Vous êtes sur la page 1sur 2

2.

0 TEORI ORGANISASI KLASIK

Teori ini biasa disebut sebagai teori tradisional atau teori mesin yang berkembang sejak 1800-an (abad 19). Dalam teori ini organisasi digambarkan sebuah badan yang tersentralisasi dan tugas-tugasnnya adalah khusus.

2.1 Definisi Organisasi menurut Teori Klasik:

Organisasi merujuk kepada struktur sesuatu hubungan, kuasa, tujuan, peranan, kegiatan, komunikasi dan faktor-faktor lain apabila semua orang bekerja bersama-sama. Teori organisasi klasik menghuraikan organisasi formal sepenuhnya. Terdapat empat unsur utama yang muncul dalam organisasi formal iaitu sistem kegiatan yang terkoordinasi, kelompok orang, kerjasama, kekuasaan dan kepemimpinan. Manakala, pembahagian kerja (untuk koordinasi), proses skala dan fungsi (proses pertumbuhan vertical dan horizontal organisasi), struktur (hubungan antara kegiatan) dan rentang kendali (jumlah pihak atasan yang mengurus pihak bawahan) dijadikan dasar penting dalam organisasi formal. Teori Klasik berkembang dalam 2 aliran iaitu birokrasi dan administrasi.

2.1.1 Teori Birokrasi

Dikemukakan oleh Max Weber dalam buku The Protestant Ethic and Spirit of Capitalism dan The Theory of Social and Economic Organization. Istilah birokrasi berasal dari kata legal rasional. Legal merujuk kepada wujudnya arahan dari satu set peraturan dan peranan yang dirumuskan secara jelas. Manakala rasional pula, merujuk kepada wujudnya penetapan tujuan yang ingin dicapai. Menurut Max Weber organisasi perlu mempunyai 5 ciri-ciri birokratik iaitu hieraki autoriti yang jelas (struktur organisasi), peraturan dan prosedur yang formal ( ikut prosedur), pembahagian buruh yang jelas, impersonaliti (hubungan bukan peribadi) dan kerjaya berasaskan merit

2.1.2 Teori Administrasi

Teori ini dikembangkan oleh Henry Fayol, Lyndall Urwick dari Eropah. HENRY FAYOL (1841-1925) merupakan seorang industrialis yang berasal dari Perancis dan juga merupakan seorang pelopor & penyumbang pendekatan teori organisasi klasikal paling terkemuka.

Beliau juga merupakan orang pertama yang mensistemetikkan pengurusan. Beliau telah mengenalpasti fungsian utama pengurusan. Fungsi utama pengurusan iaitu perancangan, pengorganisasian, pengarahan, penyelarasan dan pengawalan. Terdapat 14 prinsip umum pengurusan yang menjadi dasar teori administrasi iaitu pembahagian kerja, autoriti dan tanggungjawab (hak untuk memberi arahan), disiplin (pekerja yang berdisiplin jamin kejayaan organisasi), keselarasan arahan (seharusnya arahan dari satu pihak sahaja), keselarasan arah tuju, mendahulukan kepentingan umum, penghargaan, sentralisasi, rantai skalar, aturan, keadilan, kelanggengan personaliti, inisiatif dan esprit de corps.

2.2 Sumbangan dan Had Pendekatan Klasikal

Teori klasikal telah mengenalpasti pengurusan sebagai elemen penting dalam masyarakat terancang dan menjadi begitu penting dalam dunia yang global.

Pendekatan klasikal telah mengenal pasti fungsi utama pengurusan iaitu perancangan, pengorganisasian, pengarahan, penyelarasan dan pengawalan.

Bagaimanapun fungsi pengurusan bergantung kepada keupayaan dan kemahiran seseorang pengurus. Pendekatan klasikal juga telah memberi sumbangan kepada teknik-teknik pengurusan seperti analisis pergerakan dan masa, kemudahan kerja, sistem upah, jadual pengeluaran, pengujian personel dan belanjawan.

Kritikan terhadap pendekatan klasik : pendekatannya terlalu ringkas yang agak tidak sesuai untuk organisasi yang sentiasa berubah dan belum stabil.

Pandangan klasik cenderung untuk lebih bersikap mekanistik. Beranggapan manusia ibarat gerigi dalam mesin, manusia. menyebabkan ia mengabaikan kepentingan kehendak

Vous aimerez peut-être aussi