Vous êtes sur la page 1sur 22

AJARAN SESAT

IMPAK KEPADA MASYARAKAT


DAN
PERANAN KERAJAAN DALAM MENANGANINYA

MOHD FAIRUZ, NOOR ARIFFIN, MOHD ZAINI


Ajaran Sesat: Impak Kepada Masyarakat dan Peranan Kerajaan Dalam Menanganinya

1. PENDAHULUAN

Allah s.w.t mengutus Nabi Muhammad s.a.w. membawa agama (Islam) yang suci lagi penuh

kelapangan, serta syariat yang lengkap dan meliputi keseluruhan kehidupan manusia bagi

menjamin kebersihan dan kemuliannya serta menyampaikan mereka ke puncak ketinggian dan

kesempurnaan.

ِ ۖ ‫ت َوٱ َ ۡر‬
‫ض‌ ٓاَل إِلَ ٰـ ـهَ إِاَّل هُ ـ َو‬ ُ ‫ۥ ُم ۡل‬ ُ‫قُ ۡل يَ ٰـٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنِّى َرسُو ُل ٱهَّلل ِ إِلَ ۡيڪُمۡ َج ِميعًا ٱلَّ ِذى لَه‬
‫ك ٱل َّس َم ٰـ َوٲ ِ أۡل‬

ۡ‫ڪلِ َم ٰــــتِ ِهۦ َوٱتَّبِعُـــوهُ لَ َعلَّڪُم‬ ۡ ‫وا بِٱهَّلل ِ َو َر ُســـولِ ِه ٱلنَّبِ ِّى ٱأۡل ُ ِّم ِّى ٱلَّ ِذى ي‬
َ ‫ُـــؤ ِم ُن بِٱهَّلل ِ َو‬ ‌ُۖ ‫ي ُۡح ِىۦ َويُ ِم‬
ْ ُ‫يت فَٔـََٔـا ِمن‬

َ ‫تَ ۡهتَ ُد‬


)١٥٨( ‫ون‬
“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh

Allah kepada kamu semuanya, (di utus oleh Allah) yang menguasai langit dan bumi, tiada

Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu,

berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah

dan Kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya) dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayat

petunjuk”.1

Allah s.w.t telah mengatakan tiada Tuhan lain selain Dirinya yang menguasai langit dan bumi.

Kenapa masih ada manusia yang hina ingin mengaku dia mempunyai kerajaan langit dan dialah

tuhan bagi semua agama.

Kenapa ada yang mengaku dia mempunyai kerajaan langit? Kenapa ada yang mengaku dia

adalah utusan Allah. Apakah kesannya terhadap masyarakat dan apakah tindakan pihak

kerajaan dalam mengatasi masalah ini?


1
Surah (Al-Araf : Ayat 158).

1
Ajaran Sesat: Impak Kepada Masyarakat dan Peranan Kerajaan Dalam Menanganinya

ۖ
‫صـ ۡر بِ ِهۦ َوأَ ۡسـ ِم ۡۚ‌ع َمــا لَهُم ِّمن ُدونِ ِهۦ ِمن َولِ ۬ ٍّى‬ ‌ِۖ ‫ت َوٱأۡل َ ۡر‬
ِ ‫ض أَ ۡب‬ ‌ْ ُ‫قُ ِل ٱهَّلل ُ أَ ۡعلَ ُم بِ َما لَبِث‬
ِ ‫ۥ َغ ۡيبُ ٱل َّس َم ٰـ َوٲ‬ ُ‫وا لَه‬

)٢٦( ‫ك فِى ح ُۡك ِم ِۤۦه أَ َح ۬ ًدا‬


ُ ‫َواَل ي ُۡش ِر‬

“Katakanlah (wahai Muhammad): Allah jua yang mengetahui tentang masa mereka tidur;

bagiNyalah tertentu ilmu pengetahuan segala rahsia langit dan bumi; terang sungguh

penglihatanNya dan jelas sungguh pendengaranNya (terhadap segala-galanya)! Tidak ada bagi

penduduk langit dan bumi pengurus selain daripadaNya dan Dia tidak menjadikan sesiapapun

masuk campur dalam hukumNya”.2

Di sini penulis ingin memperkatakan masih ramai yang tidak mengenali atau mengetahui

apakah Islam yang sebenar dan pengertian Islam dalam kehidupan manusia. Manusia masih

lagi tercari-cari apakah Islam yang sebenar. Oleh yang demikian wujudlah manusia yang

bernama ‘Ayah Pin’ mengambil kesempatan dari kelemahan manusia itu.

Timbulnya ajaran-ajaran dan amalan-amalan sesat di dalam masyarakat Islam di Malaysia

bukanlah satu perkara yang baru dan tidak disedari tetapi kadang-kadang ajaran sesat itu tidak

dapat dikatakan sesat keseluruhannya kerana ada bercampur aduk diantara benar dan

salah.Akidah Islam adalah berpusat kepada kepercayaan kepada Allah SWT , Malaikat , Rasul-

rasul, Kitab Al-Quran , Qada’ dan Qadar dan percaya kepada hari kiamat.

