Vous êtes sur la page 1sur 20

Untuk Ahli Sahaja

Edisi 11 : Jamadilawwal 1424 / Julai 2003

Ke arah Memartabatkan Al-Quran dan Al-Sunnah

By Charley Reese

KANDUNGAN
Muslims Are Good Folks Bantulah Pengeluaran Al-Nidaa Ulasan Buku Larangan Meminta Jawatan Pemimpin Aktiviti Al-Nidaa Mari Belajar Bahasa Al_Qur an Umar Ibnu Al-Khatab Hijab Nasihat Untuk Remaja 5-6 7-9 10 - 12 13 15 16 20 1-2 2 3

wish more Americans had an opportunity to get to know Muslims. Then they would not be susceptible to the silly anti-Muslim propaganda that is floated by some right-wing Christians.

Muslims are good folks. One fellow e-mailed me quite convinced that Muslims lop off the heads of every infidel they meet. Ive been a guest in the homes of many Muslim friends, and the only thing they lopped off were extra servings of lamb. People believe such nonsense because they are ignorant of the facts. The oldest Christian communities in the world are in Muslim countries. Some of the oldest Jewish communities in the world are in Muslim countries. The deputy foreign minister of Iraq is a Christian. Saddam Hussein donated $1 million to help build a Christian church in the United States. There are Christians in practically all Muslim countries, and there have been for centuries.

Sila letak buletin ini di tempat yang sesuai kerana ia mengandungi ayat-ayat Quran

BULETIN AL-NIDAA

Ive said all this before, but when lies blow strong, truth bears repeating. Islam, like other religions, has different groups. Some are strict in their observances, and they might be likened to the Christian Pilgrims who settled Massachusetts. But even the most strict - commonly called fundamentalists these days know that a Muslim is commanded to treat Jews and Christians as I would treat myself, in the words of a Hamas leader. In my travels in Muslim countries, sometimes among the poorest of the poor, I was never panhandled or attacked. As far as crime goes, youll find cities like Beirut or Damascus or Amman or Ramallah much safer than most American cities. Islam is not a religion with a hierarchy such as the Roman Catholic Church. In that respect, Muslims are much like Southern Baptists, only more so. Any group of Muslims can build a mosque and hire themselves an imam, or teacher. They are independent. There is no Muslim pope or College of Cardinals. There are no bishops. When an imam somewhere issues a fatwa, which is a sort of formal opinion on a subject, it is not binding. Like Protestant Christians, Muslims interpret their holy writings themselves and consider themselves answerable directly to God - or, to use the Arabic word, Allah. Most of the disputes in the Middle East are secular and political. Hamas quarrel with Israelis is not about the fact that they are Jews but about the fact that they occupy Palestine. The objections some Muslims have to Western culture are the same as those some Christians have. They dont like the violence, the immorality, the pornography and the greed. The conflict one sees between the religious and the secular in some Muslim countries is similar to the conflict in this country between religious and secular folks. There are 6 million or 7 million American citizens who are Muslims. Muslims have been in this country since the late 19th century. If you dont already, you should make an effort to get to know Muslims. Youll find that they dont fit the stereotypes created by mean-spirited propaganda or superficial news coverage. Racism is a monstrous injustice because it imposes a stereotype on millions of innocent individuals. The only real solution is education and broad experience. It seems to me that God creates individuals one at a time, and it is the human mind that insists on grouping and classifying them. We should resist that temptation.
Charley Reese is a syndicated columnist whose writings are carried by some 150 US newspapers. It is heartening to note that there are Americans who can see the truth in Muslims. Let us, Muslims, endeavour to project the truth about ourselves to non-muslims, anywhere -Editor

Bantulah Pengeluaran Buletin !


Al-Nidaa amat gembira dan puashati di atas pertambahan per mintaan dan komen-komen positif terhadap Buletin Al-Nidaa. Sebagai or gan dakwah dan penyampai maklumat buletin ini, yang semakin meningkat pengeluarannya, akan ter us diedar kan percuma, selagi termampu oleh pertubuhan ini. Tetapi beban yang ditanggung dalam mengeluar dan mengedar kan buletin ini bertambah berat, memandangkan Al-Nidaa , yang baru setahun jagung ini, tidak mempunyai sumber pendapatan yang tetap. Dengan pengeluaran 4,000 naskah sekarang ini dan hampir setengah daripadanya dikirimkan melalui pos, jumlah kos satu edisi menghampiri RM5,000. Al-Nidaa mengharapkan apalah kiranya mereka yang mampu dan merasa mendapat manfaat daripada Buletin ini menghulurkan sedikit sumbangan agar usaha dakwah ini akan berterusan. Sebarang sumbangan bolehlah dihantar terus ke pejabat Al-Nidaa atau dimasukkan ke dalam akaun BIMB: 12047010029150 atas nama Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa Malaysia

BULETIN AL-NIDAA

ULASAN BUKU

al-Shahwah al-Islamiyyah min al-Murahiqah ila al-Rusyd.


oleh Hafiz Firdaus Abdullah (www.al-firdaus.com) Tajuk Kebangkitan Gerakan Islam: Dari Masa Transisi Menuju Kematangan Tajuk asal al-Shahwah al-Islamiyyah min al-Murahiqah ila al-Rusyd Penulis Syaikh Yusuf al-Qaradhawi Penerbit Pustaka al-Kautsar, Jakarta 2003 Pengedar Pustaka Indonesia (03-2692 3940, 03-2698 1742) Harga RM 43.80 (6.25 by 9.5 inci, 430 ms) etiap insan di dalam perjalanan mereka menuju kedewasaan pasti akan melalui beberapa peringkat hidup bermula daripada bayi kepada kanak-kanak, remaja sehinggalah dewasa. Setiap peringkat ini memiliki ciri-cirinya yang tersendiri. Bayi sentiasa perlukan penjagaan, kanak-kanak asyik bermain, remaja sentiasa bersemangat manakala dewasa bersifat matang lagi cermat. Demikianlah juga dengan gerakan kebangkitan Islam mutakhir ini. Alhamdulillah, gerakan ini kini sudah mula kelihatan dan dirasai di seluruh pelusuk dunia, sama ada di negara yang majoritinya Islam atau bukan Islam. Akan tetapi jika dianalisa dengan mendalam, boleh dikatakan bahawa gerakan kebangkitan ini lebih memiliki ciri-ciri bersemangat daripada berilmu, bersifat terburu-buru daripada bertenang, bersifat cuai daripada cermat dan bersifat baru daripada matang. Dalam ertikata lain, gerakan kebangkitan Islam mutakhir ini lebih mirip kepada ciri-ciri remaja yang dalam perjalanan menuju kedewasaan. Inilah analisa Syaikh Yusuf al-Qaradhawi dan di atas analisa inilah beliau menulis buku yang khas bertujuan membimbing gerakan kebangkitan yang bersifat remaja ini ke arah kedewasaan yang sepenuhnya. Dalam bimbingannya ini Syaikh al-Qaradhawi telah menggariskan sepuluh poin utama, iaitu: Pertama: Beralih daripada format dan simbol kepada hakikat dan kandungan. Pada zahirnya kelihatan gerakan kebangkitan Islam hanya menumpukan perhatian kepada
3

