Vous êtes sur la page 1sur 16

RAVICHANDRAN A/L TOPEKAN

PGSR-PJ 5.5
PSK 3102
PRAKATA

Kanak-kanak sejak dilahirkan telah mewarisi asas-asas kecerdasan. Kecerdasan ini


membolehkan mereka belajar dan menyesuaikan diri dengan alam sekeliling mereka.
Asas-asas kecerdasan ini perlu diperkaya dengan alam sekeliling yang baik supaya
ianya dapat berkembang dengan sebaik-baiknya.

Biasanya, asas kecerdasan yang tinggi , jika dipengaruhi oleh alam sekeliling yang
tidak memuaskan, maka sukar bagi kita untuk melahirkan perkembangan kecerdasan
yang mencapai peringkat optimum. Walaupun kanak-kanak sewaktu lahirnya itu tidak
mempunyai pengalaman tetapi semenjak saat tersebut mereka sentiasa diserbui oleh
pelbagai rangsangan daripada alam sekeliling mereka. Dengan asas-asas yang
diwarisinya inilah dan dengan pertolongan pancaindera, mereka mula menganggap dan
memproses rangsangan-rangsangan itu ke dalam sistem yang bermakna.

Pembelajaran memerlukan rangsangan dan kecerdasan pemikiran.


Rangsangan yang diterima daripada alam sekeliling menjadi bahan untuk diproses oleh
kecerdasan dan yang kemudiannya akan lahir sebagai pengetahuan dan pengalaman.
Sungguhpun rangsangan dalam alam sekeliling ini amat banyak tetapi tidak semua
rangsangan itu dapat diterima atau ditanggapi oleh manusia. Rangsangan yang sukar
ditanggap tidak akan dapat diproses dan tidak akan menjadi pengalaman. Oleh yang
demikian, kecerdasan walau bagaimana baik pun ia, jika kurang mendapat rangsangan,
ianya tidak akan menghasilkan perkembangan kecerdasan dan pengalaman yang
berkesan.

Maka bahan bantu mengajar dari berbagai jenis sumber perlu bagi mengoptimumkan
objektif pengajaran dan pembelajaran.

m/s | 1
RAVICHANDRAN A/L TOPEKAN
PGSR-PJ 5.5
PSK 3102
1.0 PENGENALAN

Apa itu sumber pengajaran dan pembelajaran? Apa-apa sahaja alat atau bahan
yang berperanan membantu guru-guru menyampaikan isi pelajaran supaya pelajar
dapat memperolehi pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai berdasarkan objektif
kurikulum adalah dikatakan sebagai sumber bahan pengajaran dan pembelajaran. Alat-
alat atau bahan-bahan ini dapat membantu guru dengan menyokong penyampaian
pelajaran. Terdapat beberapa jenis sumber atau alat yang boleh membantu dalam
pengajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Jenis- jenis sumber ialah bahan
bercetak, bahan teknologi pendidikan,bahan teknologi maklumat dan bahan maujud.
Tujuan utama menggunakan sumber pengajaran dan pembelajaran ialah untuk
menyampaikan isi pelajaran. Selain itu juga untuk merangsang deria rangsangan murid-
murid, kefahaman dan interpretasi maklumat kepada murid-murid, kemahiran
interpersonal dan intrapersonal, kemahiran psikomotor., peningkatan daya ingatan,
kemahiran berfikir, peningkatan motivasi, peningkatan kreativiti, keseronokan dalam
pembelajaran, dan seterusnya pengekalan minat dan tumpuan melalui pelbagai media.

