Vous êtes sur la page 1sur 26

ANALISIS TEORI KEPIMPINAN TEORI TINGKAH LAKU

SENARAI KANDUNGAN SENARAI KANDUNGAN

MUKA SURAT ...........................................................................................i

ABSTRAK..........................................................................................................................1 1.0 PENDAHULUAN.........................................................................................................1 2.0 TEORI TINGKAH LAKU............................................................................................3 2.1 Definisi......................................................................................................................3 2.2 Huraian.......................................................................................................................3 3.0 KAJIAN-KAJIAN DI BAWAH TEORI KELAKUAN................................................5 3.1 Kajian Kepimpinan Iowa University.........................................................................5 3.1.1 Ciri-ciri................................................................................................................5 3.1.2 Huraian................................................................................................................7 3.1.3 Rumusan.............................................................................................................9 3.1.4 Kritikan...............................................................................................................9 3.2 Kajian Kepimpinan Ohio State University................................................................9 3.2.1 Ciri-ciri..............................................................................................................10 3.2.2 Huraian..............................................................................................................11 3.2.3 Rumusan...........................................................................................................12 3.2.4 Kritikan.............................................................................................................13 3.3 Kajian Kepimpinan University of Michigan.......................................................13

3.3.1 Ciri-ciri..............................................................................................................14 3.3.2 Huraian.............................................................................................................15 3.3.3 Rumusan...........................................................................................................16 ________i

ANALISIS TEORI KEPIMPINAN TEORI TINGKAH LAKU

3.3.4 Kritikan.............................................................................................................17 4.0 PERBEZAAN DI ANTARA MODEL KEPIMPINAN .............................................17 5.0 CONTOH APLIKASI TEORI TINGKAH LAKU.....................................................19 5.1 Mahatma Gandhi dan Empat Teori Perilaku Kepemimpinan.................................19 5.1.1 Ohio State Studies.............................................................................................19 5.1.2 Kajian University of Michigan .......................................................................20 6.0 RINGKASAN.............................................................................................................21 6.1 Kajian Ohio States University:...............................................................................21 6.2 Kajian University of Michigan...............................................................................22 6.3 Rangkuman Teori Perilaku.....................................................................................22 7.0 KESIMPULAN...........................................................................................................23 BIBLIOGRAFI.................................................................................................................24

________ii

ANALISIS TEORI KEPIMPINAN TEORI TINGKAH LAKU

ABSTRAK

Kajian ini membincangkan tentang teori perlakuan iaitu teori yang mengemukakan bahawa tingkahlaku khusus membezakan pemimpin dari bukan pemimpin. Teori ini juga merupakan perilaku seorang individu ketika melakukan kegiatan pengarahan suatu kelompok ke arah pencapaian tujuan tertentu. Pemimpin mempunyai tingkahlaku seperti bertimbang rasa dan mewujudkan struktur dan berorientasi kepada kakitangan bawahan dan hasil. Tiga kajian kepimpinan tingkahlaku paling terkenal berlangsung di Iowa University, Ohio State University dan University of Michigan pada tahun 1940-an dan 1950-an.

1.0

PENDAHULUAN

Teori tingkahlaku mengutarakan bahawa perilaku tertentu membezakan antara pemimpin dan bukan pemimpin. Kajian tingkahlaku kepimpinan mengharapkan penemuan tentang tingkahlaku pemimpin yang berkesan. Jika hal ini terbukti, maka ini bermakna pemimpin boleh dilatih. Implikasinya kita boleh melatih orang untuk menjadi pemimpin.

Kepimpinan itu merupakan kemampuan untuk mempengaruhi kelompok menuju pencapaian sasaran yang menggunakan jenis pengaruh bukan paksaan untuk memotivasi orang bawahan mencapai tujuan tertentu. Kepemimpinan telah ditetapkan, dibina, dan diterangkan dalam pelbagai cara selama berabad-abad. Maksud yang tepat sangat sukar ditakrifkan untuk memastikan dan menghasilkan konsep kepemimpinan yang telah berkembang daripada selama beberapa abad terakhir (Donmoyer, 1999; Heck & Hallinger, 1999) ________1

ANALISIS TEORI KEPIMPINAN TEORI TINGKAH LAKU

Kajian terdahulu memberikan fokus utama kepada sifat dalaman pemimpin yang boleh dipercayai untuk membezakan para pemimpin dari pengikut, serta membezakan para pemimpin yang tidak efektif (Horner, 1997; Vechio, 2006; Yukl, 1989 dalam John, 2006). Itu adalah kepercayaan umum yang diadakan oleh pemimpin yang dilahirkan, bukan dikembangkan.