perkara-perkara yang mencorakkan simbol dan meninggalkan isi kandungannya yang jauh lebih penting. Umpama seseorang yang selalu membesar-besarkan kedudukan jari telunjuk di dalam bacaan tasyahud solat tetapi di waktu yang sama meninggalkan perbincangan tentang sebab, tujuan dan kepentingan tuntutan solat itu sendiri secara keseluruhannya. Kedua: Beralih daripada perdebatan kepada perbuatan. Sebahagian gerakan Islam gemar membakar tenaga mengungkit kesalahan dan kelemahan gerakan yang lain. Di waktu yang sama gerakan itu sendiri tidak berbuat apaapa yang bermanfaat secara menyeluruh kepada Islam dan umatnya. Sikap sebegini perlu berubah. Tenaga dan masa seharusnya dibakar demi manfaat Islam dan umatnya manakala apa-apa kelemahan atau kesalahan gerakan lain seharusnya dibetulkan secara positif. Ketiga: Beralih daripada sikap emosional kepada sikap ilmiah. Kerana semangat yang berlandaskan emosi tanpa kematangan yang berlandaskan ilmu, didapati sebahagian gerakan Islam cenderungkan mengkritik, melabel dan menghukum sesama umat Islam tanpa berlandaskan ilmu yang sebenar. Bahkan di dalam tindakan itu sendiri jelas terserlah sifat-sifat kejahilan yang keamatan. Sikap sebegini perlu berubah, seharusnya semangat itu didirikan di atas ilmu atau sekurang-kurangnya selari dengan tahap ilmu. Keempat: Beralih daripada sikap menumpukan perhatian dalam masalah cabang kepada masalah pokok. Seringkali gerakan Islam menumpukan perhatian hanya kepada

BULETIN AL-NIDAA

masalah cabang, seperti membaca Basmalah dengan kuat atau perlahan di dalam solat berjamaah tetapi diwaktu yang sama meninggalkan masalah pokok, seperti orang yang tidak bersolat jamaah langsung. Seharusnya gerakan Islam memberi tumpuan yang mendalam kepada masalah pokok dan bersikap toleran dalam masalah cabang. Apa guna mengukuhkan cabang jika pokoknya sendiri amat lemah ? Kelima: Beralih daripada sikap menyulitkan kepada sikap memudahkan. Islam adalah agama yang sentiasa berciricirikan kemudahan. Akan tetapi sayang sekali sebahagian gerakan Islam memiliki ciri-ciri menyulitkan sehingga menyebabkan banyak orang menjauhi Islam, umpama mereka ada yang memaksa seseorang yang baru hendak memeluk Islam dengan amalan bersunat padahal amalan ini bukanlah sepatutnya menjadi agenda pertama di dalam dakwah kepada kaum bukan Islam. Keenam: Beralih daripada sikap jumud dan taklid kepada sikap ijtihad dan pembaharuan. Di antara gerakan Islam masih ada yang berpendapat bahawa pintu-pintu ijtihad telah ditutup dan pembaharuan hukum Islam adalah tidak perlu. Mereka memaksa umat Islam untuk bertaklid kepada mazhab-mazhab tertentu sahaja dan apa-apa perkembangan terbaru dalam tamadun manusia adalah sesuatu yang harus ditinggalkan kerana ia, kononnya, tidak dirangkumi oleh syariat Islam. Sikap negatif seperti ini perlu diubah, pertama kerana para imam mazhab sendiri tidak memaksa umat Islam untuk bertaklid kepada mazhab mereka dan kedua, para imam mazhab sendiri berubah-ubah fatwa mereka selari dengan peredaran zaman dan tamadun semasa kehidupan mereka sendiri. Ketujuh: Beralih daripada sikap Eksklusif kepada sikap Inklusif. Eksklusif ialah sikap mengunggulkan diri sendiri dan menyisihkan orang lain manakala Inklusif ialah sikap merendahkan diri sendiri agar sama rata mencakupi semua orang. Malang sekali sikap eksklusif, yang mirip kepada sifat Iblis yang enggan bersujud kepada Adam alaihi salam, telah menjadi ciri-ciri sebahagian gerakan Islam. Masingmasing mengunggulkan gerakan sendiri sehingga akhirnya menjadilah gerakan Islam sesuatu yang berpisah-pisah. Seharusnya sifat eksklusif ini dikikis dan diterapkan sikap inklusif yang berciri-cirikan jamaah dan kerjasama. Kelapan: Beralih daripada sikap berlebih-lebihan kepada sikap bersederhana. Islam adalah agama pertengahan, apa yang berpisah daripada pertengahan ini disebut sebagai berlebih-lebihan (Ghuluw). Agama pertengahan ini tidak condong ke sikap remeh dan tidak juga condong kepada sikap fanatik. Sayang sekali ada di antara gerakan Islam yang condong ke arah meremehkan syariat Islam sepertimana aliran liberalisme. Ada juga yang condong ke arah berlebih-lebihan seperti aliran fanatisme. Yang benar gerakan Islam harus berada di antara kedua-duannya kerana
4

ini jalan yang lurus yang akan menghasilkan kejayaan sebenar. Kesembilan: Beralih daripada sikap berkeras kepada sikap berhikmah. Sebahagian gerakan Islam, kerana sikap putus asa telah beralih daripada manhaj dakwah dengan hikmah kepada manhaj kekerasan dengan senjata. Mereka membunuh jiwa dan melakukan kerosakan harta benda yang akhirnya hanya akan menggagalkan secara keseluruhan usaha kebangkitan Islam. Seharusnya gerakan Islam memiliki sifat sabar dan bertahap-tahap. Tidak boleh menanam benih di pagi hari dan mengharapkan buahnya di petang hari. Kesepuluh: Beralih daripada pertelingkahan kepada persatuan. Antara faktor utama yang menghalang kejayaan gerakan Islam mutakhir ialah pertelingkahan sesama gerakan atas hal-hal khilaf dan dzanni (hukum yang samarsamar). Padahal syariat Islam mewajibkan umatnya sesuatu yang disebaliknya, iaitu bersatu dan jangan berpecah. Selagi gerakan Islam berpecah dan bertelingkah, selagi itulah kejayaan menjauhi tangan umat Islam. Demikian sepuluh poin utama yang digariskan oleh Syaikh al-Qaradhawi kepada gerakan Islam mutakhir tanpa khusus kepada mana-mana aliran tertentu. Di dalam memberi poinpoin di atas, Syaikh al-Qaradhawi telah menegur secara positif beberapa aliran Islam mutakhir yang masyhur seperti Jamaah Hizbut Tahrir, Jamaah Tabligh, Jamaah Jihadi, Jamaah Wahabiyyah, Jamaah al-Albaniyyun, Jamaah alJamiyyun (pengikut Syaikh Rabi al-Madkhali), Jamaah Syururiyyun, Jamaah Ikhwan al-Muslimun, Jamaah Sufisme dan tareqat-tereqat mereka dan pelbagai lagi. Buku ini sangat dianjurkan kerana gerakan kebangkitan Islam di Malaysia juga tidak lepas daripada pelbagai kelemahan dan kekurangan sepertimana yang digariskan oleh Syaikh al-Qaradhawi. Gerakan kebangkitan Islam di Malaysia masih berada di tahap remaja dan sangat-sangat memerlukan bimbingan untuk mencapai tahap dewasa secepat agar segala misi perjuangan mereka dapat membuahkan hasil sebaik mungkin.

DOA:

Bersumber dari Abu Darda, dia berkata,Rasulullah (s.a.w) bersabda: Setiap seorang hamba muslim yang mau mendoakan saudaranya sedang dia tidak ada, maka malaikat akan berkata: Semoga kamu juga begitu itu.

