Vous êtes sur la page 1sur 4

ANGGARAN BELANJA MENGURUS (ABM) BAGI TAHUN 2012 DAN 2013

Written by Norhashimah Mohamad Wednesday, 02 February 2011 03:44

Semua Pengetua / Guru Besar SMK/ SK / SJKC / SJKT, Daerah Jempol dan Jelebu. Tuan, ANGGARAN BELANJA MENGURUS (ABM) BAGI TAHUN 2012 DAN 2013 Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Jempol dan Jelebu ( PPDJJ) telah diminta untuk menyediakan Anggaran Belanjawan Mengurus (ABM) bagi tahun 2012 dan 2013 bagi sekolah-sekolah di bawah PPDJJ. 3. Kerjasama tuan diminta untuk mengisikan borang-borang dan disket yang dilampirkan bagi tujuan tersebut untuk sekolah tuan. Borang-borang adalah seperti berikut: (i) Anggaran Gaji (OS 11000), Elaun (OS 12000) dan Sumbangan Berkanun (OS 13000) bagi jawatan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) di Pra-sekolah bagi tahun 2012 DSA 2012 (BK-10) .Sila kemukan sesalinan Master Listing Bulan Januari 2011. (ii) Anggaran Gaji (OS 11000), Elaun (OS 12000) dan Sumbangan Berkanun (OS 13000) bagi jawatan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) di Pra-sekolah bagi tahun 2013 DSA 2013 (BK -10).

(iii) Anggaran keperluan ABM 2012 dan 2013 (OS 23000) utiliti DSA 2012 (BK -23) DSA 2013 (BK -23). (iv) Anggaran Gaji (OS 11000), Elaun (OS 12000) dan Sumbangan Berkanun (OS 13000) Bagi guru dan kakitangan sekolah bagi tahun 2012 DSA 2012 (BK -10). Sila kemukan sesalinan Master Listing Bulan Januari 2011. (v) Anggaran Gaji (OS 11000), Elaun (OS 12000) dan Sumbangan Berkanun (OS 13000) Bagi guru dan kakitangan sekolah bagi tahun 2013 DSA 2013 (BK -10). (vi) Anggaran Keperluan ABM 2012 dan 2013 Di Bawah OS 26000 bagi Bahan-Bahan Mentah Dan Bahan-Bahan Untuk Penyelenggaraan Dan Pembaikan DSA 2012 (BK-26) & DSA 2013 (BK -26). (vii) Anggaran Keperluan ABM 2012 dan 2013 Di Bawah OS 27000 bagi Bekalan Dan Bahan-Bahan Lain - DSA 2012 (BK -27) & DSA 2013 (BK -27). 4. Maklumat yang diperlukan hendaklah menggunakan format yang boleh dimuat turun melalui laman web PPD. Sila kemukakan cadangan bajet mengurus tahun 2012 dan 2013 bagi sekolah tuan selewatlewatnya 8 Februari 2011 (Selasa) dalam bentuk hardcopy dan bersama disket (softcopy) serta emailkan melalui webmail PPDJJ kepada sukila82acca@gmail.com . norhashimah@ppdjempoljelebu.net /

5. Adalah diharapkan bahawa segala maklumat/ data yang diberikan berkaitan emolumen perlu berdasarkan data/waran penjawatan yang terkini dengan merujuk guru data di peringkat sekolah terlebih dahulu. Pengetua/ Guru Besar adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan maklumat yang diberikan adalah tepat dan betul. Jika terdapat sebarang pertanyaan, tuan boleh menghubungi Pen. Akauntan Unit Kewangan, PPDJJ di talian 06-4583675/ 019-2053426 untuk maklumat lanjut. 6. Kerjasama daripada pihak tuan diharapkan bagi memastikan tarikh yang diberikan dipatuhi. Sekian, terima kasih.

FORMAT ABM 2012 BAGI PERINGKAT SEKOLAH (51 kB) FORMAT ABM 2013 BAGI PERINGKAT SEKOLAH (51 kB) *TINDAKAN DARI PIHAK SEKOLAH DENGAN KADAR SEGERA: 1. Gunakan Borang / Format yang disediakan dan seboleh-bolehnya tidak mengubah format Isinya. 2. Gunakan Microsoft Office Excel dan save dengan versi Office97 - 2003 3. Gunakan Font Arial Narrow dengan font size 11. 4. Jangan ubah nama fail tetapi boleh menambah nama sekolah di hujung nama fail. 5. Penghantaran fail boleh dalam bentuk disket/ CD (softcopy) dan hardcopy. Pihak sekolah digalakkan menghantar maklumat melalui webmail PPDJJ.

TINDAKAN BAGI PENYEDIAAN EMOLUMEN (OS 11000 - 13000): 1. Perkiraan berdasarkan head count penjawatan yang sedia ada dan diluluskan. 2. Ambil kira kenaikan gaji tahunan (kenaikan 2%) 3. Berasaskan perbelanjaan akhir tahun sebelumnya. 4. Bagi jawatan yang belum diisi: 4.1 ambil kira 6 bulan gaji 4.2 ambil kira gaji pertengahan gred jawatan berkenaan TINDAKAN BAGI PENYEDIAAN MAKLUMAT BERKAITAN UTILITI (OS 23000): 1. Sila pastikan perkiraan utiliti melibatkan akaun-akaun berikut: 1.1 TNB 1.2 Telekom (termasuk bekalan internet sekolah) 1.3 IWK 1.4 SAINS

2. Buat anggaran tahunan berdasarkan penggunaan pada tahun semasa (2010) dan ambil kira kenaikan 2% pada setiap tahun. TINDAKAN BAGI PENYEDIAAN MAKLUMAT BERKAITAN BEKALAN BAHAN MENTAH (OS 26000): 1. Anggaran perbelanjaan tahunan melibatkan bekalan seperti bekalan ubat-ubatan baja, biji benih, tayar, minyak petrol/diesel. Keutamaan kepada Sekolah Menengah PTJ yang mempunyai kenderaan. 2. Buat anggaran tahunan berdasarkan penggunaan pada tahun semasa (2010) dan ambil kira kenaikan 2% pada setiap tahun. TINDAKAN BAGI PENYEDIAAN MAKLUMAT BERKAITAN BEKALAN BAHAN HABIS GUNA (OS 27000): 1. Anggaran perbelanjaan tahunan melibatkan bahan-bahan habis guna seperti toner printer, kertas A4, Riso dsb. 2. Buat anggaran tahunan berdasarkan penggunaan pada tahun semasa (2010) dan ambil kira kenaikan 2% pada setiap tahun.

* Penyediaan ABM ini hanya melibatkan sekolah-sekolah di bawah daerah Jempol dan Jelebu tidak termasuk Sekolah Teknik, SBPI dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.

Vous aimerez peut-être aussi