Vous êtes sur la page 1sur 3

Assalamuailakum w.b.t dan salam satu Malaysia.

Yang berhormat YB Tan Sri Dato Panglima Joseph Kurup, ahli parlimen P182 Pensiangan merangkap Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia. Yang berusaha En.Bukhari Yahya Pengarah Wilayah Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Puan Betty Leong timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Keningau, En Azmain Idris pengetua SMK Tulid. En Ahmud Haji Saribin Pengetua SMK Sepulut, En Ahwar Rasam, Yang Dipertua PIBG SMK Keningau En Vincent Lee Pegawai Perhubungan Pensiangan, semua penolong kanan, ibu bapa, pelajar, tuan tuan dan puan- puan. Terlebih dahulu mari lah kita sama sama memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana izin NYA kita dapat bersama- sama dalam majlis pengagihan computer satu Malaysia yang diadakan di SMK Keningau pada tahun ini. Saya ingin merakamkan ucapan terimakasih kepada YB kerana sudi hadir pada majlis yang sungguh bermakna ini.Sesungguhnya kehadiran YB Tan Sri melambangkan keperihatinan terhadap rakyat begitu juga saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada En Bukhari Yahya serta pegawai-pegawai SKMM kerana sudi bersama-sama kita pada majlis ini.Penghargaan yang sama turut saya rakam kan kepada Puan Betty Leong timbalan pegawai pelajaran Daerah Keningau begitu juaga dengan En. Ahwar Rasam yang dipertua PIBG serta tuan- tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Yang berhormat Tan Sri, tuan-tuan dan puan-puan, Pada majlis ini saya mewakili seluruh warga SMK Keningau dan warga pendidik khususnya SMK Tulid dan SMK Sepulut merakam kan rasa bertuah kerana kerajaan telah memperuntukan computer riba satu

Malaysia untuk diagihkan kepada pelajar sekolah Menengah yang terdiri daripada golongan yang berpendapatan rendah serta kurang bernasib baik supaya mereka mendapat akses internet jalur lebar. Pemilikannya dengan sasaran satu computer bagi satu keluarga memberi kemudahan kepada pelajar dan masyarakat untuk mengakses jalur lebar secara lebih meluas.kemudahan ini sebagai pemangkin untuk meningkat kan kualiti hidup pelajar luar Bandar supaya mereka mendapat faedah kemudahan ICT seperti pelajar di Bandar. Sehubungan itu, saya menyeru kepada para pelajar agar dapat memanafaat kan kemudahan ini dengan sebaik-baiknya untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan pelajar juga diseur agar tidak menyalah gunakan kemudahan ini untuk aktiviti yang tidak berfaedah. Ibu bapa juga perlu lah memantau aktiviti anak-anak mereke ketika menggunakan computer supaya ia nya tidak disalah gunakan. Yang Berhormat Tan Sri, kesempatan dapat bersua dalam majlis ini sangat-sangat kami hargai. Sehubungan itu, saya ingin mengambil kesempatan untuk menyampaikan hasrat seluruh warga SMK Keningau termasuk ibu bapa serta pelajar untuk memohon sumbangan berupa penghawa dingin di pusat sumber untuk keselesaan para pelajar di sekolah ini. Saya berharap sudi lah apa kiranya Yang berhormat Tan sri untuk memenuhi permintaan ini demi untuk keselesaan para pelajar di sekolah ini. Yang berhormat Tan Sri, tuan tuan dan puan-puan, Saya ingin merakam kan setinggi- tinggi penghargaan kepada semua AJK pengelola yang terdiri daripada penolong kanan, guru-guru serta para pelajar yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan majlis kita pada hari ini. Sekali lagi ribuan terima kasih di atas kehadiran Tan Sri En Bukhari Yahya, Puan Betty Leong, En.Ahwar Rasam dan tuan tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Segala kekurangan dalam

pengendalian dalam majlis ini saya memohon maaf. Akhir kata, pada semua pelajar, hargailah sumbangan kerajaan dan jagalah kemudahan yang diterima ini dengan sebaiknya. Sekian dan terima kasih. Wassalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatu.

Vous aimerez peut-être aussi