Vous êtes sur la page 1sur 16

41

BAB III

METODOLOGI

3.1 Umum

Tujuan utama kajian ini adalah tertumpu kepada kesan bahan organik terhadap parameter pengukuhan tanah gambut. Parameter pengukuhan adalah seperti kebolehmampatan isipadu, mv, pekali pengukuhan, Cv, pekali mampatan sekunder, C , dan indek mampatan, Cc. Ujian makmal akan dijalankan terhadap sampel tanah gambut yang diambil di tiga kawasan yang berlainan. Kajian ini juga akan turut melibatkan kaedah pengambilan sampel tanah dan eksperimeneksperimen lain seperti menentukan peratusan kandungan bahan organik, graviti tentu, had cecair, kandungan lembapan serta ujian pengukuhan Oedometer. Penyediaan sampel dan langkah-langkah pengendalian ujikaji yang hendak dijalankan adalah mengguna pakai prosedur yang dinyatakan dalam kod panduan British Standard (BS), BS 1377(1990). Biasanya setiap peralatan yang digunakan hendaklah di tentu ukur (calibration) terlebih dahulu bagi mengelak berlakunya ralat akibat peralatan yang digunakan tidak lagi mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

42 3.2 Mengambil Sampel Tanah

Sampel tanah untuk kajian ini akan diambil di tiga kawasan yang berlainan iaitu di Matang Jaya, Batu Kawah, Bahagian Kuching dan Meranek, Bahagian Samarahan. Lokasi tersebut telah dikenalpasti kerana terdapat kawasan tanah gambut yang luas. Lokasi tersebut mudah dihubungi dengan pengangkutan jalan raya. Selain itu, lokasi tersebut juga mempunyai kawasan perumahan yang sering menghadapi masalah pengenapan tanah gambut yang mengakibatkan keretakan struktur rumah seperti yang berlaku di perumahan Taman Matang Jaya. Pengambilan sampel tanah tak terganggu bagi tanah gambut adalah sukar untuk mempastikan ianya benar-benar tidak terganggu. Di dalam BS 5930 (1981) tidak menyatakan secara spesifik kaedah untuk pengambilan sampel tanah tak terganggu bagi tanah gambut. Namun demikian, peralatan dan penjagaan sampel yang dinyatakan dapat digunapakai. Sampel tanah tak terganggu akan diambil pada kedalaman kira-kira 0.5 m hingga 1.0 m. Tiub sampelan nipis (Thin-walled samplers) akan digunakan untuk menyimpan sampel tanah tak terganggu seperti ditunjukkan pada Rajah 3.1. Tiub sampelan nipis yang digunakan adalah bersaiz 75 mm diameter dan 450 mm tinggi bagi memperolehi tanggi sampel efektif 300 mm. Sebaik sahaja sampel diambil ianya hendaklah ditutup dengan lilin pada kedua-dua permukaan hujung tiub tersebut. Bersihkan tiub tersebut dan letakkan di tempat yang selamat. Manakala, sampel tanah terganggu diambil dengan menggunakan skop. Sampel tanah yang diambil dimasukkan ke dalam beg plastik atau bekas yang sesuai seperti bekas plastik yang mempunyai penutup. Sekiranya dimasukkan ke dalam beg, ianya hendaklah dibalut dengan pelekat dan pastikan ianya kedap udara. Jumlah berat sampel yang hendak diambil adalah bergantung kepada eksperimen-eksperimen yang hendak dijalankan.

