Vous êtes sur la page 1sur 4

Sambungan dari pengajian sebelum ini Pengajian Kitab Hikam pada hari Khamis (15. 07.

1999 /2 Rabiul Akhir 1420) 'Ajib Dari Segala 'Ajib Terjemahan Kalam Hikmah Sheikh Ibni Athoillah As Kanddari RA. oleh Tok Pulau Ma nis; 'Ajib segala 'ajib daripada orang yang lari daripada yang tiada lepas baginya da n menuntut ia akan barang yang tiada kekal baginya. Huraian dan Keterangan Tok Pulau Manis 'Ajib(hairan/pelik) daripada segala 'ajib daripada orang yang lari(berpaling) da ripada yang tiada lepas baginya daripadanya(iaitu Allah) dan menuntut ia akan ba rang(sesuatu) yang tiada kekal baginya sertanya iaitu makhluk dan dunianya dan b arang(sesuatu) yang muafakat akan nafsu daripada syahwat dan akhiratnya dan duni anya. Dan kerana demikian itu, terlebih 'ajib daripadanya kerana bahawasanya; mengambil ganti kepada yang kurang daripada yang terlebih baik dan, memilih yang fana atas yang kekal dan, istighol pada yang dibatal dan, berpaling daripada TuhanNya kepada yang tiada hakikat baginya. Keterangan Suluk. Sebagaimana yang kita ketahui bahawa ahli Sufi itu adalah terdiri daripada merek a yang mempunyai pandangan mata hati yang bersih lagi tajam yang mampu untuk mel ihat dan membezakan sesuatu yang benar(Haq) dengan yang salah(batil). Tidak hai ranlah pandangan(syuhud) dari mereka yang bermakrifat ini amat berbeza malah ber lainan dengan kebanyakan manusia awam. Dalam kalam hikmah di atas, mereka cuba menyatakan kehairanan dan keganjilan yang berlaku pada kebanyakan manusia berka itan dengan tindak-tanduk mereka. Sesungguhnya setiap hamba itu tidak akan terlepas dari tuntutan dan hukuman Alla h Taala kerana Allah lah yang menjadikan mereka dan telah mensyariatkan mereka d engan tanggungjawab mematuhi setiap hukum-hukum agama melalui Rasul-rasulNya. Syariat itu adalah semata-mata untuk membawa hamba itu kepada mengenali Ketuhana nNya Yang Maha Agung dan Maha Sempurna. Dengan lain perkataan, mereka sentiasa diseru untuk mendekati dan bernaung di bawah limpahan kasih sayang Allah. Tet api kebanyakan manusia tidak sedar tentang tuntutan syariat dan Rahmat Allah ini . Mereka lebih suka dengan perhiasan dunia serta makhluk ini sedangkan; dunia ini adalah sesuatu yang tidak kekal berbanding Allah Yang Qadim dan Baqa; dunia ini adalah sesuatu yang rendah berbanding Allah Yang menguasai keseluruhan Alam Nyata dan alam Ghaib; dunia ini adalah yang gelap(kerana hakikatnya tidak wujud) berbanding Allah yang bersifat An-Nur(kerana mempunyai hakikat wujud yang hakiki). akhirat itu adalah juga hamba berbanding Allah Yang menjadi Rab dan tuannya Inilah satu keganjilan dan kehairanan bagi mereka yang mempunyai pandangan makri fat ini. Bagaimanakah seseorang yang dikatakan berakal boleh memilih sesuatu; yang binasa (fana), yang rendah, yang kurang, yang lalai, yang bersifat kebinatangan (dengan semata-mata menurut nafsu syahwat), yang gelap dan; yang tidak mempunyai hakikat(termasuklah inginkan kebahagiaan akhirat)

