Vous êtes sur la page 1sur 2

Asam pedas

Asam Pedas memang terkenal di Melaka dan Johor. Sebut sahaja asam pedas semua orang tahu bahawa masakan itu sangat sedap dan popular di Negeri Melaka dan Johor. Resepi untuk membuatnya tidaklah terlalu rumit dan tidak pula terlalu mudah.Walau bagaimanapun terdapat juga kawasan-kawasan lain di negeri Melaka dan Johor ini mempunyai resepi asam pedas yang berlainan. Terpulang kepada citarasa masing-masing untuk menyedapkan lagi masakan mereka. Kebiasaannya bahan-bahan yang mesti ada ialah terdiri daripada ikan (kebiasaannya ikan parang,ikan tenggiri, ikan merah dan ikan terubuk), cili kering, bawang merah, bawang putih, belacan, halia,lengkuas, kunyit hidup (jika ingin menyedapkan lagi masakan), serai, daun kesum, bunga kantan, asam jawa, asam gelugur atau daun limau purut. Bahan-bahan ini hendaklah mengikut sukatan masakan. Cara untuk membuatnya cili kering, bawang merah dan putih, halia dan belacan dikisar atau ditumbuk lumat. Serai dan lengkuas diketuk dan bunga kantan dibelah empat. Tumiskan bahanbahan yang telah dikisar dan lengkuas tadi kedalam periuk sehingga naik baunya dan garing. Jangan pula hangus. Selepas itu masukkan air asam jawa mengikut banyak atau sedikit sukatan masakan. Ikan yang telah dibersihkan dimasukkan sehingga mendidih. Akhir sekali masukkan serai, daun kesum, bunga kantan, asam gelugur atau daun limau purut. Kebiasaan masakan asam pedas bukan sahaja di hidangkan untuk keluarga di rumah malah masakan ini juga terdapat di kedai-kedai makan, restoran, juga di hotel-hotel yang terkemuka di negeri Melaka dan Johor. Ia bukan saja terkenal dan di sukai oleh penduduk negeri Melaka dan Johor sahaja bahkan pelancong dari dalam dan luar negara juga meminati masakan asam pedas ini. Kategori: Masakan Melayu

Asam pedas adalah makanan tradisional yang sangat mudah untuk dis ediakan malah bahan-bahan untuk membuatnya juga senang didapati. Asam pedas sememangnya menjadi kegemaran orang Melayu sebagai pembuka selera akan tetapi, cara menyediakannya berbeza bagi sesetengah tempat. Di Pulau Pinang, asam pedas amat digemari oleh penduduknya dan menjadi sebahagian daripada menu utama untuk juadah tengah hari. Lauk asam pedas ini biasanya dimakan pada waktu makan tengah hari bersama dengan nasi putih. kebiasaannnya, ikan yang dimasak asam pedas adalah ikan pari, ikan patin, ikan keli dan sebagainya. hidangan asam pedas ini bukan sahaja digemari oleh masyarakat Melayu malah turut digemari kaum -kaum lain seperti Cina dan India. Masakan asam pedas ini juga menjadi hidangan pilihan di restoran -restoran hotel terkemuka di seluruh Malaysia dan turut diminati bukan sahaja oleh penduduk Malaysia malah pelancong asing juga

Bahan-bahan ( 1 family... )
y y y y y y y y y y y y y y y y y y y y y y y
3 keping ikan tenggiri (ikan lain pon boleh) Bahan kisar:3 biji bawang merah 10biji cili kering 1/2 in halia 1 sudu teh jintan manis 1 sudu teh jintan putih 1/4 sudu teh lada hitam 1/2 in kunyit hidup 2 ulas bawang putih Bahan tumis:@ 1/2 bawang besar-hiris @ 1/4 sudu teh biji sawi @ 1/4 sudu teh halba @ 2 tangkai daun kari air asam jawa secukupnya air secukupnya 1 biji tomato-potong2 5 biji kacang bendi 1 serai-diketuk 1/2 bunga kantan atau daun kesum secukupnya minyak masak garam dan gula jika suka

Cara-cara
1. 2. 3. panaskan minyak. tumis bahan tumis. masukkan bahan kisar, biar pecah minyak. masukkan air asam jawa dan air. biar mendidih, masukkan ikan dan bahan2 lain. masukkan garam dan gula, biar hingga masak. hidangkan.

Vous aimerez peut-être aussi