Daripada dapatan psikologi kognitif seseorang murid akan ingat 10% daripada
apa yang dibaca, 20% daripada apa yang didengar, 30% daripada apa yang dilihat,
50% daripada apa yang didengar dan dilihat, 70% daripada apa yang disuarakan
sendiri dan 90% daripada apa yang dilakukan sendiri (Rief,1993). Dapatan tersebut
memberikan implikasi bahawa pembelajaran yang berkesan boleh tercapai sekiranya
murid-murid terlibat aktif dalam pembelajaran. murid-murid perlu melihat,mendengar
dan melakukan sesuatu aktiviti melalui gabungan teks,grafik,audio,video dan animasi.
Menurut Phillips (1997), multimedia interaktif boleh mengubah cara seseorang
memperolehi maklumat serta cara seorang itu belajar sekiranya digunakan dengan
berkesan. Ini kerana multimedia dapatmemudahkan pembelajaran yang berpusatkan
murid kerana murid-murid diberi kebebasan memilih bahan pembelajaran sendiri dan
belajar pada kadar yang sesuai dengan diri sendiri.

Sebagai guru-guru yang mengajar Pendidikan Sivik Kewarganegaraan kita


harus bijak menguruskan sumber ini dan menggunakannya mengikut kesesuaian dan

m/s | 2
RAVICHANDRAN A/L TOPEKAN
PGSR-PJ 5.5
PSK 3102
keperluan murid-murid dari segi tajuk,objektif, dan isi pelajaran. Selain itu aspek tahap
kebolehan dan perkembangan kognitif pelajar juga harus diambil perhatian oleh guru.
Sumber pengajaran yang digunakan juga harus menepati keperluan murid iaitu dari
segi mutunya iaitu sesuai dengan mesej, tahan lasak serta tidak mudah rosak. Ini
adalah bertujuan merangsang, menarik minat dan memotivasikan murid-murid untuk
memberi lebih tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Justeru pemilihan dan penggunaan sumber memerlukan pemahaman yang


mendalam tentang jenis-jenis sumber bagi pengurusan yang cekap dan mantap.

2.0 JENIS-JENIS SUMBER

Sebagai guru matapelajaran Sivik dan Kewarganegaraan kita harus mempunyai


pengetahuan mengenai jenis sumber atau alat bantu pengajaran dan pembelajaran
yang boleh digunakan dalam proses pembelajaran. Jenis-jenis sumber pengajaran dan
pembelajaran yang terlibat ialah bahan bercetak, bahan teknologi pendidikan, bahan
teknologi maklumat dan bahan maujud.

Semua jenis-jenis sumber ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza tetapi akan
mencapai hasil yang sama iaitu untuk memastikan murid-murid memahami isi-isi
pelajaran serta mencapai objektif pembelajaran. Melalui sumber-sumber yang sedia
ada mahupun yang direkacipta mengikut kreativiti sendiri, guru perlu peka dalam
memilih sumber pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan dalam proses
pembelajaran. Terdapat banyak sumber- sumber yang boleh digunakan oleh guru-guru
semasa mengajar. Antara bahan- bahan yang boleh digunakan ialah buku teks, buku
rujukan, buku latihan dan lampiran nota. Kebanyakan sumber ini biasa digunakan oleh
guru-guru di sekolah . Guru boleh menggunakan alat audio visual contohnya LCD,
peta, komputer, perakam VCD, DVD dan televisyen untuk memberi kelainan atau
penambahan yang lebih menarik kepada proses pengajaran dan pembelajaran.

Dengan menggunakan sumber yang berkesan, objektif yang hendak dicapai


akan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan dan hasilnya akan lebih memuaskan
serta memberi manfaat kepada kedua belah pihak iaitu murid-murid dan guru itu

m/s | 3
RAVICHANDRAN A/L TOPEKAN
PGSR-PJ 5.5
PSK 3102
sendiri. Menerusi penggunaan bahan-bahan ini, murid-murid akan lebih tertarik untuk
melihat serta mendengar apa yang hendak disampaikan oleh guru dan secara tidak
langsung murid dapat memberikan tumpuan dengan sepenuhnya kepada guru.

