Vous êtes sur la page 1sur 3

2.

Aspek emosi Emosi juga merupakan satu unsur yang penting dalam perkembangan kanak -

kanak. Hal ini kerana kefahaman dalam perkembangan sosioemosi kanak -kanak dapat membantu kanak-kanak menangani masalah-masalah sosial dan emosi yang semakin meruncing dewasa ini. Menurut Mohmood Nazar Mohamad (1992), beliau mendefinisikan emosi merupakan tangisan, gelak ketawa, kesedihan dan ketakutan mencorakkan warna kehidupan, membentuk sikap dan personaliti serta menggerakkan arah hidup manusia dan juga boleh ditakr ifkan sebagai satu keadaan yang dialami oleh manusia yang melibatkan beberapa perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi. Dalam usaha untuk perkembangan murid -murid dari segi emosi, pihak sekolah telah menyediakan unit pembimbin gan untuk membantu murid-murid dalam pengurusan masalah-masalah yang timbul dalam diri mereka (gambar rajah 2.2.1). Unit pembimbing akan mengajar murid -murid untuk menguruskan masalah yang telah dihadapi oleh mereka. Seperti mana yang kita tahu bah awa, terdapat beberapa kes pembunuhan diri di sekolah rendah telah berlaku atas sebabnya keterlaluan tekanan daripada ibubapa. Jadi, unit kauseling telah memainkan peranan yang penting dalam membantu murid -murid untuk menjana emosi yang sihat dan positif.

Gambar rajah 2.2.1 yang menunjukkan bilik bimbingan di sekolah tersebut. Akitiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas juga merupakan salah satu cara untuk membantu perkembangan kanak-kanak dari segi emosi. Menurut pandangan Erik H. Erikson (1902-1994), beliau telah berpendapat bahawa personaliti seseorang kanak-kanak dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial. Ini bermakna, emosi seseorang kanak-kanak boleh dipengaruhi melalui berinteraksi dengan orang lain di sekitarnya. Sebagai contoh, semasa saya

menjalani PBS di sekolah SJK CHUNG HUA SIMANGGANG , saya telah memerhati guru mentor saya Encik Wong Wei Keit telah menggunakan teknik pembah agian kumpulan semasa waktu pengajaran dan pembelajaran untuk membincang jawapan dan berkumpulan untuk membaca teks. Hal ini telah memberi peluang kepada murid-murid untuk saling berinteraksi antara satu sama lain supaya dapat merapatkan lagi hubungan mereka dan juga memperkembangan psikososial seseorang pelajar. (gambar rajah 2.2.2 dan2.2.3).

Gambar rajah 2.2.2 menunjukkan pembahagian kumpulan dalam membaca teks.

Gambar rajah 2.2.3 menunjukkan murid-murid membincang jawapan dalam kumpulan. Tidak dapat dinafikan bahawa, masalah disiplin yang berlaku di sekolah juga akan menjejeskan emosi seseorang murid. Menuru t penolong kanan Hal Ehwal Murid SJK CHUNG HUA SIMANGGANG, Encik Ng Thiam heng telah memberitahu bahawa terdapat beberapa kes pergaduhan yang telah berlaku di sekolah. hal ini disebabkan oleh terdapat segelintir pelajar di sekolah tidak dapat menguruskan emosi merek dengan baik dan akhirnya melepaskan kegeraman mereka terdapat pelajar yang lain. Masalah disiplin ini secara langsung menjejaskan perkembangan emosi di kalangan murid. Untuk mengatasi masalah ini, pihak sekolah akan mengambil tindakan dengan seg era terhadap murid -murid yang terlibat dalam

pergaduhan itu. Selalunya beliau akan membawa mereka ke unit kauseling untuk dibimbing oleh guru kauseling supaya tidak melakukan masalah disiplin ini dan bagi pergaduhan yang agar serius, penolong kanan Hem akan mengeluarkan surat kepada ibu bapa murid yang telah melakukan pergaduhan dan menjemput mereka untuk membincangkan perkara yang berkenaan. ( lampiran 5)

Vous aimerez peut-être aussi