BULETIN AL-NIDAA

Larangan Meminta Jawatan Pemimpin


Oleh: Ustaz Mohd Asri Zainul Abidin

kuasa menentu dan memilih untuk tidak memilih mereka yang tamakkan kuasa. Al-Qadhi al-Baidawi (meninggal 537H) dalam mensyarahkan persoalan minta jawatan kepimpinan berkata: Tidak sepatutnya bagi yang berakal bergembira dengan suatu kelazatan yang akan diikuti dengan penyesalan. Berkata al-Muhallah (meninggal 435H) pula: Keinginan untuk memperolehi kuasa adalah sebab berlaku peperangan di kalangan manusia kerananya sehingga ditumpahkan darah, dicemari harta dan maruah.2 Justeru itu, Islam menghalang jawatan daripada jatuh ke tangan mereka yang tamakkannya dengan membuat kaedah sesiapa yang meminta maka dia tidak dilantik. Ini dapat menyelamatkan dua perkara bahaya:i. Amanah kepimpinan jatuh ke tangan mereka yang tidak takutkan Allah dan tidak memahami bahawa kepimpinan akan dipersoalkan di Akhirat. ii. Berlakunya perebutan kuasa di kalangan umat yang akhirnya membawa kehancuran.

Daripada Abu Musa r.a. katanya: Aku dan dua orang lelaki dari kaumku telah masuk kepada Nabi s.aw. Salah seorang daripada dua lelaki berkenaan berkata: Lantiklah kami menjadi ketua wahai Rasulullah (s.a.w)! Yang seorang lagi juga berkata demikian. Lalu baginda bersabda: Sesungguhnya kami tidak melantik dalam urusan ini sesiapa yang memintanya atau bercita-cita untuk mendapatkannya1 Hadith menjelaskan satu kaedah yang penting dalam perlantikan jawatan kepimpinan atau kuasa iaitu tidak boleh diberikan kuasa atau jawatan kepada yang memintanya atau tamakkannya. Ini kerana jawatan di dalam Islam adalah amanah dan ianya diterima dengan tanggungjawab dan perasaan takutkan Allah sedang mereka yang memintanya atau tamakkannya, adalah tanda golongan yang tidak merasai besarnya tanggungjawab di hadapan Allah. Maka menjadi tanggungjawab ke atas sesiapa yang mempunyai

gambar sebagai hiasan sahaja

1 Riwayat al-Bukhari dan Muslim

2 Ibn Hajar al-Asqalani, Fath al-Bari bi Syarh Sahih al-Bukhari, 15/22. Dar al-Fikr, Beirut.

BULETIN AL-NIDAA

Persoalan kepimpinan di dalam Islam bukan sahaja melibatkan perkara kepakaran tetapi juga membabit persoalan keberkatan dan pertolongan Allah yang bakal turun kepada kepimpinan yang beriman dan bertaqwa. Oleh itu dalam hadith yang lain, yang diriwayatkan oleh alBukhari dan Muslim, baginda Nabi s.a.w. menasihati sahabatnya Abd Rahman bin Samurah:-

Meminta jawatan adalah suatu bentuk menuntut diiktiraf kelebihan diri di hadapan orang lain. Sedangkan Islam mahu supaya jawatan dipikul oleh mereka yang dibaluti dirinya dengan tanggungjawab, kesedaran dan penuh rendah diri di hadapan Allah dan memahami benar-benar ianya merupakan amanah dan beban bukan tempat kemegahan. Kata Muhammad bd al-Qadir Abu Faris dalam An-Nizam as-Siyasi fi al-Islam: Secara umumnya meminta menjadi pemimpin adalah dilarang di dalam Islam. Dalil-dalil dari al-Quran dan as-Sunnah yang ada mengukuh hukum haram atau sekurang-kurangnya makruhnya perkara tersebut.6

Wahai Abd. Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau ditinggalkan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu.3 Kata al-Hafiz Ibn Hajar al-sqalani (meninggal 852H) dalam Fath al-Bari: Maksud hadith di atas ialah sesiapa yang meminta jawatan pemimpin lalu diberikan kepadanya maka dia tidak diberikan bantuan disebabkan keinginannya... Katanya lagi: Sesiapa yang tidak mendapat bantuan daripada Allah terhadap pekerjaannya maka dia tidak akan mempunyai kemampuan melaksanakan pekerjaan tersebut. Oleh itu maka tidak sepatutnya diterima permintaannya (untuk menjadi pemimpin)4 Dalam kata lain, sesiapa yang meminta jawatan, maka Allah tidak akan menolongnya jika dia memerintah. Sesiapa yang tidak ditolong Allah tentu dia gagal melaksanakan amanah seperti yang dikehendaki Allah, sama ada yang kecil ataupun yang besar dan dalam apa urusan sekalipun. Orang yang tidak dibantu Allah adalah nyata kegagalannya dari awal lagi, maka wajar dia dihalang dari diberi jawatan berkenaan. Namun ini bukanlah bererti mustahil untuk dia melakukan kebaikan dan keadilan pada orang dibawahnya. Ada pemimpin yang kafir tetapi dapat melakukan kebaikan dan keadilan. Ini adalah hasil daripada usaha dan kesungguhannya bersama dengan keizinan Allah. Namun pertolongan Allah dengan keberkatan dan rahmat Nya tidak akan diperolehi jika seseorang tamakkan kuasa. Di sudut yang lain, mereka yang menuntut jawatan sebenarnya telah meletak keistimewaan atau kelayakan pada sendiri. Ini adalah lambang keegoan, sedangkan Allah telah berfirman di dalam Surah an-Najm ayat 32:-

Oleh itu para pemimpin yang beriman hendaklah memastikan mereka yang dilantik menguasai apa-apa urusan orang Islam terdiri dari kalangan yang dibantu perlaksanaan kerjanya oleh Allah ke arah kebaikan dunia dan akhirat. Hendaklah dielakkan dari melantik mereka yang tidak dibantu Allah. Antara cara yang diajar oleh Nabi s.a.w. untuk mengenal individu yang tidak dibantu oleh Allah ialah orang meminta jawatan. Kata al-Imam alSyaukani (meninggal 1255H): Kesimpulan, apabila seseorang yang meminta jawatan tidak mendapat pertolongan Allah, maka apa-apa jawatan yang dipegangnya akan menjatuhkannya dalam kesusahan dan kerugian dunia, dan akhirat, maka tidak dihalalkan melantik orang seperti itu?7 Namun begitu, para ulama Islam seperti al-Imam alMawardi (meninggal 450H) di dalam Al-Ahkam asSultaniyyah menyebut bahawa adakalanya meminta jawatan memperolehi pahala sekiranya tujuannya untuk menegakkan kebenaran dan dibimbangi orang yang tidak layak mendapat tempat tersebut8. Pendapat al-Mawardi ini bersesuaian dengan sabda Nabi s.a.w. di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud:

Sesiapa yang meminta jawatan qadhi muslimin sehingga dia memperolehinya kemudian keadilannya mengatasi kezalimannya maka baginya syurga.9 Ertinya, asalnya di dalam sistem siasah Islam individu di larang merebut jawatan kepimpinan umat atau memintanya, namun larangan tersebut dikecualikan dalam keadaan darurat atau tuntutan yang amat sangat daripada sesuatu keadaan di mana jika golongan yang soleh tidak mengambilnya, maka ianya akan jatuh ke tangan golongan mungkar.
(Bersambung ke muka surat 14)

Janganlah kamu menyatakan diri kamu suci.. Kata bd Rahman ibn Nasir al-Sadi dalam tafsirnya: Ayat bermaksud jangan kamu memberitahu manusia mengenai kesucian (kebaikan) jiwamu kerana mencari pujian di sisi mereka5
3 Riwayat al-Bukhari dan Muslim 4 Ibid, jilid 15, ms 19 5 Tafsir al-Karim ar-Rahman, ms 763 Muassasah al-Risalah, Beirut

6 7 8 9

An-Nizam as-Siyasi fi al-Islami, ms 190. Ctk Dar al-Furqan, Jordan Al-Syauki, Nail al-Autar, 9/159 cetakan Dar al-Jail, Beirut Al-Mawardi, Al-Ahkam al-Sultaniyyah, ms 95, ctk Dar al-Kutub al-lmiyyah , Beirut. Riwayat Abu Daud, sanadnya hasan