2.1 BAHAN BERCETAK

Ciri penting pada bahan bercetak ialah ianya mestilah dihasilkan melalui cetakan
dan bukan hasil daripada tulisan tangan mana-mana individu. Bahan bercetak boleh
didefinisikan sebagai bahan yang mempunyai tulisan dan wujud secara fizikal. Bahan
ini boleh disentuh dan boleh dibaca secara terus. Bahan bercetak meliputi buku,
majalah, jurnal, ensiklopedia, surat khabar, kad katalog, kamus, buku teks dan
sebagainya yang dihasilkan secara bercetak.

Walaupun bahan bercetak sukar dikemaskini dalam masa yang singkat dan
penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran mengambil masa yang lama, namun
ianya sangat berkesan.

Bahan bercetak seperti ini banyak disimpan di pusat sumber atau di


perpustakaan ataupun di arkib. Semuanya dihasilkan oleh penulis-penulis atau pereka-
pereka yang mahir dan terkenal di bidang masing-masing. Sumber pengajaran dan
pembelajaran ini telah digunakan secara meluas oleh guru-guru di sekolah sejak
beberapa lama kerana kelebihan yang terdapat pada bahan ini. Bahan ini murah dan
senang didapati di mana-mana. Selain itu ia adalah bahan yang kekal dan mudah
dirujuk pada bila-bila masa.

2.2 BAHAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

m/s | 4
RAVICHANDRAN A/L TOPEKAN
PGSR-PJ 5.5
PSK 3102
Definisi teknologi pendidikan ialah satu sistem merekabentuk ,melaksana dan
menilai keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran dari segi objektif khusus
berdasarkan penyelidikan tentang pembelajaran manusia dan komunikasi dengan
menggunakan cantuman sumber manusia dan bukan manusia untuk membawa
kepada pengajaran yang lebih berkesan.

Jenis-jenis bahan teknologi pendidkan yang biasa digunakan di sekolah adalah


berbentuk audio visual seperti radio, mikrofon ,televisyen,projekter slaid, OHP,
perakam video, VCD,DVD,kaset, CD dan lain-lain bahan pandang dengar. Semua
bahan ini memudahkan guru menyediakan pendekatan pengajaran yang lebih efektif
dan memberi keselesaan kepada murid-murid untuk belajar dan menerokai ilimu
pengetahuan. Bahan-bahan ini dapat memudahkan penggunaan pelbagai teknik
pengajaran dan pembelajaran seperti multimedia dan simulasi.

Dengan menggunakan multimedia interaktif,seseorang pelajar mempunyai


kebebasan mengawal pembelajaran sendiri tanpa dipengaruhi oleh pihak-pihak lain.
Murid-murid boleh memilih bahan pembelajaran sendiri tanpa dipengaruhi oleh pihak-
pihak lain. Murid-murid boleh memilih bahan pembelajaran sendiri dan belajar pada
kadar yang sesuai mengikut minat dan kehendak sendiri. Dengan memasukkan kata
kunci yang sesaui ke dalam ensaiklopedia multimedia, seseorang murid boleh
mencapai kepada maklumat yang dihendaki dan belajar memilih untuk belaajr sama
ada melalui teks, gambar,audio atau video mengikut gaya pembelajaran sendiri. Di
samping itu , murid-murid juga boleh mencetak maklumat yang diperlukan untuk
rujukan kemudian. Untuk murid-murid yang dapat belajar dengan capat, dia diberi
peluang untuk menerokai dan menemui perkara-perkara yang baru tanpa sebarang
batasan. Sebaliknya untuk murid-murid yang lambat dalam pembelajaran, dia boleh
mengulangi perkara yang sudah dilalui sehingga dapat memahami perkara yang
dipelajari. Pendek kata penggunaan bahan teknologi maklumat membolehkan murid-
murid menjadi proaktif dan membina pengetahuan mengikut pilihan, kadar dan
kehendak sendiri.

