Vous êtes sur la page 1sur 2

Pernyataan objektif bukan bertujuan menyekat pelajar untuk belajar, Cuma ia merupakan tahap yang minimum tentang apakah

yang sepatutnya dipelajari oleh pelajar daripada pengajaran yang dijalankan. Berdasarkan elemen penyataan objektif di atas, dalam penyediaan rancangan pengajaran mengenai wang, kemahiran yang hendak diukur ialah menyatakan dan menulis nilai wang hingga RM 100.Penyataan objektif ini dapat diukur apabila murid dapat menyebut nilai wang yang ditunjukkan kepada mereka seperti aktiviti dalam langkah 1, di mana melibatkan bacaan wang kertas dan syiling.Selain daripada itu,murid juga diarah menulis nilai wang yang ditunjukkan dalam angka dan perkataan murid menguasai kemahiran ini menunjukkan objektif pengajaran telah tercapai. Setelah melakukan aktiviti jualbeli dan aktiviti kumpulan, murid boleh menguasai kemahiran menambah nilai wang hingga RM 100.Dalam hal ini objektif pengajaran dapat diukur apabila murid dapat membayar dengan jumlah yang betul semasa aktiviti jual beli dan dapat menunjukkan pengiraan yang betul di kad imbasan dan di papan tulis seperti aktiviti yang dijalankan di langkah 3.Tahap penguasaan atau kecekapan murid terhadap pencapaian objektif juga dapat dilihat apabila murid dapat menjawab soalan dalam lembaran kerja yang diberikan.

Copy

Antara kaedah pengajaran yang dipilih ialah kaedah soal jawab.Ia merupakan cara yang paling berkesan untuk menggalakkan pemikiran dalam pembelajaran.Pemilihan kaedah ini kerana ianya bersesuaian dengan tahap pencapaian murid yang agak pandai.Melalui kaedah ini guru boleh mengenalpasti tahap pengetahuan sedia ada murid.Dalam pengajaran dan pembelajaran, kaedah ini digunakan semasa set induksi dimana guru menyoal murid tentang harga barang dan barang yang disukai oleh mereka.Secara tidak langsung murid akan menyebut nilai wang yang terdapat pada harga barang tersebut.Melalui kaedah ini, pencapaian objektif yang ditetapkan akan dapat dicapai dengan baik.Media yang digunakan dalam kaedah ini ialah catalog barangbarang.Pengajaran dan pembelajaran secara terancang di mana guru dan murid bersoal jawab mengenai barangan beserta harga berdasarkan katalog tadi.Pemilihan media ini bersesuaian dengan kaedah yang dipilih kerana melalui penggunaan media ini kaedah soal jawab dapat dijalankan dengan baik. Selain daripada itu, kaedah main peranan juga digunakan di mana dalam kaedah ini ianya melibatkan interaksi murid dengan bahan dan melibatkan perlakuan perlakuan yang mana murid melakonkan aktiviti jualbeli.Dalam situasi ini, murid menjalankan aktiviti jualbeli dimana situasi ini berkait rapat dengan situasi sebenar dalam kehidupan

seharian mereka. Melalui kaedah ini murid dapat menghitung jumlah wang yang diperlukan untuk mendapatkan sesuatu barangan yang mereka kehendaki.Secara tidak langsung murid akan terdorong untuk menambah nilai wang.Penggunaan kaedah ini bersesuaian kea rah pencapaian objektif dimana di akhir pelajaran murid akan dapat menambah nlai wang. Dalam melaksanakan kaedah ini, media yang digunakan ialah

Vous aimerez peut-être aussi