Vous êtes sur la page 1sur 3

Apakah Penyelidikan? Adalah tidak mudah untuk memberikan suatu definisi tentang penyelidikan.

Penyelidikan bukanlah sekadar melakukan tinjauan literature sahaja atau penyiasatan terhadap sesuatu perkara. Walau bagaimanapun, penyelidikan boleh dikatakan sebagai suatu percubaan untuk menjawab soalan-soalan kea rah menghasilkan ilmu dengan menggunakan pendekatan yang saintifik. Pendekatan saintifik merujuk kepada pendekatan yang berasaskan data empirical dengan kaedah pemerhatian yang terkawal dan sistematik ke atas reality. Pendekatan saintifik berbeza dengan pendekatan yang bukan saintifik. Jadual berikut menunjukkan perbezaan ini Perbezaan antara Pendekatan Saintifik dan Pendekatan Bukan Saintifik Pendekatan am Pemerhatian Pelaporan Konsep-konsep Instrumen pengukuran Bukan Saintifik Intuitif Tidak terkawal Biased, subjektif Ambiguous, ketaksaan Saintifik Empirikal Sistematik, terkawal Unbiased, objektif Definisi yang jelas, operational specificity Tepat, precise Ada keesahan dan kebolehpercayaan Boleh diuji (testable)

Kurang tepat, imprecise Tiada keesahan atau kebolehpercayaan hipotesis Tidak dapat diuji (untestable) Sikap (attitude) Uncritical, accepting Critical, skeptical Sumber: Shaughnessy, J.J. & Zeichmeister, E.B. (1977). Research Methods in psychology. N.Y.: McGraw-Hill, p. 7 Oleh sebab itu, penyelidikan boleh dirumuskan sebagai suatu pendekatan saintifik yang menggunakan kaedah munasabah untuk menyelesaikan masalah-masalah tertentu demi mewujudkan pengetahuan baru atau memurnikan pengetahuan yang sedia ada. Dalam hal ini, penyelidikan menggunakan data empirical sebagai bukti untuk menyokong sesuatu tuntutan ilmu baru. Dalam konteks pendidikan pula, penyelidikan boleh ditakrifkan sebagai cara saintifik untuk memperoleh pengetahuan baru. Penyelidikan pendidikan merupakan satu aktiviti berhubung dengan usaha untuk memperoleh dan menganalisis maklumat empirical untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah pendiidkan. Hasilnya, mewujudlah pengetahuan baru. Ciri-Ciri Penyelidikan Penyelidikan sebagai pendekatan yang saintifik dalam menghasilkan ilmu mempunyai dua cirri utama, iaitu dijalankan mengikut langkah-langkah yang logical dan mematuhi kaedah saintifik. Langkah-Langkah Logikal Q Mengenal pasti keaslian masalah yang dikaji dan bidang pengetahuan berkaitan Q Melakukan tinjauan literature untuk memahami bagaimana orang lain telah menghadapi/menyelesaikan masalah/isu Q Pengumpulan data secara tersusun dan terkawal untuk memperoleh keputusan yang sah Q Menganalisis data yang setimpal/berkaitan dengan masalah/isu Q Membuat kesimpulan dan generalisasi Dipetik dari: BPG (undated). Garis Panduan Penyelidikan Bahagian Pendidikan Guru Maktab Perguruan. Kementerian Pendidikan Malaysia

Mematuhi Kaedah Saintifik Penyelidikan perlu mematuhi suatu kaedah saintifik. Ini bermakna ia dapat mengintegrasikan keterangan induktif dan deduktif. Q Keterangan induktif: daripada kenyataan-kenyataan khusus kepada kenyataan umum. Seseorang penyelidik membuat pemerhatian terhadap peristiwa-peristiwa tertentu (faktafakta konkrit). Setelah penyiasatan, beliau akan membina jangkaan tertentu Q Keterangan deduktif: daripada kenyataan umum kepada kenyataan-kenyataan khusus. Kalau Encik A guru tidak terlatih, beliau tidak akan menggunakan ABM/ABPP semasa dia mengajar. Jenis Penyelidikan Pendidikan Terdapat dua cara untuk mengklasifikasikan penyelidikan: 1. Klasifikasi berdasarkan tujuan atau matlamat Q Penyelidikan Asas o Menekankan penemuan pengetahuan semata-mata untuk pengetahuan o Lebih menumpukan kajian teori-teori yang wujud dalam bidang pendidikan secara lebih mendalam o Memperoleh data empirical yang boleh digunakan untuk mengembangkan dan menilai teori o Kurang berorientasikan cara-cara kea rah penyelesaian masalah praktis Penyelidikan Gunaan o Bertujuan untuk menyelesaikan masalah praktis yang dihadapi atau untuk menguji sesuatu teori untuk menilai kegunaanya dalam arena pendidikan o Dapat memberikan sata sama ada menyokong sesuatu teori, mengubah suai, atau mengembangkan sesuatu teori baru. Penyelidikan Tindakan o Berkaitan dengan penyelesaian masalah tertentu dalam keadaan setempat (local situation dan dijalankan oleh seseorang (guru) yang akan menggunakan dapatan penyelidikan o Situational (masalah yang membawa kepada sesuatu keadaan); participatory (penglibatan) o Menyelesaikan masalah dibilik darjah