Penekanan penyelidikan kepimpinan yang lebih tertumpu kepada kajian tingkahlaku, bukan kajian sifat, menghasilkan idea yang kontras bahawa tingkahlaku pemimpin dapat dikenalpasti dan diajarkan untuk tujuan pembangunan (Horner, 1997). Perhatian tentang tingkahlaku pemimpin ini terutama difokuskan pada individu sehingga tahun 1950 ketika kajian bermula memasukkan tingkahlaku yang ditunjukkan oleh ahli kumpulan. Penemuan ini menyokong idea bahawa untuk membentuk kumpulan berkesan, perhatian haruslah diberikan untuk menyelesaikan pekerjaan dan mencapai matlamat serta harus disertai dengan perhatian terhadap perasaan dan kebajikan kakitangan bawahan (Vechio, 2006).

Pentingnya peranan kepemimpinan dalam organisasi mendorong para ahli untuk menyusun teori tentang pemimpin yang efektif dan tidak efektif. Usaha untuk meneliti kepimpinan sudah dimulakan sejak dahulu lagi. Terutamanya di Amerika Serikat, usaha tersebut mulai dilakukan oleh kajian dari Universiti Iowa pada tahun 1930, di Universiti Ohio tahun 1945, dan di Universitas Michigan tahun 1947. Bermula pada saat itu usaha untuk mengembangkan teori kepemimpinan telah berkembang dengan pesatnya. Banyak ________2

ANALISIS TEORI KEPIMPINAN TEORI TINGKAH LAKU

teori-teori yang dikembangkan dari hasil penelitian itu, diantaranya teori sifat, teori kelompok atau teori pertukaran, teori situasional dan model kontijensi, teori path-goal, dan pendekatan Social Learning (Drs Miftah , 2010).

2.0

TEORI TINGKAH LAKU

2.1

Definisi

Teori tingkah laku adalah teori yang mengemukakan bahawa perilaku khusus membezakan pemimpin dari bukan pemimpin. Teori sifat menjadi dasar dari memilih orang yang tepat, sedangkan teori perilaku dapat melatih orang yang tepat.

2.2

Huraian

Dasar pemikiran teori ini adalah kepimpinan merupakan perilaku seorang individu ketika melakukan kegiatan pengarahan suatu kelompok ke arah pencapaian tujuan. Dalam hal ini, pemimpin mempunyai deskripsi perilaku:

a.

bertimbang rasa dan mewujudkan struktur

Tingkahlaku seorang pemimpin yang cenderung mementingkan orang bawahan memiliki ciri keperibadian seperti ramah, memberikan nasihat dan panduan, menyokong, membela, ________3

ANALISIS TEORI KEPIMPINAN TEORI TINGKAH LAKU

menjadi pendengar yang baik, berfikiran terbuka dan memikirkan kesejahteraan kakitngan bawahan serta tidak membezakan taraf jawatan di antara subordinatnya. Di samping itu terdapat pula kecenderungan tingkahlaku pemimpin yang lebih mementingkan tugas organisasi.

b.

berorientasi kepada kakitangan bawahan dan hasil

Tingkahlaku pemimpin yang berorientasi kepada kakitangan bawahan dapat dilihat berdasarkan penekanan pada hubungan orang atasan-bawahan, perhatian peribadi pemimpin pada keperluan kakitangan bawahan serta menerima perbezaan keperibadian, kemampuan dan tingkahlaku kakitangan bawahan. Sedangkan tingkahlaku pemimpin yang berorientasi pada hasil memiliki kecenderungan penekanan dari segi teknik pekerjaan, mengutamakan penyelenggaraan dan penyelesaian tugas serta pencapaian tujuan.

Selain itu, tingkahlaku pemimpin menurut model leadership continuum pada dasarnya terbahagi kepada dua iaitu berorientasi kepada pemimpin dan kakitangan bawahan. Manakala, berdasarkan model grafik kepemimpinan, tingkahlaku setiap pemimpin dapat diukur melalui dua dimensi iaitu perhatiannya terhadap hasil/tugas dan terhadap kakitangan bawahan/hubungan kerja. Kecenderungan perilaku pemimpin pada hakikatnya tidak dapat dilepaskan dari masalah fungsi dan gaya kepemimpinan (JAF.Stoner, 1978 dalam Pakde Sofa, 2009)

________4

ANALISIS TEORI KEPIMPINAN TEORI TINGKAH LAKU

Sebahagian akibat dari ketidakpuasan terhadap pendekatan sifat kepemimpinan yang berlaku pada awal tahun 1950-an, tumpuan kajian kepimpinan berubah dari ciri-ciri pemimpin kepada tingkahlaku pemimpin. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa kelakuan yang ditunjukkan oleh pemimpin lebih penting daripada ciri-ciri fizikal, mental, atau emosional.

3.0

KAJIAN-KAJIAN DI BAWAH TEORI KELAKUAN

Tiga kajian kepimpinan tingkahlaku paling terkenal berlangsung di Iowa University, Ohio State University dan University of Michigan pada tahun 1940-an dan 1950-an.