 Dari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya : Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah

SAW pada suatu hari, tiba-tiba mucul di dalam majlis itu seorang laki-laki yang berpakaian

serba putih, berrambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara

kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan kedua

2
Surah (Al-Kahf : Ayat 26)
2
Ajaran Sesat: Impak Kepada Masyarakat dan Peranan Kerajaan Dalam Menanganinya

lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas

kedua paha Rasulullah SAW, lalu berkata : Sipemuda : Khabarkan aku tentang Islam ?

Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan melainkan Allah

Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang,

mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah

apabila berdaya ke sana. Sipemuda : Benar katamu. ( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan

kepada tingkah laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya )

Sipemuda : Khabarkanlah kepada ke tentang Iman ? Rasulullah : Hendaklah engkau beriman

kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat dan

hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya. Sipemuda :

Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan ? Rasulullah : Hendaklah engkau

menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya

sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau. Sipemuda : Khabarkan padaku tentang

hari kiamat ?. Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang

bertanya. Sipemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ? Rasulullah : Apabila hamba

perempuan melahirkan tuannya sendiri ; Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam,

tidak berpakaian, pengembala kambing ( berbangga ) membina bangunan yang tinggi-tinggi.

( Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis tersebut ) : Rasulullah : Tahukan anda

wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal kau tadi ? Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya

jua yang mengetahui. Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk

mengajarkan kamu pelajaran agama kamu.3

3
http://www.freewebs.com/hadith40/hadis15.htm
3
Ajaran Sesat: Impak Kepada Masyarakat dan Peranan Kerajaan Dalam Menanganinya

2. TAKRIF AJARAN SESAT

Ajaran sesat ialah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau

bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran dan amalan mereka itu berdasarkan ajaran Islam,

sedangkan hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan daripada Islam

berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah serta bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal

Jamaah.

( ‫ضلَ ٰـ ۭ ِل بَ ِعيــ ۬ ٍد‬ َ ‫ص ُّدونَ عَن َسبِي ِل ٱهَّلل ِ َويَ ۡب ُغونَہَا ِع َو ًج ۚا‌ أُوْ لَ ٰـ ٓ ِٕٕٮِـ‬
َ ‫ك فِى‬ ُ َ‫ٱلَّ ِذينَ يَ ۡستَ ِحبُّونَ ۡٱل َحيَ ٰوةَ ٱل ُّد ۡنيَا َعلَى ٱأۡل َ ِخ َر ِة َوي‬

“Orang-orang yang mengutamakan dunia lebih daripada akhirat dan menghalangi manusia dari

jalan agama Allah, serta menghendaki jalan itu menjadi bengkok terpesong, mereka itulah

orang-orang yang terjerumus ke dalam kesesatan yang jauh terpesongny”.(3)4

3. WUJUDNYA AJARAN SESAT DI KALANGAN MASYARAKAT

Umat Islam pada hari ini seolah masih tidak memahami, seolah masih tidak menyakini bahawa

telah sempurna Islam ini sehingga tidak perlu ditokok tambah oleh sesiapa. Sebenarnya ajaran

sesat berlaku akibat tidak berimannya umat Islam kepada satu prinsip Islam iaitu

“Kesempurnaan Islam sebagai Deen di sisi Allah s.w.t.” Sesungguhnya prinsip ini telah disebut

oleh Allah s.w.t dalam firmannya:

“Pada hari ini telah aku sempurnakan pada kamu akan agama kamu dan aku sempurnakan

nikmatku pada kamu dan aku meredhai Islam sebagai agama kamu.”5

4
Surah Ibrahim- Ayat 3.
5
Surah Al-Maidah , Ayat :3
4
Ajaran Sesat: Impak Kepada Masyarakat dan Peranan Kerajaan Dalam Menanganinya

Ajaran sesat yang datang dalam pelbagai bentuk dan gaya, malah berselindung di sebalik nama

tertentu yang melambangkan keislaman menjadi satu ancaman besar kepada umat Islam.

Sesetengahnya menggunakan nama aliran tarikat dan kumpulan zikir, membuatkan ramai

orang terkeliru dan terpengaruh, malah menjadi taksub dengan segala yang dibawa oleh ketua

mereka. Tetapi hakikatnya fahaman yang dibawa oleh golongan sesat ini bertentangan dengan

akidah dan syariat Islam, malah jauh tersasar daripada anjuran al-Quran dan sunnah Rasulullah

s.a.w. Tanpa sedar atau tidak mungkin kerana kejahilan mereka sebenarnya turut kufur dan

tidak beriman kepada Rasulullah dengan tidak yakinnya mereka kepada hadis baginda yang

sahih apabila baginda s.a.w bersabda:

“ Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu urusan baru dalam agama kami sedang ia bukan

dari bukan dari kami maka sesungguhnya ianya di tolak”6.

Walau pun penampilannya dengan pelbagai rupa dan nama, sesuatu ajaran itu boleh dikenali

sebagai sesat dengan melihat kepada beberapa kriteria yang jelas menyeleweng, antaranya:

 Dakwaan Allah menjelma dalam diri guru atau seseorang.

