Vous êtes sur la page 1sur 19

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

JANUARI 2011

HBSS 2203 PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

NO. MATRIKS NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MAIL PUSAT PEMBELAJARAN IPOH

670607086174002 : 670607-08-6174

: :

016-5660935 noraini1967@yahoo.com : INSTITUD PENDIDIKAN GURU

ISI KANDUNGAN 1.

1.0

Pengenalan AGIHAN PERUNTUKAN PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PERTAMA

Membangunkan m odal insan Kesejahteraan rakyat Memperkukuhkan daya tahan negara

Kemelesetan ekonomi yang diumumkan oleh kerajaan Jepun pada suku tahun terakhir 2008 telah menandakan bermulanya era kemelesetan ekonomi dunia dan sedikit sebanyak memberi kesan terhadap ekonomi negara kita. Pakej ransangan pertama yang bernilai RM7 billion telah diumumkan awal bulan November 2008 dan pelaksanaannya menjelang suku pertama 2009. Impak projek bernilai tinggi yang mempuyai kesan langsung ke atas rakyat seperti pembinaan rumah kos rendah dan sederhana, menaik taraf dan membaik pulih balai dan kuaters polis dan tentera, membaik pulih kemudahan awam, membina dan menaik taraf jalan di Sabah dan Sarawak, dana pelaburan bagi menarik pelaburan swasta, menyelenggarakan dan menaik taraf pengangkutan awam dan lain-lain lagi.

-1-

AGIHAN PERUNTUKAN PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI KEDUA

Mengurangkan penganguran Meringankan beban rakyat Membina keupayaan m asa depan Membantu sektor swasta

2.0

Analisis Pakej Rangsangan Ekonomi Malaysia Tahun 2010 Pelaksanaan pakej rangsangan bersaiz besar seperti ini adalah kali pertama dilakukan

dalam sejarah ekonomi negara. Setiap krisis itu telah kita atasi dengan jayanya dan ekonomi negara telah muncul lebih kukuh. Selepas pakej ransangan dan penyelamat ekonomi pertama ditawarkan pada tahun 2008 dan ekonomi negara kita kini semakin meningkat pertumbuhannya. Pakej ransangan dan penyelamat ekonomi negara yang kedua pula telah ditawarkan bagi tempoh 2009 dan 2010 . Pakej ini telah diperuntukkan sejumlah RM60 bilion bagi melaksanakan pakej Ransangan Kedua berbanding sejumlah RM7 bilion sahaja bagi Pakej Ransangan Pertama 2008 yang lepas. Peruntukan RM60 billion ini diagihkan kepada 4 Teras iaitu ; 2.1 Teras 1 - Mengurangkan dan menambahkan peluang pekerjaan pengangguran Peruntukkan sejumlah RM2 bilion disediakan. Kesan daripada Pakej Ransangan Kedua mengurangkan pengangguran akibat pembuangan pekerja dalam sektor pembuatan dan cuba menambah peluang pekerjaan kepada rakyat yang berkenaan. Sasaran program ini adalah untuk memberikan manfaat kepada pekerja yang telah diberhentikan dan pekerja yang diberhentikan -2-

sementara serta mereka yang mengalami kekurangan pendapatan dan siswazah menganggur. Di dalam Teras 1 ini kerajaan mewujudkan.

Latihan dan Mewujudkan Peluang Pekerjaan.

Sebanyak 163,000 peluang latihan dan pekerjaan iaitu sebanyak 100,000 peluang ditawarkan di antara pihak kerajaan dan majikan di pihak swasta. Program-program yang dilaksanakan:
Menambah bilangan peserta di bawah Program Latihan Khusus dan Program Latihan