BULETIN AL-NIDAA

AKTIVITI-AKTIVITI AL-NIDAA

KURSUS PENGENALAN IT SUMBANGAN JAMAAH JazzakaAllah Khairan Kathiraa UNTUK PENDAKWAH


Perubahan pesat dalam bidang teknologi dan telekomunikasi, yang melanda negara-negara, barat dan timur, kebelakangan ini akan meninggalkan sesiapa yang tidak mengindahkannya. Melalui internet, khususnya, dunia telah mengecut kepada satu perkampungan tanpa sempadan di mana berbagai ilmu mengenai sebarang bidang boleh didapati atau disampaikan dan beranika transaksi dengan pihak dari pelusuk dunia mana sekali pun boleh dilakukan. Menyedari hakikat ini dan di atas keinginan melihat para pendakwah maju seiring dengan perkembangan teknologi, Al-Nidaa telah mengadakan satu kursus sehari di pejabatnya bertajuk Kursus Pengenalan IT Untuk Pendakwah pada 6 April 2003. Dengan bimbingan pakarpakar di bidang masing-masing, kursus ini menerangkan

Al-Nidaa amat menghargai sumbangan wang daripada kelas-kelas bimbingan Ustaz Dr Abdullah Yasin di Islamic Counsellor. Kelas-kelas ini secara bulanan mendermakan kutipan dari ahli-ahli jamaahnya berselang-seli kepada AlNidaa dan kepada masyarakat muslim di Kemboja dan Vietnam. Sumbangan bulan Mei sebanyak RM879 diserahkan kepada Ustaz Halim Mohd Nor, Naib Presiden Persatuan Bantuan Wargatua merangkap Imam Masjid Prak Riang, sebuah perkampungan kira-kira 500 keluarga muslim, lebih kurang 11km dari bandar Phnom Penh. Sebahagian dari sumbangan itu, insyaAllah, akan digunakan untuk sebuah madrasah yang dalam pembinaan. Sumbangan bulan Jun untuk Al-Nidaa juga telah selamat diterima. Semangat di belakang sumbangan sebeginilah yang akan membangunkan kekuatan ummah, insyaAllah. JazzakaAllah!

Majlis Hi-Tea
InsyaAllah, Al-Nidaa akan menganjurkan satu majlis HiTea di Hotel Singgahsana, Persiaran Barat off Jalan Sultan, Petaling Jaya, Selangor pada 23 Ogos 2003. Majlis bertujuan melibatkan lebih ramai lagi di dalam aktivitiaktiviti Al-Nidaa, terutamanya muslimat, dan sekali gus memungut dana untuk operasinya. Disamping peluang menyambung dan mengeratkan tali silaturrahim di kalangan mereka, para tetamu di majlis itu akan dihidangkan dengan santapan rohani dalam bentuk ucap utama oleh Dra. Helma Munaf, seorang pendakwah dan pendidik dari Indonesia, di atas tajuk:

dalam bahasa yang mudah difahami asas-asas teknologi maklumat, pengenalan kepada internet dan penggunaan internet dalam jaringan ilmu Islamiah. Ia juga menerangkan halaman-halaman web dan softwer-softwer Islam yang utama serta pengalaman-pengalaman tiga orang pendakwah yang menggunakannya. Kesemua 15 orang peserta yang menghadiri kursus ini mengakui ianya akan menjadikan mereka pendakwah yang lebih berkesan dan mengesyorkan agar kursus ini dihadiri oleh semua pendakwah. InsyaAllah, Al-Nidaa akan berusaha ke arah itu.
7

......Berlumba-lumbalah (berbuat) kebajikan .... Ucapan itu dijangka akan menarik perhatian tetamu kerana ia akan mempelawa mereka kepada peningkatan amal melalui amar maaruf setelah dada berisi ilmu. Pembaca dijemput menyertai untuk menjayakan majlis itu dan sekali gus membantu Al-Nidaa dalam usaha dakwah dan kebajikannya. Kad jemputan dan maklumat lanjut boleh di dapati dari pejabat Al-Nidaa, telefon no: 03-77106900 atau email: urusetia@al-nidaa.com.my

BULETIN AL-NIDAA

LAMBAIAN KAABAH

JADILAH MUSLIM YANG BERILMU

Pekej Haji
bagi tahun 1424h
InsyaAllah, untuk tahun Hijrah 1424 ini, Al-Nidaa akan mengaturkan satu rombongan jamaah bagi menunaikan ibadah haji. Urusan rombongan ini adalah satu pekej swasta. Penginapan tidak melebihi 300 meter dari Masjid al-Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah dengan satu bilik di kongsi oleh empat hingga enam orang sahaja. Semua makanan adalah masakan orang Melayu. Mengikuti sunnah Rasulullah (s.a.w), jamaah haji akan di bawa ke Mina pada hari Tarwiyah (8 Zulhijjah) untuk bermalam di situ dan pada keesokan harinya selepas solat subuh berangkat ke Arafah untuk wukuf sehingga terbenam matahari dan seterusnya menuju ke Muzdalifah dan mabit (bermalam) di situ. Rombongan akan dibimbing oleh pendakwah bebas dari Kuala Lumpur, Ustaz Shofwan Badrie bin Ahmad Badrie, yang akan jadi tempat bagi ahli rombongan merujuk apa-apa masalah praktikal dalam sepanjang menunaikan ibadah haji, umrah dan lawatan di Mekah dan di Madinah. Ustaz Shofwan juga akan menyampaikan kuliah-kuliah untuk memantapkan lagi pengetahuan mengenai ibadah haji dan lain-lain perkara yang bersangkutan, insyaAllah. Sesiapa yang berminat mengikuti pekej ini boleh mendapatkan maklumat lanjut dari pejabat Al-Nidaa melalui telefon 03-77106900 atau email: urusetia @ alnidaa.com.my

ISLAM UNTUK PERMULAAN

eorang rakan pernah berkata: Mula-mula saya attend class dulu saya rasa malu dan takut. Tengoklah orang-orang lain semua dah advanced belaka. Setengah dari cakap ustaz-ustaz pun tak boleh faham. Ramai diantara ahli-ahli jamaah yang telah lama mengikuti majlismajlis ilmu, pernah mengalami perasaan sahabat itu. Malah perasaan malu, jahil, dan kurang percaya kepada diri sendiri ini mungkin menyekat ramai orang dari mengambil langkah pertama untuk menuntut ilmu walaupun sedar akan keperluannya. Khusus untuk mereka yang berada dalam keadaan ini, Al-Nidaa menganjurkan kursus Islam Untuk Permulaan di pejabatnya pada hari Rabu jam 8.30malam tiap-tiap minggu mulai 30 Julai, 2003. Kelas ini akan membimbing peserta dalam fardhu ain dengan penekanan terhadap aqidah. Ia akan merangkumi rukun-rukun iman dan rukun-rukun Islam dan akan menggunakan stail yang interaktif sambil menyediakan nota-nota yang mudah difaham. Kursus ini sesuai untuk dihadiri oleh orang-orang dewasa yang ingin memahami semula ilmu mengenai Islam yang telah dipelajari semasa sekolah dahulu yang telah lama tertinggal. Ia juga sesuai untuk mereka yang tidak berpeluang mempelajari Islam sebelumnya. Mereka yang berminat boleh berhubung dengan pejabat Al-Nidaa untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.