3.1

Kajian Kepimpinan Iowa University

3.1.1

Ciri-ciri

Kajian ini merupakan salah satu kajian tingkah laku kepimpinan yang terawal dilakukan oleh Kurt Lewin dan rakan-rakannya di Universiti Iowa. Dalam kajian ini, pengkaji________5

ANALISIS TEORI KEPIMPINAN TEORI TINGKAH LAKU

pengkaji telah mengkaji tiga jenis tingkah laku atau gaya kepimpinan iaitu autokratik, demokratik, dan laissez-faire.

Menurut Abdullah Hassan & Ainon Mohd (2007), tingkah laku autokratik ditakrifkan sebagai pemimpin yang berpusatkan kuasa, mengarahkan cara-cara kerja, membuat keputusan sendiri, dan mengehadkan penyertaan subordinat. Pengurus memberi arahan kepada pekerja dengan andaian pekerja akan mematuhi tanpa banyak soal. Proses membuat keputusan hanya dibuat oleh pengurus .Subordinat tidak terlibat dalam membuat sebarang keputusan .Pengurus membuat keputusan dan memberitahu pekerja apa yang harus pekerja lakukan (Anon, tanpa tahun). Gaya ini sesuai bagi organisasi yang menghadapi krisis, mempunyai pekerja baru dan pekerja yang tidak bermotivasi.

Tingkah laku demokratik pula merujuk kepada ketua yang cenderung untuk melibatkan subordinat dalam membuat keputusan, menentukan kaedah kerja dan matlamat, serta menggunakan maklum balas sebagai peluang untuk melatih subordinat. Menurut Anon (Tanpa tahun), darjah penglibatan subordinat dalam membuat keputusan bergantung kepada situasi masalah yang dihadapi dan pengurus berbincang dengan subordinat untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Keputusan yang diambil juga lebih berkualiti dan dapat memajukan bakat dan memperkembangkan kemahiran pekerja. Menurut Abdullah Hassan & Ainon Mohd (2007), pekerja lebih bermotivasi, berkomitmen tinggi dan lebih bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat bersama.

________6

ANALISIS TEORI KEPIMPINAN TEORI TINGKAH LAKU

Manakala tingkah laku laissez-faire memberi kebebasan kepada kelompok untuk membuat keputusan dan menyelesaikan kerja mengikut cara mereka sendiri (Robbins & Coulter, 1996 dalam Ikan Kluang, 2010). Pengurus bertindak sebagai jurutunjuk atau pemudahcara kepada pekerja dan pekerja dibenarkan membuat keputusan.Pemimpin memberi kebebasan kepada subordinat untuk membuat keputusan dan bertindak. Subordinat pula menggunakan kemahiran dan pertimbangan dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan subordinat juga akan membuat keputusan berdasarkan lingkungan had-had tertentu yang dibenarkan untuk mencapai matlamat kerja. Menurut Anon (tanpa tahun), gaya ini dilaksanakan apabila para pekerja bermotivasi tinggi, berpengalaman, berpengetahuan dan berkemahiran dalam kerjayanya.

3.1.2

Huraian

Jika dibandingkan dengan gaya authoritarian, gaya laissez-faire lebih digemari. Produktiviti didapati lebih maningkat di bawah pemimpin authoritarian dibandingkan dengan pemimpin demokratik. Manakala pemimpin laissez-faire memperlihatkan produktiviti yang paling rendah.Ini adalah kerana pemimpin membenarkan pengikutnya membuat semua keputusan dan pengikutnya akan membuat sesuatu yang difikirkan terbaik(Ikan Kluang, 2010).

________7

ANALISIS TEORI KEPIMPINAN TEORI TINGKAH LAKU

Tingkahlaku pemimpin yang berlaku demokratik lebih berkesan dalam usahanya untuk mempengaruhi pengikutnya. Demokratik-partisipatif-pengikut dijemput bersama menyumbang idea dalam proses membuat keputusan. Demokratik-konsultatif di mana pemimpin meminta pendapat pengikut tetapi kemudiannya beliau yang membuat keputusan.

Laissez-Faire

Demokratik

Autokratik

Rajah 1 :Pembahagian Kuasa antara Pemimpin dan Bawahannya A Continuum of Control

________8

ANALISIS TEORI KEPIMPINAN TEORI TINGKAH LAKU

3.1.3

Rumusan

Daft dalam Ikan Kluang (2010), merumuskan kumpulan yang mempunyai pemimpin autokratik menunjukkan prestasi tinggi selagi pemimpin mereka berada bersama-sama untuk menyelia mereka. Walaubagaimanapun, ahli kumpulan berasa tidak senang hati dengan tingkah laku kepimpinan autokratik dan permusuhan akan meningkat. Hasil kerja kumpulan demokrasi pula baik kerana wujud perasaan positif dan ahli kumpulan tetap melaksanakan tugas dengan baik walaupun tanpa pengawasan pemimpin. Kajian awal ini mencadangkan pemimpin menggunakan tingkah laku autokratik atau demokratik.