Semula kepada pekerja yang telah diberhentikan dan Skim Latihan Dual Nasional untuk memberi kemahiran kepada golongan yang masih bekerja.
Menambah program latihan dengan kerjasama pertubuhan industri dan syarikat-syarikat

yang terlibat, seperti elektrik dan elektronik, pengimpalan, robotik dan pembinaan. Di samping itu, lebih banyak latihan kemahiran industri dan teknikal akan dilaksanakan oleh Pusat Latihan Kemahiran di semua negeri bagi 10,000 orang pelatih. tahun. Mewujudkan Lebih Banyak Peluang Pekerjaan Di Sektor Awam. Di dalam sektor awam pula kerajaan mewujudkan sejumlah 63,000 jawatan kosong. Jawatan kosong yang ditawarkan sebanyak 50,000 telah bersara dan untuk kenaikan pangkat. Pegawai secara kontrak di agensi kerajaan dan tidak akan menamatkan perkhidmatan seseorang pegawai lantikan kontrak lebih awal dari tempoh yang ditetapkan kecuali atas sebab tindakan tatatertib atau prestasi yang tidak memuaskan. kekosongan dan sejumlah 13,000 pula ditawarkan sebagai pekerja kontrak di dalam jabatan-jabatan kerajaan yang kakitangan yang Menyediakan latihan sambil bekerja untuk siswazah menganggur, terutamanya dalam sektor kewangan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara bagi tempoh dua

-3Artikel Utusan Malaysia, 19 FEB 2011 110,000 Pencari Kerja Berjaya Ditempatkan Tahun Lepas KUANTAN 19 Feb. - Seramai 110,000 pencari pekerjaan dan penganggur telah ditempatkan dalam pelbagai sektor industri di negara ini sepanjang tahun lepas.Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan berkata, jumlah itu juga sekali gus berjaya mengurangkan kadar pengangguran di negara ini kepada 3.1 peratus pada 2010 berbanding tahun sebelumnya iaitu empat peratus. Usaha Mengurangkan Pekerja Asing. Selain itu kesan daripada pakej ransangan, kerajaan terus mengambil langkah untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dan memberi keutamaan kepada pekerja tempatan. Untuk tujuan ini, langkah- langkah berikut diambil:

Bayaran levi kepada pekerja asing akan dinaikkan sebanyak dua kali ganda Pembayaran balik levi pekerja asing secara pro-rata Membeku pengeluaran lesen agensi pengambilan pekerja asing

Artikel Utusan Malaysia - 20-03-2009 IBS Mampu Kurangkan Pekerja Asing. KUALA LUMPUR 19 Mac - Negara dijangka dapat mengurangkan jumlah pekerja asing sebanyak 50 peratus dalam industri pembinaan apabila Sistem Teknologi Berindustri (IBS) dilaksanakan sepenuhnya pada 2010 kenyataan yang dibuat oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed. 2.2 Teras 2 -- Mengurangkan beban rakyat, terutama golongan mudah terjejas Dalam Teras 2 peruntukkan RM10 billion untuk membasmi kemiskinan tetap menjadi agenda utama dan kita berazam untuk menghapuskan kemiskinan tegar menjelang tahun 2010. Kerajaan akan memastikan usaha yang berterusan dibuat untuk pekebun sawit dan penoreh getah yang terjejas pendapatan, dibantu dari segi skim tanaman semula, tanaman integrasi dan ternakan melalui agensi- agensi yang berkaitan.

-4 Meningkatkan Pemilikan Rumah Dalam Pakej Rangsangan Pertama, sebanyak RM200 juta telah diperuntukkan untuk membina 6,500 unit rumah mesra rakyat oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad. Kesan program ini mendapatkan sambutan yang baik daripada golongan pendapatan rendah, kerajaan menambahkan RM200 juta lagi di bawah pakej. Kerajaan mencadangkan supaya pembeli rumah diberi pelepasan cukai ke atas faedah pinjaman perumahan sehingga RM10,000 setahun selama tiga tahun. Artikel Utusan Malaysia 18-02- 2011 Pemilikan Rumah (Mesra Rakyat) ALOR SETAR 17 Feb. Sebanyak 15,000 unit rumah bernilai kira-kira RM1 bilion berjaya disiapkan oleh Syarikat Perumahan Negara Bhd. (SPNB) di seluruh negara sejak program Rumah Mesra Rakyat diwujudkan kerajaan sejak 11 tahun lalu.Pengarah Urusan SPNB, Profesor Datuk Dr. Kamarul Rashdan Salleh berkata, sejak tahun 2000 hingga kini, pihaknya menerima 43,000 permohonan daripada orang ramai untuk memiliki Rumah Mesra Rakyat. Menambah Baik Infrastruktur Awam Sejak pakej dilancarkan kerajaan terus meningkatkan tahap infrastruktur awam bagi kemudahan dan kesejahteraan rakyat. Langkah-langkah berikut diambil bagi:

Mempercepatkan pelaksanaan projek-projek di bawah RMK-9. Peruntukan tambahan sebanyak RM200 juta telah disediakan bagi kerja-kerja membaiki longkang yang tersumbat dan rosak, menyelenggara jalan raya, terutamanya menurap permukaan jalan yang rosak dan berlubang

Kerja-kerja pengubahsuaian, menyelenggara dan membaik pulih rumah kebajikan, balai dan kuarters bomba serta tandas awam di masjid, surau dan kawasan pelancongan juga dijalankan. Sebanyak RM150 juta disediakan

-3Artikel Utusan Malaysia 22-10-2010 RM9 Bilion Untuk Infrastruktur KUALA LUMPUR 23 Okt. Kerajaan akan memperuntukkan lebih RM9 bilion untuk membiayai projek infrastruktur. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM4.7 bilion akan digunakan untuk projek jalan raya dan jambatan. Jelasnya, sebanyak RM2.6 bilion lagi untuk projek bekalan air dan perkhidmatan pembentungan. Sebanyak RM899 juta untuk kemudahan rel, RM820 juta untuk pelabuhan dan perkhidmatan laut dan bakinya sebanyak RM276 juta untuk projek lapangan terbang, katanya. Program Mikro Kredit Kesan daripada pakej ransangan beberapa program mikro kredit tanpa cagaran yang telah disediakan seperti Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN, Bank Simpanan Nasional dan AgroBank. Jumlah dana mikro kredit yang disediakan adalah melebihi RM1.5 bilion yang disalurkan kepada peniaga kecil untuk meransang ekonomi di bandar dan luar bandar. . Artikel Utusan Malaysia - 27-02-011 Tekun Beri Pinjaman Berjumlah RM1.6 Bilion Sejak 1998 JASIN 26 Feb. - Sejak diperkenalkan pada 1998 sehingga kini, Tekun Nasional telah memberi pinjaman mikrokredit berjumlah RM1.6 bilion kepada 177,597 usahawan kecil di seluruh negara.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata, bagi tempoh yang sama, seramai 5,118 usahawan dari Melaka turut mendapat manfaat dengan pinjaman berjumlah RM54.5 juta. 2.3. Teras 3 -- Membantu sektor swasta menghadapi krisis Di dalam Teras 3 peruntukan sebanyak RM29 billion. Kerajaan memberi fokus kepada usaha menyokong aktiviti sektor swasta agar terus dapat beroperasi dalam persekitaran yang sukar. Langkah-langkah ini bertujuan untuk meningkatkan keyakinan pelabur asing dan tempatan untuk terus mengembangkan ekonomi domestik.

