Vous êtes sur la page 1sur 1

http://sd15.edu.my/p&p_cemerlang6.

html
PNP Cemerlang

3.2        Rancangan Pelajaran Harian.


Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi  maklumat seperti
objektif , cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai.
Rancangan Pelajaran Harian mengandungi:
Objektif
-        Merupakan hasil pembelajaran  dinyatakan dalam bentuk perlakuan , boleh diukur serta merangkumi pengetahuan
dan kemahiran yang  perlu dikuasai.
-        Mengambil kira tahap kebolehan dan keupayaan murid.
Aktiviti
-        Cara bagaimana hendak mencapai objektif hasil pembelajaran  bersesuaian dengan  keupayaan murid.
-        Jumlah masa yang diperuntukkan.
Pengisian P & P mengandungi:
-        Set induksi.
-        Isi pelajaran ( disampaikan melalui aktiviti )
-        Pemulihan, pengayaan dan pengukuhan
-        Penerapan nilai
-        Penilaian :  Boleh dilakukan sepanjang sesi pengajaran pembelajaran. untuk mengenalpasti kelemahan dan kekuatan
murid.
-        Penutup
Bahan Bantu Mengajar
-        Bahan atau alat yang digunakan untuk mencapai objektif pembelajaran yang digunapakai dari permulaan pengajaran
hingga ke akhir pembelajaran harian tersebut.
-        Bahan bantu mengajar boleh dalam bentuk manual atau ICT.
Refleksi: 
-        Satu pernyataan bertulis dalam bentuk impak  terhadap pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran yang boleh
diukur.
-        Ukuran boleh dinyatakan dalam bentuk bilangan atau peratus.
-        Mesti dinyatakan selepas  selesai setiap sesi P & P.

Vous aimerez peut-être aussi