m/s | 5
RAVICHANDRAN A/L TOPEKAN
PGSR-PJ 5.5
PSK 3102
2.3 BAHAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Teknologi Maklumat ataupun IT adalah teknologi dunia terkini dan dapat memberi
banyak manfaat jika digunakan secara betul. Bahan teknologi maklumat merupakan
sumber pengajaran dan pembelajaran yang semestinya mendapat perhatian daripada
murid-murid. Penggunaan sumber ini perlulah dikendalikan oleh guru yang
berkemahiran kerana penggunaan IT secara terancang dan bersesuaian dapat
meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran itu.
Bagi guru yang menggunakan sumber pengajaran dan pembelajaran ini, mereka boleh
menggunakan portal pendidikan,internet,rangkaian LAN dan akhir sekali multimedia.
Komputer adalah alat atau bahan utama yang perlu digunakan oleh guru untuk
menyampaikan isi pelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada masa
kini guru-guru sudah mempunyai kemudahan kerana terdapat perisian-perisian yang
percuma yang disediakan oleh kerajaan di mana isi perisian tersebut bertepatan
dengan sukatan pelajaran yang sedia ada. Bahan berasaskan komputer atau teknologi
maklumat boleh dikemaskinikan pada bila-bila masa mengikut keperluan. Oleh yang
demikian disyorkan supaya penggunaan lebih menggunakan bahan berasaskan
komputer. Kebanyakan bahan audio visual boleh didapatkan dalam internet. bahan-
bahan ini boleh digunakan dan diintegrasikan dengan komputer.Oleh yang demikian
penggunaan sumber pembelajaran asaskan teknologi maklumat boleh meningkatkan
lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran seorang guru ,
Banyak kelebihan bahan ini di mana jika ia digunakan secara betul jadi guru perlu
selalu memantau pergerakan murid-murid semasa proses P&P sedang berlangsung.
Kelebihan bahan ini ialah murid-murid cepat mudah faham kerana mereka akan tertarik
dengan grafik yang ada pada bahan ini di mana secara tidak langsung telah menarik
perhatian mereka. Selain itu murid-murid mudah untuk mengulangkaji apa yang telah
dipelajari dan guru juga mudah untuk membuat suntingan sekiranya guru mendapati
terdapat perubahan yang perlu dibuat.

Walaubagaimanapun kelemahan mungkin timbul namun ia akan dapat diatasi


sekiranya guru dapat menyampaikan pengisian yang menarik di dalam pengajaran dan
pembelajaran. Secara keseluruhannya penggunaan bahan teknologi maklumat ini
mempunyai banyak kelebihannya berbanding kelemahan yang ada.

m/s | 6
RAVICHANDRAN A/L TOPEKAN
PGSR-PJ 5.5
PSK 3102

2.4 BAHAN MAUJUD

Bahan maujud adalah merupakan bahan sebenar, realia atau bahan konkrit yang
boleh disentuh dan dipegang. Bahan maujud ini juga adalah nyata yang ada di
lingkungan alam sekeliling, baik digunakan dalam keadaan hidup ataupun yang sudah
diawetkan. Contoh bahan maujud bukan sahaja tergolong dalam sumber pengajaran
dan pembelajaran dalam darjah sahaja malah kota atau bangunan yang kekal serta
alam persekitaran juga boleh dikatakan sebagai bahan maujud. Manakala dari segi
sumber pengajaran dan pembelajaran pula bahan-bahan yang mungkin terlibat ialah
alat komputer, OHP, alat tulis dan alam sains seperti batu batan, tumbuhan, serangga
dan binatang.

Terdapat 3 jenis bahan maujud iaitu realia asli, realia awet dan spesimen. Realia asli
terbahagi kepada dua iaitu bahan yang hidup dan bahan bukan hidup.

Bahan maujud yang pertama ialah realia asli iaitu bahan hidup yang sebenar dalam
dunia realiti dan masih hidup contohnya binatang, serangga dan manusia. Bahan kedua
pula bahan bukan hidup seperti jentera, batu batan ataupun bangunan.