43

Sambungan kepada rod

Injap sehala yang mempunyai keratan rentas minimum 600 mm2 untuk membiarkan air dan udara keluar dari atas sampel

Tiup sampelan nipis

Rajah 3.1 : Tiub sampelan nipis (Thin-walled samplers)

44

3.3 Menentukan Kandungan Air (Water Content)

Kandungan air dalam sampel tanah ditentukan dengan menjalankan eksperimen pengeringan. Kaedah dan prosedur untuk menjalankan eksperimen tersebut adalah merujuk kepada BS 1377 : Part 2 (1990) dengan lebih terperinci. Kaedah yang dinyatakan juga dikenali sebagai Kaedah Pengeringan Ketuhar (Ovendrying method). Kandungan air dalam tanah juga lebih spesifik dikenali sebagai kandungan lembapan. Oleh itu, istilah kandungan lembapan sering digunakan dalam eksperimen dan dinyatakan dalam peratusan terhadap jisim kering tanah. Kandungan lembapan tanah boleh dikira dengan menggunakan persamaan berikut:
m1 m2 100% m3 m1

w=

(3.1)

di mana,

w = kandungan lembapan (%)


m1 = jisim bekas uji kosong (g) m2 = jisim bekas uji dan sampel tanah basah (g)
m3 = jisim bekas uji dan sampel tanah kering (g)

atau diringkaskan sebagai,


ml 100% mk

mo =

(3.2)

di mana,

m0 = kandungan lembapan (%) ml = jisim lembapan (g) mk = jisim tanah kering (g)

45 Merujuk kepada persamaan (3.1), ianya hanya perlu menentukan berat air dan berat tanah kering pada sampel yang sama. Penerangan serba ringkas langkahlangkah untuk menjalankan eksperimen tersebut adalah seperti berikut: i) ii) iii) iv) v) vi) Bersihkan dan keringkan bekas uji dan timbang dengan penimbang yang nilai terhampir 0.01 g (m1), seperti pada Rajah 3.2. Masukkan sampel tanah lembap sekurang-kurangnya sebanyak 30 gram ke dalam bekas uji. Timbangkan bekas uji bersama sampel tanah lembap tersebut (m2). Masukkan sampel ke dalam ketuhar dengan darjah kepanasan 105 oC hingga 110 oC selama 24 jam. Selepas 24 jam, timbang bekas uji bersama sampel tanah kering (m3). Perbezaan di antara (m2) dan (m3) merupakan berat air yang terdapat dalam tanah (m2 m3). Bahagikan berat air (m2 m3) dengan berat sampel kering (m3 m1) dan darab dengan 100% untuk mendapatkanperatusan kandungan lembapan tanah. Penimbang yang digunakan adalah seperti ditunjukkan pada Rajah 3.2.

Rajah 3.2 : Penimbang

3.4 Menentukan Kandungan Bahan Organik dan Kehilangan Pencucuhan

46

Jumlah kandungan bahan organik ditentukan dengan kaedah pencucuhan. Kaedah ini merujuk dari BS 1377 : Part 3 (1990) untuk menentukan kehilangan pencucuhan, N. Sampel tanah basah dikeringkan ke dalam ketuhar (oven) seperti yang ditunjukkan pada Rajah 3.3. Sampel tersebut dikeringkan pada suhu 50 oC 2.5 oC selama 24 jam. Panaskan mangkuk pijar seperti yang ditunjukkan pada Rajah 3.4 pada suhu 440 oC 25 oC selama 1 jam. Masukkan sampel kering ke dalam mangkuk pijar tersebut dan timbangkan sebagai jisim m1. Ayakkan sampel pada saiz 2 mm dan timbang sebagai jisim m2. Kemudian panaskan sampel bersama mangkuk pijar ke dalam ketuhar pada suhu 440
o

C 25 oC selama 4 jam. Setelah itu, keluarkan sampel dari ketuhar, biarkan ianya

sejuk pada suhu bilik dan timbangkan sebagai rekod jisim m3. Dengan itu, peratusan jisim bahan organik dalam sampel tanah dapat ditentukan dengan menggunakan persamaan (3.3).
m2 m3 100% m2 m1

N=

(3.3)

di mana,

N = kehilangan pencucuhan (%) m1 = jisim mangkuk pijar sahaja (g) m2 = jisim mangkuk pijar dan tanah kering (g) m3= jisim mangkuk pijar dan tanah kering selepas pencucuhan (g)