 Dakwaan guru mereka sebagai nabi atau malaikat.

 Mengamalkan nikah batin.

 Dakwaan guru mereka memegang kunci pintu syurga dan pengikut mereka saja

dijamin syurga.

 Mendakwa guru mereka boleh menebus dosa dengan wang atau harta.

 Percaya guru mereka menerima wahyu.

6
Hadith sahih dsepakati Bukhari 156 Jilid 8 & Muslim no 4467
5
Ajaran Sesat: Impak Kepada Masyarakat dan Peranan Kerajaan Dalam Menanganinya

 Syeikh atau guru mendakwa mempunyai mukjizat.

 Mengaku mengetahui perkara ghaib.

 Meninggalkan solat Jumaat kerana mengamalkan suluk (mengasingkan diri di

tempat tertentu seperti gua atau bukit.

 Mendakwa ajaran dibawa mereka diambil terus dari Rasulullah s.a.w secara jaga.

 Dakwa mampu berbicara dengan Rasulullah bagi menyelesaikan masalah semasa.

Sesetengahnya berselindung dengan amalan berzikir tetapi yang sebenarnya lain pula

diucapkan dan dilakukan. Malah, niat mereka juga lain. Jika tidak mengapa perlu berzikir di

dalam gelap, malah ada pula bercampur bebas lelaki dan wanita. Mereka mendakwa berzikir,

tetapi mereka sendiri tidak mengerti maksud dan hakikat zikir, jelas menunjukkan kejahilan

mereka. Tetapi anehnya, masih ada yang terkeliru dan terpengaruh, lalu menjadi pengikut setia.

Ada pula yang berpegang solat hanya kepada niat, menghalalkan apa yang diharamkan oleh

Allah atau sebaliknya, malah menyerahkan diri sepenuh jiwa raga kepada guru melalui nikah

batin, semuanya bertentangan dengan syariat.

Firman Allah SWT :

‫اس َعلَ ۡيہَـ ۚا‌ اَل تَ ۡبـ ِدي َل‬َّ ‫ن‬ ‫ٱل‬ ‫ر‬ ‫ـ‬َ ‫ط‬َ ‫ف‬ ‫ى‬ ‫ت‬َّ ‫ٱل‬ ‫هَّلل‬‫ٱ‬ َ
‫ت‬ ‫ر‬ ‫ـ‬
‫ط‬ۡ ‫ف‬ ۚ
‫ا‬
‌ ً
‫ـ‬ ۬ ‫فَـأَقمۡ و ۡجهـك للـ ِّدين حني‬
‫ف‬
َ َ ِ ِ َ ِ َِ ِ ِ َ َ َ ِ

َ ‫اس اَل يَ ۡعلَ ُم‬


)٣٠( ‫ون‬ ۡ َ‫ين ۡٱلقَيِّ ُم َولَ ٰـ ِك َّن أ‬
ِ َّ‫ڪثَ َر ٱلن‬ َ ِ‫ق ٱهَّلل ۚ‌ِ َذٲل‬
ُ ‫ك ٱل ِّد‬ ۡ
ِ ‫لِ َخل‬

6
Ajaran Sesat: Impak Kepada Masyarakat dan Peranan Kerajaan Dalam Menanganinya

(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu,

wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) agama Allah, iaitu

agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk

menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang

betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (30) 7

Kumpulan ajaran sesat sekiranya tidak dibasmi boleh meruntuhkan kerukunan beragama dalam

masyarakat, malah secara tidak langsung merobek imej Islam itu sendiri, sebagai satu agama

murni dan jalan hidup paling ideal.

Menyedari bahaya ancaman terbabit, umat Islam seharusnya sentiasa berwaspada sepanjang

masa, terutama apabila berdepan dengan dakwaan mengelirukan sesetengah pihak, kononnya

merekalah yang terbaik dan paling selamat.

Allah mengingatkan kepada hamba-Nya agar sentiasa berpegang teguh dengan agamanya iaitu

Islam melalui firman-nya dalam al-Quran iaitu :-

( َ‫ص ٰٮ ُكم بِ ِهۦ لَ َعلَّڪُمۡ تَتَّقُون‬


َّ ‫ق بِ ُكمۡ عَن َسبِيلِ ِۚۦ‌ه َذٲلِ ُكمۡ َو‬ ْ ‫ٲطى ُم ۡستَقِي ۬ ًما فَٱتَّبِعُو ۖ‌هُ َواَل تَتَّبِع‬
َ ‫ُوا ٱل ُّسب َُل فَتَفَ َّر‬ ِ ‫َوأَ َّن هَ ٰـ َذا‬
ِ ‫ص َر‬
)١٥٣

“Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku yang betul lurus, maka hendaklah kamu

menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang

lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah. Dengan yang demikian itulah Allah

perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa”8.