2. Klasifikasi Penyelidikan berdasarkan Kaedah Q Penyelidikan Bersejarah o Membuat kesimpulan berkaitan dengan corak, sebab atau kesan peristiwa lampau o Untuk menerangkan peristiwa semasa dan meramalkan peristiwa masa depan o Pengumpulan data diperolehi daripada dokumen-dokumen asli atau melalui temuduga dengan penyaksi-penyaksi (maklumat asal). Data juga boleh dikutip daripada sumber sekunder. Penyelidikan Diskriptif o Berkaitan dengan pengumpulan data dan pengujian hipotesis atau menjawab soalan-soalan yang berhubungkait dengan keadaan semasa sesuatu subjek/perkara di bawah kajian o Dilaksanakan melalui pertanyaan soalan kepada responden ataupun melalui pemerhatian. Dipetik dari: BPG (undated). Garis Panduan Penyelidikan Bahagian Pendidikan Guru 2 Maktab Perguruan. Kementerian Pendidikan Malaysia Q

Kajian Korelasi o Mementukan takat perhubungan di antara dua atau lebih pembolehubah yang dapat diberikan nilai numerical (quantifiable) o Bukan sahaja menyatakan keadaan-keadaan yang terdapat di dalam sesuatu situasi, tetapi juga menentukan sebab-sebah yang mengakibatkan munculnya fenomena di bawah kajian semasa Penyelidikan Ujikaji o Membuat manipulasi terhadap sekurang-kurangnya sesuatu pembolehubah bebas serta kawalan terhadap pembolehubah lain untuk mengukur keberkesanan pembolehubah-pembolehubah bebas terhadap pembolehubah bersandar Berkaitan dengan kajian tentang kesan dan sebabnya sesuatu yang sudah berlaku o Kelinger (1973) mendefinisikan kajian ex-post facto sebagai : Systematic, empirical inquiry in which the scientist does not have direct control of independent variables because their manifestations have already occurred or because they are inherently not manipulable o Jadi, penyelidik tidak ada kawalan terhadap pembolehubah-pembolehubah atau beliau tidak dapat manipulasikan pembolehuabh-pembolehubah bebas yang mengakibatkan sesuatu kesan terhadap pembolehubah bersandar. o

Q Kajian Ex-pos Facto (After the fact)

Rasional Penyelidikan Menurut Gorg & Gall (1989), penyelidikan mempunyai rasional yang tertentu kea rah menyumbang kepada pembinaan pengetahuan baru. Menurut weber (1993), penyelidikan dapat membantu penyelesaian masalah yang dihadapi dalam kehidupan. Secara kesimpulan, rasional membuat penyelidikan adalah berasaskan sebab-sebab berikut:

Membuat jangkaan terhadap sesuatu fenomena yang bakal berlaku (prediction). Penyelidikan dapat menyediakan maklumat yang penting berkaitan dengan fenomena yang dijangkakan, conthonya, jangkaan terhadap pencapaian pelajar dalam sesuatu peperiksaan Membuat penambahbaikan terhadap sesuatu keadaan atau program (improvement). Dapatan kajian dapat membantu individu, kumpulan atau organisasi untuk memperbaiki program yang sedia ada dan juga sebagai asas untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Memberi penjelasan (explanation). Penyelidikan dapat menjelaskan fenomena yang dikaji. Menyediakan diskripsi sesuatu fenomena (description). Dapat menyediakan diskripsi berkaitan dengan bidang yang dikaji dalam membantu untuk memahami fenomena yang dikaji. Menyediakan maklumat statistic yang diperlukan oleh pihak tertentunya. Contohnya, Policy Makers. Membantu menyelesaikan masalah (problem-solving). Dapat membantu kea rah penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang timbul.

Dipetik dari: BPG (undated). Garis Panduan Penyelidikan Bahagian Pendidikan Guru Maktab Perguruan. Kementerian Pendidikan Malaysia

Vous aimerez peut-être aussi