Vous êtes sur la page 1sur 19

AL-QURAN SUMBER AKHLAK ISLAM

Mendidikan akal supaya berfikir dan mengumpul pengiktibaran.

Memupuk sifat istiqamah, tenang serta mengambil petunjuk dengan syariatNya

Mendidik hati dan perasaan, kecenderungan hati dan peraan halus.

MATLAMAT KESELURUHAN
Membina masyarakat yang bertakwa, adil, berasaskan kepada kasih sayang, belas kasihan, persaudaraan Membentuk masyarakat yang bertolak ansur, bertanggungjawab, berfikiran terbuka dan toleransi, demokrasi, tidak zalim dan sombong. Melahirkan masyarakat yang mengikut garis panduan al-Quran.

HADIS SUMBER AKHLAK ISLAM


Mencontohi segala tindak-tanduk Rasulullah.

Menjadikan sifat-sifat yang baik dan terpuji Rasulullah sebagai tauladan.

Memperakui akan kesempurnaan akhlak dan budi perkerti Rasulullah

AKHLAK NABI MUHAMMAD SAW TERHADAP ALLAH SWT


Baginda menghargai masa dan memenuhinya dengan amalan yang membuktikan bahawa Baginda merupakan hamba dan khalifah Allah.

Baginda juga melakukan solat-solat sunat secara berterusan tanpa mengira masa atau tempat. Ini dapat menghindarkan diri daripada melakukan dosa.

Baginda banyak mengerjakan ibadat puasa wajib dan sunat sebagai tanda eratnya jalinan Baginda dengan Allah. Nabi Muhammad telah menasihati Abu Hurairah supaya melakukan puasa tiga hari setiap bulan dan solat dua rakaat witir sebelum tidur

AKHLAK NABI MUHAMMAD SAW TERHADAP MANUSIA


Sebagai suami, Baginda membina rumah tangganya dengan rasa bertanggunjawab berasaskan kepada keimanan dan ketakwaan kepada Allah swt. Perkahwinan Baginda mengandungi nilai dakwah dan pengorbanan selain menjurus kepada pembinaan agama dan pendidikan akhlak murni atua budi pekerti

Baginda mengatur dan memimpin isteri-isteri Baginda dengan adil dan saksama. Rumah tangga Baginda menjadi contoh terbaik untuk umat Islam. Menjadi bukti awal kejayaan dan kemampuan Baginda memimpin umat Islam. Sebagai pemimpin, Baginda tidak menzalimi, membuat keputusan yang tidak disenangi oleh pihak tertentu. Baginda menjalankan tugas dengan adil, memutuskan hukuman berdasarkan al-Quran dan tidak terpengaruh dengan orang lain.

Nabi Muhammad membuat keputusan berdasarkan mesyuarat. Dalam Perang Khandak, terdapat lebih kurang 10, 000 tentera musuh datang menyerang Madinah. Baginda dengan segera mengadakan mesyuarat dengan para sahabat untuk membincangkan strategi. Lalu pendapat Sulaiman al-Farisi untuk mengali parit diterima sebulat suara.

AKHLAK NABI MUHAMMAD SAW TERHADAP MAKHLUK LAIN


Rasulullah mengambil berat terhadap binatang.

Ketika Baginda berjalan bersama Ibn Mas ud, terdapat seekor burung bersama 2 anaknya. Baginda mengambil anak burung tersebut membuatkan ibu burung mencai anaknya. Baginda bersabda Sesiapa yang menyusahkan burung ini dengan mengambil anaknya, kembalikanlah kepadanya . Baginda memberi panduan mengenai adab dan tatacara penyembelihan binatang

KESIMPULAN
Nabi Muhammad saw menjadi pendidik dan pemimpin yang berjaya sebagai contoh kepada kepimpinan generasi seterusnya. Baginda berjaya mengubah fikiran, jiwa dan fizkial sehingga lahirnya zaman kegemilangan dan ketamadunan Islam. Baginda menyeru umatnya supaya beramal dengan akhlak Islam serta menjadikannya contoh akhlak terbaik. Baginda berjaya mentarbiah para sahabatnya dengan syariat Allah.

Vous aimerez peut-être aussi