7
Al- Rum Ayat 30
8
Surah Al-Anaam Ayat 153
7
Ajaran Sesat: Impak Kepada Masyarakat dan Peranan Kerajaan Dalam Menanganinya

Umat Islam perlu kembali kepada ajaran al-Quran dan sunnah, memahami kandungannya

serta melipat gandakan usaha dakwah dengan menekankan aspek pengukuhan akidah,

menjaga sahsiah diri dan mematuhi segala yang disyariatkan.

8
Ajaran Sesat: Impak Kepada Masyarakat dan Peranan Kerajaan Dalam Menanganinya

4. Ancaman ajaran sesat kepada umat Islam dan negara

 Mencela ulama dan fuqaha

Kebanyakan penganjur ajaran sesat mendakwa diri dan pengikutnya sebagai manusia yang

engetahui segala ilmu hakikat dan telah mencapai ke maqam yang tinggi serta menolak syariat.

Mereka meletakkan taraf ulama kepada dua iaitu ulama zahir dan batin. Ulama zahir dianggap

hanya mengetahui perkara-perkara zahir seperti ulama pada hari ini sedangkan diri mereka

diletakkan taraf yang lebih tinggi dan mulia kerana mengetahui rahsia batin dan ilmu hakikat.

Firman Allah SWT:

َ ‫َو َمن يَ ۡبتَ ِغ َغ ۡي َر ٱإۡل ِ ۡسلَ ٰـ ِم ِدي ۬نًا فَلَن ي ُۡقبَ َل ِم ۡنهُ َوهُ َو فِى ٱأۡل َ ِخ َر ِة ِم َن ۡٱل َخ ٰـ ِس ِر‬
‫ين‬
)٨٥(
Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada

hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. (85)9

 Membuat takwilan dalam agama

Guru ajaran sesat berani melakukan takwilan-takwilan terhadap ayat-ayat al-Quran dan Hadis

dengan membuat huraian-huraian tanpa asas syarie. Mereka terpengaruh dengan ajaran

batiniah dan menggunakan doktrin batin dan takwil dalam menghuraikan konsep wujudiah. Hal

ini dapat dilihat dalam bentuk takwil terhadap kalimah-kalimah atau lafaz-lafaz yang berkaitan

dengan ibadah seperti angka dan pandangan huruf.

9
Surah Al-E-Imran Ayat 85
9
Ajaran Sesat: Impak Kepada Masyarakat dan Peranan Kerajaan Dalam Menanganinya

● Mereka yang mengikuti ajaran sesat ini akan menghadapi berbagai masalah seperti masa

akan terbuang begitu sahaja, minda akan tertutup dan menjadi tidak rasional serta fanatik,

kehidupan juga tidak stabil.

● Dalam masyarakat pula institusi kekeluargaan akan mengalami masalah keruntuhan,

perpaduan akan tergugat sedangkan pada masa kini kehidupan kita aman dan sentosa dan

terdapat juga keganasan yang akan berlaku.

 Negara pula akan mengalami kemunduran, tidak stabil, ekonomi negara yang selama ini

berkembang pesat akan terjejas dan kestabilan politik akan tergugat.Negara-negara lain

yang dahulunya menjalinkan kerja sama yang rapat dengan negara kita akan menarik diri

untuk meneruskan hubungan politik dan ekonomi.

 Kepentingan peribadi dan seks

Kebanyakan ajaran sesat ini mempunyai motif dan kepentingan peribadi kepada gurunya

seperti kepentingan terhadap kedudukan, pangkat, kebendaan dan seks bebas dengan

mengamalkan nikah batin. Nikah batin ialah nikah yang dijalankan secara rahsia yang boleh

berlaku sama ada antara guru dengan pengikutnya atau sesama di kalangan pengikutnya yang

tidak terikat dengan hukum syarak.

 Ingin melemahkan perpaduan dan menghancurkan agama Islam melalui

gerakan rahsia

Sejak zaman Rasulullah lagi, terdapat golongan yang ingin merosakkan agama Islam secara

halus tetapi menemui kegagalan. Namun, ketika zaman Khalifah Umaiyyah dan zaman

selepasnya, pelbagai penyelewengan akidah dan syariah telah berlaku. Golongan tertentu telah

menyelewengkan hukum dan syariat Islam seperti ajaran Crypto Mokhtar Hassan yang

10
Ajaran Sesat: Impak Kepada Masyarakat dan Peranan Kerajaan Dalam Menanganinya

menafikan al-Quran, membatalkan sembahyang dan ibadat lain dan ajaran Tajalli atau Hakikat

Insan Ahmad Laksamana yang memperkecil-kecilkan ulama syariat.

 Untuk memecah belahkan perpaduan dan persaudaraan umat Islam

Fahaman Syiah mula tumbuh pada tahun 36H yang diamalkan di Iran, Lubnan dan Pakistan

telah menimbulkan banyak masalah kepada dunia Islam.

• Untuk menguji sejauh mana kefahaman dan ketaatan umat Islam terhadap agamanya

Apabila mereka berjaya dengan motif tersebut, ini memudahkan agama Islam dan umatnya

dihancurkan dan diganti dengan ideologi dan sistem asing.

