Vous êtes sur la page 1sur 1

APAKAH PERANAN IBU BAPA UNTUK MEMBANTU ANAK-ANAK MENCAPAI KEJAYAAN CEMERLANG DALAM PELAJARAN?

Ibu bapa merupakan penggerak utama dalam kehidupan anak. Mereka mampu memberi pengaruh yang kuat kepada segala tindakan dan pemikiran anak-anak. Oleh yang demikian, ibu bapa haruslah bertanggungjawab terhadap anak-anak mereka dan memainkan peranan mereka dalam kehidupan anak-anak, khususnya bidang akademik. Antara peranan ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan cemerlang dalam pelajaran ialah ibu bapa harus mendorong dan memberi galakkan kepada anak. Ibu bapa haruslah memberi sokongan dari segi fizikal dan mental kepada anak-anak, seperti mengambil berat tentang pelajaran mereka, menghadiri majlis penyampaian hadiah anak-anak, dan banyak lagi. Hal ini mampu memberi dorongan yang kuat kepada anak-anak dan mereka akan lebih berusaha lagi untuk mencapai kecemerlangan akademik yang lebih baik, di samping mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan anak, sama dengan peribahasa sambil menyelam minum air. Di samping itu ibu bapa harus memberi hadiah atau ganjaran kepada anak-anak apabila mereka berjaya mencapai kecemerlangan akademik. Ganjaran-ganjaran ini bukanlah bermotifkan materialistic, tetapi ganjaran ini merupakan simbol ambil berat, kasih sayang daripada ibu bapa kepada anak. Anak- anak bukan sahaja akan amat gembira dan terus meningkatkan usaha, malah mereka dapat merasakan kehadiran mereka dan tempat mereka di hati ibu bapa. Hal ini mampu membantu anak-anak menghadapi apa-apa sahaja masalah, termasuklah cabaran dalam bidang akademik. Bukan itu sahaja, ibu bapa harus meluangkan masa untuk menemani anak -anak mengatasi masalah yang dihadapi dalam bidang akademik. Ibu bapa boleh memeriksa kerja rumah mereka dan membimbing anak-anak dalam kerja rumah mereka. Selain itu, ibu bapa juga boleh mengajar anakanak cara yang betul untuk menyelesaikan masalah. Dengan demikian, ibu bapa dapat menjamin tumbesaran anak-anak dan memantau progress anak supaya anak tidak akan ketinggalan semasa berada di dalam kelas mahupun mendapat keputusan yang teruk dalam peperiksaan. Selain itu, ibu bapa juga harus senantiasa bersedia untuk mendengar rungutan dan keluhan anak anak mereka. Ibu Bapa harus memahami dan cuba menyelesaikan masalah anak mereka dan tidak memarahi mereka, sebaliknya memberi nasihat yang berguna. Hal ini amat penting kerana emosi anak-anak banyak mempengaruhi kehidupan harian kanak-kanak, dan aspek-aspek yang terlibat termasuklah bidang akademik dan pelajaran. Oleh yang demikian, jika ibu bapa boleh memupuk emosi anak yang sihat dan ceria, dengan pastinya anak-anak akan cemerlang dalam bidang akademik. Tuntasnya, ibu bapa haruslah menjalankan tanggungjawab mereka sebagai satu penjaga kepada anak-anak. Ibu bapa haruslah berusaha keras dan memainkan peranan masi g-masing untuk n membantu anak-anak mereka mencapai kecemrlangan akademik. Dengan demikian, masyarakat kits pasti akan berkembang dengan pesat dengan kelahiran generasi muda yang intelek, berilmu dan bertamadun.

Vous aimerez peut-être aussi