Vous êtes sur la page 1sur 1

ADAT BERKHATAN

Upacara berkhatan bagi kanak-kanak lelaki lebih meriah berbanding upacara berkhatan untuk kanak-kanak perempuan. Walaubagaimanapun, kemeriahan sesuatu majlis itu bergantung kepada kemampuan dan kehendak seseorang serta kebiasaan masyarakat setempat. Majlis kenduri sempena berkhatan selalunya dibuat serentak dengan majlis perkahwinan. Ini untuk menjimatkan belanja dan kerja. Kebiasaannya masyarakat Melayu menjalankan upacara berkhatan secara beramai-ramai antara 2-10 orang yang terdiri daripada kaum kerabat mahupun saudara-mara. Menurut kepercayaan dan adat orang melayu, jika kanak-kanak tidak khatam al-quran, kuranglah kemuliaan kanak-kanak itu. Oleh itu, seelok-eloknya upacara khatam al-quran turut diadakan. Upacara khatam al-quran dijalankan sehari sebelum berkhatan. Pada sebelah petang atau malam sebelumnya. Kanak-kanak tersebut akan dimandikan, diandam dan dipakaikan dengan pakaian baru. Keesokannya upacara khatam al-quran akan dijalankan. Satu hidangan khas disediakan oleh keluarga kanak-kanak yang hendak dikhatankan itu. Kanak-kanak tersebut akan diberi layanan istimewa semasa makan adap-adapan itu. Masyarakat kini lebih memilih berkhatan di klinik kerajaan atau klinik swasta kerana ia dapat menjimatkan masa dan kos. Tetapi jika berkhatan secara tradisional ia memerlukan seorang mudin yang mahir dalam bidang ini. Islam menuntut supaya umatnya berkhatan kerana ia mempunyai beberapa kelebihan yang tidak akan diperolehi mereka yang tidak berkhatan. Kebaikan dan kelebihan berkhatan dapat dilihat dari dua aspek, iaitu dari aspek kesihatan dan dari aspek keagamaan. Dari aspek kesihatan terdapat tiga kelebihannya iaitu menjauhkan tabiat kencing malam, mendatangkan kebersihan dan mengawasi kesihatan. Dari aspek keagamaan pula ada empat kelebihannya. Antaranya ialah untuk membezakan orang Islam dengan penganut agama lain, sebagai ikrar patuh kepada arahan Allah dan tunduk di bawah hukum dan kekuasaan Allah. Selain itu,berkhatan adalah induk kepada fitrah, syiar Islam dan sebagai lambang syariah dan menyumpurnakan tuntutan syarak.

Vous aimerez peut-être aussi