Vous êtes sur la page 1sur 5

Aluan Pengacara: Bismillah..... Assalamualaikum warahmatullahi wbth.. dan selamat pagi.

1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) Yang berusaha Pn Harison bt Mohd Salleh, GB SK Seri Muda, Yang Berbahagia, Tn Hj Hassan bin Lebai Saad, Penaung PIBG SKSM, Yang berbahagia Tn Hj Mohd Rejab bin Md Akhir, Yang Dipertua PIBG SKSM dan Yang Dihormati Pn. Arpah bt Awang, Penolong Kanan Pentadbiran, Yang dihormati En Abdul Razak b. Abd Aziz, Penolong kanan Hal Ehwal Murid, Yang dihormati Pn.Korsiah binti Abd Syukur Penolong Kanan Kokurikulum, Yang diraikan guru-guru dan staff-staff SK Seri Muda, seterusnya murid-murid, anak-

ahli-ahli j/Kuasa

anak pelajar bakal pewaris negara bangsa sekalian. Berburu di padang datar, Dapat rusa berbelang kaki, Berguru kepalang ajar, Ibarat bunga kembang tak jadi.. Pertama sekali apa yang dapat kita katakan tentang perhimpunan kita pada pagi ini ialah : SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU buat seluruh insan-insan yang bergelar guru khususnya buat seluruh warga guru di SKSM dan tidak lupa di ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA khusus buat para pekerja yang selama ini banyak menjana modal dan membangunkan ekonomi negara. Tahniah dan syabas.. 1) Pelancaran Hari Guru Bagi menyempurnakan Pelancaran Hari Guru peringkat sekolah bagi tahun 2010, dijemput Yang Berusaha Pn. Harison bt Mohd Salleh dengan diringi oleh guru-guru penolong kanan SKSM untuk tampil ke pentas. Dipersilakan. (Pelancaran Hari Guru berlangsung..)

(Selesai pelancaran)

Jutaan Terima kasih diucapkan di atas pelancaran perayaan hari guru peringkat SKSM bagi tahun 2010 itu tadi. 2) Ucapan Wakil Murid

Sekarang dijemput Mohd Lokman Hakim bin Mat Not dari tahun 6 Bestari untuk menyampaikan ucapan wakil murid. Silakan.. (selesai) T/kasih di atas ucapan itu tadi. 3) Ucapan Wakil Pekerja

Kini dijemput pula En.Saad Baharom______________ , untuk menyampaikan ucapan bagi wakil pekerja. Dipersilakan. (Selesai) Terima kasih di atas ucapan tersebut. 4) Ucapan wakil Guru

Kini dijemput En.Samsudin bin Saidon untuk menyampaikan ucapan bagi mewakili seluruh guru SKSM. Dipersilakan. (Selesai) - Terima kasih di atas ucapan itu tadi. 5) Ucapan Guru Besar.

Sekarang dipersilakan pula, Yang Berusaha Pn Harison bt Mohd Salleh, Guru Besar SKSM untuk menyampaikan ucapan khas sempena hari guru. Dipersilakan. (selesai) Terima kasih diucapkan atas ucapan itu tadi. 6) Membaca Perutusan KPPM

Bagi menyampaikan perutusan dari Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, di jemput Yang Dihormati En Abdul Razak bin Abdul Aziz, Penolong Kanan HEM Sksm. Dipersilakan. (Selesai) Terima Kasih di atas ucapan itu tadi. 7) Membaca Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia.

Bagi menyampaikan Perutusan dari Menteri Pelajaran Malaysia, dipersilakan Yang Berusaha Pn Arpah bt Awang, Penolong kanan Pentadbiran SKSM. Dipersilakan.

8)

Ikrar Hari Guru

Kini kita akan memperdengarkan bacaan ikrar oleh semua guru SKSM. Dengan itu, dijemput En Azrin bin Che Man bagi mengetuai bacaan ikrar. (Selesai) Demikian tadi berlangsungnya bacaan ikrar oleh semua guru SKSM. Terima kasih diucapkan. 9) Nyanyian lagu Tema dan Guru Malaysia.