3.1.4

Kritikan

Hasil kajian Universiti Iowa ini mendapati bahawa tingkah laku laissez-faire kurang berkesan dalam setiap kriteria berbanding tingkah laku demokratik dan autokratik. Kajian ini juga mendapati bahawa kuantiti kerja yang dilaksanakan adalah sama dalam kumpulan autokratik dan demokratik. Sebaliknya, kualiti tugas dan kepuasan lebih tinggi dalam kelompok demokratik (John,2006).

3.2

Kajian Kepimpinan Ohio State University

________9

ANALISIS TEORI KEPIMPINAN TEORI TINGKAH LAKU

Kajian di Ohio State University bermula pada tahun 1940. Pengkaji di universiti itu ingin mengenal pasti dimensi perilaku pemimpin. Mereka mendapati dua dimensi utama yang memberi kesan kepada subordinat. Dimensi itu ialah struktur pemula (tugas) (initiating structure) dan pertimbangan rasa (consideration).

3.2.1

Ciri-ciri

Struktur pemula merujuk bagaimana pemimpin menentukan peranan dan pembahagian tugas untuk dirinya dan subordinat untuk mencapai objektif. Pemimpin dikatakan menggunakan perilaku struktur pemula apabila dia mengagihkan tugas kepada ahli, mengharapkan pekerja mencapai piawai prestasi dan menekankan tarikh siap tugas (Ikan Kluang, 2010).

Pertimbangan rasa pula merujuk perhubungan di tempat kerja yang bersifat saling percaya mempercayai, hormat menghormati, dan pertimbangan perasaan pekerja. Keselesaan, kesejahteraan, status dan kepuasan pekerja atau pengikut diberi perhatian oleh pemimpin. Penyelidikan telah mendapati bahawa pemimpin yang mengamalkan struktur pemula yang tinggi dan mempunyai timbang rasa yang tinggi akan mencapai prestasi yang tinggi dan memberi kepuasan kepada pengikut (Stogdill et al. 1974 dalam Mohamed Sulaiman, 1996).

________10

ANALISIS TEORI KEPIMPINAN TEORI TINGKAH LAKU

3.2.2

Huraian

Kajian Ohio State menggunakan Leader Behavior Description Questionnaire (LBDQ), sebuah instrumen yang biasa digunakan untuk menilai perilaku kepimpinan. Soal-selidik ini mengandungi 150 item untuk mengenalpasti tingkahlaku pemimpin berdasarkan pandangan kakitangan bawahan. Analisis faktor menunjukkan terdapat dua perilaku yang terdapat pada pemimpin iaitu pertimbangan dan struktur pemula (tugas). Item pertimbangan termasuklah keramahan yang ditunjukkan oleh seorang pemimpin, memberikan sokongan, dan kasih sayang, sementara item memulakan struktur adalah menunjukkan tingkat struktur yang dikenakan pada pemimpin bawahan, seperti tugas, tempoh waktu dan prosedur (John,2006).

Dalam usaha untuk mengenalpasti idea-idea dalam model kepimpinan bersejarah terkenal, Phillips (1992) mengamati perilaku kepemimpinan Abraham Lincoln, dengan memfokuskan pada konstruk pertimbangan dan struktur pemula (tugas). Hasilnya, tingkahlaku yang telah dikenalpasti seperti sentiasa berada di kalangan pasukan, memberikan penghargaan seperti pujian, dan mencipta budaya penuh kasih yang konsisten dengan membina pertimbangan. Tingkahlaku lain yang dikenalpasti dari kepimpinan Kajian Lincoln lebih selaras dengan konsep struktur pemula (tugas) merangkumi ketegasan, tatacara dan pemantauan kemajuan.

Penelitian soal-selidik kepimpinan menunjukkan bahawa tingkah laku pemimpin didominasi oleh penyelidikan Ohio State. Leader Behavior Description Questionnaire ________11

ANALISIS TEORI KEPIMPINAN TEORI TINGKAH LAKU

(LBDQ) skala tetap menjadi instrumen pengumpulan data yang signifikan dalam melakukan kajian hampir 50 tahun selepas kajian awal. Selama tempoh masa yang sama, University of Michigan juga melakukan kajian kepimpinan. Menurut Likert dalam John (2006), tiga jenis perilaku kepemimpinan yang dikenalpasti melalui kajian iaitu tingkahlaku berorientasikan tugas, tingkahlaku berorientasikan hubungan dan kepimpinan partisipatif. Tingkahlaku berorientasikan tugas itu berkaitan rapat dengan struktur memulakan dalam kajian Ohio State, sementara hubungan tingkahlaku berorientasikan tugas dianggap mirip dengan membina pertimbangan. Salah satu perbezaan utama, di antara dua kajian adalah hasil dari kajian University of Michigan menyatakan kepemimpinan partisipatif berbeza dari hubungan lain yang berorientasikan

(pertimbangan) perilaku. Kawalan kumpulan ditekankan, bukan pengawasan individu secara berasingan, (Likert, 1961, Yukl, 1989 dalam John, 2006).

