Vous êtes sur la page 1sur 1

AL FAIYOUM Istilah Al Faiyoum sebenarnya berasal daripada istilah 'alfa-youm' yang bererti seribu hari.

Ia terletak 105 km ke selatan Kaherah. Al-Faiyoum terkenal sebagai lembah pertanian yang subur di samping terkenal dengan kebun mangganya yang begitu luas. Di kota inilah lahirnya peradaban Mesir purba dan kota Menef (ibu kota Mesir yang pertama setelah pemerintahan Firaun) pula berada di sebelah utaranya. Kejayaan kota ini sampai ke kemuncaknya ketika pemerintahan Dinasti Firaun yang ke-3 dan ke-4. Di sini jugalah Allah menenggelamkan Qorun dan harta-hartanya. Tempat menarik yang boleh dikunjungi di Al Faiyoum , antaranya: DANAU QORUN Danau atau Tasik Qorun merupakan tasik yang ketiga besar di Mesir. Tasik ini memiliki 5 meter dalam di sebelah timur dan 12 meter di sebelah barat manakala luasnya pula adalah 55 ribu faddan. la merupakan tinggalan daripada Tasik Moris kuno yang pernah dikunjungi oleh Herodotus pada 450 SM. Di bahagian tengah tasik ini terdapat sebuah tasik kecil yang dinamakan 'Qarn Az-Zahabi'. Menurut lagenda yang masyhur, tasik ini adalah tempat di mana terdirinya Istana Qorun dan seluruh hartanya, tetapi kemudiannya telah ditenggelamkan oleh Allah berikutan sombongnya dan kufurnya Qorun terhadap nikmat yang Allah kurniakan. Berikutan dari peristiwa itulah ia dinamakan Tasik Qorun. AS-SAWAQI (KINCIR AIR) Kincir air ini menjadi salah satu bukti daripada ketinggian peradaban Mesir kuno. Pada era Mesir kuno, penduduknya telah memanfaatkan sebanyak 200 buah kincir air untuk mengairi kawasan pertanian. Dari sini terbuktilah bahawa masyarakat Mesir telah maju dalam bidang tersebut. Salah satu kincir air yang boleh didapati sehingga kini boleh didapati di tengah kota al-Faiyoum.

Vous aimerez peut-être aussi