Vous êtes sur la page 1sur 2

ALLAH SWT.

telah mengurniakan kenikmatan yang sangat besar kepada seluruh hamba Nya iaitu dengat memerintahkan suatu amalan yang dapat digunakan untuk menolak tipu daya syaitan, untuk menghampakan angan-angannya dan untuk mematahkan segala serangan busuknya. Amalan itu adalah ibadah puasa Itulah amalan yang merupakan benteng bagi sekalian kekasih ALLAH SWT. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara istimewa didalam bulan Ramadhan yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. 1- Bau mulut daripada seorang Isalam yang sedang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. 2- Ikan-ikan dilautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa. 3- Allah mempersiapkan dan menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: Masanya telah hampir tiba bilamana hambahambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan besar ( di dunia ) dan akan mendatangimu. 4- Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantai supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. 5- Pada malam terakhir bulan Ramadhan ( orang-orang Islam yang berpuasa ini ) akan diampunkan. Maka para sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: Wahai Persuruh Allah adakah itu malam Lailatul Qadr? Dijawab oleh Rasulullah SAW: Tidak tetapi selayakknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya. - Fazail-e Ramadaan (HR Ahmad, Bazzaar & Bayhaqi) Rasulullah SAW bersabda lagi: Setiap tingkah laku anak Adam akan digandakan. Yang baik akan digandakan ganjarannya 10 hingga 700 kali ganda. Allah berfirman: - Bahawasanya orang itu suka meningalkan syahwatnya, makanan serta minumannya untuk beribadah kepada-Ku. Maka puasanya itu adalah kerana Aku dan Aku sendiri yang akan memberikan balasanya. - Ada dua macam kegembiraan bagi orang yang berpuasa, satu macam kegembiraan ialah ketika ia akan berbuka dan yang satunya lagi ialah ketika ia bertemu dengan Tuhannya. ( HR Muslim ) MashaAllah begitu hebat sifat Allah yang Ar-Rahman dan Ar-Rahim yang penuh santun terhadap hamba-Nya yang hina, lemah dan yang banyak membuat dosa. Tidak putus-putus Allah mencurahkan Rahmah ke atas hamba-hamba Nya yang menginginkan belas kasihan dan Rahmah Nya. Namun itu jangan kita lupa Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim juga Al-Qahhar dan AlJabbar. Kita sudah tentu tidak mahu segala penat lelah yang dibuat selama ini untuk mendapat pahala puasa dan ibadah-ibadah yang banyak, tiba-tiba hilang dan lesap di hari Akhirat. Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran surah Al-Furqan ayat 23 yang bermaksud: Dan Kami menghadapkan segala amalan yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amalan itu bagaikan abu yang berterbangan Ayat ini menjelaskan bahawa amalan kebaikan yang dilakukan akan hilang dan hancur di hari Akhirat jika tidak dijaga dan dipelihara oleh sebab-sebab yang menhancurkannya.

Diriwayatkan oleh Jabir dari Anas, bahawa Rasulullah SAW bersabda : Ada lima perkara yang dapat membatalkan puasa seseorang, iaitu : berdusta, mengumpat, menyebarkan berita-berita dusta, bersumpah palsu dan memandang sesuatu dengan penuh nafsu. (HR Azdi) Diriwayatkan oleh Imam At-Tabarani dari Sayidina Abdullah Ibnu Umar r.a.huma, bahawa Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan kebaikan sepertimana cuka merosakkan madu. Daripada Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah selain dari lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya. (HR Bukhari) Maka dari itu sama-sama lah kita saling membantu menasihati satu sama lain memperingatkan akan kerosakan akhlak buruk dan berusaha gigih untuk menanam akhlak yang baik dalam diri kita sendiri. Kalau bukan kita siapa lagi? Kalau bukan sekarang bila lagi?

Vous aimerez peut-être aussi