3.2.3

Rumusan

Kesimpulannya adalah bahawa ada dua aspek yang berbeza daripada pimpinan yang menggambarkan bagaimana para pemimpin menjalankan peranan mereka. Dua faktor, disebut pertimbangan dan struktur pemula (tugas), secara konsisten muncul. Struktur, pemula melibatkan perancangan, pengorganisasian dan koordinasi kerja bawahan. Pertimbangan melibatkan sikap mengambil berat terhadap kakitangan bawahan, bersikap menyokong, mengakui prestasi kakitangan bawahan, dan menyediakan kemudahan untuk kesejahteraan kakitangan bawahan.

________12

ANALISIS TEORI KEPIMPINAN TEORI TINGKAH LAKU

3.2.4

Kritikan

Kajian empirikal tidak menunjukkan hubungan yang konsisten antara perilaku pemimpin yang berorientasikan tugas atau orang yang berorientasikan dan keberkesanan pemimpin. Seperti kajian sifat, teori tingkahlaku pemimpin tidak mempertimbangkan pengaruh situasional yang mungkin mengubah hubungan antara tingkahlaku pemimpin dan keberkesanan pemimpin.

3.3

Kajian Kepimpinan University of Michigan

Kajian gaya tingkahlaku ini telah dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Michigan University yang diketuai oleh ketua penyelidiknya iaitu Rensis Likert. Objektif yang difokuskan adalah untuk mengenalpasti ciri-ciri tingkah laku pemimpin yang berkaitan dengan prestasi atau keberkesanan. Para pengkaji telah menjalankan soalselidik yang dikenali sebagai Survey of Organizations dan juga temubual untuk mengumpul datadata mengenai gaya kepimpinan. Dua keadaan yang dikenalpasti sebagi matlamat utama penyelidikan mereka ialah (1) mengkelaskan pemimpin-pemimpin sebagai berkesan dan tidak berkesan dengan membuat perbandingan tingkahlaku pemimpin-pemimpin dari unit pengeluaran tinggi dan unit pengeluaran rendah (2) mengenalpasti alasan-alasan kepada pemimpin yang berkesan.

________13

ANALISIS TEORI KEPIMPINAN TEORI TINGKAH LAKU

3.3.1

Ciri-ciri

Kumpulan pengkaji ini menemui dua dimensi tingkah laku gaya tingkah laku pemimpin berpusatkan pekerja dan gaya tingkah laku pemimpin berpusatkan hasil pengeluaran atau output. Menurut Foo Say Fooi (tanpa tahun) kepimpinan berpusatkan hasil pengeluaran hampir sama dengan pendayautamaan struktur manakala kepemimpinan berpusatkan pekerja pula sama dengan yang mengorientasikan timbang rasa. Manakala Kartz & Kahn (1966 dalam Mohamed Sulaiman) pula menyatakan bahawa pemimpin yang berorientasikan pekerja menekankan perhubungan manusia, dan pemimpin

berorientasikan pengeluaran menekankan aspek tugas atau bahagian teknikal. Ciri-ciri dua dimensi tingkah laku kepimpinan ini juga dihuraikan di dalam buku kepimpinan Lussier & Achua (2004). Gaya kepimpinan berpusatkan kerja ( Job-Centered Leadership Style ) merujuk kepada penekanan terhadap matlamat dan mempermudahkan kerja. Pemimpin berperanan memastikan segala kerja yang perlu dilakukan oleh pekerja selesai. Pemimpin juga pada kebiasaannya berhubung dan berkomunikasi secara langsung dengan pekerja, berkenaan peranan mereka serta matlamat organisasi. Pemimpin juga sering memberitahu pekerja apa yang perlu dilakukan dan bagaimana melakukan sesuatu tugasan seiring mencapai matlamat dan objektif organisasi.