Selepas menentukan kehilangan pencucuhan, kandungan bahan organik boleh ditentukan menggunakan persamaan (3.4) seperti mana menurut Skempton dan Petley (1970). H = 1 1.04 (1 - N) di mana, H = kandungan bahan organik (%) N = kehilangan pencucuhan (diperolehi dari persamaan (3.3)) (3.4)

47

Rajah 3.3 : Ketuhar (Oven)

Rajah 3.4 : Mangkuk pijar (crucible)

3.5 Menentukan Graviti Tentu (Specifik Gravity)

48

Graviti tentu diperolehi dengan menjalankan ujikaji menggunakan kaedah small pyknometer mengikut prosedur yang dijelaskan dalam BS 1377 : Part 2 (1990). Graviti tentu, s ditentukan dengan menggunakan persamaan (3.5).

s =

m2 m1 ( m4 m1 ) ( m3 m2 )

(3.5)

Daripada persamaan (3.5), graviti tentu diperolehi dengan penerangan ringkas langkah-langkah untuk menjalankan ujikaji seperti berikut: i) ii) Timbang botol bersama penutup sebagai jisim m1. Sampel tanah kering disediakan. Sampel tanah kering diperlukan sebanyak 5 gram hingga 10 gram yang melepasi saiz ayak 425 m ujian ayakan BS. iii) iv) v) vi) vii) Masukkan sampel tanah kering ke dalam botol dan timbangkan bersama penutupnya sebagai jisim m2. Tambahkan air suling ke dalam botol dan goncangkan botol supaya tanah sebati dan larut dalam air suling. Biarkan ia selama 24 jam supaya tanah mengenap. Selepas itu, sampel dan botol dimasukkan ke dalam vakum menyingkirkan hampagas dan ampaian selama 1 jam. Pastikan tiada lagi ampaian di dalam botol tersebut dengan memasukkan air suling hingga penuh. Setelah mempastikan tiada lagi ampaian, timbangkan botol bersama penutupnya yang penuh air suling dan direkodkan sebagai jisim m3. viii) Bersihkan botol tadi dan masukkan air suling semula hingga penuh. Timbangkan botol yang berisi air suling sahaja dengan penutupnya dan direkodkan sebagai jisim m4. Dengan itu, graviti tentu dapat diperolehi dengan menggunakan persamaan (3.5). Peralatan yang digunakan untuk menjalankan ujikaji adalah ditunjukkan pada Rajah 3.5.

49

Rajah 3.5 : Botol graviti tentu dan bekas vakum

3.6 Menentukan Had Cecair.

Had cecair tanah ditentukan dengan menggunakan peralatan Jangka Turus Kon (Cone Penetration) dan peralatan Casagrande. Bagi kajian ini, peralatan Jangka Turus Kon digunapakai untuk menentukan had cecair pada sampel tanah. Langkah-langkah untuk menjalankan ujian adalah merujuk kepada BS 1377 : Part 2 (1990). Penerangan serba ringkas untuk menjalankan ujian tersebut adalah seperti beikut: i) Bagi tanah gambut, jumlah sampel yang digunakan adalah anggaran jumlah 200 gram yang diambil dari sampel tanah yang melepasi saiz ayakan 425 m ujian ayakan BS.