-6 Dana Jaminan Penstrukturan Semula Industri Bagi memantapkan lagi potensi pertumbuhan ekonomi jangka panjang, anjakan mewujudkan peluang pekerjaan dengan ganjaran yang lebih tinggi selaras dengan kemahiran mereka, di samping mengurangkan pergantungan negara kepada guna tenaga asing bukan mahir. Kerajaan telah menubuhkan Skim Dana Jaminan Penstrukturan Semula Industri berjumlah RM5 bilion untuk pinjaman bagi meningkatkan produktiviti dan nilai ditambah lebih tinggi serta menggalakkan aplikasi green technologi. Artikel Utusan Malaysia 2-7-2010 Pelaburan Hijau Jadi Penyelamat Malaysia SUNGAI PETANI 26 Julai - Kemasukan pelaburan asing langsung (FDI) dalam bidang teknologi hijau terutamanya tenaga solar merupakan salah satu faktor yang membantu menyelamatkan Malaysia daripada krisis ekonomi. Malah, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, pelaburan melibatkan berbilion dolar Amerika Syarikat (AS) turut membolehkan kerajaan membuat persediaan menghadapi berulangnya kemelesetan ekonomi dunia atau double dip yang diramalkan berlaku dalam tempoh terdekat. Menggalakkan Sektor Automotif Sektor automotif juga merupakan antara industri utama negara yang mempunyai potensi untuk terus dimajukan. Kesan daripada pakej ransangan yang diperkenalkan industri ini telah melahirkan ramai pembekal termasuk pengilang kelengkapan asal dan juga telah menyediakan banyak peluang pekerjaan.

Artikel Utusan Malaysia 22-01-2011 Perkembangan Sektor Automotif KUALA LUMPUR 21 Jan. - Jumlah jualan keseluruhan (TIV) industri automotif dijangka berkembang sebanyak 2.05 peratus pada 617,569 unit, kata OSK Research."Pergerakan unjuran pertumbuhan TIV mempunyai hubung kait kukuh lebih 96 peratus, membayangkan ia bergerak

-7dalam garisan mendatar, dengan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK), yang terus merangsang sentimen pengguna," kata firma penyelidikan itu. Skim Jaminan Modal Kerja Melalui Skim Jaminan Modal Kerja pula perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memainkan peranan penting dalam penjanaan pertumbuhan ekonomi negara dan pewujudan peluang pekerjaan. Pada masa ini, PKS merangkumi 99 peratus daripada jumlah perniagaan berdaftar di Malaysia dan menyumbang 56 peratus kepada jumlah pekerjaan serta 32 peratus kepada KDNK.

Artikel Utusan Malaysia - 3-03-2011 Pinjaman PKS Hingga RM500 Juta KUALA LUMPUR 1 Mac - OCBC Bank (Malaysia) Bhd. (OCBC Bank) hari ini memeterai perjanjian dengan Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd, (CGC) untuk menawarkan pinjaman . Pinjaman PKS hingga RM500 juta. Jeffry Chew bertukar-tukar dokumen perjanjian dengan Wan Azhar Wan Ahmad (kiri) di Kuala Lumpur, semalam. 2.4 Teras 4 - Membina keupayaan masa depan Di dalam Teras 4 peruntukan sebanyak RM19 billion untuk membina keupayaan masa depan. Usaha yang akan diambil adalah merangsang sektor pertumbuhan baru serta menstruktur semula industri ke arah produktiviti dan aktiviti nilai tambah tinggi Pelaburan Khazanah Nasional Berhad Berdasarkan persekitaran luaran yang tidak menentu, adalah perlu bagi kerajaan mengambil peranan aktif dalam menggalakkan pelaburan swasta tempatan. Kesan pakej ransangan kerajaan telah meningkatkan dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad sebanyak RM10 bilion. Projek pertanian yang akan dilaksanakan termasuk projek Taman Akuakultur Udang seluas 1,000 hektar di Setiu, Terengganu serta projek penanaman sayuran moden seluas 200 hektar di Cameron Highlands. Secara keseluruhannya, pelaburan Khazanah dan anak-anak

-8syarikatnya dijangka dapat mewujudkan 70,000 peluang pekerjaan menjelang tahun 2011.