Ekoran daripada amalan ajaran sesat yang semakin berleluasa, beberapa peristiwa telah

berlaku yang menggugat ketenteraman dan keselamatan awam seperti:

• Tajul Ariffin yang mengaku dirinya Imam Mahdi telah mencederakan imam masjid Rapat Setia,

Ipoh, Perak iaitu Haji Damanhuri bin Haji Abd. Wahab yang berusia 68 tahun pada 7 Julai 1979.

• Pada 16 Oktober 1980, lapan orang ahli kumpulan ajaran sesat yang dipimpin oleh Ahmad

Nasir bin Ismail telah terbunuh dalam peristiwa serangan di Balai Polis Batu Pahat, Johor.

Beberapa anggota polis dan orang awam turut cedera dalam peristiwa tersebut.

• Dua orang lelaki Indonesia yang menyebarkan ajaran sesat di Inanam, Kota Kinabalu, Sabah

cedera ditembak selepas mengamuk di Kompleks Sinsuran, Kota Kinabalu pada 1 Februari

1996.10

10

11
Ajaran Sesat: Impak Kepada Masyarakat dan Peranan Kerajaan Dalam Menanganinya

• Pada 18 Mac 1996, pengikut ajaran sesat Tabarani telah bertindak keterlaluan dengan

memukul Ketua Kampung Pandan Satu, Kuantan, Pahang kerana didakwa menghalang egiatan

mereka.

• Seorang ahli kumpulan ajaran sesat Empat Sahabat di Kampung Kedap, Rantau Panjang,

Kelantan telah ditembak mati dalam satu pertempuran dengan pasukan keselamatan pada 19

Oktober 1974.

5. Teknik penyebar ajaran sesat memikat masyarakat

• Perhati

Penyebar mesti pandai dan memahami hati serta pendirian orang yang dipikat. Mangsa

selalunya seorang yang warak dan kuat mengerjakan amal ibadat. Penyebar ajaran sesat akan

berpura-pura lebih kuat beragama dan beribadat daripada mangsa.

• Beramah mesra

Penyebar cuba mencari jalan untuk mendampingi dan mendekati orang yang hendak

dipengaruhinya. Misalnya, penyebar akan meminta bermalam di rumah orang berkenaan

dengan tujuan mengadakan majlis membaca al-Quran dan dalam syarahannya akan diselitkan

keburukan ulama lain.

• Mencetus keraguan

Jika seseorang itu mengerjakan sembahyang fardu dan sunat dengan tekun dan tidak berhenti-

henti, mereka akan menimbulkan pertanyaan apakah hikmah dan tujuan bersembahyang.

12
Ajaran Sesat: Impak Kepada Masyarakat dan Peranan Kerajaan Dalam Menanganinya

• Gantung tidak bertali

Setelah tujuan penyebar berjaya menimbulkan keraguan dalam pemikiran seseorang dan orang

yang dipikat benar-benar berminat untuk mengetahui pelbagai rahsia seperti rahsia di sebalik

huruf awal surah, sembahyang dan puasa, penyebar seringkali bersikap ‘pura-pura jual mahal’.

Jika didesak penyebar akan meminta mangsa bersabar, banyak mengerjakan sembahyang dan

amal ibadat.

• Ikat

Selepas diberitahu rahsia, mangsa diminta bersumpah tidak membocorkan rahsia. Mangsa

‘diikat lidah’ agar tidak membocorkan ilmu atau rahsia buat selama-lamanya.

• Kesamaran

Penyebar ajaran sesat selalunya mengeluarkan kata-kata yang ‘berat dan kabur’. Contohnya,

“manusia itu ada bermacam pendapat, bertentangan antara satu sama lain. Masing-masing

mengatakan pihaknya betul. Tetapi kita dengan mengenal diri, maka mengenal Allah dan Allah

tidak menyembunyikan kebenaran, manakala orang lain berada dalam keadaan meraba-raba”.

6. Mangsa ajaran sesat terhadap masyarakat

• Mereka yang jahil dan kosong jiwa kerana tidak mempunyai pengetahuan agama yang cukup.

Mereka turut didorong oleh kawan supaya berguru menerusi orang tertentu yang mengajar

secara rahsia dan sulit.

• Mereka yang ghairah mencari ketenangan jiwa dan kesempurnaan terutama menerusi unsur

kerohanian dengan cara jalan singkat tanpa ikut sunnah.

13
Ajaran Sesat: Impak Kepada Masyarakat dan Peranan Kerajaan Dalam Menanganinya

 Golongan yang menyeleweng dalam hal yang berhubung usul. Ini berlaku kerana kurang

kemantapan dalam usul syariah dan tunjangan serta pengetahuan yang lemah dalam shaddik

dan ikhlas. Mereka mendakwa diri hampir dengan Allah dan berada di makam tertinggi.

 Bahawasanya ajaran sesat yang merupakan impak yang merbahaya adalahpalsu,sesat

menyeleweng dan boleh membawa ancaman kepada ketenteraman orang awam serta

merosakkan akidah.