50 ii) iii) Sampel tanah diletakkan di atas kaca rata (flat glass) dan digaulkan dengan air suling menggunakan spatula sehingga adunan menjadi sekata. Adunan tanah hendaklah disediakan selama 10 minit untuk mempastikan air meresapi keseluruhan jisim tanah. Jika perlu, tambahkan air suling untuk mendapatkan bacaan pertama jangka turus kon pada kedalaman menghampiri 15 mm hingga 16 mm. iv) Adunan sampel tanah dimasukkan ke dalam cawan (cup) dengan menggunakan pelepa (palette-knife). Pada masa yang sama, pastikan tidak terdapat ruang udara terperangkap dalam cawan tersebut. v) Setelah cawan penuh diisi dengan adunan dan permukaan dilicinkan dengan spatula (strait edge), ianya diletakan di bawah turus kon. Pastikan turus kon tersebut sekadar menyentuh permukaan adunan tanah dalam cawan, berada pada pusat cawan dan kuncikan pada posisi tersebut. vi) Bacaan pada tolok dial yang mempunyai nilai terhampir 0.1 mm diselaraskan pada bacaan 0.0 mm. Kemudian lepaskan turus kon dalam tempoh masa 5 1 saat dan bacaan pada tolok dail direkodkan. Turus kon dikeluarkan dan dibersihkan. vii) Proses di atas diulangi sehingga mendapat bacaan pertama dan kedua tusukan adalah kurang dari 0.5 mm. Setelah nilai bacaan tersebut kurang dari 0.5 mm, kandungan lembapan akan ditentukan dengan mengambil sampel adunan di sekitar kawasan yang ditusuk oleh turus kon. viii) ix) Purata bagi kedua-dua tusukan dicatatkan untuk memperolehi nilai kandungan lembapan yang berbeza. Ujikaji tersebut diulangi sebanyak 5 kali dengan menggunakan sampel tanah yang sama dan meningkatkan tambahan air suling. Penambahan air suling adalah merujuk kepada nilai bacaan tusukan yang diperolehi dalam lingkungan 12 mm hingga 28 mm. x) Perkaitan di antara kandungan lembapan dan tusukan kon diplotkan. Kandungan lembapan yang sejajar dengan tusukan kon pada 20 mm diambil sebagai had cecair bagi tanah. Peralatan Jangka Turus Kon (Cone Penetration) dan alat Casagrande ditunjukkan pada Rajah 3.6.

51

Rajah 3.6. Peralatan Jangka Turus Kon dan peralatan Casagrande

3.7 Menentukan Ciri-ciri Pengukuhan Satu Dimensi

Peralatan Oedometer digunakan untuk menjalankan ujian pengukuhan iaitu dengan mengaplikasikan beban kenaan secara pugak, satu dimensi sahaja. Penyediaan peralatan Oedometer yang diguna pakai adalah mengikut spesifikasi dan prosedur yang terdapat dalam BS 1377 : Part 5 (1990). Ciri-ciri pengukuhan satu dimensi akan ditentukan terhadap ketiga-tiga sampel yang diambil pada berlainan tempat yang dinyatakan tadi. Peralatan Oedometer yang digunakan adalah seperti yang ditunjukkan pada Rajah 3.7.

52

Rajah 3.7 : Peralatan ujian pengukuhan

3.7.1 Penyediaan Spesimen Ujian dan Sel Pengukuhan

Pensampelan ujian adalah menggunakan sampel tanah tak terganggu yang diperolehi dari tiub sampelan nipis. Sampel tanah dikeluarkan dari tiub sampelan nipis dengan menggunakan extruder seperti ditunjukkan pada Rajah 3.8. Pada masa yang sama, batu berliang (porous stone) dididihkan dengan air suling selama lebih kurang 1 jam untuk mengeluarkan endapan yang ada. Dengan itu, ianya dapat membenarkan dan memudahkan air mengalir pada batu berliang tersebut. Gegelang pengukuhan (consolidation ring) digunakan adalah mengikut dimensi yang sesuai iaitu mempunyai diameter 50 mm dan tinggi 20 mm. Bersihkan dan timbangkan gegelang tersebut. Kemudian, letakkan gegelang di atas sampel tanah tak terganggu di mana sampel yang hendak dikeluarkan dengan extruder dari tiub sampelan nipis. Biarkan sampel yang dikeluarkan melalui gegelang dan melebihi paras permukaan gegelang.

53 Sampel tanah yang melebihi paras permukaan gegelang akan dipotong dengan menggunakan tali gitar. Letakkan kertas turas pada kedua-permukaan gegelang (atas dan bawah). Kemudian timbangkan gegelang bersama tanah basah tersebut. Rekodkan setiap bacaan yang diperolehi sebagai jisim awalan spesimen. Setelah spesimen ujian disediakan, sel pengukuhan pula akan dipasang seperti mana ditunjukkan pada Rajah 3.9.