Bahan maujud kedua pula realia awet yang berasal daripada benda hidup yang
kemudiannya diawet dan disimpan di dalam bendalir kimia.Contohnya binatang seperti
rusa, singa dan harimau yang mati diawet.

Jenis bahan maujud yang ketiga ialah spesimen. Spesimen ialah sample atau contoh
hidupan yang dapat mewakili kumpulan hidup-hidupan tertentu yang mempunyai sifat-
sifat atau ciri-ciri yang lazimnya terdapat pada kumpulan hidup tersebut. Kebiasaanya
spesimen selalu didapati dalam bentuk bahan awetan. Contoh bahan hidup yang boleh
dijadikan spesimen ialah daun-daun.

Murid akan didedahkan dengan pengalaman sebenar di mana melibatkan pengalaman


sedia ada mereka dan juga merangsang penggunaan deria penglihatan, pendengaran,
rasa, sentuhan dan bauan murid-murid. Aplikasi penggunaan bahan maujud membantu
menggambarkan situasi atau kenyataan yang sebenar.

m/s | 7
RAVICHANDRAN A/L TOPEKAN
PGSR-PJ 5.5
PSK 3102
3.0 ULASAN KRITIKAL TENTANG BAHAN CETAK

Bahan cetak mengandungi buku, majalah, jurnal, suratkhabar dan risalah. Di sekolah-
sekolah kini, bahan-bahan pengajaran yang lazim digunakan oleh guru-guru adalah
diambil daripada bahan-bahan yang terdapat daripada buku-buku teks, bahan-bahan
tambahan daripada jabatan-jabatan tertentu dalam Kementerian Pendidikan Negeri,
Daerah dan lain-lain. Walau bagaimanapun, selain daripada bahan-bahan binaan
sendiri, bahan-bahan pengajaran yang sering dan paling utama digunakan oleh guru-
guru ialah bahan-bahan daripada buku-buku teks.

Penggunaan buku-buku teks telah menjadi amalan biasa dan tradisi bagi
sesetengah guru. Kebanyakan mereka menganggap jumlah buku-buku teks yang ada
dan yang boleh digunakan di sekolah-sekolah terlalu banyak dan tidak perlu lagi
mereka mencari bahan-bahan daripada sumber-sumber lain. Buku-buku teks dalam
andaian lain sudah lebih dari mencukupi. Anggapan seperti ini sebenarnya memanglah
kurang wajar kerana seperti yang kita semua sedari, buku-buku teks itu sendiri
mempunyai kelemahan-kelemahannya yang tersendiri. Perbuatan terlalu bergantung
kepada teks kadangkala boleh menjejaskan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran.

Sebenarnya, kedudukan teks, kebiasaan dan kecenderungan menggunakan


teks bahasa dalam pendidikan, pengajaran dan pembelajaran seperti itu bukanlah satu
cara yang baik untuk diamalkan dan dikekalkan. Penggunaannya melalui cara yang
lebih luas dan kepelbagaian kegiatan amat diperlukan. Dengan itu, pengajaran bahasa
akan memberi kesan yang lebih baik, menarik hati pelajar dan dapat mengurangkan
masalah yang timbul.

Pemilihan bahan buku amatlah penting dengan kesesuaian pembaca. Buku yang
mengandungi saiz font yang besar dengan ilustrasi berwarna amat menarik para
pembaca di peringkat permulaan bacaan. Di samping itu jumlah mukasurat yang sedikit
juga akan memberi kepuasan dan secara langsung memberi menggalakkan untuk
membaca lebih banyak lagi.

Apabila penguasaan bacaan meningkat maka saiz font dicetak lebih kecil dan
jumlah perkataan dalam sesuatu mukasurat akan bertambah disamping ilustrasi juga
dikurangkan.

m/s | 8
RAVICHANDRAN A/L TOPEKAN
PGSR-PJ 5.5
PSK 3102
Sebagai guru kita perlu memahami cara pemilihan bahan buku yang sesuai
dengan usia kanak-kanak dan tahap penguasaan bacaan kanak-kanak.