Artikel Utusan Malaysia - 24-10-2009 Khazanah, PNB Tingkat Usaha pikat Pelabur Asing KUALA LUMPUR 23 Okt. Dua cabang pelaburan kerajaan, Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd. (PNB) akan meningkatkan usaha sama dengan pelabur asing dalam bidang pendidikan, pelancongan dan infrastruktur. Pembangunan Industri Seni Kreatif

Kerajaan turut memberi perhatian serius kepada golongan karyawan tempatan dalam mengeluarkan hasil kreativiti mereka secara sistematik. Sehubungan itu, RTM akan mengambil tindakan untuk melaksanakan beberapa projek untuk mengembangkan seni muzik tempatan. Ia juga dapat menjadi punca pendapatan kepada lebih ramai penggiat seni negara, terutama di kalangan bakat-bakat muda. Untuk tujuan ini, peruntukan sebanyak RM20 juta akan disediakan. Artikel Utusan Malaysia - 13-11-2010 Industri Kreatif KUALA LUMPUR 12 Nov. Kabinet hari ini meluluskan Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN) dengan peruntukan RM130 juta bagi mempergiatkan lagi industri itu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim. Kesimpulan. Bersandarkan segala tindakan yang dilakukan kerajaan untuk merealisasikan keempat-empat teras dalam pakej rangsangan ekonomi ini, saya yakin ia adalah komprehensif dan menyeluruh untuk menghindarkan ekonomi negara daripada terjerumus ke dalam kancah kemelesetan yang mendalam. Menurut ahli ekonomi kanan Bank Islam Malaysia Bhd, Azrul Azwar Ahmad Tajudin (2009), Projek-projek di bawah kedua-dua pakej rangsangan perlu dipercepatkan bagi memastikan kesan limpahan berkesan kepada sektor ekonomi lain bagi membawa faedah maksimum kepada rakyat.

-9Berdasarkan jadual di bawah dapat kita lihat di mana berlaku penguncupan ekonomi sederhana di negara kita. Ini adalah kesan-kesan pakej ransangan pertama dan kedua yang telah dijalankan oleh kerajaan. Ekonomi Menguncup Sederhana

-10Soalan 2 1.0 Pengenalan Pengangguran ditafsirkan sebagai jumlah pendudukan dalam sesebuah negara boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu a). Tenaga buruh penduduk yang sanggup bekerja. b). Bukan tenaga buruh penduduk yang tidak sanggup bekerja. Pengangguran berlaku apabila penduduk dalam kumpulan tenaga buruh gagal mendapat pekerjaan. Pengangguran adalah bahagian tenaga buruh yang belum mendapat pekerjaan tetapi sedang aktif mencari pekerjaan.

K ARPENGANGGURAN AD 2008H INGGA 2009


6,000 5,000 4,000 3,000 2,000 1,000 0 OKT08 Nov-08 Jan-09 MAC09 KADARPENGANGGURAN 2008 HINGGA 2009

Industri elektrik dan elektronik menerajui sektor industri Malaysia dengan menyumbang sebahagian besar kepada keluaran, eksport dan gunatenaga perkilangan negara. Pada 2006, keluaran kasar industri ini berjumlah RM214.9 bilion, manakala eksport produk elektrik dan elektronik adalah sebanyak RM282.2 bilion atau 61.7 peratus daripada jumlah eksport perkilangan. Industri berkenaan telah mewujudkan 397,553 peluang pekerjaan dan menyumbang

