ ‫ذَلِ مِل‬
‫يم‬
ُ ‫الرح‬ ُ َ َ َ َ ِ ‫ك َعا ُ الْغَْي‬ َ
6

Allahlah yang menciptakan langit dan bumi dan segala apa yang ada di
antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas
‘Arsy. Tiada bagi kamu selain daripadaNya penolong atau pemberi syafaat.
Apakah kamu tidak memperhatikan? 4

Dia mengatur urusan dari langit ke bumi kemudian (urusan) itu naik
kepadaNya dalam satu hari yang kadarnya adalah seribu tahun mengikut
perhitunganmu. 5

Yang demikian itu ialah Tuhan Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata,
(Dia) Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang. 6

Ayat 9 – 12 Surah Fushilat

‫ني‬ ِ ُّ ‫ك ر‬ ِ َ ‫– قُل أ َِءنَّ ُكم لَت ْك ُفرو َن بِالَّ ِذى خلَق االٌّرض ىِف يوم ِ وجَت علُو َن لَه أ‬
9
َ ‫ب الْ َعـلَم‬ َ َ ‫َنداداً َذل‬ ُ َ ْ َ ‫َ َ ْ َ َ ْ َ نْي‬ ُ َ ْ ْ
‫ني‬ِِ َّ ِّ‫– وجعل فِيها رو ِاسى ِمن َفوقِها وبـر َك فِيها وقَدَّر فِيهآ أَْقوَتها ىِف أَربع ِة أَيَّ ٍام سوآء ل‬
10
َ ‫لسآئل‬ ً ََ ََ ْ َ َ َ َ َ َ ََ َ َ ْ َ ََ َ َ ََ َ
ِِ ِ َّ ‫مُثَّ استوى إِىَل‬
ِ ِ ‫آء و ِهى دخا ٌن َف َق َال هَل ا ولِالٌّر‬
11 ‫اه َّن َسْب َع‬
ُ‫ض‬ َ ‫ض ائْتيَا طَْوعاً أ َْو َك ْرهاً قَالَتَآ أََتْينَا طَآئع‬
َ ‫ َف َق‬- ‫ني‬ ْ ََ َ ُ َ َ ‫الس َم‬ ََْ
‫ك َت ْق ِد ُير الْ َع ِزي ِز الْ َعلِي ِم‬ ِ ٍ ‫ت ىِف يوم ِ وأَوحى ىِف ُكل‬
ٍ ‫مَس ـو‬
َ ‫يح َو ِح ْفظاً ذَل‬ِ َ َ ‫الد ْنيَا مِب‬
َ ‫ص ـب‬ ُّ َ‫الس َمآء‬
َّ ‫آء أ َْمَر َها َو َزيَّنَّا‬َ‫ِّ مَس‬ َ ْ َ ‫َ ْ َ نْي‬ ََ
12

4
Katakanlah, “Sesungguhnya patutkah kamu kafir kepada Yang menciptakan
bumi dalam dua masa dan kamu jadi sekutu-sekutu bagiNya? (Yang
bersifat) demikian itulah Tuhan semesta9 alam.”

Dan Dia menciptakan di bumi itu gunung-gunung yang kokoh di atasnya. Dia
memberkahinya dan Dia menentukan padanya kadar makanan-makanan
(penghuni) dalam empat masa. (Penjelasan itu sebagai jawapan) bagi
10
orang-orang yang bertanya.
Kemudian Dia menuju ke langit dan langit itu masih merupakan asap, lalu
Dia berkata kepadanya dan kepada bumi, “ Datanglah kamu keduanya
menurut perintahKu dengan rela hati atau terpaksa.” Keduanya menjawab,
“ Kami datang dengan taat.” 11

Maka Dia menjadikan tujuh langit dalam dua masa dan Dia mewahyukan
kepada tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi langit yang dekat dengan
bintang-bintang yang cemerlang dan Kami memeliharanya dengan sebaik-
baiknya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. 12

1. Setelah menjelaskan dalil-dalil berupa penciptaan manusia dan apa yang dapat
mereka saksikan daripada diri mereka sendiri, Allah mendatangkan dalil yang mereka
saksikan berupa penciptaan langit dan bumi. Makna “ ‫”اسَت َوى‬
ْ apabila digunakan dengan kata
sambung " ‫ ”إِىَل‬ialah “berkehendak” atau “menuju”.

