Vous êtes sur la page 1sur 4

ASPEK KETENTERAAN Aspek ketenteraan merupakan salah satu aspek terpenting dalam kemajuan dan keagungan sesebuah tamadun

dan negara. Aspek ketenteraan ini penting bagi memperkukuhkan pertahanan negara dari pelbagai aspek. Semasa pemerintahan Meiji, aspek ketenteraan memainkan peranan yang penting dalam memperkukuhkan kedudukan dan keselamatan negara. Begitu juga, semasa Jepun diperintah oleh Keshogunan Tokugawa yang mengamalkan pemerintahan secara feudalisme oleh para Shogun. Para Shogun merupakan pemimpin tertinggi samurai. Golongan samurai ini memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan pertahanan pada masa tersebut. Oleh itu, jelaslah bidang ketenteraan amat penting dalam sesebuah negara terutama semasa pemerintahan Meiji itu sendiri. Selain itu, semasa pemerintahan Meiji, beliau telah mengubah struktur pemerintahan ketenteraan yang lama ke arah pemerintahan yang lebih sistematik melalui slogan. Pemerintahan Meiji telah mewujudkan empat slogan sebagai teras kepada rakyat Jepun untuk menyokong kepimpinannya dan mengharapkan rakyat Jepun dapat berdiri standing dengan ketamadunan barat. Segala pembaharuan dan pelaksanaan telah dijalankan bagi menrealisasikan slogan tersebut agar mencapai matlamat yang diingini. Terdapat empat slogan yang ingin dijadikan pegangan kepada semua rakyat Jepun semasa pemerintahan Meiji. Antaranya ialah Fukoku Kyohei, Bunmei Kaika, Shokusan Kogyo dan kokusaikankei.1 Slogan Fukoku Kyohei juga dikenali sebagai Kayakan Negara atau kuatkan Tentera.2 Hal ini kerana, Fukoku Kyohei itu sendiri bermaksud kuatkan tentera kuatkan ekonomi. Oleh itu, slogan Fukoku Kyohei ini amat penting dalam aspek ketenteraan semasa pemerintahan Meij bagi memperkukuhkan sistem pertahanannya. Aspek ketenteraan mula mengalami satu pembahuruan yang ketara melalui penyerapan slogan ini. Prinsip slogan ini, mendokong cita-cita yang memperlihatkan segala pemikiran dan jasad orang-orang Jepun untuk memperkuatkan keselamatan negara dan memperkukuhkan ekonomi supaya rakyat Jepun disegani dan dihormati. Oleh itu, Meiji telah menjalankan pemodenan dan pembesaran angkatan tentera. Hal ini kerana, Meiji menyedari bahawa kekuatan bangsa barat sememangnya terletak pada persenjataan mereka yang moden. Oleh sebab itu, bagi menandingi kekuasaan barat, negara Jepun harus mempunyai senjata1

Abu Talib Ahmad, Tamadun Jepun, Dawama Sdn. Bhd, Selangor, 2005, hlm 61

Edwin O, Reischauer, Jepun Sejarah Sebuah Negara,Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hlm 89

senjata dan ketenteraan yang moden.3 Pemerintahan Meiji juga menumpukan kepada kekuatan tentera dengan menubuhkan sebuah Angkatan Tentera Darat dan Laut yang bertaraf Antarabangsa yan gagah perkasa serta sanggup menggadai nyawa mereka atau disebut Harakiri dan Kamekaze. Yamagata Aritmomo dari Choshu merupakan tokoh yang penting dalam proses pembentukan satu pasukan tentera yang moden. Bagi tujuan ini, beliau telah melawat Eropah pada tahun 1870 bagi mencari sistem ketenteraan yang terbaik. Pada mulanya, beliau telah berminat untuk mengikuti sistem ketenteraan di Perancis. Namun begitu, beliau telah memilih sistem ketenteraan Jerman kerana melihat sifat ketenteraan Jerman sangat bersesuaian dengan jiwa orang-orang Jepun. Oleh sebab itu, sistem ketenteraan Jerman ini telah diserap masuk ke dalam sistem ketenteraan di Jepun sejak tahun 1878 lagi. Pada tahun 1885, pegawai Jepun telah memulakan perkhidmatannya dengan mengambil alih tempat pegawai-pegawai Perancis.4 Oleh itu, jelaslah Slogan Fukoku Kyohei ini merupakan faktor utama masyarakat Jepun ingin memperbaiki sistem ketenteraannya supaya dapat membina sebuah negara yang kukuh dan selamat. Selain itu, semasa pemerintahan Meiji berlakunya satu modenisasi melibatkan aspek tertentu seperti senjata barat dan pembinaan kapal perang.5 Maharaja Meiji juga telah menggubal satu undang-undang yang berkait dengan bidang ketenteraan. Undang-undang ini merupakan satu undang-undang kerahan tenaga pemuda-pemuda yang berumur 20 tahun pada tahun 1872. Pada tahun 1873, secara tidak langsung terbentuknya Tentera Kebangsaan Jepun yang dianggotai dari segenap lapisan masyarakat dan tidak lagi tertumpu pada golongan samurai seperti zaman sebelumnya. Menerusi slogan Fukoku Kyohei ini, secara tidak langsung telah menaikkan semangat rakyat Jepun untuk mempertahankan negara mereka. Kebangkitan semangat ini dapat dilihat dengan jelas pada tahun 1873, apabila mereka mengadakan satu Semangat Ketenteraan bagi menanamkan lagi semangat keperwiraan, taat setia dan mengikut perintah. Maharaja Meiji bukan sahaja memodenkan Angkatan Tentera Darat malah turut memodenkan Angkatan Laut. Proses pemodenan ini turut berkait rapat dengan Puak Satsuma
3

