Vous êtes sur la page 1sur 19

TAJUK : PERDAGANGAN DAN PERKAPALAN MELAYU

DI TERENGGANU PADA ABAD KE-19.


BAB :4
MODAL DAN MATA WANG.

NAMA: MOHD ZUBI BIN AWANG.


NO.MATRIK: S-OM0033/08( R )
PENYELIA: PROF.MADYA DR.AHMAD
JELANI B. HALIMI
Pembiayaan dan Modal
• Modal merupakan perkara penting dalam perdagangan. Tanpa modal tidak
ada apa yang boleh dilakukan. Modal diperlukan untuk memperoleh
barangan, membiayai upah dan pengangkutan. Oleh itu, setiap
perdagangan memerlukan modal atau pembiayaan. Akan tetapi
bagaimanakah para pedagang Melayu abad ke-18 memperoleh modal
mereka bagi menjalankan perdagangan mereka sedangkan di kawasan ini
tidak pernah diketahui wujudnya bank atau agensi insuran bagi tujuan
memperoleh modal untuk perdagangan. Tidak banyak catatan yang dapat
dikemukakan bagi menjelaskan perkara ini.
• Menurut K.N. Chaudhuri, ada tiga cara bagaimana para pedagang
memperoleh modal mereka. Pertama, melalui kekayaan keluarga dan juga
bantuan daripada komuniti pedagang itu. Kedua, melalui pelaburan dan
modal golongan elit pemerintah dan ketiga, melalui percaturan nasib.[1]
Walaupun Chaudhuri mengemukakan pendapatnya berlandaskan contoh-
contoh perdagangan di Asia Tengah dan Asia Selatan, akan tetapi contoh-
contoh itu dapat disesuaikan dengan perdagangan di Asia Tenggara.

[1] K.N.Chaudhuri,1985. Trade and Civilisation in the Indian Ocean,
Cambridge University Press, hlm.211-212.
• Cara memperolehi modal yang pertama yang dianjurkan oleh
K.N.Chaudhuri itu tidak asing kepada pedagang China dan India, walaupun
mereka berpengkalan di Asia Tenggara akan tetapi agak kurang meluas di
amalkan di kalangan pedagang-pedagang Melayu. Tidak ada bukti yang
menunjukkan bahawa wujud golongan usahawan atau komuniti pedagang
yang besar dalam kalangan masyarakat Melayu biasa. Yang ada hanyalah
dalam kalangan bangsawan. Justeru itu, untuk memperoleh modal cara
begini agak sukar sedikit.
• Bagi cara pengumpulan modal yang kedua memang telah lumrah di
Nusantara, iaitu menguruskan pelaburan dan kewangan golongan elit
pemerintah. Memang pada abad ke-18, sebahagian besar daripada
usahawan Melayu terdiri daripada golongan bangsawan. Merekalah yang
memperoleh kuasa dan modal bagi menjalankan sesuatu perdagangan.
Pengumpulan modal bagi mereka tidak menjadi masalah kerana kedudukan
mereka sebagai pemerintah yang berhak mengutip cukai daripada
pedagang dan rakyat. Di samping itu, mereka berhak memonopoli sesuatu
barangan seperti kain, beras, candu, timah dan lada hitam. Oleh sebab
mereka sendiri tidak menjalankan perdagangan itu kerana kedudukan
mereka sebagai orang yang dimuliakan, maka modal dan pelaburan mereka
dalam perdagangan diuruskan oleh orang lain. Justeru itu, kita dengar
tentang wujudnya jawatan saudagar raja atau wakil-wakil perdagangan
golongan ini yang biasanya terdiri daripada para nakhoda perahu yang
membawa barangan dagangan itu.