Kini tibalah kita semua ke acara yang paling dinanti-nantikan iaitu nyanyian lagu tema dan lagu Guru Malaysia. Dipersilakan semua guru untuk tampil ke hadapan bagi menyanyikan lagu tema tahun ini iaituGuru Pembina Negara Bangsa dan juga Guru Malaysia. Nyanyian ini akan dipimpin oleh Pn Azmaniza Ahmad Basri. (selesai) Begitulah merdunya suara insan-insan yg bergelar guru Malaysia. Terima kasih. 10) Deklamasi Sajak Guru Oh Guru

Kita akan saksikan satu lagi acara istimewa iaitu deklamasi sajak Guru Oh Guru yang akan disampaikan oleh En Samsudin Saidon. Tanpa membuang masa dipersilakan.... (selesai) Begitu lunak begitu penuh penghayatan. Itulah dia guru oh guru. T/kasih En. Azman. 11) Jasamu Dikenang.

Sekali lagi dijemput Yang berusaha Pn Harison bt Mohd Salleh, Guru Besar SKSM untuk tampil ke pentas bagi menyempurnakan acara Jasamu Dikenang. Dipersilakan.. 12) Anugerah Tokoh Guru.

Di umumkan pula Anugerah Tokoh Guru bagi tahun 2011. Dipersilakan 13) Anugerah Tokoh Pekerja.

Bagi Menerima Tokoh Pekerja 2011, di persilakan

14)

Penyampaian Cenderahati Terima Kasih Cikgu

Dipersilakan Yang Berbahagia Tn Hj Mohd Rejab bin Md Akhir,Yang Dipertua PIBG SKSM dengan diiringi Pn.Harison binti Mohd Salleh GB SKSM untuk menyampaikan cenderahati kepada semua staf SKSM. Dipersilakan. (selesai) - Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tn Hj. Mohd.Rejab YDP SKSM atas kesudian menyampaikan cenderahati sebentar tadi. 15) Persembahan Khas

Bagi memeriahkan lagi majlis sambutan Hari Guru 2011, dengan ini saya serahkan majlis kepada pengacara gandingan saya En.Azrin bin Che Man. Dipersilakan. a) Baiklah , tanpa melengahkan masa lagi,majlis mempersilakan murid pra dengan persembahan yang bertajuk....................................................Dipersilakan (Selesai) Terima kasih diucapkan kepada murid-murid pra. b) Seterusnya persembahan daripada murid tahun 6 yang bertajuk....................................................Dipersilakan. (selesai) Terima kasih diucapkan kepada murid tahun 6 c) Bagi meneruskan acara persembahan ,majlis menjemput murid-murid tahun 1 yang akan menyampaikan ........................................................Dipersilakan. (selesai) Jutaan terima kasih. d) Di bawah pimpinan Cikgu Azmaniza dan guru-guru tahun 5,kini tibalah masa bagi murid tahun 5 untuk memberi persembahan yang bertajuk.............................................. (selesai) Terima kasih diucapkan. 16) Acara Memotong Kek

Majlis sekali lagi menjemput Yang berusaha Pn Harison bt Mohd Salleh, Guru Besar SKSM untuk menyempurnakan acara memotong kek sebagai satu simbolik sempena dengan perayaan Hari Guru pada kali ini. Dipersilakan. (Selesai) - Terima Kasih di ucapkan kepada Pn Harison bt Mohd Salleh, GB SKSM yang telah menyempurnakan acara simbolik pemotongan kek itu tadi. 17) Nyanyian Lagu Pendidikan Cemerlang Kedah Gemilang.

Sekarang semua murid diminta bersedia untuk nyanyian Lagu Pendidikan Cemerlang Kedah Gemilang. (Kiroh Conducter). -Tamat-

Vous aimerez peut-être aussi