Gaya kepimpinan berpusatkan pekerja ( Employee-Centered Leadership Styles ) pula merujuk kepada kepimpinan yang sangat membantu dan mempermudahkan interaksi. Pemimpin lebih memfokuskan kepada memenuhi keperluan pekerja dalam membina perhubungan sesame pemimpin dan pekerja. Pemimpin yang berada di dalam ________14

ANALISIS TEORI KEPIMPINAN TEORI TINGKAH LAKU

dimensi ini sensitif terhadap pekerja mereka dan sering berkomunikasi soal kebajikan pekerjan dalam usaha mewujudkan kepercayaan, dorongan dan penghormatan

3.3.2

Huraian

Rensis Likert (1969 dalam Ikan Kluang 2010), menghuraikan bahawa pemimpin yang mengamalkan pendekatan berorientasikan pengeluaran dianggap sebagai seorang yang autokratik dan bergantung kepada kuasa kedudukannya untuk mempengaruhi pekerja bawahan. Pemimpin-pemimpin seperti ini akan menggunakan sistem kawalan yang ketat untuk memastikan pekerja bawahan sentiasa mengikuti prosedur dan tatacara kerja untuk menentukan prestasi yang baik dapat dicapai. Beberapa elemen yang menjadi asas kepada dimensi ini ialah: a) Pemimpin menjelaskan pendapatnya kepada semua pekerja b) Pemimpin menentukan apa dan bagaimana sesuatu perkara itu hendak dilakukan c) Pemimpin menentukan jadual tugas semua pekerjanya d) Pemimpin menentukan kerja-kerja yang diberikan itu dilaksanakan mengikut jadual e) Pemimpin menentukan semua pekerjanya menjalankan tugas dengan sepenuhnya Ciri-ciri Kepimpinan Dalam Organisasi (tanpa nama,tanpa tahun)

Pemimpin yang mengamalkan pendekatan berorientasikan pekerja dianggap sebagai seorang yang demokratik, membuka ruang kepada pekerja bawahan untuk melibatkan diri dalam proses membuat keputusan dan melakukan penurunan kuasa ________15

ANALISIS TEORI KEPIMPINAN TEORI TINGKAH LAKU

kepada mereka. Pemimpin-pemimpin seperti ini sentiasa mewujudkan suasana kerja yang selesa dan harmoni dan menunjukkan sikap mengambil berat terhadap pertumbuhan diri serta pencapaian pekerja-pekerja bawahannya. Jika dilihat melalui sudut yang lain pemimpin yang berpusatkan pekerja sering menunjukkan persahabatan, saling percaya mempercayai, hormat, mesra dan membentuk hubungan yang baik dengan pekerja organisasi. Antara elemen yang menjadi kekuatan dalam perlaksanaan gaya tingkah laku kepimpinan ini ialah: a) Pemimpin memberi pertolongan persendirian kepada pekerjanya b) Pemimpin mengambil berat tentang perkara yang kecil untuk mengambil hati pekerjanya c) Pemimpin meluangkan masa memberi perhatian kepada pekerjanya d) Menerima saranan-saranan yang dibuat oleh pekerjanya e) Pemimpin mendapat persetujuan daripada pekerjanya terlebih dahulu sebelum memulakan sesuatu perkara Ciri-ciri Kepimpinan Dalam Organisasi (tanpa nama,tanpa tahun)

3.3.3

Rumusan

Menurut Stoner, et al. (1995 dalam Ikan Kluang 2010), kajian Michigan mendapati kumpulan kerja yang paling produktif cenderung mempunyai pemimpin yang berorientasikan pekerja berbanding orientasi pengeluaran. Mereka mendapati bahawa pemimpin yang berkesan mempunyai hubungan sokongan dengan pekerja-pekerja cenderung untuk membuat keputusan berkumpulan, dan menggalakkan pekerja ________16

ANALISIS TEORI KEPIMPINAN TEORI TINGKAH LAKU

menetapkan matlamat prestasi yang tinggi. Sebaliknya Foo Say Fooi (tanpa tahun) merumuskan bahawa kajian awal menunjukkan pemimpin yang memperlihat gaya employee-centered lebih berkesan. Namun kajian-kajian susulan menunjukkan bahawa pemimpin yang berkesan didapati memperlihatkan skor yang tinggi pada kedua-dua dimensi. 3.3.4 Kritikan

Hasil kajian dan rumusan terhadap teori tingkah laku kepimpinan ini mendapati dirumus pemimpin yang mengamalkan kedua-dua jenis tingkah laku secara tinggi adalah lebih berkesan. Jika diabaikan tingkah laku yang berorintasikan tugas akan menyebabkan keberkesanan organisasi terhad, manakala jika diabaikan dimensi orientasi pekerja akan menyebabkan rendahnya tahap kepuasan orang bawahan. Oleh itu, pengamalan keduadua dimensi secara tinggi adalah perlu untuk kelicinan dan keberkesanan organisasi

4.0

PERBEZAAN DI ANTARA MODEL KEPIMPINAN

Kajian Ohio State University dan University of Michigan mengandungi model kepemimpinan yang menempatkan dua tingkahlaku kepemimpinan pada hujung yang bertentangan dari kontinum yang sama, menjadikannya salah satu-dimensi. Model Ohio State University mempertimbangkan dua perilaku independen satu sama lain, sehingga dua-dimensi. Oleh yang demikian, demikian model ini mempunyai empat gaya kepimpinan sokongan. Kepemimpinan perilaku dikembangkan, dan diuji berkali-kali, ________17

ANALISIS TEORI KEPIMPINAN TEORI TINGKAH LAKU

dengan menggunakan analisis faktor statistik untuk memfokuskan dimensi struktur / pekerjaan-berpusat dan pertimbangan / pekerja-berpusat (Anon, tanpa tahun).