Rajah 3.8 : Peralatan untuk mengeluarkan sampel tanah dari tiub pensampelan bagi tanah tak terganggu

Rajah 3.9 : Keratan rentas bagi sel ujian pengukuhan

54 3.7.2 Mengatur Peralatan Ujikaji

Batu berliang (porous stone) diletakkan pada dasar sel pengukuhan. Setelah itu, letakan gegelang pengukuhan dengan spesimen tanah di atas batu berliang tersebut. Seterusnya, letakkan batu berliang lain bersama tukup beban (loading cap) di atas spesimen tanah seperti mana yang ditunjukkan pada Rajah 3.10. Langkah berhati-hati perlu diambil semasa memasang alat bebanan yang mempunyai anggota rasuk imbangan lawan boleh laras supaya menyentuh tukup beban (loading cap) pada seating. Kemudian, alat transduser diletakkan pada alat bebanan yang menyentuh tukup beban. Anjakan pada transduser akan dirujuk sebagai tolok mampatan. Anjakan transduser dapat direkodkan pada alat bacaan seperti yang ditunjukkan pada Rajah 3.10. Masukkan air suling ke dalam sel pengukuhan sehingga melebihi tinggi paras batu berliang atas. Air suling yang dimasukkan adalah untuk mempastikan spesimen tersebut sentiasa dalam keadaan tepu sepenuhnya. Keadaan air suling akan dipastikan sepanjang ujikaji dijalankan.

Rajah 3.10 : Peralatan ujian pengukuhan dan rekod nilai bacaan

55 3.7.3 Penambahan Beban Berturutan (Loading Sequence)

Pertambahan beban akan dilakukan secara berturutan untuk meningkatkan tekanan tehadap spesimen. Dalam ujikaji ini, beban yang dikenakan adalah mengikut julat yang di dalam BS 1377: Part 5 (1990) iaitu dalam lingkungan beban berikut; (6, 12, 25, 50, 100, 200, 400, 800, 1600, dan 3200) kPa. Bacaan akan diambil selama 24 jam pada setiap julat masa (0, 10, 20, 30, 40, 50) saat, (1, 2, 4, 8, 15, 30) minit dan (1, 2, 4, 8, 24) jam untuk setiap beban yang dikenakan.

3.7.4

Pengurangan Beban (Unloading)

Setelah bebanan yang maximum selesai dikenakan selama 24 jam, maka ianya akan dikeluarkan dan membiarkan julat beban sebelumnya dikenakan pada spesimen. Julat pemunggahan beban adalah mengikut seperti mana julat pertambahan beban secara menurun sehingga beban yang pertama kali di kenakan ke atas spesimen tersebut. Bacaan juga turut diambil selama 24 jam bagi setiap pengurangan beban. Setelah selesai, timbangkan gegelang bersama spesimen dan direkodkan sebagai jisim terakhir spesimen. Kemudian spesimen tanah dikeluarkan dari gegelang dan dimasukkan ke dalam ketuhar selama 24 jam untuk menentukan kandungan lembapan terakhir dan berat tanah kering. Kandungan lembapan dan berat tanah kering juga boleh diperolehi dengan memasukkan sekali gegelang bersama spesimen ke dalam ketuhar.

56 3.7.5 Laporan Keputusan Ujian

Selepas ujian yang dijalankan selesai, keputusan atau data-data akan direkodkan adalah seperti berikut: a) Dimensi awal dan akhir spesimen ujikaji. b) Kandungan lembapan awal dan akhir specimen ujikaji. c) Kepadatan zarah (particle density) atau lebih dikenali sebagai graviti tentu. d) Plot graf mampatan melawan masa (punca kuasa dua) untuk setiap peningkatan beban. e) Kirakan nilai pekali kebolehmampatan isipadu, mv, pekali pengukuhan, Cv, pekali mampatan sekunder, C dan indek pekali mampatan, Cc.

Vous aimerez peut-être aussi