• Cara yang ketiga yang dinyatakan oleh Chaudhuri itu mungkin
wujud juga di Nusantara, akan tetapi oleh sebab kurangnya
dokumen atau catatan tempatan zaman itu, maka sukar untuk
membuktikannya. Namun demikian, di kawasan Asia Tenggara
khususnya di sekitar Selat Melaka, wujud dua cara lagi bagi
pedagang mengumpulkan modal. Pertama yang berkaitan dengan
perdagangan komenda. Dalam sistem perdagangan begini,
biasanya nakhoda mempunyai syer barangan yang mereka bawa
walaupun mereka dibayar gaji atau upah. Justeru itu, nakhoda tidak
perlu mengeluarkan modal untuk memperoleh barangan
dagangannya, malah modal telah disediakan oleh pedagang-
pedagang yang mengunakan perahu yang dinakhodainya itu.
Dalam sistem ini, para nakhoda itu sendiri merupakan pedagang,
malah menurut Anthony Reid dan R. Fernando, para nakhoda itulah
merupakan asas kepada kelas usahawan Melayu.[1]

[1] Reid A. dan Fernando R. 1994. “Shipping on Melaka and
Singapore as an Index of Growth, 1760-1840,” kertas kerja di
Conference of International Association of Historian of Asia,
University Sophia, Tokyo, September, hlm.12.
Mata wang.
• Mata wang merupakan alat yang paling penting dalam perdagangan. Ini
membolehkan pihak penjual mendapat bayaran dan pihak pembeli mendapat
barangan dengan mudah. Sebelum diperkenalkan mata wang, masyarakat
Melayu mengamalkan sistem pertukaran barangan atau dikenali sebagai
‘barter trade’. Masyarakat Melayu suka mengamalkan berbagai-bagai
kegiatan ekonomi untuk mendapatkan wang . Kegiatan-kegiatan ekonomi
mereka lebih bertumpu kepada kerja-kerja bercucuk tanam dan bagi
masyarakat yang tinggal di tepi pantai atau sungai mereka lebih suka
menangkap ikan.
• Masyarakat di sebelah timur mempunyai sejarah ketamadunannya
sendiri, sejarah ketamadunnya boleh dikatakan membanggakan. Ini
dibuktikan melalui sistem pertukaran barangan atau ‘barter trade’ yang
diamalkan oleh masyarakat timur sebelum diperkenalkan sistem mata wang.
Pengunaan mata wang di sebelah tamadun timur lebih awal diperkenalkan
sebelum berkembang ke tamadun barat. Pelabagai ‘mata wang’ telah
digunakan oleh masyarakat tamadun timur sebagai media pertukaran. Salah
satu jenis ‘mata wang’ yang mula-mula digunakan ialah cengkerang cowrie
atau ‘siput Gerus’. Tidak lama selepas itu, Cowrie juga telah diserapkan
sebagai media yang sama secara sederhana di seluruh Semenanjung Tanah
Melayu sehinggalah duit pertama diedarkan kepada umum untuk
menggantikan bahan-bahan seperti debu emas atau logam batang perak dan
ketul timah.
• Hal ini telah terbukti di Melaka sebelum tahun 1400.
Dalam tahun 1445-1459 semasa pemerintahan Sultan
Muzaffar Shah telah memperkenalkan jenis mata wang
timah atau ‘cash’. ‘Cash’ ini hanya digunakan untuk
urusan-urusan kecil sahaja. Sekiranya banyak jumlah
yang digunakan, maka satu unit yang dipanggil sebagai
‘calaim’. Nilainya adalah sama dengan 1 kati 8 tahil
( lebih kurang 2 paun ) timah tulin atau timah buku.
• Adalah agak sukar untuk memberikan gambaran
yang sebenar tentang penggunaan mata wang di negara
ini pada peringkat permulaannya kerana tidak adanya
satu badan khas yang mengawal kedudukan dan
penggunaannya.
• Sungguhpun begitu negara ini memanglah telah
lama dikenali sebagai nara perdagangan yang
termashyur. Maka itu buat beberapa lamanya sistem
pertukaran telah berjalan dan dengan setiap ketua, baik
Raja ataupun Sultan pada setiap negeri telah
menetapkan bentuk mata wang mereka sendiri.