Hadis Rasulullah (s.a.w)


Luasnya Rahmat Allah (S.W.T)

Bersumber dari Salman, beliau berkata, Rasulullah (s.a.w) bersabda: Sesungguhnya pada hari Allah menciptakan langit dan bumi, Allah telah menciptakan seratus rahmat. Setiap rahmat meliputi ruang antara langit dan bumi. Allah menjadikan satu rahmat di bumi. Dengannya, seorang ibu mengasihi anaknya. Begitu pula binatang buas dan burung mengasihi satu sama lain. Lalu nanti bila hari kiamat tiba, Allah menyempurnakannya dengan rahmat ini.
Dipetik dari Terjemahan Shahih Muslim vol.4 (KH.Adib Bisri Musthofa) terbitan Victory Agencies Kuala Lumpur

BULETIN AL-NIDAA

Seminar: Ahli Sunnah Wa l J a m a a h Golongan Tauladan


19 - 20 Jamadilawal, 1424H 19 - 20 Julai, 2003 Dewan Al-Malik Faisal Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia Jalan Universiti, Petaling Jaya, Selangor

PEMBENTANG DAN TAJUK KERTAS KERJA


Sabtu 19 Julai 2003 9.00 pagi 5.00 petang Dr. Johari Mat Ahli Sunnah Wal Jamaah: Satu Pengenalan Dr. Zakaria @ Mahmod Daud Sumber-Sumber Ilmu Ahli Sunnah Wal Jamaah Dan Cara-Cara Mereka Memahaminya Dr. Abdullah Yasin Manhaj Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

Ahad 20 Julai 2003 9.00 pagi 1.15 petang Dr. Mohd Radzi Othman Aqidah Abu Hassan Al-Asyaari Ustaz Mohd Asri Zainul Abidin: Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah Dalam Menilai Fakta Dan Orang Lain Di pengerusikan oleh: Ustaz Jaafar Salleh Ustaz Mohd Salahuddin Mohamed Tel: 03-77107900 mail: urusetia@al-nidaa.com.my

LATARBELAKANG DAN TUJUAN


Banyak yang telah diperkatakan tentang kelemahan dan kemunduran umat Islam hari ini dan pelbagai analisa mengenainya telah diutarakan. Darinya beraneka laungan, cadangan dan jalan keluar telah diajukan, namun nasib umat Islam masih tidak berubah. Seminar Ahli Sunnah Wal Jamaah Golongan Tauladan ini mengajak peserta bermuhasabah dan membandingkan diri dengan satu golongan muslim yang memang diakui kecemerlangan dan sumbangan mereka terhadap kegemilangan Islam dalam sejarahnya. Di zaman salafussoleh, Islam berkembang pesat dan tamaddun Islam menguasai dunia di waktu itu dan berabad-abad kemudiannya. Seminar ini akan mengupas siapakah golongan salafussoleh, apakah asas-asas pegangan dan sikap mereka terhadap al-Quran dan sunnah Rasulullah (s.a.w) dan tindakan mereka dalam mensyiarkan Islam. Mudahmudahan seminar ini dapat membuka minda dan hati peserta, dengan izin Allah, untuk menurut jejak para salafussoleh semampunya demi mengembalikan kegemilangan Islam.

PENYERTAAN Seminar ini terbuka kepada semua kecuali kanak-kanak 12 tahun ke bawah.

YURAN PENYERTAAN RM50.00 seorang peserta. RM40.00 bagi pelajar.

KENAPA ANDA MESTI TURUT SERTA !


Untuk mengupas tema yang amat penting ini, Al-Nidaa telah mengumpulkan tokoh-tokoh ilmuan yang terkemuka yang berpengalaman dalam menyampaikan kebenaran melalui seminar dan persidangan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Seminar ini juga telah dirancang bagi membolehkan soal jawab dan perbincangan yang mencukupi untuk kepuasan para peserta.
9

PENDAFTARAN Untuk menyertai seminar ini, sila isi Borang Pendaftaran. Satu borang untuk seorang pemohon sahaja. Fotokopi borang ini boleh diterima atau dapatkan borang tambahan dari pejabat Al-Nidaa. Penyertaan disahkan hanya dengan penerimaan Borang Pendaftaran berserta bayaran atas nama Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa Malaysia. Sila daftar awal untuk menentukan tempat

Borang Pendaftaran ada disertakan bersama buletin ini.

BULETIN AL-NIDAA

Mari Belajar Bahasa Mari Belajar Bahasa

Al-Quran Al-Quran

SIRI

10

BULETIN AL-NIDAA

11

BULETIN AL-NIDAA

(Bersambung ke muka surat 14)

12

BULETIN AL-NIDAA

MENGENALI HAWARIYIIN RASULULLAH (s.a.w)

Umar Ibn al-Khattab


Abu Hafs Umar ibn al-Khattab (r.a) atau dikenali dengan al-Faruq, yang bererti yang sangat membezakan diantara kebenaran dan kebatilan, adalah Khalifah Rasulullah (s.a.w) yang kedua dan pemerintah Islam yang pertama digelar Amirulmukminin.1 Keislamannya didoakan oleh Nabi(s.a.w) 2. Peristiwa Umar memeluk Islam amat menggembirakan umat Islam, sehingga Abdullah Ibn Masud (r.a) telah berkata: Kami sentiasa berada dalam kemuliaan sejak Umar memeluk Islam3. Umar ibn al-Khattab telah dijamin masuk Syurga. Rasulullah (s.a.w) telah bersabda: Semasa aku sedang tidur, aku telah bermimpi melihat diriku berada di Syurga, tiba-tiba (aku lihat) seorang wanita sedang berwuduk di tepi sebuah istana, lalu aku bertanya: Untuk siapakah istana ini?. Mereka menjawab: Untuk Umar. Aku segera pergi setelah teringat akan sifat cemburu Umar. Lalu Umar menangis dan berkata: Patutkah aku mencemburuimu wahai Rasulullah.4 Kedalaman ilmu yang dimiliki oleh Umar telah dicatatkan dalam lembaran sejarah dan tiada bandingan selepasnya hingga ke hari ini. Rasulullah (s.a.w) telah bersabda: Semasa aku sedang tidur, (aku bermimpi) telah minum susu sehingga aku melihat ia mengalir melalui satu kuku atau semua kuku-kuku jariku, kemudian aku berikannya kepada Umar. Mereka berkata: Wahai Rasulullah, apa yang engkau takwilkan dengannya?. Baginda menjawab: Ilmu.5 Sifat taqwanya sungguh menakjubkan. Telah diriwayat daripada seorang hamba milik Uthman ibn Affan (r.a) dia berkata: Semasa saya bersama Uthman dalam menguruskan hartanya di al-Aliyyah6 pada hari yang sangat panas, tiba-tiba dia melihat seorang lelaki sedang menarik dua ekor unta jantan, dan di atas bumi kelihatan seperti pepatung akibat cuaca yang begitu terik, lalu Uthman berkata: Kenapa dengan orang ini?. (Alangkah baik) jika dia berada di Madinah hingga cuaca beransur sejuk, kemudian baru dia keluar. Setelah orang itu semakin hampir, dia berkata: Pergi dan lihat siapakah orang itu? Maka saya pergi melihat dan berkata: Saya lihat ada seorang lelaki yang membalut kepalanya dengan kain sedang menarik dua ekor unta jantan. Uthman berkata: Lihatlah siapa orang itu?. Saya melihat orang itu ialah Umar ibn alKhattab, lalu saya berkata: Ia adalah Amirulmukminin. Maka Uthman menjengahkan kepalanya ke luar pintu lalu segera masuk akibat bahang matahari yang menyakitinya, lalu dia berkata: Apakah yang menyebabkan kamu keluar dalam waktu begini. Dia menjawab Sesungguhnya dua unta zakat ini terlepas dari kumpulannya dan aku hendak menghantarnya ke tempat gembalaannya kerana takut ia hilang dan aku akan disoal dihadapan Allah berkenaannya. Uthman berkata: Marilah wahai Amirulmukminin, minum dan berteduhlah, kami akan membantumu. Umar berkata: Kembalilah ke bawah teduhanmu. Maka saya berkata: Di sisi kami ada yang boleh membantumu. Dia berkata: Kembalilah ke bawah teduhanmu. Dia terus pergi, dan Uthman berkata: Sesiapa yang ingin melihat kepada seorang yang kuat lagi amanah hendaklah dia melihat kepada orang ini. Kemudian Umar kembali semula dan duduk bersama kami.7 Di zaman pemerintahannya Islam sampai ke puncak kegemilangan, banyak penaklukan jajahan dilakukan oleh tentera-tentera Islam bagi menghapuskan perlakuan syirik serta menyebarkan keadilan Islam kepada umat sejagat sebagaimana yang telah dibayangkan Nabi (s.a.w) terhadapnya8.