dengan meninggalkan sesuatu; yang kekal, yang tinggi, yang lebih, yang istiqamah, yang bersifat keruhanian, yang bercahaya dan, yang hakiki???. Bukankah ini menunjukkan sebagai sesuatu yang 'ajib atau pelik bagi orang-orang yang mempunyai akal ????. Seolah-olah seperti tidak berakal !!!!. Inilah seba hagian kecil dari maksud-maksud yang terselit dalam kalam hikmah di atas. Huraian dan Keterangan Tok Pulau Manis seterusnya. Dan kata setengah mereka(dari kalangan ahli sufiah), telah duduk(tinggal bersam a) aku (dengan) seorang laki-laki (selama)tiga belas tahun dan sembahyang ia (la ki-laki) pada tiap-tiap hari 1 000 rekaat hingga jadi ia tepok(tempang). Maka a dalah apabila telah sudah Asar(Waktu Asar) maka "memakai habuah" dan berhadap ia (ke arah) kiblat, maka berkata ia; 'Ajib aku bagi kejadian(makhluk) betapa be rkehendak ganti padaMu(Allah) dan 'Ajib aku bagi kejadian betapa jinak kepada (s esuatu) selainMu. Kemudian diam ia hingga masuk matahari. Keterangan Suluk. Maksud "memakai habuah" ialah duduk dengan mengangkat kedua lutut ke hadapan da da serta diikat ke sekeliling tubuh dan kedua betis kaki dengan kain seperti kai n serban. Huraian dan Keterangan Tok Pulau Manis seterusnya. Dan kata Abu Sulaiman Ad-Daroni r.a; "Jikalau dipilihkan(diberi pilihan) aku antara dua rekaat dan antara masuk Fird aus nescaya memilih aku memilih dua rekaat kerana bahawasanya (keinginan) aku pa da syurga Firdaus itu (adalah dari kehendak dan pilihan) nafsuku dan pada dua re kaat itu pada Haq Tuhanku". Keterangan Suluk. Dari kata-kata ini jelaslah bagi kita semua akan tujuan dan maksud golongan ahl i-ahli sufiah dalam penyempurnaan ibadat dan perjuangan mereka. Sesuatu kemahu an yang baik sekalipun jika ianya terbit dari keinginan nafsu yang rendah, ak an ditolak oleh mereka kerana kecenderungan ke arah itu menunjukkan belum bersih (ikhlas) pengabdiaan mereka kepada Allah. Tujuan mereka adalah Allah semata-mat a, bukan kepada makhluk(syurga); jauh sekali kepada perkara-perkara yang berkai tan dengan dunia yang lekeh ini. Ya Allah...rezekikanlah kami dengan kurniaMu Yang Maha Sempurna sebagaimana yang Kau berikan kepada mereka yang diterangi dengan cahaya NurMu Yang Maha Agung. Huraian dan Keterangan Tok Pulau Manis seterusnya. Ketahui olehmu bahawasanya Qalbi menilik ia dengan Nur al-Iman. Maka apabila ku atlah cahaya iman, maka berolehlah cahaya mata dan jadilah hamba itu baik pengl ihatannya. Bersalahan yang kuat cahaya mata zhohir dengan wasitah(pengantara) b erdirinya serta segala agyar dan bertambatan segala akuan. Maka dhoiflah cahaya mata hatinya dan terkadang membawa yang demikian itu kepada jatuh dalam segala yang menyalah dan mengikut segala syahwatnya. Maka adalah yang demikian itu seb ab buta mata hati seperti firman Allah Taala yang bermaksud;