• Sebagaimana kita maklum, negara ini telah banyak
mengeluarkan hasil galian terutamanya bijih timah. Hasil
galian bijih timah ini tentu sekali mempengaruhi
penghasilan mata wang yang diperbuat daripada timah.
• Negeri Terengganu mula memperkenalkan mata wang
sendiri dalam lingkungan abad ke 16, 17 dan 18 Masihi.
Kerajaan Terengganu membentuk duit-duit tempatan
sendiri bertujuan untuk menampung kepesatan
perkembangan perdagangannnya pada ketika itu.
Bahan-bahan yang terdiri daripada kepingan logam
emas dan timah diperlukan untuk menghasilkan duit-duit
tempatan ini. Kesemua duit-duit tempatan yang
diperkenalkan oleh kerajaan Terengganu ini diterima
pakai oleh semua negeri di Semenanjung Tanah Melayu
kecuali Melaka.
• Jenis nilai yang digunakan dan diperbuat dari logam emas adalah
merupakan jenis nilai ‘Mas’ dan ‘Kupang’. Rupa bentuk duit ini sama
seperti yang diedarkan oleh Kesultanan negeri Johor, dan pada
masa itu juga kegunaan duit negeri Johor telah disahkan dan
diperlakukan di negeri Terengganu tanpa sekatan dan larangan. Ini
merupakan mata wang dagangan yang paling popular dan diterima
dengan baik oleh semua pihak.
• Oleh kerana negeri Terengganu tidak memiliki hasil-hasil
logam emas ini maka hasil-hasil logam emas ini dibeli dan
diperolehi dari negeri jirannya iaitu negeri Pahang atau negeri
Kelantan. Kerajaan negeri Terengganu beranggapan bahawa
adalah lebih mudah dan senang menggunakan duit-duit emas yang
di bawa masuk melalui dagangan dari negeri Johor dan Kelantan
dengan tidak payah membentuknya sendiri.
• Pada kurun ke-18 duit emas jenis ‘Kupang’ itu dibuat
bersamaan dengan 12 ½ sen atau 1 rial, daripada “dolar
Sepanyol”, di mana pada masa itu “dolar Sepanyol” ini telah
dijadikan unit asas mata wang di seluruh Tanah Melayu. Di negeri
Terengganu ini dipercayai bahawa duit-duit emas jenis nilai Mas
dan Kupang itu diedarkan dalam lingkungan masa dua
pemerintahan.
• Walau bagaimanapun apabila dikaji secara teliti didapati
bahawa duit-duit ini dikeluarkan di masa pemerintahan
Sultan Zainal Abidin 1 (1702-1726). Ini dapat dipastikan
dengan bukti bahawa di permukaan duit itu tertera
dengan nama Sultan Zainal Abidin Shah dan sebelah
belakangnya dengan kata-kata pujian Khalifatul
Mukminin dalam bentuk tulisan jawi/ Arab dan ianya
tidak bertarikh, kecuali pasa satu jenis yang dijumpai
mengandungi tahun hijrah 1120 A.H. bersamaan 1708.
Oleh kerana duit-duit yang ditemui sehingga ini hanyalah
tertera dengan nama Sultan Zainal Abidin sahaja, maka
besar kemungkinan bahawa Sultan Zainal Abidin 11
(1793-1808) juga turut mengedarkan duit emas yang
sama semasa pemerintahan baginda.
Pitis Timah.
• Di Terengganu, selain duit-duit emas, duit-duit pitis yang terbentuk
menggunakan logam timah juga dibuat untuk menampung kekurangan duit-
duit emas dan “dolar-dolar” asing yang digunakan secara meluas di bandar-
bandar negeri Terengganu.Hingga pada hari ini tidak pula dipastikan bilakah
mulanya duit “pitis” yang pertama diedarkan, kerana kesemua pitis yang
awal ini tidak mempunyai tarikhnya. Selain dari itu pitis-pitis ini tidak pula
mempunya lubang tengah seperti yang diedarkan di negeri Kelantan. Di
muka hadapannya tertera perkataan “Malik- ul- Adil” dalam tulisan Jawi/
Arab yang bermaksud ‘Sultan Adil’ dan dibelakangnya tertera dengan
perkataan “ Khalifatul Mukminin” yang bermaksud ‘Khalifah Amanah’.