Mujahid mengatakan, “Allah mencipta bumi sebelum langit. Setelah menciptakan bumi,
lalu membumbung asap darinya (bumi). Sebahagian langit di atas sebahagian lainnya. Dan
tujuh bumi bermakna sebahagian bumi berada di bawah bumi lainnya.

2. Allah menjelaskan bahawa Dia adalah Rabb yang telah menciptakan alam ini
dan segala isinya dalam enam hari. Para ahli tafsir berbeza pendapat tentang
maksud enam hari, adakah ia sama seperti hari-hari yang kita kirakan atau masa
seribu tahun.

3. Sebuah hadith yang diriwayatkan Imam Ahmad daripada Abu Hurairah di mana dia
berkata “Rasulullah s.a.w. pernah menarik tanganku seraya bersabda:

، ِ ‫َّجَر َي ْو َم ااْل ْثَننْي‬ ِ ‫ وخلَق فِيها اجْلِب َال يوم اأْل‬،‫ت‬ ِ َّ ‫ التُّربةَ يوم‬،)‫ (عَّز وج َّل‬،‫خلَق اهلل‬
َ ‫ َو َخلَ َق الش‬،‫َحد‬ َ َ ْ َ َ َ َ َ َ ‫السْب‬ َ َْ َ ْ ََ َ ُ َ َ
،‫آد َم‬ ِ ‫اب َي ْو َم اخْلَ ِم‬ ِ ِ
َّ َ‫ َوب‬،‫ُّور َي ْو َم اأْل َْربِ َعاء‬ ِ
َ ‫ َو َخلَ َق‬،‫يس‬ َّ ‫َّو‬
َ ‫ث ف َيها الد‬ َ ‫ َو َخلَ َق الن‬،‫وه َي ْو َم الثُّاَل ثَاء‬
َ ‫َو َخلَ َق الْ َمكُْر‬
ِ ِ ِ ‫آخ ِر ساع ٍة ِمن س‬ ِ ‫ يِف‬،‫آخ ِر اخْلَْل ِق‬ ِ ‫ يِف‬،‫ بع َد الْعص ِر ِمن يوم اجْل مع ِة‬،‫الساَل م‬ ِ
َ ‫يما َبنْي‬َ ‫ ف‬،‫اعات اجْلُ ُم َعة‬ َ َ ْ َ َ َ ُ ُ ْ َ ْ ْ َ ْ َ ُ َّ ‫َعلَْيه‬
‫ص ِر إِىَل اللَّْيل‬
ْ ‫الْ َع‬

“Allah menciptakan tanah pada hari Sabtu. Allah menciptakan gunung-


ganang di bumi itu pada hari Ahad, menciptakan tumbuh-tumbuhan di bumi
itu pada hari Isnin, menciptakan hal-hal yang dibenci pada hari Selasa,

5
menciptakan cahaya pada hari Rabu, menyebarluaskan binatang-binatang
pada hari Khamis dan menciptakan Adam setelah Asar pada hari Jumaat
sebagai ciptaan terakhir pada saat paling akhir daripada hari Jumaat, iaitu
waktu Asar sampai malam.”

Hadith ini juga diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Imam An Nasai, daripada Hajjaj
Ibnu Muhammad Al A’war, daripada Ibnu Juraij, yang terkandung pengertian penciptaaan
“dalam tujuh hari”, sedangkan Allah sendiri menyebutkan dalam Al Quran “dalam enam hari”.
Oleh kerana itu Imam Bukhari berpendapat dan menilai hadith ini berasal daripada Abu
Hurairah, daripada Ka’ab Al Ahbar, bukan hadith marfu.