 Oleh yang demikian orang ramai di negara ini hendaklah

menghindar diri daripada terlibat dengan pegangan dan ajaran

sesat yang sedang melanda negara ini dengan pesat, supaya insan pada masa kini dan

akan datang tidak akan terjebak dengan masalah ini.

Firman Allah SWT :

ْ ‫ڪٓافَّ ۬ةً َواَل تَتَّبِع‬


ِ ‫ُوا ُخطُ َوٲ‬
‌‫ت ٱل َّش ۡيطَ ٰـ ۚ ِن‬ َ ‫وا فِى ٱلس ِّۡل ِم‬
ْ ُ‫وا ۡٱد ُخل‬ ْ ُ‫ين َءا َمن‬ َ ‫يَ ٰـٓأَيُّهَا ٱلَّ ِذ‬
)٢٠٨( ‫ين‬ ٌ ۬ ِ‫ۥ لَڪُمۡ َع ُد ۬ ٌّو ُّمب‬ ُ‫إِنَّه‬
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi)

segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya

Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. (208) 11

11
Surah Al- Baqarah Ayat 208
14
Ajaran Sesat: Impak Kepada Masyarakat dan Peranan Kerajaan Dalam Menanganinya

7. Peranan Kerajaan Dalam Menangani Ajaran Sesat

7.1 Peranan Pemerintah

Sebagai sebuah Negara Islam amat menggemparkan apabila muncul di negara ini pelbagai

ajaran sesat dan penyelewangan agama. Di dalam sebuah kerajaan Islam adalah menjadi

tugas pemerintah dalam menjaga dan menangani isu berkaitan agama. Al-Imam Al-Mawardi

As-Syafie (450H) di dalam Al-Ahkam as-Sultaniyah, beliau menggariskan tugas sebuah

kerajaan Islam antaranya, menjaga agama di atas usul-usulnya yang tetap dan yang

diijimakkan ulama’ salaf soleh, serta menjalankan kewajiban hak-hak, hudud agar agama

terjaga daripada kehancuran.12 Ulama Islam juga telah meletakkan lima perkara sangat perlu

dijaga dan dikawal yang di susun mengikut keperluannya. Pertama ialah agama (ad-din), nyawa

(al-nafs), akal (al-aql), keturunan (al-nasl) dan harta benda (al-mal)

Seharusnya kerajaan menguatkuasakan Hukum Hudud yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t di

dalam Al-Quran dan hadis bagi memelihara agama dari kehancuran. Hukum hudud adalah

hukum Allah yang tidak boleh dipinda dan di ubahsuai. Hukum ini akan menggerunkan

golongan yang cuba untuk merosakkan kesucian agama Islam dan menyesatkan akidah umt

Islam. Ada di antara golongan sesat ini secara terangan mengisytiharkan diri mereka telah

keluar dari agama Islam. Golongan ini perlu kita perangi agar tidak terus merosakkan akidah

umat Islam yang semakin meruncing di akhir-akhir ini. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:

Ertinya: Dari Ibnu Abbas ra : Sesiapa yang menukar agamanya (Islam) maka hendaklah kamu

membunuhnya".13

Sabda Rasulullah s.a.w. juga:


12
www.zaharuddin.net Tugas sebuah Negara Islam Al-Ahkam as-Sultaniyah Halaman 27
13
Riwayat Bukhari 2/280; Abu Daud (4351); Tirmizi 145 ; Nasaie, 7/104 dan Ahmad ,1/282
15
Ajaran Sesat: Impak Kepada Masyarakat dan Peranan Kerajaan Dalam Menanganinya

Ertinya : " Tidak halal darah Muslim yang bersaksi Tiada Tuhan melainkan Allah dan Aku

sebagai Rasulullah kecuali ia melakukan mana-mana salah satu dari tiga perkara iaitu

membunuh nyawa, janda yang berzina yang (penzina muhson) dan orang memisahkan dirinya

dari agamanya lalu meninggalkan jemaah" 14

Keseragaman undang-undang perlu di buat di setiap Jabatan Agama Islam Negeri agar tidak

timbul percanggah dalam melaksanakan hukuman terhadap golongan sesat ini. Kesepakatan

boleh dicapai dengan bermusyarawah antara pemerintah dan ketua-ketua agama negeri dalam

mencari penyelesaian terbaik menyekat golongan sesat dari terus berleluasa. Dalam firman

Allah s.w.t yang bermaksud:

َ ‫ث فِى ُكلِّ أُ َّم ۬ ٍة َش ِهي ًدا َعلَ ۡي ِهم ِّم ۡن أَنفُ ِس ِہ ۖمۡ‌ َو ِج ۡئنَــا بِ ـ‬
‫ك َش ـ ِہي ًدا َعلَ ٰى‬ ُ ‫َويَ ۡو َم نَ ۡب َع‬

‫ب تِ ۡبيَ ٰـ ۬نًا لِّ ُكــلِّ َشـ ۡى ۬ ٍء َوهُـ ۬ ًدى َو َر ۡح َمـ ۬ةً َوب ُۡشـ َر ٰى‬
َ ‫ك ۡٱل ِكتَ ٰـ‬
َ ‫هَ ٰـٓ ُؤٓاَل ِۚ‌ء َونَ َّز ۡلنَا َعلَ ۡي‬