• Lama kemudiannya diikuti pula dengan satu siri baru “pitis” yang
dibentuk secara kasar dan bertarikh pada tahun 1892. Pitis ini boleh
ditukarkan dengan jenis nilai iaitu 10 pitis bersamaan dengan jenis nilai 1
sen dari “Dolar Mexico”. Mengikut laporan yang dibuat oleh Hugh Clifford
dan pada akhir tahun 1894 Sultan telah mengedarkan 3 juta duit jenis nilai
pitis ini untuk kegunaan umum dan pada awal tahun 1895 baginda sultan
telah menyerahkan hak pengeluaran pitis itu kepada permaisuri-permaisuri
baginda sebagai sara hidup. Tiap-tiap seorang daripada mereka boleh
mengeluarkan pitis yang berjumlah 96,000 keping sebulan.
• Menurut Muhammad Salleh bin Haji Awang dalam
bukunya yang bertajuk Sejarah Darul Iman hingga 1361
H (1942M) adapun hak pembahagiaan yang diperolehi
kerana membuat wang keping baharu ialah 245 peratus
dan hak kuasa membuatnya sebanyak 96,000 keping
sebulan telah diberi oleh kerajaan kepada Tengku Puteri,
Putri Sultan Daik isteri baginda. Kebenaran yang sama
telah juga diberi kepada Cik Kalsum binti Haji Daud
( seorang isteri baginda). Ini bermakna masing-masing
mendapat hasil sebanyak $700.00 sebulan.[1]

[1] Muhammad Salleh Hj. Awang, Sejarah Darul Iman
Hingga 1361H(1942M) Edisi Baru, Kuala Terengganu,
Terengganu, Persatuan Sejarah Malaysia cawangan
Terengganu,1992, hlm.208.
• Oleh kerana pitis ini amat senang ditiru dan ianya telah ditarik balik
pengeluarannya dengan secepat mungkin. Pada tahun 1904, jenis
nilai baru iaitu ½ sen yang ganjil telah dikeluarkan mengandungi
ayat yang tertera – “ Daerah Takluknya Terengganu tarikh 1322 AH
(1904)”. Dari ayat yang tertera ini boleh dipastikan bahawa
pengeluarannya telah dikawal oleh ketua-ketua daerah dan
bukannya sultan. Walau bagaimanapun pitis ini mungkin telah
dikeluarkan dengan keizinan dari baginda Sultan memerintah dan
reka bentuknya mengandungi ayat tulisan khat yang berbunyi
“Kerajaan”.
• Pada tahun 1907, apabila duit baru ini diedarkan, walaupun
negeri Terengganu dikatakan menjadi sebahagian dari jajahan dan
kawalan Siam, tetapi duit rasmi negeri iam tidak digunakan sebagai
duit tempatan. Sebaliknya duit yang baru ini diedarkan dengan jenis
nilai “sen” iaitu 1 dari perpuluhan 100 sen, walaupun begitu nilai
sebenar yang diperlakukan untuk beniaga hanya tiga suku (3/4)
daripada duit sen tembaga keluaran Negeri-negeri Selat.
• Di belakang duit ini juga tertera dengan ayat Jawi “Kerajaan
Terengganu 1325” di kelilingi dengan bulatan titik-titik, diluarnya
pula terdapat 3 bintang yang membahagi-bahagikan huruf S, Z, dan
A, singkatan bagi nama Sultan Zainal Abidin.
• Semua duit baru ini dikilang menggunakan alat moden dan dikilang
satu demi satu tangan. Jenis nilai ½ dan ¼ sen ditambah dan
diedarkan bersama-sama duit-duit yang lain.