Penyelidikan berupaya untuk menentukan salah satu gaya kepimpinan terbaik sama ada lemah dan tidak konsisten untuk sebahagian besar kriteria keberkesanan kepimpinan. Dengan kata lain, tidak ada satu gaya kepimpinan yang terbaik dalam segala situasi dan dapatan ini telah membantu penyelidik untuk membuat penyelidikan seterusnya berdasarkan teori kepimpinan kontingensi.

Dengan demikian, sumbangan paradigma perilaku kepemimpinan adalah untuk mengenalpasti dua dimensi tingkah laku kepimpinan yang terus mempunyai kepentingan untuk keberkesanan pemimpin hari ini. Walaupun tidak ada satu gaya kepimpinan terbaik dalam setiap situasi, terdapat satu penemuan yang konsisten iaitu pekerja lebih puas hati dengan pemimpin yang sangat bertimbang rasa. Sebelum kajian kepimpinan kedua-dua universiti tersebut, banyak organisasi yang memfokuskan pada pekerjaan yang dilakukan dengan sedikit, jika ada, perhatian untuk memenuhi keperluan pekerja. Jadi, bersamasama dengan teori kajian tingkah laku lain, ada perbezaan untuk memberi lebih penekanan pada pekerja dalam sesebuah organisasi untuk meningkatkan produktiviti.

Penemuan lain adalah kepimpinan yang dapat dilakukan oleh seseorang selain pemimpin yang dilantik dari kumpulan tertentu. Jadi, kerana kajian tingkah laku kepmpinan, organisasi yang bermula dengan menggunakan gaya kepimpinan partisipatif. Bahkan, Rensis Likert mencadangkan tiga jenis perilaku kepemimpinan: kerja-berpusat ________18

ANALISIS TEORI KEPIMPINAN TEORI TINGKAH LAKU

perilaku, pekerja-berpusat perilaku, dan kepimpinan partisipatif. Jadi, sebagai sumbangan pertiga dari model-model kepemimpinan, Likert boleh dikreditkan sebagai yang pertama untuk mengenalpasti gaya partisipatif kepimpinan yang biasa digunakan saat ini.

5.0

CONTOH APLIKASI TEORI TINGKAH LAKU

5.1

Mahatma Gandhi dan Empat Teori Perilaku Kepemimpinan

Mahatma Gandhi mungkin bukan pemimpin dalam erti yang sebenarnya, namun dari perjuangannya sebagai aktivis politik yang mengusahakan terciptanya perdamaian dunia dimana tidak adanya kekerasan dan diskriminasi, ia telah menginspirasi banyak orang untuk berpikir dengan caranya tersebut. Ia bahkan banyak menginspirasi para aktivis politik dari generasi di bawahnya, seperti Nelson Mandela dan Martin Luther King Jr. Perilaku kepemimpinan Mahatma Gandhi bila dikaitkan dengan 4 teori perilaku kepemimpinan dapat dilihat sebagai berikut :

5.1.1

Ohio State Studies

a.

Initiating structure

Sebagai seorang aktivis politik yang mencintai perdamaian dan anti kekerasan, Mahatma Gandhi tidak memiliki initiating structure yang khusus. Beliau hanya berusaha ________19

ANALISIS TEORI KEPIMPINAN TEORI TINGKAH LAKU

menularkan kasih sayang dan sikap anti kekerasan dan diskriminasi untuk membuat orang menciptakan perdamaian dunia bersama.

b.

Consideration

Ini ditunjukkan dengan keprihatinannya terhadap diskriminasi dan kekerasan, pemikiran yang bercampur-campur terhadap agama-agama lain, serta perdamaian dunia untuk kemakmuran setiap manusia.

5.1.2

Kajian University of Michigan

a. Pemimpin yang berorientasi pada pekerja:

Mahatma Gandhi menyamaratakan setiap manusia. Disebabkan itu, beliau juga menjaga hubungan baik dengan setiap orang.

b. Pemimpin yang berorientasi pada hasil

Managerial Grid, yang terdapat pada ciri kepemimpinan Mahatma Gandhi :

a.