4.0 BAHAN BUKAN BUKU

✔ Majalah
✔ Jurnal
✔ Alat-alat hardware
✔ Alat tayangan
 Opaque
 LCD
 OHP
 Slide Projecter
 Video Tape
✔ Alat bukan tayangan
 Hardware Perkakasan
 Mesin Cetak Stensil
 Mesin Riso

m/s | 9
RAVICHANDRAN A/L TOPEKAN
PGSR-PJ 5.5
PSK 3102
 Mesin Riso Digital
 Bahan Perisian (Software)
 Lutsinar
 Filem Fotografi
 Filem Jalur
 Filem Sisipan
 Filem 8mm
 Pita Audio
 Pita Video
 Kain Gambar Untuk Carta Pusing
 Compact Disc
 Piring Hitam
 Kaset

4.1 BAHAN 2D

✔ Peta
✔ Gambar
✔ Fail Tegak
✔ Carta
✔ Guntingan Akhbar
✔ Gambarajah
✔ Kad-Kad Cantuman / Imbasan

4.2 BAHAN 3D

✔ Glob
✔ Realia ( Benda Sebenar)
✔ Diorama
✔ Mock Up
✔ Topeng

m/s | 10
RAVICHANDRAN A/L TOPEKAN
PGSR-PJ 5.5
PSK 3102
4.3 BAHAN MULTIMEDIA

✔ Kit Pembelajaran
✔ Permainan Pendidikan
✔ Pukal Pembelajaran (Aneka Media)

5.0 BILIK-BILIK SUMBER

✔ Bilik Perpustakaan
✔ Bilik Tayang / APD
✔ Bilik Bantu Mengajar
✔ Bilik Memproses / Kerja
✔ Bilik Komputer
✔ Bilik Pusat Akses

6.0 PERKHIDMATAN SUMBER

✔ Percetakan
✔ Fotografi
✔ Studio rakaman

7.0 Tujuan Penggunaan Sumber untuk Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

• Rangsangan/penggunaan pelbagai deria

• Kefahaman dan interpretasi maklumat

• Pengekalan minat dan tumpuan melalui pelbagai media

• Peningkatan daya ingatan

• Kemahiran berfikir

• Peningkatan motivasi

• Peningkatan kreativiti

• Keseronokan dalam pembelajaran

m/s | 11
RAVICHANDRAN A/L TOPEKAN
PGSR-PJ 5.5
PSK 3102
• Rangsangan/penggunaan pelbagai deria

• Penglihatan

• Pendengaran

• Sentuhan

• Bauan

• Rasa

• Kefahaman dan interpretasi maklumat

• Pengekalan minat dan tumpuan melalui pelbagai media

– Minat belajar

– Ingin tahu

– Perhatian

– Selari dengan kehendak

• Peningkatan daya ingatan

– Retention (pengekalan)

– Pengetahuan sedia ada

– Selari dengan minat dan pengetahuan

• Kemahiran berfikir

– Analisis

– Mencari maklumat

– Banding beza

– Susun ikut keutamaan

– Menjana idea
m/s | 12
RAVICHANDRAN A/L TOPEKAN
PGSR-PJ 5.5
PSK 3102
– Buat inferens

– Kumpul dan mengkelas

• Peningkatan motivasi

– Rasa ingin belajar

– Ingin tahu

• Peningkatan kreativiti

– Kreativiti

– Daya cipta

– audio visual

– Seni

• Keseronokan dalam pembelajaran

– Belajar sambil membuat

– Belajar sambil mendengar

– Belajar sambil melihat

• Kemahiran intrapersonal dan interpersonal

– Menjawab soalan guru

– Kerjasama

– Hubungan murid-guru

– Hubungan murid-murid

• Kemahiran psikomotor

– Sajak / pantun – kebolehan mencipta, membaca

– Kemahiran membuat sesuatu


m/s | 13
RAVICHANDRAN A/L TOPEKAN
PGSR-PJ 5.5
PSK 3102
– Kemahiran mencari maklumat

– Contoh - maklumat internet

8.0 KRITERIA PEMILIHAN SUMBER. :-

• - Selaras dengan falsafah pendidikan negara.