• Pada tahun 1920, negeri Terenganu telah mengalami
kekurangan duit dan kerajaan negeri terpaksa mengilang duit baru
untuk menampung kekurangan wang yang telah menjejas ekonomi
negeri. Kerajaan terpaksa menggunakan semula acuan yang
bertarikh 1907. Tetapi selepas itu duit ini ditarik semula daripada
edaran dan ini telah disempurnakan pada tahun 1921. Mengikut
rekod yang ada, duit jenis nilai ini telah di kilang sebanyak 1 juta
keping.
• Dalam jangka masa yang sama orang-orang Cina yang datang
bekerja di ladang-ladang dan di lombong-lombong bijih biasanya
dijagai oleh seorang ketua yang bergelar “Kapitan Cina” dan
beliaulah yang dipertanggungjawabkan segala urusan dari sara
hidup hinggalah kepada soal kebajikan. Kapitan Cina telah
dianggap sebagai orang tengah di antara anak buahnya dengan
Kerajaan ataupun Raja yang memerintah.
Jokoh Keramik
• Sehingga kurun ke-20, kerajaan negeri Terengganu telah mendapat hasil
cukai yang banyak dari pengeluaran lesen-lesen tempat perjudian orang-
orang Cina melalui “Kapitan Cina”. Hasil yang banyak juga diperolehi
daripada pengeluaran buah dadu dan “ganti duit” yang dibuat khas untuk
perjudian di tempat yang diluluskan oleh kerajaan. Tetapi ganti duit ini pada
mulanya hanya boleh diperlakukandi tempat khas itu sahaja dan tidak boleh
digunakan di tempat yang lain walaupun keadaan dan jenis nilainya itu
sama.
• Oleh kerana kerajaan selalu sahaja mengalami kekurangan duit biasa
atau duit rasmi, ganti duit ini lama-kelamaannya telah diterima sebagai
bayaran untuk membeli belah barang keperluan dari kedai-kedai runcit yang
mana biasanya pemilik kedai (penjual) itu adalah salah seorang dari
golongan yang kerap bermain judi bersama orang-orang tempatan
dibeberapa khemah perjudian dari mana ganti duit yang diperolehnya itu
boleh digunakan semula. Lama-kelamaannya ganti duit ini telah menjadi
satu perkara yang tidak boleh dipisahkan dari masyarakat umum di mana
kemudiannya bebas digunakan di pasar-pasar dan di kedai-kedai runcit
yang lain.
• Pada mulanya ganti duit yang awal dan tulin telah
dibawa masuk dari Siam dan biasanya dibuat dengan
bahan keramik. Apabila kekurangan ganti duit yang
diimport ini juga dirasai maka ganti duit tempatan pula
dibuat dan yang menggunakan teknik yang serupa dan
rasmi dikeluarkan oleh kerajaan . Ganti duit ini dibentuk
mengandungi nama kedai judi atau “kongsi” yang
bertanggungjawab mengeluarkannya supaya kawalan
rapi dapat dibuat untuk membayar cukai kepada
kerajaan negeri.
• Perbelanjaan untuk membuat ganti duit seperti ini
sangat rendah dari nilai sebenarnya dan dengan itu juga
telah mengakibatkan banyak diantaranya dibuat dan
dipalsukan dan dengan itu pihak yang bertanggungjawab
sukar untuk mengatasi kerumitan ini dan terpaksa
membentuk dan menukar corak rupa bentuknya supaya
kongsi itu tidak mengalami kerugian.
Jokoh Timah.
• Seketika kemudian timbul lagi satu rupa bentuk ganti duit yang baru
dan diberi nama “Jokoh” dibuat seakan rupa bentuk duit “Cash
China” tetapi ianya menggunakan logam timah. Jokoh baru ini
dinilaikan kepada dolar Sepanyol dan Mexico iaitu 40 jokoh menjadi
1 dollar Sepanyol atau Mexico. Pada akhirnya diluluskan nilainya
yang menjadikan 2 ¼ sen kepada tiap-tiap 1 jokoh. Nilai ini sah
diguna pakai di negeri Kelantan dan Terengganu. Jokoh ini
ditukarkan kepada nilai 1 sen sahaja bagi negeri Pahang.