"Maka bahawasanya tiada buta segala penglihatan mata mereka itu dan tetapi buta segala hati yang (ada)dalam segala dada mereka itu daripada mendapat segala Aqa' id (hakikat) dan inilah buta sebenarnya. Maka 'Ajib aku bagi orang yang berakal yang lari ia daripada TuhanNya dan orang yang ghofil(lalai) yang berhadap atas syahwat dan hawanya. Keterangan Suluk. Baik penglihatan mata hati adalah berpunca dari kuat serta teguhnya keyakinan da n keimanan kepada Allah Taala. Telah dimaklumi bahawa keimanan itu adalah merup akan Nur atau "cahaya" yang membuka pandangan seseorang ke alam di sebalik sana( Alam Ghaib/Alam Tinggi/Alam Asror). Dengan bertambah kuatnya cahaya iman ini, m aka sesautu yang menjadi hijab dan rahsia malah "rahsia dalam rahsia" akan dapat dipandang oleh Qalb yang sebelum ini tertutup. Dengan itu orang yang melihat s esuatu dengan mata hatinya adalah mereka yang melihat dengan cahaya Ketuhanan ke rana dengan cahaya ini sahajalah yang boleh menunjukki sesuatu yang Haq. Bersalahan dengan mereka yang semata-mata melihat dan memandang sesuatu dengan mata zhohir atau mata kasar ini. Mengikut keterangan Imam Al-Ghazali mata zhohi r itu mempunyai tujuh(7) kelemahan atau kecacatan berbanding dengan mata hati. Mata zhohir ini hanya melihat zhohir sesuatu benda/perkara sahaja yang penuh pul a dengan agyar(sesuatu yang mengeruhkan hati dari hal-hal makhluk dan dunia) dan pandangan itu pula sentiasa bertambatan atau terikat dengan akaun (kejadian A llah yang paling kasar di alam zhohir ini). Dengan keadaan diri, perhatian serta pandangan yang sentiasa bergelumbang dengan sesuatu yang zhohir serta kasar ini, maka bertambah lemah dan dhoiflah kekuata n cahaya mata hati. Keadaan mata hati yang lemah ini, tidak akan dapat melihat kebenaran atau sesuatu hikmah atau rahsia yang terpendam malah mungkin akan mud ah terjerumus kepada pandangan yang salah dan sesat. Lebih teruk lagi jadilah p andangan itu pandangan yang mengikuti telunjuk atau runtunan nafsu syahwat semat a. Keadaan ini banyak berlaku pada manusia zaman ini yang kuat dengan pegangan "materilistik" yang semata-mata meletakkan/menghakimi sesuatu itu berdasarkan k ebendaan atau zhohir semata-mata. Ya Allah....jauhilah dan lindungilah kami dari golongan mereka yang sesat lagi m enyesatkan. Huraian dan Keterangan Tok Pulau Manis seterusnya. Dan inilah hikmat barang yang dahulunya kerana bahawasanya orang yang tiada memb aik sangkanya pada TuhanNya, nescaya lari ia daripadaNya(Allah) dan menuntut ia kepada lainNya. Dan demikian itu tiada faedah akan dia dan tiada terurai(lepas ) baginya daripada TuhanNya dan tiada kekal baginya serta lainNya. Dan inilah h al kebanyakan manusia. Keterangan Suluk. Keterangan Tok Pulau Manis di atas adalah sebagai nak menyatakan akan rahsia ata u hikmah berbaik sangka kepada Allah sebagai yang telah dibincangkan dalam kalam hikmah sebelum ini. Ianya juga adalah sebagai rumusan kepada perbincangan mengenai Husnul-Dzan itu. Puncanya adalah kerana lemahnya keyakinan dan keimanan kepada Allah sedangkan Allah itu sentiasa melimpahkan rezeki dan kasih sayangNya untuk semua hamba-hamb a dan makhluk ciptaanNya. Dengan iman yang lemah ini, maka berpalinglah mereka dari Allah dan memperhambak

an diri mereka kepada dunia, kebendaan, makhluk, syaitan iblis dan nafsu syahwa t mereka. Inilah hal atau keadaan kebanyakan manusia sekarang yang tertipu, yan g lupa diri malah lupa bahawa mereka tidak bisa lepas dari Allah Taala walaupun dalam sedetik waktu. Fikirkanlah dan renungilah hal dirimu dan keadaan Tuhanmu yang sentiasa Maha Mel iputi . Ke pengajian yang seterusnya....... Allahhu A'lam [[Kembali ke Index Pengajian Kitab Hikam]] Semoga Allah memberi taufik dan hidayahnya Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Besar

Vous aimerez peut-être aussi