1 2 3 4 5

Al-Bidayah Wa an-Nihayah Ibn Kathir Jilid ketujuh Hadith Ibn Umar dalam sunan at-Tirmizi Kitab Manaqib Umar. Sahih al-Bukhari- Kitab fadail as-sahabah Sahih al-Bukhari Bab sifat al-Jannah annaha makhlukhah. Sahih al-Bukhari Bab Manaqib Umar.

6 Satu tempat tinggi, jaraknya yang paling dekat dengan Madinah ialah empat batu dan jaraknya daripada Najd ialah lapan batu 7 Musnad Imam as-Syafiie- Kitab al-Manaqib. 8 Sahih al-Bukhari Kitab al-Manaqib.

13

BULETIN AL-NIDAA

Dunia dan kekayaan berada di bawah tapak kakinya, tetapi dia tidak menyentuhnya melainkan dengan hak. Harapan dan keinginan Umar yang tidak pernah padam ialah pengampunan dari Allah serta kenikmatan dan kebahagiaan hidup bersama Nabi dan para sahabatnya di Syurga yang abadi. Ketika ajalnya menghampiri akibat tikaman kerambit beracun oleh Abu LuLu alMajusi, beliau meluahkankan ucapannya yang diabadikan oleh sejarah hingga ke hari ini: Sekiranya aku miliki segunung emas nescaya aku gunakannya sebagai tebusan dari azab Allah.9 Semoga Allah meredhai Umar dan semoga kita dihimpunkan bersamanya di Syurga kelak.

(sambungan dari muka surat 6 )

Justeru itu, tuntutan baru muncul membenarkan jawatan kepimpinan direbut atau diminta. Ini mendorong Nabi Yusuf a.s meminta jawatan dalam kerajaan Mesir, katanya:-

(Sambungan dari muka 12)

Yusuf berkata: Jadikanlah aku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir) sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya lagi mengetahui cara mentadbirkannya. Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir, ia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan.10 Kata al-Qurtubi: Sesungguhnya Yusuf a.s hanya meminta kuasa setelah dia mengetahui bahawa tiada sesiapa yang setanding dengannya, yang dapat melaksanakan keadilan, islah dan menyampaikan hak-hak fakir miskin. Dia melihat yang demikian itu adalah farduain bagi dirinya, kerana tiada siapa lagi selain dia. Demikian juga hukumnya pada hari ini. Sekiranya seseorang insan tahu mengenai dirinya, bahawa dia dapat menegakkan kebenaran dalam kehakiman dan hisbah, sementara tiada seseorang pun yang sesuai dan setanding dengannya maka jawatan itu farduain ke atas dirinya. Wajib dia mengendali dan memintanya. Dia juga hendaklah memberitahu sifat-sifatnya yang melayakkan memperolehi jawatan tersebut iaitu ilmunya, kemampuannya dan lain-lain.11

9 Sahih al-Bukhari Kitab Fadhail as-Sohabah

10 Surah Yusuf (12):55-56 11 Al-Qurtubi, Al-Jamili Ahkam al-Quran, 9/216, cetakan Dar al-Fikr, Beirut

14

BULETIN AL-NIDAA

ARTICLE FROM INTERNET

Hijab
SUPPRESSION OR LIBERATION?
Mary C. Ali

they are pleased to be identified as a Muslim woman. As a chaste, modest, pure woman, she does not want her sexuality to enter into interactions with men in the smallest degree. A woman who covers herself is concealing her sexuality but allowing her femininity to be brought out. The question of hijab for Muslim women has been a controversy for centuries and will probably continue for many more. Some learned people do not consider the subject open to discussion and consider that covering the face is required, while a majority are of the opinion that it is not required. A middle line position is taken by some who claim that the instructions are vague and open to individual discretion depending on the situation. The wives of the prophet (s.a.w) were required to cover their faces so that

Why do Muslim women have to cover their heads?


This question is one which is asked by Muslim and non-Muslim alike. For many women it is the truest test of being a Muslim. The answer to the question is very simple - Muslim women observe HIJAB (covering the head and the body) because Allah has told them to do so. O Prophet, tell your wives and daughters and the believing women to draw their outer garments around them (when they go out or are among men). That is better in order that they may be known (to be Muslims) and not annoyed1. Other secondary reasons include the requirement for modesty in both men and women. Both will then be evaluated for intelligence and skills instead of looks and sexuality. An Iranian school girl is quoted as saying, We want to stop men from treating us like sex objects, as they have always done. We want them to ignore our appearance and to be attentive to our personalities and mind. We want them to take us seriously and treat us as equals and not just chase us around for our bodies and physical looks. A Muslim woman who covers her head is making a statement about her identity. Anyone who sees her will know that she is a Muslim and has a good moral character. Many Muslim women who cover are filled with dignity and self esteem;
1 Surah Al-Ahzab (33):59

men would not think of them in sexual terms since they were the Mothers of the Believers, but this requirement was not extended to other women. The word hijab comes from the Arabic word hajaba meaning to hide from view or conceal. In the present time, the context of hijab is the modest covering of a Muslim woman. The question now is what is the extent of the covering? The Quran says: Say to the believing man that they
15

BULETIN AL-NIDAA

should lower their gaze and guard their modesty; that will make for greater purity for them; and Allah is well acquainted with all that they do. And say to the believing women that they should lower their gaze and guard their modesty; and that they should not display their beauty and ornaments except what must ordinarily appear thereof; that they should draw their veils over their bosoms and not display their beauty except to their husbands...2 These verses from the Quran contain two main injunctions: A woman should not show her beauty or adornments except what appears by uncontrolled factors such as the wind blowing her clothes, and The head covers should be drawn so as to cover the hair, the neck and the bosom.

are other requirements: Women must not dress so as to appear as men. Ibn Abbas narrated: The Prophet (S) cursed the men who appear like women and the women who appear like men. (Bukhari) Women should not dress in a way similar to the unbelievers. The clothing should be modest, not excessively fancy and also not excessively ragged to gain others admiration or sympathy. Often forgotten is the fact that modern western dress is a new invention. Looking at the clothing of women as recently as seventy years ago, we see clothing similar to hijab. These active and hard-working women of the West were not inhibited by their clothing which consisted of long, full dresses and various types of head covering. Muslim women who wear hijab do not find it impractical or interfering with their activities in all levels and walks of life. Hijab is not merely a covering dress but more importantly, it is behavior, manners, speech and appearance in public. Dress is only one facet of the total being. The basic requirement of the Muslim womans dress apply to the Muslim mans clothing with the difference being mainly in degree. Modesty requires that the area between the navel and the knee be covered in front of all people except the wife. The clothing of men should not be like the dress of women, nor should it be tight or provocative. A Muslim should dress to show his identity as a Muslim. Men are not allowed to wear gold or silk. However, both are allowed for women. For both men and women, clothing requirements are not meant to be a restriction but rather a way in which society will function in a proper Islamic manner.