• - Tidak bercanggah dengan nilai masyarakat
• - Releven dengan kurikulum
• - Selaras dengan prinsip pedagogi
• - Memberi maklumat terkini
• - Cost effective
• - Mudah diperolehi
• - Mudah digunakan
• - Mudah alih
• - Mudah senggara
• - Pelbagai ransangan
• - Dapat digunakan berulang kali dan dalam situasi yang berlainan
• - Fleksibel

9.0 KESIMPULAN

Penggunaan sumber dalam pengajaran dan pembelajaran mewujudkan sikap yakin


kepada diri sendiri seseorang murid itu dan melatih kemahiran belajar sepanjang hayat.
Ia bukan sahaja membantu murid-murid yang lembab dalam pembelajaran malah
membolehkan murid-murid menjadi proaktif dan membina pengetahuan mengikut

m/s | 14
RAVICHANDRAN A/L TOPEKAN
PGSR-PJ 5.5
PSK 3102
pilihan, kadar dan kehendak sendiri. Hasil kajian menunjukkan bahawa pembelajaran
yang berkesan boleh tercapai sekiranya murid-murid terlibat aktif dalam pembelajaran.
murid-murid perlu melihat,mendengar dan melakukan sesuatu aktiviti. Sebagai guru
PSK kita haruslah tahu memilih, mengurus dan menggunakan sumber secara bijak
selaras dengan falsafah pendidikan negara serta tidak bercanggah dengan nilai
masyarakat.

RUJUKAN

Panel Penulis Pusat Perkembangan Kurikulum (2004) Buku Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan Tahun 4 Sekolah Kebangsaan, Dawama Sdn.Bhd.

Panel Penulis Pusat Perkembangan Kurikulum (2004) Buku Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan Tahun 4 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Multi Educational Book
Enterprise Sdn.Bhd.

Mok Soon Sang, (2008), Psikologi Pendidikan dan Pedagogi, Penerbitan Multimedia
Sdn.Bhd.

Mazlan Ismail M.A (UKM), B.A. Hons (2010), Pendidikan sivik dan Kewarganegaraan
Tahun 4, Marshall Cavendish Education, Sentosa Sdn.Bhd.

CARIAN INTERNET 2 APRIL 2011

http://awikole.blogspot.com/

http://ms.wikipedia.org/wiki/Teori-pembelajaran-dan-pengajaran

http://instructiontheorycourse.blogspot.com/2009/02/1-introduction-18.htm

http://news.mylaunchpad.com.my/Home/EditorsCorner/BM/Article?Key=34a78a8c-
6591-4be9-872f-acad97371990

m/s | 15
RAVICHANDRAN A/L TOPEKAN
PGSR-PJ 5.5
PSK 3102
http://cikguhaidi.wordpress.com/category/bahan-bantu-mengajar/

http://www.google.com.my/#hl=en&xhr=t&q=bahan+bantu+mengajar+bahasa+m
elayu&cp=0&pq=filetype%3Adoc%22bahan%20bantu%20mengajar
%22&pf=p&sclient=psy&source=hp&aq=0&aqi=&aql=&oq=
%22bahan+bantu+mengajar%22&pbx=1&fp=1&bs=1&cad=b

http://qaryafikir.wordpress.com/2008/09/11/kaedah-penyesuaian-bahan-bantu-
mengajar-buku-teks/

http://epulldpliukm.blogspot.com/

http://www.kaunselingskbt2.com/bahan-bantu-mengajar.html

m/s | 16