َ ‫۞ لِ ۡل ُم ۡسلِ ِم‬
)٨٩( ‫ين‬

“Dan telah kami turunkan kepada kamu, kitab (al-Quran) yang di dalamnya mengandungi

penerangan terhadap semua perkara serta menjadi petunjuk dan rahmat dan membawa berita

gembira bagi muslimin”.15

Kerajaan harus memberi pendedahan tentang Islam dan menerapkan nilai-nilai murni Islam

kepada masyarakat menerusi pelbagai kaedah seperti media cetak & eloktronik, forum dan

seminar. Menyediakan pelbagai program atau rancangan berbentuk pengajaran ilmu-ilmu Islam

seperti Ilmu Feqah, Fardu Ain, kisah Ahli Sufi dan Ulamak terkenal dunia. Dengan cara ini dapat

memberikan pendedahan terhadap ajaran Islam serta menambahkan ilmu Islam kepada
14
Al-Bukhari, 6/2521 ;Muslim 3/1032 ; Abu Daud, Tirmizi, Ahmad, Ibn Hibban, Al-Hakim, Al-Baihaqi dan lain-lain
15
Al Quran, Surah An-Nahl – Ayat 89
16
Ajaran Sesat: Impak Kepada Masyarakat dan Peranan Kerajaan Dalam Menanganinya

masyarakat. Ceramah dan pengajian agama oleh ulamak dan para ustaz / ustazah perlu

ditonjolkan dan di panjangkan kepada masyarakat untuk memberi ruang kepada mereka

mendalami ilmu agama seperti yang di redhai Allah s.w.t. Kewajiban juga tertanggung di atas

bahu pemerintah utuk menasihati rakyat kpada kebaikan Islam sebagaimana sabda Nabi

S.A.W :

Ertinya : “Tiadalah seseorang yang Allah berikannya kuasa sebagai pemimpin, kemudian ia

tidak memberikan rakyatnya nasihat-nasihat Islam kecuali ia tidak akan mendapat mencium

bau syurga di akhirat kelak”16

Langkah awal telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan mengadakan seminar

menangani ajaran sesat peringkat negeri dalam memberi kefahaman dan penghayatan sebenar

akidah dan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai benteng utama berhadapan dengan

golongan ajaran sesat.17

7.2 Peranan JAKIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebuah badan kerajaan di Jabatan Perdana

Menteri, berperanan sebagai agensi pusat dalam perancangan pengurusan Hal Ehwal Islam

dan pembangunan ummah telah menubuhkan Cawangan Syariah 18. Aspek akidah merupakan

fokus utama aktiviti penyelidikan JAKIM bertujuan memantapkan akidah ummah, mengawal

ajaran sesat dan membendung diayah agama-agama lain di kalangan umat Islam. Sehingga

kini Jakim telah memfatwa dan mewartakan lebih 55 kumpulan ajaran sesat di Malaysia. 19

16
Hadth riwayat al-Bukhari, no 6731 – www.zaharuddin.net, Tugas sebuah Negara Islam
17
www.mbselangor.net Seminar Menangani Ajaran Sesat Peringkat Negeri Selangor Parenggan 31
18
http://www.islam.gov.my/ppi/profil.html
19
www.jakin.com.mu No 6. Ajaran-ajaran Sesat yng telah diwartakan
17
Ajaran Sesat: Impak Kepada Masyarakat dan Peranan Kerajaan Dalam Menanganinya

JAKIM dan pihak berkuasa agama negeri-negeri telah bekerjasama erat dalam mengkaji

beberapa konsep yang sering digunapakai dalam masyarakat bagi tujuan mencari jawapan

ilmiah sama ada becanggah atau tidak dengan akidah Islam seperti konsep Wahdatul Wujud,

Yaqazah, Kasyaf dan lain-lain.

Pengajaran dan pendidikan Islam juga disediakan secara berterusan di institusi – institusi

pelajaran formal dan tidak formal dalam memberi kefahaman Islam yang sebenar. Ini akan

dapat memberi gambaran yang jelas pada pelajar-pelajar bahawa Islam itu telah sempurna

ajarannya untuk dijadikan sebagai ad-deen.

JAKIM juga berperanan dalam mengtahqiq kitab-kitab lama yang yang dikhuatiri mempunyai

unsur-unsur penyelewengan. Pemantauan ke atas buku-buku agama samada dari terbitan

tempatan atau luar negara harus di buat dan dikaji isi kandungnya agar tidak terpesong dari

landasan akidah dan syariat Islam. Ini kerana musuh-musuh Islam akan sentiasa berusaha

dalam memesongkan akidah umat Islam.

Penerbitan buku-buku dan risalah berkaitan akidah perlu diterbit dan diedarkan kepada

masyarat Islam disamping memberi penerangan melalui media elektronik dengan meyediakan

slot khas mengenai ajaran salah dalam program ajuran Bahagian Dakwah dan Bahagian Media

Elektronik dan Penyiaran JAKIM.