Country club management

________20

ANALISIS TEORI KEPIMPINAN TEORI TINGKAH LAKU

Tujuannya adalah untuk kemakmuran dan perdamaian seluruh manusia didunia, maka beliau pasti menciptakan hubungan yang dekat dan nyaman dengan setiap orang.

b.

Organisation man management

Beliau mengusahakan perdamaian dunia, anti kekerasan, dan anti diskriminasi, pastilah keseimbangan dengan moralitas selalu terjaga..

6.0

RINGKASAN

6.1

Kajian Ohio States University:

a.

Struktur Tugas

Tahap dimana pemimpin berkemungkinan mendefinisikan dan menstruktur peranannya dan peranan para anak buahnya dalam mengupayakan pencapaian sasaran

b.

Pertimbangan

Tahap di mana pemimpin memiliki hubungan pekerjaan yang berdasarkan dengan rasa saling percaya, penghormatan terhadap gagasan kakitangan bawahan dan menghargai perasaan mereka.

________21

ANALISIS TEORI KEPIMPINAN TEORI TINGKAH LAKU

6.2

Kajian University of Michigan

a.

Pemimpin Berorientasi Pekerja

Menekankan pada hubungan antara manusia iaitu memberikan perhatian peribadi terhadap keperluan pekerja dan menerima perbezaan secara individu di antara kakitangan.

b.

Pemimpin Berorientasi Hasil : Pemimpin yang menekankan pada aspek-aspek teknikal atau tugas atas pekerjaan tertentu.

6.3

Rangkuman Teori Perilaku

Teori ini berjaya mengidentifikasikan hubungan yang konsisten antara pola tingkah laku kepimpinan dan kelompok pekerja, tetapi tidak mampu menjelaskan faktor-faktor situasi yang mempengaruhi kejayaan atau kegagalan kepimpinan.

________22

ANALISIS TEORI KEPIMPINAN TEORI TINGKAH LAKU

7.0

KESIMPULAN

Daripada kajian ini dapatlah diringkaskan bahawa sejarah perkembangan analisis dan pengurusan tingkah laku telah berlaku sejak dahulu lagi. Pelbagai teori berkaitan tingkah laku wujud dan kemudiannya menjadi asas kepada bidang analisis dan pengurusan tingkah laku. Teori behavioral memiliki karakteristik antaranya memiliki kepimpinan sekurang-kurangnya dua dimensi yang lebih kompleks berbanding teori terdahulu iaitu genetik dan trait. Gaya kepimpinan ini juga boleh dipelajari dan efektifnya kepimpinan bergantung kepada situasi.

________23

ANALISIS TEORI KEPIMPINAN TEORI TINGKAH LAKU

BIBLIOGRAFI Abdullah Hassan & Ainon Mohd (2007). Teori dan teknik kepimpinan: panduan aplikasi di tempat kerja. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Anon (Tanpa tahun). Kepimpinan dan motivasi .Telah dimuatturun pada 19 Ogos, 2010, dari www.kmpk.matrik.edu.my/BAB%207%20AN%20015%20 Anon (Tanpa tahun). Leadership behaviour and motivation. Telah dimuatturun pada10 Ogos, 2010, dari www.wadsworthmedia.com/marketing Drs. Miftah Thoha. (2010, 18 Ogos). Perilaku organisasi konsep dasar dan aplikasinya. http://id.shvoong.com/social-sciences/sociology/1854003-perilaku-organisasikonsep-dasar-dan/ Ikan Kluang. (2010, 18 Ogos). Kajian awal kepimpinan. http://ikankluang.blogspot.com/2010/03/kajian-awal kepimpinan.html%20

John, R. (2006). Leadership behaviors of Ohio School superintendents. Disertasi yang tidak diterbitkan. University of Akron. Mohamed Sulaiman (1996). Siri Syarahan Perlantikan Profesor 1995 : Kepimpinan dan pengurusan strategik untuk kecemerlangan organisasi. Telah dimuatturun pada 10 Ogos 2010. dari http://www.penerbit.usm.my/pen2006/SSU/sulai/index.html. Pakde sofa. (2009, 18 Ogos). Teori-teori dalam kepemimpinan. http://massofa.wordpress.com/2009/02/22/teori-teori-dalam-kepemimpinan/.

Robert N. Lussier & Christoper F. Achua (2004). Leadership: Theory, Application, Skill Development, 2 Edition (2 ed.): Thomson South-Western.

Yasinta Dawina. (2008, Mahatma Gandhi dan Empat Teori Perilaku Kepemimpinan http://yasinta.wordpress.com/2008/09/04/mahatma-gandhi-dan-empat-teori-perilakukepemimpinan/.
www.ppl.upm.edu.my/index2.php?option=com_docman&task=doc_view&gid=5560&Itemid=176 www.jpnns.gov.my/utama/index.php? option=com_docman&task=doc_download&gid=120&Itemid=388

________24

Vous aimerez peut-être aussi