Vous êtes sur la page 1sur 4

Asskum….w.b.

t
Seiring madah pantun bersambut
Dalam senyum penghidang tamu
Mesra berdakap kasih terpaut
Persilakan tamu sambut dipintu

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan ke


Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah
Kebangsaan Pulau Tuba kali ke-29.

Utk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta para hadirin sekalian, majlis akan
bermula sebentar lagi.

Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta para hadirin diminta mengambil tempat
di dalam dewan

Ucapan Pengumuman

Mengumumkan ketibaan Tuan Hj Arfan bin Shari, Pengurus Besar , Lembaga


Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) diringi Ustaz Hadai bin Taib, Pemangku Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Pulau Tuba.

Pihak Majlis mengalu-alukan ketibaan Yang Berbahagia Tuan Hj Arfan bin Shari,
Pengurus Besar , Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)

Ucapan Protokol

Asskum….w.b.t. dan salam sejahtera

Yang Berbahagia Tuan Hj Arfan bin Shari, Pengurus Besar , Lembaga Kemajuan
Wilayah Kedah (KEDA)

Yang Berusaha Ustaz Hadai bin Taib , Pemangku Guru Besar Sek Keb.Pulau Tuba

Yang di hormati En Shahidan Bin Sidek Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru
Sek Keb.Pulau Tuba

Yang di hormati En Amiruzaimi b Abd Rahman, Naib Yang Dipertua Persatuan


Ibubapa dan Guru Sek Keb.Pulau Tuba

En Abdul Rani Bin Awang dan En Che Mansor bin Sulaiman Pengerusi
Jawatankuasa Keselamatan Kampung Pulau Tuba

Guru-guru Penolong Kanan Sek Keb.Pulau Tuba


Para Guru seterusnya para ibubapa yang dihormati sekalian.

Terima kasih Kerana sudi hadir ke Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan
Ibubapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Pulau Tuba kali ke-29.

UCAPAN PEMBUKAAN

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari Pulau Mutiara;
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.
Bagi memberkati majlis kita pada hari ini dijemput Al Fadzil Ustaz Mohamed
Firdaus bin Nomawi untuk membacakan doa. Majlis dengan hormatnya
mempersilakan…

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kpd Al fadzil Ustaz Mohamed Firdaus bin
Nomawi di atas bacaan doa itu tadi

Bagi meneruskan majlis…


dgn ini di jemput En Shahidan Bin Sidek ,Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan
Guru Sek Keb.Pulau Tuba sesi 2008/2010 untuk menyampaikan ucapan .
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan…

Pihak Majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan itu tadi….

Seterusnya di jemput Yang Berusaha Ustaz Hadai bin Taib , Pemangku Guru
Besar Sek Keb.Pulau Tuba untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan…

Majlis mengucapkan terima kasih kpd Ustaz Hadai bin Taib di atas ucapan alu-
aluan itu tadi….

Waktu pagi menanak pulut,


Pulut dicicah sambal bilis;
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput untuk merasmi majlis
Untuk meneruskan acara… Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang
Berbahagia Tuan Hj Arfan bin Shari, Pengurus Besar , Lembaga Kemajuan
Wilayah Kedah (KEDA) untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
menyempurnakan perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Ibubapa dan Guru
Sekolah Kebangsaan Pulau Tuba kali ke-29.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan…

Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih kpd Yang Berbahagia Tuan Hj
Arfan bin Shari, Pengurus Besar , Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)
, diatas ucapan dan kesudian menyempurnakan perasmian Mesyuarat Agung
Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Pulau Tuba kali ke-29.

Sebagai tanda penghargaan dijemput Ustaz Hadai bin Taib untuk menyampaikan
cenderamata kenang-kenangan kepada Yang Berbahagia Tuan Hj Arfan bin Shari,
Pengurus Besar , Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)
Majlis mempersilakan………………

Penutupan

Hadirin hadirat sekalian …

Dengan berakhirnya persembahan itu tadi, maka Selesailah sudah perasmian


Mesyuarat Agung Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Pulau Tuba
kali ke-29.

Saya bagi pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran tuan-
tuan dan puan-puan ke majlis ini.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Akhir kata , saya memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan sepanjang
mengendalikan majlis ini. Yang baik itu datangnya dari Allah ,yang buruk itu sama-
samalah kita baiki.
Selepas ini dijemput Tuan Hj Arfan bin Shari dengan diiringi oleh Ustaz Hadai bin
Taib ke kantin sekolah untuk menikmati sedikit jamuan yang telah disediakan.

Saya sudahi majlis ini dengan w.b.t wassalammualaikum warahmatullah


hiwabarakatuh.

Majlis berehat sebentar, dan akan disambung dengan mesyuarat Agung PIBG kali
ke 29 .

Dijemput En Shahidan Bin Sidek, Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru Sek
Keb.Pulau Tuba sesi 2008/2010 untuk mengendalikan mesyuarat Agung PIBG kali
ke-29. Majlis mempersilakan.

Vous aimerez peut-être aussi