Maswari Rosdi, B.A.Hons, Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955,Adabi Publishing Sdn.Bhd,Kuala Lumpur,hlm 97.
4

, Maswari Rosdi, B.A.Hons, op.cit, hlm 97 Abu Talib Ahmad, Tamadun Jepun, Dawama Sdn. Bhd, Selangor, 2005, hlm 60

yang merupakan kaum pelaut sehingga membentuk satu angkatan laut yang kuat. Jepun telah menumpukan perhatian kepada negara Britian untuk mendapatkan pegawai-pegawai yang dirasakan mampu melatih angkatan laut Jepun. Pemilihan negara Britian disebabkan mereka merupakan salah satu negara yang terkenal sebagai kuasa terkuat dalam angkatan laut. Pelbagai peralatan perang telah dibeli daripada negara Britian terutama kapal-kapal perang. Semangat menerusi slogan Fukoku Kyohei ini, telah menyemarakkan lagi semangat mereka untuk membina kapal perang sendiri. Kesungguhan mereka akhirnya berhasil apabila mereka berjaya membina kapal perang sendiri. Pada tahun 1875, negara Jepun telah berjaya membina dua buah kapal perang di Limbungan Nagasaki.6 Oleh itu, jelaslah penyerapan slogan Fukoku Kyohei dalam diri masyarakat Jepun secara tidak langsung telah menaikkan semangat mereka untuk melakukan sesuatu bagi membentuk sebuah negara yang mempunyai pertahanan yang kukuh dari segala aspek. Selain itu, kekuatan laut Jepun terbukti hebat apabila Angkatan Laut Jepun telah berjaya mengalahkan Angkatan Laut Cina di Muara sungai Yalu pada bulan September 1894 semasa tercetusnya Perang diantara Cina dan Jepun.7 Jepun juga sudah tidak mahu terikat dengan dasar tradisi yang telah mereka tempuhi melalui pengalaman lalu sehingga terpaksa menerima kekuasaan tentera Barat. Kebanyakan daripada rakyat Jepun mulai memikirkan idea untuk membentuk Jepun agar berupaya untuk mempertahankan diri daripada kekuasaan luar.
8

Oleh itu, slogan Fukoku Kyohei ini telah menjadi garis panduan kepada masyarakat

Jepun semasa pemerintahan Maharaja Meiji untuk bangkit mempertahankan hak dan keamanan di dalam negara mereka. Semangat yang telah tertanam di dalam diri mereka menjadikan aspek ketenteraan pada masa itu semakin kukuh dan jitu. Secara tidak langsung, pemerintahan Maharaja Meiji menjadi semakin berkuasa dan dihormati oleh negara-negara lain. Maharaja Meiji juga telah mengadakan penyusunan semula ke atas pasukan polis supaya menjadi satu pasukan polis yang dapat melaksanakan tugas secara berkesan dan sistematik. Pasukan Polis juga amat penting dalam sesebuah negara bagi menjaga keamanan dan ketenteraman terutama yang melibatkan masyarakat setempat. Keadaan ini juga berlaku
6

Maswari Rosdi, B.A.Hons, Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955,Adabi Publishing Sdn.Bhd,Kuala Lumpur,hlm 98.
7

Maswari Rosdi, B.A.Hons, op.cit, hlm 98.

Edwin O, Reischauer, Jepun Sejarah Sebuah Negara,Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hlm 89.

semasa pemerintahan Meiji. Pasukan polis dianggap penting bagi menjaga keamanan di kawasan Jepun pada ketika itu kerana terdapat pelbagai gerakan anti-kerajaan dan pertentangan daripada parti-parti politik yang lain. Keadaan ini dapat dikawal apabila pasukan polis dibawah pemerintahan Meiji diperkemaskan lagi. Pada tahun 1883 sehingga 1888 semasa Yamagata masih menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. beliau telah menguatkan pasukan polis dan menggubal satu undang-undang iaitu Undang-undang Mengekalkan Keamanan pada Disember 1887.9 Pelbagai usaha telah dilakukan bagi menjamin keamanan dan kemakmuran dalam satu-satu negara. Slogan Fukoku Kyohei telah dijadikan landasan oleh tentera bagi memperkukuhkan sistem dalam ketenteraannya.

Maswari Rosdi, B.A.Hons, Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955,Adabi Publishing Sdn.Bhd,Kuala Lumpur,hlm 98.

Vous aimerez peut-être aussi