PERBINCANGAN MASALAH

1. Makna “ ‫ ” أَيَّ ٍام‬dalam konteks penciptaan langit dan bumi

Terdapat dua ayat dalam Al Quran yang menjelaskan kadar hari yang dimaksudkan
‫ف َسنَ ٍة مِّمَّا َتعُدُّو َن‬ ِ ٍ
sebagai seribu tahun “ َ ْ‫(”يِف َي ْوم َكا َن م ْق َد ُارهُ أَل‬ayat 5, surah As Sajdah) atau lima
puluh ribu tahun “ ‫سنَ ٍة‬ ِ ِ ٍ
َ ‫( ”يِف َي ْوم َكا َن م ْق َد ُارهُ مَخْس‬ayat 4, surah Al Maa’rij). Kajian ilmiah
َ ْ‫ني أَل‬
َ ‫ف‬
menunjukkan penciptaan alam ini berlaku pada masa yang lama, mengambil masa berjuta
tahun.

Adapun perincian daripada riwayat Abu Hurairah yang menyatakan permulaan


penciptaan dari hari Sabtu dan seterusnya tidak marfu. Ia terhenti kepada Ka’ab Al Ahbar,
seorang rahib Yahudi yang masuk Islam. Ahlul kitab percaya alam ini diciptakan dalam tujuh
hari sebagaimana hari-hari biasa. Tuhan berihat pada hari Sabtu. Begitu juga yang tercatit di
Injil-injil.

2. Makna “‫اسَت َوى‬


ْ ”

Dalam kumpulan ayat yang kita bincangkan, perkataan “ ‫اسَت َوى‬


ْ ” di gunakan dalam dua
ِ ‫السم‬
i) “ ‫آء‬ ِ ْ
cara, iaitu َ َّ ‫”اسَت َوى إىَل‬
ii) “ ‫ش‬ِ ‫اسَت َوى َعلَى الْ َع ْر‬
ْ ”
Makna bagi penggunaan pertama ialah berkehendak atau menuju. Makna bagi
pengunaan kedua ialah bersemayam atau duduk.

Ulama Salaf seperti Imam Malik, Al Auza’I, Ats Tsauri, Al Laits bin Saad, Asy Syafi’I,
Ahmad, Ishaq bin Rahawaih dan imam-imam yang lainnya berpendapat diterima sahaja
makna kalimah secara dzahir tanpa adanya takyif (mempersoalkan cara/hakikatnya), tasybih
(menyerupakan) dan ta’thil (penolakan). Tiada ada sesuatu pun yang serupa denganNya .

Na’im bin Hammad Al Khuza’i, guru Imam Bukhari mengatakan,

6
“Barangsiapa menyerupakan Allah dengan makhlukNya, maka dia kafir. Dan
barangsiapa yang mengingkari sifat yang telah Allah berikan untuk diriNya
sendiri, bererti dia juga telah kafir.”

Imam Malik bin Anas telah berkata,


“Kalimah istawa telah diketahui maknanya, tetapi caranya dilakukan tidak
diketahui, bertanya-tanya dalam soal ini adalah bid’ah.”

Dalam kitab-kitab tafsir Jalalain, Farid Wajdi dan Ruhul Bayan, istiwa bermaksud
memerintah dan menguasai.

Adapun Ibn Taimiyyah memfatwakan bahawa Tuhan duduk istawa di atas ‘Arsy
sebagaimana dia, yakni Ibnu Taimiyyah duduk di atas mimbar masjid. Pandangannya itu
telah mencetuskan perdebatan yang hebat antara golongan Salaf dan Zahiriyyah.

3. ٍ ‫”سبع مَس ـو‬


Makna “‫ات‬ ََ َ َْ
Makna yang asal bererti apa-apa yang berada di atas, termasuk udara, awan, bintang,
planet dan langit.