Program pemulihan akidah perlu bagi memulihkan semula akidah mereka yang telah terpesong

dari jalan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Golongan ini perlu disuruh bertaubat kembali agar mereka

sedar ajaran yang mereka buat atau ikuti itu bertentangan dengan ajaran yang di ajarankan

oleh Allah kepada Rasulullah S.A.W seperti mana Allah berfiman:

)١٢٦( ‫ُون‬ ِ ‫ك ُم ۡستَقِي ۬ ًم ۗا‌ قَ ۡد فَص َّۡلنَا ٱأۡل َيَ ٰـ‬


َ ‫ت لِقَ ۡو ۬ ٍم يَ َّذ َّكر‬ َ ِّ‫ص َرٲطُ َرب‬
ِ ‫َوهَ ٰـ َذا‬

18
Ajaran Sesat: Impak Kepada Masyarakat dan Peranan Kerajaan Dalam Menanganinya

“Dan inilah jalan Tuhan mu ( agama Islam) yang betul lurus. Sesungguhnya Kami telah

menjelaskan ayat-ayat keterangan (Kami) satu persatu, bagi kaum yang mahu beringat –

insaf.”20

Dalam firman Allah s.w.t:

ْ ‫ص ـلِح‬
َ ‫ُوا َذ‬
‫ات‬ ۡ َ‫وا ٱهَّلل َ َوأ‬ ‌ِۖ ‫ال قُ ِل ٱأۡل َنفَا ُل هَّلِل ِ َوٱل َّرس‬
ْ ُ‫ُول فَــٱتَّق‬ ‌ِۖ َ‫ك َع ِن ٱأۡل َنف‬
َ َ‫يَ ۡسٔـََٔـلُون‬

ْ ‫بَ ۡينِڪ ُۖمۡ‌ َوأَ ِطيع‬


َ ِ‫ۥۤ إِن ُكنتُم ُّم ۡؤ ِمن‬ ُ‫ُوا ٱهَّلل َ َو َرسُولَه‬
)١( ‫ين‬

Ertinya: “Dan taatlah kamu kepada Allah dan kepada Rasul jika kamu benar-benar beriman”. 21

8. Kesimpulan

Sebagai umat Islam yang beriman kepada Allah dan Rasul maka kita patut sudah beriman

bahawa Islam ini sudah syumul dan sempurna dan tidak memerlukan kepada penambahan dan

ubahsuai oleh para ulamak atau cendiakawan atau ilmuwan yang mengaku sebagai pemegang

pintu syurga.

Sebagai peringatan dan demi keselamatan bersama kembalilah kepada As-Sunnah dan

bersamalah dengan golongan Ahli Sunnah Wal Jammah. Awasi mereka yang bernama wali,

nabi , rasul imam, guru, ustaz atau apa gelaran mereka hendaklah dinilai dengan ilmu dan kaca

mata ilmiah supaya kita tidak tersesat bersama mereka. Imam Az Dzahabi pernah berkata:

“Jika ada seorang ahli kalam (Ahli akal, mantiq, rasionalis yang juga ahli bid’ah berkata,

“Jauhkan kami dari Al-Quran dan As Sunnah dan biarkan kami menggunakan akal”, maka

ketahuilah dia ialah Abu Jahal. Bila ahli Suluk & ahli Tasauf & golongan tariqah berkata,

”Tinggalkan zdalil zahir dan akal, pakailah za’uq (perasaan) dan wajd (suara hati, wahyu dalam
20
Al-Quran Surah Al-An’aam Ayat-126
21
Al-Quran, Surah Al-Anfaal-Ayat1
19
Ajaran Sesat: Impak Kepada Masyarakat dan Peranan Kerajaan Dalam Menanganinya

ibadah), maka ketahuilah dia adalah iblis dalam bentuk manusia. Jika dia mendekatimu, larilah

atau perangi hingga kalah atau bacakanlah ayat kursi lalu cekiklah dia.”

Dari riwayat Irbad ibn Sariyah r.s. baginda Rasulullah s.a.w. pernah bersabda sebagai pesan

yang sangat penting buat umat Islam iaitu baginda bersabda:

“Aku berpesan kepada kamu semua supaya bertakwalah kamu kepada Allah, dan dengar serta

patuhlah kepada pemimpin walaupun dia diangkat dari hamba Habsyi. Sesungguhnya sesiapa

yang hidup selepas aku pasti akan melihat perselisihan yang banyak. Maka berpeganglah kamu

kepada Sunnah aku dan sunnah khulafa Ar-Rasyidin yang diberi petunjuk selepas aku.

Peganglah ia (sunnah) sesungguh-sungguhnya sehingga kalau pun terpaksa menggigitnya

dengan gigi geraham kamu. Dan berhati-hatilah kamu dengan perkara baru !!! Sesungguhnya

setiap perkara baru (dalam agama) ialah bid’ah !!! dan setiap bid’ah itu sesat !!!

20

Vous aimerez peut-être aussi