Vous êtes sur la page 1sur 4

1.

0 Pengenalan Pembelajaran berlaku apabila rangsangan diproses oleh otak seseorang yang akan menyebabkan perubahan tingkah laku atau tindakan. Guru perlu memahami bagaimana murid belajar sains dengan pelbagai cara, gaya, tanggapan dan sikap untuk memastikan pengajaran yang berkesan. Murid belajar sains secara aktif dengan membentuk kefahaman yang bermakna daripada inputderia (hidu, lihat, rasa dan sebagainya). Kefahaman yang bermakna berlaku apabila murid dapat menghubung-kaitkan pengetahuan yang sedia ada yang tersimpan dalam storan memori dengan input deria. Kaedah eksperimen merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang biasa digunakan dalam pendidikan sains. Istilah eksperimen ini sering diertikan dengan proses menjalankan kajian atau penyiasatan tentang suatu fenomena yang berlaku dalam alam sekitar. Di antara ciri-ciri utama kaedah eksperimen ialah:
i.

unsur-unsur inkuiri dan sikap saintifik dalam kaedah ini seperti naluri ingin tahu, fikiran terbuka, ketabahan dalam mencari jawapan atau penyelesaian terhadap sesuatu masalah, tidak terburu-buru dalam membuat keputusan dan sebagainya.

ii.

unsur-unsur pembelajaran melalui pengalaman perlu diberi penekanan. Ini bermaksud seseorang itu dibimbing untuk menemui atau memperoleh ilmu pengetahuan, di samping secara sistematik diasuh untuk menguasai kemahiran seperti kemahiran proses sains, kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan analitis. Oleh kerana itu, kaedah eksperimen memberi peluang kepada murid mengalami satu

pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna sesuai dengan sikap dan minat ingin tahu tentang diri sendiri dan juga peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekitar mereka. Bagi melaksanakan kaedah eksperimen, beberapa pertimbangan perlu diambil kira bagi memastikan pelaksanaannya berjalan dengan lancar di samping mencapai matlamat dan objektif pengajaran. Perancangan awal perlu dilakukan dengan memikirkan persoalan seperti berikut:

Apakah objektif khusus yang hendak dicapai? Apakah persoalan/masalah yang hendak dikaji? Apakah soalan-soalan yang perlu disediakan untuk membimbing pelajar membuat hipotesis? Apakah konsep dan prinsip sains yang hendak disampaikan? Apakah kemahiran proses sains yang hendak diberi keutamaan?
1

Apakah bahan dan alat radas yang perlu disediakan? Bagaimanakah eksperimen akan dijalankan? Apakah prosedur eksperimen tersebut? Bagaimanakah hasil eksperimen direkodkan? Bagaimanakah hasil eksperimen hendak dibincangkan? Apakah soalan-soalan yang perlu disediakan untuk sesi perbincangan? Apakah kesimpulan eksperimen ini?

2.0 Cahaya Dan Tumbuhan Cahaya adalah punca tenaga diperlukan bagi mengekalkan proses hidupan di dalam ekosistem. Bagi tumbuhan, cahaya matahari merupakan komponen utama dalam menjalankan fotosintesis. Fotosintesis adalah satu proses di mana tenaga daripada cahaya matahari ditukar menjadi tenaga kimia. Fotosintesis melibatkan penggunaan proses karbon dioksida, air dan pengeluaran molekul-molekul gula yang kompleks serta gas oksigen. Dalam proses ini, tenaga cahaya matahari ditukar menjadi atom-atom di dalam molekul gula. Karbohidrat (gula, kanji, glukosa) disintesiskan dan tenaga tenaga dihasilkan. Kuantiti dan kualiti cahaya mempengaruhi pertumbuhan pokok. Kuantiti cahaya merangkumi intensiti cahaya, jangkamasa penerimaan cahaya manakala kualiti cahaya melibatkan panjang gelombang cahaya dan arah cahaya diterima oleh tumbuhan. Kualiti cahaya, intensiti cahaya dan jangkamasa penerimaan cahaya adalah penggalak pertumbuhan pada tumbuhan normal. Intensiti cahaya adalah penggalak yang paling kritikal terhadap proses fotosintesis. Tumbuhan memerlukan cahaya untuk menjalankan proses fotosintesis dan hasilnya digunakan untuk proses respirasi dan tumbesaran. Tumbuhan yang membesar mengalami pertambahan berat dengan kehadiran karbohidrat yang disintesiskan. Dalam pertumbuhan batang, intensiti cahaya yang terlalu tinggi pula akan menghalang pemanjangan sel dan ini akan menghadkan pertumbuhan kebanyakkan tumbuhan peringkat tinggi. Manakala bagi pertumbuhan daun pula intensiti cahaya yang tinggi akan menyebabkan daun menjadi kecil dan tebal tetapi tumbuh lebat. Penerimaan intensiti cahaya yang rendah akan menghasilkan daun yang besar,

tipis dan mempunyai epidermis yang tipis, bilangan palisad yang kurang, parenkima lebih berspan dan mempunyai lebih banyak stomata.

Rajah 1. Kepentingan cahaya pada tumbuhan. Pengekalan hidup di dalam sel tumbuhan berkehendakkan penggunaan tenaga yang berterusan. Tenaga ini secara langsung atau secara tidak langsung datangnya daripada matahari. Dua proses besar yang dijalankan oleh tumbuhan hijau daratan dan yang menggunakan tenaga terma daripada matahari ialah transpirasi dan fotosintesis. Cahaya mempengaruhi lain-lain proses seperti pembungaan, percambahan biji benih, pembengkokan tumbesaran tertentu, pergerakan stoma, dan pengeluaran pewarna. Dalam masa transpirasi, tenaga daripada matahari digunakan untuk menyejat air daripada dinding sel. Sungguhpun ini menghasilkan pergerakan air di dalam xilem, tenaga ini tidak disimpan atau digunakan untuk menjalankan tindak balas yang amat penting yang terlibat di dalam pembinaan makanan, di dalam asimilasi, tumbesaran dan pembiakan. Sebaliknya, fotosintesis adalah satu proses di mana tenaga daripada matahari ditukar menjadi tenaga kimia. Di dalam kebanyakan tumbuhan yang menjalankan fotosintesis, proses fotosintesis, menghasilkan penggunaan karbon dioksida dan air dan pengeluaran molekul-molekul gula yang kompleks dan gas oksigen. Dalam masa proses ini, tenaga cahaya daripada matahari ditukar menjadi tenaga yang mengikatkan atom-atom di dalam molekul gula. Karbon dioksida atau air tidak terbakar, tidak juga menjadi makanan yang baik. Karbohidrat (gula, kanji, selulosa), sebaliknya, terbakar dengan mudah dan melepaskan banyak tenaga di dalam proses itu. Lagipun,
3

banyak karbohidrat merupakan makanan yang baik. Mustahaknya fotosintesis adalah terletak di dalam penukaran sebatian bertenaga rendah, karbon dioksida dan air, kepada sebatian-sebatian bertenaga tinggi (gula). Tenaga yang tersimpan sebagai tenaga kimia di dalam makanan (karbohidrat, lemak dan protein) adalah sentiasa dibebaskan di dalam sel-sel hidup dalam proses respirasi dan hilang sebagai haba atau ditukar menjadi ikatan-ikatan bertenaga tinggi. Fotosintesis menyimpan tenaga. Penafasan melepaskannya, membolehkan sel-sel menjalankan kerja kehidupan.

Vous aimerez peut-être aussi