-1136.6 peratus kepada keseluruhan gunatenaga dalam sektor perkilangan. Pada masa ini, industri elektronik Malaysia berjaya membina keupayaan dan kemahiran yang signifikan bagi mengeluarkan rangkaian meluas peranti semikonduktor, barangan elektronik pengguna lebih canggih dan produk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). 2.0 Beberapa langkah yang boleh diambil oleh kerajaan bagi menangani masalah pengangguran Antara cadangan cadangan yang boleh disyorkan kepada kerajaan bagi menjamin pekerjaan mereka yang terlibat dalam kemerosotan pengeluaran ini pertama syarikat syarikat yang menghasilkan produk-produk elektrik dan elektrikal haruslah mengembleng tenaga kerja sedia ada bagi meningkatkan jumlah penghasilan, meningkatkan kualiti dan berkeupayaan untuk bersaing di pasaran di dalam maupun di luar negara. Satu cara yang baik ialah majikan seharusnya mendedahkan para pekerja dengan latihan- latihan yang lebih intensif agar dapat membantu mereka menghasilkan idea- idea baru. Langkah bijak sebegini mengelakkan pertambahan pemberhentian kerja dan penganguran di negara kita. Langkah kedua pembangunan sumber manusia yang boleh diambil ialah bagi menggalakkan penciptaan pekerjaan, lebih banyak peluang mesti diwujudkan dalam bidang berasaskan teknologi , bidang yang mampu menawarkan ilmu pengetahuan, pekerjaan baru seperti bidang pengurusan dan kejuruteraan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), keusahawanan. Pertanian, penyelidikan dan pembangunan (R&D). Memperbanyakkan institusi kemahiran elektrik dan elektrikal dan latihan pelbagai yang diberikan mestilah mengikut perkembangan semasa supaya mereka lebih sedar tentang elektrikal ini tiada sampadan dan hadnya. Tumpuan ini sebenarnya diberikan kepada memaksimakan pengeluaran. Langkah ketiga yang boleh diambil oleh pihak kerajaan juga membantu industri ini dengan memberikan subsidi kepada syarikat- syarikat yang memerlukan bantuan. Seterusnya dapat membantu syarikat bertahan dengan lebih lama dalam industri elektrik ini. Dengan mendapat bantuan subsidi ini, majikan dapat menggunakan subsidi tersebut untuk kos pengeluaran, perbelanjaan dan juga kos upah pekerja. Selain itu dapat membantu majikan siswazah yang mengganggur daripada institusi tempatan.. Pengetahuan yang dibekalkan kepada mereka boleh diguna pakai untuk

-12menghasilkan dan mengeluarkan produk yang lebih bermutu tinggi .Seterusnya jumlah pekerja diberhentikan juga dapat dikurangkan sekaligus mengurangkan statistik penggangguran di Malaysia. Px (RM) D1 D D0 Pertambahan dalam permintaan

P0

Pengurangan dalam permintaan D0 D Q1 D1 Qdx ( Unit )

Q0

Rajah 1: Pertambahan dan Pengurangan Dalam Permintaan Apabila subsidi diberi oleh kerajaan menyebabkan harga barang semakin menurun. Penurunan harga barang tersebut menyebabkan permintaan meningkat. Keluk permintaan terhadap barang elektrik ( keluk DD) akan meningkat dan berpindah ke kanan menjadi ( keluk D1D1) . Pada tingkat harga OP, permintaan terhadap barangan elektrik telah meningkat menjadi OQ1. Bila syarikat dapat operasi maka tidak berlaku tindakan pembuangan pekerja. Langkah keempat yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan kita ialah mempromosikan barang elektrik negara di luar negara. Syarikat-syarikat pengiklanan hendaklah memainkan peranan mereka bagi membantu syarikat elektrik dan elektronik ini memperkenalkan barangan buatan Malaysia di mata dunia. Melalui promosi yang disusun atur dengan teliti dan kemas permintaan barangan elektronik sudah pastinya bertambah dari masa ke semasa. Maka -13-

pengeluaran atau eksport negara secara tidak langsung akan juga bertambah. Sehubungan dengan itu pendapatan negara bertambah .Syarikat elektrik dan elektronik juga dapat beroperasi seperti biasa.

Px (RM) S0 Pengurangan dalam penawaran S S1

P S0 S S1

Pertambahan dalam penawaran

Q0

Q1

Qsx ( Unit )

Rajah 2: Perubahan Dalam penawaran Apabila promosi diadakan di luar negara bilangan pengeluar semakin ramai kerana permintaan bertambah seterusnya penawaran barang elektrik akan turut meningkat. Jika dahulu sebuah syarikat dapat menawarkan barang elektrik 1000 unit sehari tetapi dengan bertambah bilangan pengeluar sebanyak 30 buah syarikat , penawaran barangan elektrik akan turut meningkat kepada 30,000 unit sehari. Keadaan ini menyebabkan keluk penawaran barangan elektrik bergerak ke kanan dari SS ke S1S1. Sebaliknya menunjukkan jika bilangan syarikat elektrik semakin berkurangan, keluk penawaran barangan elektrik akan bergerak ke kiri dari SS kepada S0S0. Jadi bila pengeluar bertambah maka wujudlah peluang pekerjaan yang banyak dan ini mengelakkan berlaku pengangguran di negara kita. Langkah kelima, usaha untuk memperkenalkan negara harus ditingkatkan oleh kerajaan menerusi pameran barangan elektrik dan kunjungan rombongan ekonomi ke negara-negara lain. -14-