• Di antara tahun 1870 dan 1893 kesemua jokoh yang diedarkan
di Terengganu senang di kenali oleh kerana tiap-tiap keeping dicap
dengan nama Kapitan Cina yang berkuasa. Selepas itu peluang
untuk membuat jokoh ini diberikan kepada kuasanya kepada
Jurubahasa Sultan dan keraninya ini adalah disebabkan bahawa
mereka ini tidak dibayar gaji oleh sultan tetapi boleh menerima
keuntungan dari pengeluaran jokoh.
• Tiap seorang dari tiga pegawai ini berpeluang
mengeluarkan sebanyak 40,000 jokoh atau ganti duit ini
pada satu tahun. Mereka boleh mendapat keuntungan yang
besar dari ini kerana belanja membuat jokoh yang bernilai
2 ½ sen itu hanya ½ sen sahaja dan ini bermakna
keuntungannya pada tiap-tiap keping ialah 2 sen, di mana
pada masa itu nilainya ini boleh disifatkan atau dikira
mendatangkan keuntungan yang besar.
• Lama-kelamaan kerajaan juga telah memberi peluang
kepada saudagar-saudagar dan pekedai-pekedai yang
besar di negeri Terengganu untuk mengeluarkan jokoh
yang sama.
• Tiap keping jokoh itu dicapkan nama pemiliknya.
Contohnya pemiliknya bernama “Wee Sin Hee”, maka muka
depan jokoh itu akan melambangkan dua ekor harimau dan
di kiri kanan lubang tengahnya dan nama pemilikinya iaitu
“Sin” dan “Hee” di dalam tulisan jawi di atas dan di
bawahnya. Di muka belakangnya akan tertera dengan
tulisan Cina yang berbunyi “Teck Soom Kongsi” dan
“Konggu” manakala di luar bulatan yang bertitik pula tertera
“Wee Sin Hee” serta tarikh “1907” dalam bentuk romanised.
• Akhir sekali, di negeri Terenganu ini ada satu lagi jenis
ganti duit yang dikeluarkan oleh saudagar Singapura
khas untuk digunakan di negeri Terengganu. Ianya
dibentuk menggunakan kepingan tembaga dan
berukuran garis pusat 21 mm. Di muka hadapannya
dalam bentuk tulisan jawi “Negeri Terengganu”
manakala di bahagian belakangnya pula tertera “Satu
Keping 1251 A.H.” ini bermakna ganti duit ini bertarikh
1835. Sunguhpun demikian ganti duit ini hanya
digunakan buat beberapa tahun sahaja dan selepas itu
digantikan dengan duit yang dikeluarkan oleh kerajaan
British “Straits Settlements”.
• Nilai Pertukaran
• (i) Pada awal kurun ke-19
• 1 Kupang = 400 pitis
• 1 Mas = 1600 pitis
• 1 Dollar Sepanyol = 3,200 pitis
• (ii) Pada pertengahan kurun ke-19
• 10 pitis = 1 Keping baharu
• 3 Keping Baharu = 1 kenderi ( unit akaun )
• 4 Kenderi = 1 Kupang.
• 4 Kupang = 1 Mas
• 2 Mas – 960 pitis = 1 Dolar Mexico
• (iii) Pada akhir kurun ke- 19.
• 24 pitis = 1 Jokoh
• 5 Jokoh = 1 Kupang
• 20 Jokoh = 1 Mas
• 40 Jokoh = 1 Dolar Sepanyol / Mexico.[1]


[1] Mohd kassim Hj. Ali, Sejarah Ringkas Mata Wang Terengganu, Persatuan Muzium Malaysia,
Kuala Lumpur 1984, hal. 35-37.

Vous aimerez peut-être aussi