Allah menjelaskan kepada kita tentang tujuh langit dengan pengertian tempat yang
tinggi dan menunjukkan kepada lapisan-lapisan tertentu. Sebahagian ahli tafsir mengatakan
bahawa langit yang tujuh itu adalah galaksi-galaksi atau planet-planet yang ada di angkasa.

Said Quthub dalam tafsirnya menyatakan,


“Langit tujuh tingkat itu jangan ditafsirkan dengan ilmu pengetahuan alam yang
boleh berubah-rubah. Kerana penyelidikan manusia tidaklah akan lengkap
dalam menghadapi alam cakrawala yang begitu luas sekali. Cukuplah dengan
iman terhadapnya, yakni langit itu ada tujuh tingkat. Bagaimana tujuh
tingkatannya itu, Allah yang lebih tahu.”

Pada pandangan saya, alam cakrawala yang kita lihat, kaji dan cuba untuk dijelajah
ini hanyalah daripada langit pertama. Sedang ada alam yang lebih luas lagi pada tingkatan
langit yang seterusnya.

KESIMPULAN

1. Manusia perlu sentiasa melihat, mengkaji dan memikirkan penciptaan alam ini untuk
mengenal Penciptanya, yakni Allah. Sebabnya Allah sendiri menggunakan uslub ini dalam Al
Quran. Apabila manusia menyedari hakikat penciptaan alam ini maka pasti dia mahu tunduk
dan mahu berhubung dengan Penciptanya.

2. Sebaliknya pencapaian manusia dalam teknologi dan sains, seperti dapat pergi ke
bulan dan sebagainya membuat manusia sombong dan merasakan dapat menguasai
segalanya. Padahal pengetahuan manusia, terutama tentang alam ini, sangat terhad.
Banyak lagi perkara yang tidak diketahui manusia.

7
3. Luasnya alam ini tidak dapat dijangkau manusia. Misalnya untuk sampai ke planet
yang berjiran dengan bumi seperti Marikh dan Venus sudah tersangat payah sehingga
sekarang ini. Bayangkan matahari kita hanyalah salah satu bintang-bintang yang berbillion-
billion jumlahnya. Walaupun dengan bergerak dengan kelajuan cahaya, untuk sampai ke
bintang yang terdekat akan memakan beratus-ratus tahun.

4. Penjelasaan Al Quran tentang penciptaan alam ini membenarkan fakta atau


pengetahuan sains sejauh ini. Ini merupakan mukjizat kebenaran Al Quran. Janganlah
dijadikan sebaliknya, iaitu, pengetahuan sains membenarkan Al Quran. Sebab pengetahuan
sains bukan absolut dan boleh berubah.

5. Matlamat unggul dalam ushah mengkaji tentang kejadian penciptaan alam ini tentulah
untuk akhirnya, tunduk dan patuh kepada Pencipta, sebagaimana yang Allah inginkan.
ِ ِ َّ ِ ٍ ِ ‫ف اللَّي ِل والن‬ ِ ِ ‫ضو‬ ِ َّ ‫إِ َّن يِف خ ْل ِق‬
‫ودا‬ َ ‫)الذ‬190( ‫َّهار آليَات أِّل ُْويِل األلْبَاب‬
ً ُ‫ين يَ ْذ ُكُرو َن اللّهَ قيَ ًاما َو ُقع‬ َ َ ْ َ‫اختال‬ ْ َ ِ ‫الس َم َاوات َواأل َْر‬ َ
( )191‫اب النَّا ِر‬ ِ ِ ِ ِ‫هِب‬
َّ ‫َو َعلَ َى ُجنُو ْم َو َيَت َف َّكُرو َن يِف َخ ْل ِق‬
ِ ‫الس َم َاوات َواأل َْر‬
َ ‫ك فَقنَا َع َذ‬ َ َ‫ت َهذا بَاطالً ُسْب َحان‬
َ ‫ض َربَّنَا َما َخلَ ْق‬

Vous aimerez peut-être aussi