Vous êtes sur la page 1sur 3

PENGENALAN PERNIAGAAN

ANNE FURNITURE adalah sebuah perniagaan Milikan Tunggal yang dimiliki oleh Nurain Asyiqin Bt Ahmad Lezan.Perniagaan ini dimulakan pada 1 Januari 2011 dengan modal wang tunai simpanan sebanyak RM60,000.Aktiviti perniagaan adalah menjual beli perabot.Premis perniagaan di alamat No 103, Blok D6,Wangsa Maju Seksyen 1 53300 Setapak Kuala Lumpur. Pemilik dibantu oleh seorang pekerja dengan gaji RM1200 sebulan. Berikut adalah sebab-sebab pemilik memilih perniagaan menjual dan membeli perabot :i Perniagaan ini milikan tunggal yang akan dimiliki oleh seorang pemilik sahaja.Untung atau rugi perniagaan ini adalah di bawah tanggungan pemilik seorang sahaja. ii.Pemilik bebas membuat sebarang keputusan yang berkaitan dengan perniagaannya. Namun,jenis milikan perniagaan ini masih tertakluk pada prinsip entiti berasingan,iaitu pemilik dan perniagaan dianggap sebagai dua entiti yang berasingan. Kelebihan-kelebihan menjalankan perniagaan menjual dan membeli perabot ini adalah seperti berikut :i.Pemilik perniagaan milikan tunggal akan menikmati semua keuntungan. ii.Pemilik perniagaan dapat menguruskan perniagaannya dengan sendiri.Terdapat pelbagai jenis perabot yang boleh menarik minat orang ramai untuk kunjungi. iii.Kedudukan perniagaan berada di kawasan yang memang mudah untuk orang kunjungi. Risiko-risiko yang bakal dihadapi oleh pemilik ialah : i.Sekiranya mengalami kerugian,kerugian tersebut akan ditanggung oleh pemilik seorang diri. ii.Persaingan di antara kedai-kedai perabot yang berdekatan contoh kedai Perabot Ah Seng.

CADANGAN-CADANGAN UNTUK MENINGKATKAN PRESTASI PERNIAGAAN


Prestasi Perniagaan Semasa (i) Meningkatkan jualan perabot melalui promosi yang lebih berkesan. (ii) Memperkenalkan produk baru atau menambahkan jenis barangan yang dijual. (iii) Meningkatkan kualiti produk yang dihasilkan setaraf dengan perabot yang diimport dari luar negara. Prestasi Perniagaan Jangka Panjang (i) Mempelbagaikan produk perabot yang lebih baik selain daripada produk sedia ada. (ii) Membuka beberapa cawangan perniagaan secara meluas. (iii) Mempelbagaikan perkhidmatan berkaitan penjualan perabot seperti hiasan dalaman.

RUMUSAN
Perniagaan saya telah mengamalkan konsep,prinsip dan andaian perakaunan dalam merekod urus niaga dalam buku-buku perakaunan.Antaranya ialah :1. Kos Sejarah Konsep Kos Sejarah telah saya gunakan dalam merekod Aset Bukan Semasa dalam penyediaan Kunci Kira-Kira. 2. Wang Sebagai Ukuran Semua urus niaga direkodkan dalam nilai Ringgit Malaysia (RM). 3. Konservatisme Konsep ini saya telah gunakan semasa membuat penilaian Stok akhir iaitu mengikut nilai terendah antara harga kos dan harga pasaran. 4. Prinsip Catatan Bergu Semua perekodan urus niaga ke dalam lejar menggunakan prinsip catatan bergu. 5. Entiti Berasingan Mengikut prinsip ini pemilik perniagaan dan perniagaan adalah dua badan yang berasingan. Sebarang ambilan bagi kegunaan peribadi akan mengurangkan ekuiti pemilik. 6. Catatan Bergu Setiap urus niaga direkodkan dalam dua akaun yang berasingan iaitu satu akaun didebitkan dan satu akaun dikreditkan dengan amaun yang sama. 7. Asas Perakaunan Akruan Mengikut prinsip ini,bagi menentukan untung bersih sesuatu perniagaan,jumlah belanja yang terlibat untuk memperolehi hasil bagi tempoh berkenaan mestilah ditolak daripada hasil bagi sesuatu tempoh.

Vous aimerez peut-être aussi