Islam has no fixed standard as to the style of dress or type of clothing that Muslims must wear. However, some requirements must be met. The first of these requirements is the parts of the body which must be covered. Islam has two sources for guidance and rulings: first, the Quran, the revealed word of Allah and secondly, the Hadith or the traditions of the Prophet Muhammad (s.a.w) who was chosen by Allah to be the role model for mankind. The following is a Tradition of the Prophet: Ayesha (R) reported that Asmaa the daughter of Abu Bakr (R) came to the Messenger of Allah while wearing thin clothing. He approached her and said: O Asmaa! When a girl reaches the menstrual age, it is not proper that anything should remain exposed except this and this. He pointed to the face and hands. (Abu Dawood) The second requirement is looseness. The clothing must be loose enough so as not to describe the shape of the womans body. One desirable way to hide the shape of the body is to wear a cloak over other clothes. However, if the clothing is loose enough, an outer garment is not necessary. Thickness is the third requirement. The clothing must be thick enough so as not to show the color of the skin it covers or the shape of the body. The Prophet Muhammad (s.a.w) stated that in later generations of his ummah there would be women who would be dressed but naked and on top of their heads (what looks like) camel humps. Curse them for they are truly cursed. Another requirement is an over-all dignified appearance. The clothing should not attract mens attention to the woman. It should not be shiny and flashy so that everyone notices the dress and the woman. In addition there
2 Surah An-Nur (24):30-31

16

BULETIN AL-NIDAA (Sambungan dari muka 20)

Cara Memperbaiki Akhlak


Di antara langkah yang paling berkesan untuk memperbaiki akhlak , ialah : 1. Mantapkan Akidah. Jika iman kita kepada Allah , RasulNya dan Hari Kiamat sudah mantap nescaya kita pasti akan dapat mengawal diri daripada terjebak ke dalam aktiviti yang tidak bermoral. 2. Mempunyai Ilmu. Yang dimaksudkan dengan ilmu di sini ialah pengetahuan tentang mana akhlak yang mulia dan mana akhlak yang tercela. Selanjutnya merasakan betapa kita berhajat kepada akhlak yang mulia. 3. Ingat Selalu. Pengetahuan di atas hendaklah hadir selalu di dalam minda kita kerana penyakit ilmu adalah lupa. Bukankah datuk kita Adam terjebak ke dalam perangkap iblis kerana beliau lupa dengan larangan Allah ? 4. Banyak beribadat. Jika kita selalu mendekatkan diri kepada Allah dengan banyak beribadat kepada-Nya nescaya Allah akan hindarkan kita dari akhlak yang buruk. Firman-Nya :

jadikan baginda sebagai tauladan kita akan bahagia di dunia dan di akhirat. 7. Menerima Nasihat. Biasanya orang lain lebih tahu tentang tingkah laku kita. Oleh itu , kita sepatutnya dengan rasa rendah diri menerima teguran dan nasihat nasihat yang berguna dari orang lain.

Dirikanlah solat ! Sesungguhnya solat dapat mencegah kamu dari perkara keji dan mungkar 2 5. Memilih Kawan. Kita mesti bijak memilih kawan kerana kawan sangat berperanan mempengaruhi akhlak kita. Carilah kawan yang mulia akhlaknya dan hindarkan kawan yang rosak moralnya. 6. Rasulullah s.a.w. Sebagai Tauladan. Kita tidak perlu ragu lagi tentang kehebatan akhlak baginda. Jika kita
2 Surah al-Ankabut (29) : 45

Ertinya: Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah
17

BULETIN AL-NIDAA

Rasulullah Manusia Tauladan


Ketika Aisyah r.a. ditanya tentang akhlak Rasulullah s.a.w. beliau hanya menjawab : Akhlaknya adalah al Quran. Sungguh tepat firman Allah : Dan sesungguhnya kamu benar benar berbudi pekeri yang agung3. Malahan Allah (S.W.T) sendiri memberi jaminan kepada kita bahawa Muhammad adalah manusia contoh : Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.4 Berdasarkan kenyataan di atas nyatalah bagi kita yang beriman bahawa kerosakan akhlak pasti akan dapat diatasi jika kita secara jujur dan bersungguh-sungguh kembali kepada ajaran Allah dan Rasul Nya. Dan inilah rahasianya mengapa ayat di atas diakhiri dengan (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. Maksudnya secara tersirat tanpa sifat sifat tersebut memang sukar bagi mereka untuk menjadikan Nabi Muhammad (s.a.w) sebagai tauladan.

Amalan wajib yang paling utama agar dipelihara ialah ibadah solat. Dan juga termasuk ke dalam makna pemeliharaan ini ialah kita mesti memelihara anggota badan kita daripada melakukan perkara perkara haram. Dan di antara hadis yang menyebut tentang pemeliharaan ini ialah: Barangsiapa yang memelihara apa yang terdapat di antara dua janggutnya (yakni kumis dan janggut iaitu mulutnya atau lidahnya) dan apa yang terdapat di antara dua kakinya (iaitu kemaluannya) maka dia masuk syurga6. Ringkasnya , ada dua makna yang dimaksudkan dengan memelihara Allah iaitu : 1. Memelihara hukum hakam yang berhubungan dengan amalan amalan hati seperti keimanan (akidah) , keikhlasan , rasa takut , cinta , harap dan sebagainya. Begitu juga seperti memelihara hati daripada segala jenis penyakitnya. 2. Memelihara hukum hakam yang bersangkutan dengan amalan anggota yang zahir. Apakah amalan itu membawa kepada kebaikan agamanya seperti solat , menutup aurat dan sebagainya atau yang dapat membawa kepada kebaikan dunianya iaitu muamalat atau aktiviti yang mendatangkan faedah. b. Peliharalah Allah, nescaya kamu dapati Dia dihadapanmu Maksudnya jika kita memelihara Allah sebagaimana maksud di atas maka dia bukan saja akan mendapat pemeliharaan daripada Allah , malahan Allah akan berada dihadapannya iaitu bersamanya di mana saja dia pergi. Allah akan menolongnya , mengawalnya , memperkuatkan hatinya serta menunjukinya ke jalan yang lurus. Orang yang mendapati Allah besertanya akan selalu merasa tenang, gembira , kuat dan tidak ada yang perlu ditakuti. Bukankah Allah telah menguatkan semangat Nabi Musa a.s. dan Nabi Harun a.s. ketika mereka merasa takut berhadapan dengan Firaun ? Allah (S.W.T). berfirman : Ertinya : Janganlah kamu berdua takut, sesungguhnya Aku bersama kamu berdua, Aku Mendengar dan Melihat.7 Bukankah Nabi Muhammad (s.a.w) pernah menguatkan semangat Abu Bakar As-Siddiq ketika mereka berdua berada di dalam gua Thur ? Allah berfirman : Ertinya : Ketika orang orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) , sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada di dalam gua , di waktu dia berkata kepada temannya; Jangan kamu berduka cita, sesungguhnya Allah berserta kita8
6 Hadis dari Abi Hurairah. 7 Surah Thaahaa (20):46

Nasihat Nabi (s.a.w)


Daripada Ibnu Abbas r.a. , katanya : Pada suatu hari aku berada dibelakang Rasulullah (s.a.w) (boncengan), lalu baginda bersabda : Wahai anak muda, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan memelihara kamu , peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada dihadapanmu , dan jika engkau memohon maka memohonlah kepada Allah , dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah , dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu , nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah , dan sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk mendatangkan bencana ke atas kamu , nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah. Dan telah diangkat segala pena dan telah kering segala buku5.