Lawatan sebegini menyebabkan lebih banyak negara luar menyedari kelebihan dan kepentingan mendirikan perniagaan di Malaysia berdasarkan maklumat yang tepat diperoleh daripada ahli-ahli rombongan ini. Kemasukan lebih banyak model asing ke negara ini sudah pasti mampu menjana lebih banyak aktiviti ekonomi bersama-sama dengan pakej ekonomi yang sebelum ini ditawarkan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ekonomi dan seterusnya mengurangkan pengangguran.. Langkah keenam yang boleh diambil oleh kerajaan ialah mengawal kedatangan pekerjapekerja asing di negara kita. Sepatutnya , tindakan yang tegas dan agresif perlu diambil kerana kebanyakkan pekerjaan golongan bawahan dimonopoli oleh pekerja-pekerja asing. Oleh itu, kawalan yang ketat perlu dilakukan sebelum pekerja-pekerja asing ini dapat bekerja dalam negara kita. Dari hari ke hari jumlah pendatang asing yang datang di negara kita semakin bertambah. Contohnya di kilang-kilang elektronik. Para majikan yang mengambil jalan mudah dengan membawa masuk pekerja asing kerana kos pekerja asing jauh lebih murah daripada pengambilan pekerja tempatan. Undang-undang terhadap majikan perlu diperketatkan supaya pekerjaan tersebut diisi oleh pekerja tempatan. Bagi mengelakkan peningkatan pengangguran di negara kita. Kesimpulan Kerajaan dan masyarakat harus berganding bahu, pantas dan bertindak bijak kadar pengangguran tidak meningkat.. Kita harus bersyukur kerana penguncupan ekonomi ini tidak berlaku pantas sebaliknya secara perlahan. Maka Perancangan Ekonomi (EPU) haruslah memainkan peranan penting untuk merancang dan membuat kaji selidik agar keruncingan ekonomi serta masalah pengangguran di negara kita dapat dikurangkan dan kalau boleh dihapuskan. Jika langkah-langkah praktikal boleh dijayakan secara berhemah lagi ikhlas, maka kesan maksimum daripada pakej rangsangan ekonomi mampu menjadi ramuan mujarab secara jangka pendek mahupun jangka panjang bagi membantu meringankan bebanan praktikal dan teliti dalam memastikan apa jua agihan, perbelanjaan ekonomi negara dapat sampai terus ditanggung rakyat. Di samping itu dapat memperlihatkan imej kerajaan yang bersungguh, kepada golongan sasar. Ini adalah bertepatan dengan sekali seperti yang diwawarkan oleh Perdana Menteri kita seruan 1 Malaysia iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan . -15( 2981 patah perkataan)

BIBLIOGRAFI Mooi Chang. (2001). Makroekonomi. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php? option=com_content&view=article&id=2621:perberhentian-pekerja-kilang-yang-bakal-berlakuekoran-krisis-ekonomi&catid=99:isu-negeri

http://www.mohr.gov.my/pdf/nganggur_dr1.pdf

http://www.scribd.com/doc/13279480/SN12-Pengangguran-Biang-Keladi-Sistem-EkonomiKapitalisme

www.scribd.com/doc/13158739/Rangsangan-Ekonomi-Kedua-dalam-Bajet-Min

www.scribd.com/doc/12772624/Kemelesetan-Ekonomi-Pemberh...

www.rangsanganekonomi.treasury.gov.my/index.php?option=...

Vous aimerez peut-être aussi