Vous êtes sur la page 1sur 2

Seminar Perbankan dan Kewangan Islam Dalam Era Globalisas b) Akta Bank Islam 1983 (ABI) Akta Bank

Islam 1983 telah memberi kuasa kepada BNM untuk mengawalselia dan memantau bank-bank Islam. Antara ciri-cirinya ialah lesen perbankan universal kepada Bank Islam untuk menjalankan urusan perbankan Islam yang tidak bertentangan dengan syariah. BNM juga perlu menjalankan pemeriksaan on-site secara berterusan iaitu dengan mengaudit setiap urusan perbankan Islam. BNM juga perlu membuat penilaian dan kelulusan akaun tahunan bagi bank-bank Islam termasuk pembukaan cawangan-cawangan baru. ABI juga memberi penekanan di atas pematuhan kepada keperluan pengawal seliaan iaitu seperti CAR, SRR dan LRR. Bank-bank Islam juga perlu mengemukakan data statistik secara berterusan kepada BNM. Bukan itu sahaja, bank-bank Islam perlu menubuhkan jawatankuasa dalaman syariah dalam setiap penubuhannya.

ISU PENUBUHAN PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA Posted by syafiqe on June 17, 2008 Sepertimana diketahui, konsep sistem perbankan Islam mempunyai perbezaan yang amat ketara berbanding sistem perbankan konvensional. Malah perlaksanaan institusi perbankan Islam di Malaysia juga dikawalselia oleh dua akta iaitu Akta Bank Islam 1983 (ABI 1983) dan Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (ABDIK 1989). Persoalan yang timbul kini ialah jika sekiranya sesebuah institusi perbankan atau kewangan itu ingin melaksanakan konsep perbankan Islam bagi operasinya, adakah ia tetap perlu memenuhi setiap syarat penubuhan sebuah perbankan Islam seperti yang telah ditetapkan oleh ABI 1983 atau ABDIK 1989 sahaja?

Jika diteliti ABI 1983, ternyata ia hanya mengehadkan pelesenan perbankan Islam kepada syarikat atau perbadanan (company) sahaja.[1] Seksyen 3(1) ABI 1983 secara jelas menyebut bahawa perniagaan bank Islam tidak boleh diuruskan di Malaysia melainkan oleh sebuah syarikat.[2] Perbadanan pula ditafsirkan oleh Seksyen 2 ABI 1983 sebagai perbadanan mempunyai erti yang diberi kepadanya oleh Akta Syarikat 1965. Oleh kerana itulah syarikat yang bukan di bawah Akta Syarikat 1965[3] tidak akan diberi lesen untuk beroperasi sebagai Bank Islam.

Hal ini menyebabkan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) tidak dibenarkan beroperasi seperti Bank Islam semata-mata kerana Bank Rakyat tertakluk kepada Akta Persatuan Koperasi 1993 dan Akta Bank Rakyat 1978.[4] Apa yang jelas, sememangnya Bank Rakyat sewajarnya diiktiraf sebagai Bank Islam kedua selepas Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) kerana telah berurusan mengikut konsep Syariah sejak tahun 1993 lagi.[5] Malah ia telah menjadi antara pemangkin sektor perbankan Islam yang utama dan terunggul di Malaysia. [6] Malah hal ini turut telah diulas oleh seorang pakar kewangan Islam, Wan Abdul Rahim Kamil dengan katanya : Penubuhan Bank Muamalat sebagai bank Islam kedua adalah sangat mengejutkan kerana Bank Rakyat telah disangka untuk menyandang kedudukan tersebut. Tetapi mungkin cadangan itu harus dipinggirkan kerana Bank Rakyat adalah tertakluk kepada Akta Koperasi[7] Jelas bahawa meskipun kerangka perundangan di Malaysia memperuntukkan bahawa hanya dua sahaja akta yang mengawalselia institusi perbankan Islam di Malaysia iaitu ABI 1983 dan ABDIK 1989, namun terdapat juga statut lain yang membolehkan perbankan Islam beroperasi tanpa melibatkan dua akta tersebut. Isu yang timbul ialah mengapa wujudnya ketidakseragaman ini? Sememangnya diketahui bahawa perlesenan perbankan Islam hanyalah kepada syarikat atau perbadanan sahaja. Namun adalah wajar sekiranya perlesenan tersebut turut meliputi institusi lain yang tidak dianggap sebagai syarikat atau perbadanan misalnya seperti Bank Rakyat. Ini penting kerana dengan menyeragamkan kesemua institusi perbankan Islam, ini membolehkan segala proses pengawasan dan penyeliaan operasi dapat dikawal sepenuhnya khusus oleh Bank Negara Malaysia dan Majlis Penasihat Syariah Kebangsaan sahaja. Maka disebabkan itulah Bank Rakyat kini hanyalah dianggap sebagai bank yang mengamalkan konsep perbankan Islam sahaja dan bukanlah dianggap sebagai sebuah institusi perbankan Islam di Malaysia.

Wikipedia Akta Bank Islam 1983 (Akta 276) merupakan akta yang memperuntukkan perlesenan dan pengawalseliaan perniagaan perbankan Islam di Malaysia. Selain itu, perbankan Islam di Malaysia turut tertakluk kepada Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989.

Vous aimerez peut-être aussi