Syarah Al Hadis
a. Peliharalah Allah , nescaya (Dia) akan memelihara kamu: Maksudnya : Kita hendaklah sentiasa memelihara hukum hakam Allah , hak Allah , perintah Allah dan larangan Allah. Iaitu dengan mengerjakan suruhan Nya dan menjauhi larangan Nya.
3 Surah al-Qalam (68):4 4 Surah al-Ahzab (33):21 5 Hadis Hasan Sahih Riwayat Imam Tarmizi

18

BULETIN AL-NIDAA

c. Dan jika kamu memohon maka memohonlah kepada Allah: Maksudnya setelah kita menyakini bahawa jika kita memelihara hukum hakam Allah nescaya Allah akan sentiasa berada bersama kita dengan ilmu Nya , hidayah Nya dan pertolongan Nya. Maka sudah sewajarnyalah jika kita memohon sesuatu hendaklah kita memohon kepada Allah yang Maha Dekat lagi Maha Pemberi , bukan kepada yang lain. Permohonan manusia kepada Allah (S.W.T) ada dua cara : 1. Melalui lisan. Mengucapkan isi kandungan hati melalui lidah dengan penuh khusyuk dan merendah diri dihadapan Allah yang Maha Kaya lagi Maha Berkuasa. 2. Melalui amalan. Apa saja amalan yang dilakukan , apakah sebagai pedagang , doktor , pekerja kilang , pelajar, dan lain lain , hendaklah mereka sentiasa ingat kepada hukum hakam Allah ketika melaksanakan tugas masing masing sambil mengharap kiranya pekerjaan tersebut dapat membawa kebaikan baginya pada masa hadapan. d. Dan jika kamu meminta pertolongan maka mintalah kepada Allah : Nasihat ini mengandungi dua pengajaran : 1. Mengingatkan umat manusia bahawa mereka adalah makhluk yang lemah , kuasa mereka sangat terbatas , mereka tidak akan dapat mencapai apa yang mereka hajatkan tanpa bantuan pihak yang lain. 2. Mengingatkan umat manusia bahawa kuasa Allah itu tiada batasannya. Segala penghuni langit dan bumi tunduk kepada ketentuan Nya. Jadi atas dasar inilah maka manusia mestilah memohon sesuatu hanya kepada Allah, kecuali dalam hal hal biasa yang termampu dikerjakan oleh manusia, seperti mengangkat suatu barang, meminjam sesuatu dan lain lain. Namun demikian kita juga mesti memohon kepada Allah agar dipermudahkan jalan untuk mendapatkannya. Selain itu juga wajib diketahui bahawa memohon pertolongan kepada Allah atau berdoa kepada Nya mestilah secara langsung secara terus menerus kepada Nya, tidak melalui sebarang perantaraan atau wasitah daripada manusia atau lainnya. e. Tidak ada orang yang dapat memberi manfaat dan mudharat (bahaya) tanpa izin Allah : Rasul s.a.w. menerangkan kepada Ibnu Abbas r.a. bahawa sekiranya sekalian umat atau makhluk berkumpul dan bersatu untuk memberi manfaat kepadanya ataupun
8 Surah at-Taubah (9):40

sebaliknya mereka bersatu dan berkumpul untuk mendatangakan mudharat kepadanya seperti menganiayanya , namun semua itu tidak mungkin akan terjadi kecuali apa yang telah ditakdirkan untuknya di Luh Mahfudz sejak azali. Oleh sebab itu kita tidak seharusnya terlalu gembira atau berduka terhadap sesuatu yang dilakukan oleh orang lain terhadap diri kita. Kerana kita yakin bahawa segala galanya adalah di dalam ketentuan Allah. Kalau di dalam ketentuannya tidak ada keputusan untuk memberikan sesuatu kepadanya, nescaya dia pasti tidak akan dapat memperolehinya walaupun seluruh makhluk bersatu berusaha untuk menolongnya. Demikian sebaliknya kalau ditentukan bahawa ia akan mendapatkannya, walaupun seribu halangan, namun ia pasti akan memperolehinya juga. Allah (S.W.T) berfirman: Dan jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu , maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu , maka tidak ada yang dapat menolak kurnia Nya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendaki Nya di antara hamba hamba Nya dan Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang9

Kesimpulan
1. Walaupun pada asalnya nasihat ini untuk Ibnu Abbas yang ketika itu masih muda remaja , namun prinsip pengajaran yang terkandung dalam hadis ini adalah umum yang juga berguna untuk orang yang telah dewasa atau tua. 2. Memelihara Allah bererti memelihara agamanya. Memelihara agama bererti menuruti hukumnya dan mengikuti peraturannya. Dan itu tidak mungkin dapat dilakukan tanpa usaha dan ikhtiar untuk melaksanakan suruhan Allah dan menjauhi larangan-Nya. 3. Para remaja hari ini terdedah dengan bermacam macam pengaruh negatif. Sungguh banyak dikalangan mereka yang jatuh ke lembah kehinaan. Mereka sebenarnya boleh mendapat pemeliharaan Allah sebagaimana cara yang telah dijelaskan oleh Rasul s.a.w. di dalam hadis di atas. Tetapi bagaimana mereka akan mendapat pemeliharaan Allah kalau mereka sendiri tidak berusaha memelihara Allah ? 4. Setiap orang tua mesti berusaha untuk memberi kefahaman tentang konsep yang terkandung dalam hadis ini kepada anak anak mereka. Jika semua remaja dapat memahami dan mengamalkan konsep ini , selain tugas orang tua , para pendidik , pemerintah akan menjadi lebih ringan , juga kesan positifnya para remaja dengan izin Allah akan selamat di dalam kehidupan di dunia dan kehidupan di akhirat.

9 Surah Yunus (10):107

19

BULETIN AL-NIDAA

NASIHAT UNTUK REMAJA NASIHAT UNTUK REMAJA


Oleh: Dr. Abdullah Yasin

Mukaddimah Saya yakin semua pihak bimbang dengan keadaan remaja hari ini. Bukan saja ibu bapa , para pendidik dan masyarakat, malahan sampai ke peringkat pemimpin negara turut prihatin dengan krisis moral yang sedang melanda para remaja. Cara penyelesaiannya bagi kita umat Islam sangat mudah , iaitu kembali kepada ajaran agama. Sungguh banyak panduan dari Al Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. dalam menangani masalah kerosakan akhlak. Apalagi Nabi Muhammad (s.a.w). pernah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia 1 Akhlak Boleh Diperbaiki Adalah salah pandangan sesetengah orang yang mendakwa kononnya akhlak atau budi pekerti seseorang tidak boleh
1 Hadis Riwayat Al Bukhari

dirobah. Berapa banyak dalam kehidupan kita temui orang yang dulunya baik akhlaknya tetapi kerana ia diasuh menjadi penjahat lalu ia berobah menjadi jahat. Demikian juga sebaliknya , berapa banyak orang yang dulunya jahat tetapi setelah diasuh dan dibimbing lalu akhirnya ia menjadi orang yang baik. Apalagi Allah (S.W.T). menyuruh agar kita berakhlak mulia. Itu bermakna akhlak mulia adalah sesuatu yang boleh diusahakan , kerana mustahil bagi Allah jika menyuruh sesuatu di luar kesanggupan manusia. Demikian sebaliknya jika Allah (S.W.T). melarang manusia dari memiliki akhlak yang buruk , itu bererti manusia mampu menjauhinya kerana mustahil Allah melarang sesuatu yang manusia tidak mampu menjauhinya. Apalagi telah ditetapkan di dalam kaedah Ilmu Ushul Tiada bebanan agama yang mustahil

(Bersambung ke muka surat 17)

Buletin Al-Nidaa ini diterbitkan oleh Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa Malaysia (No. Pendaftaran 769), 70B Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur. Tel : 03-77106900 Fax : 03-77107900 e-mail: urusetia@al-nidaa.com.my Laman web: http://www.al-nidaa.com.my Segala pendapat di dalam buletin ini adalah pendirian penulis masing-masing, tidak semestinya pendirian pertubuhan ini.

Vous aimerez peut-être aussi